Showing posts with label leter. Show all posts
Showing posts with label leter. Show all posts

Saturday, May 28, 2011

Faktor-Faktor Ramai Membujang,Kahwin Lari,dan Rumahtangga Retak

Assalamualaikum wbt..




SAPA TAK BERNIAT NAK BACA SAMPAI HABIS,BOLEH KLIK X SEKARANG

Wah..dah lame aku tak buat entry offensive nih.Bisa dah hilang la kot.So kali ni meh kita sembang pasal isu yg dianggap remeh oleh majoriti masyarakat kita zaman sekarang TETAPI kesannya teruk dan berpanjangan.Ramai yang dah terkena kesan isu ini.

Sape kat sini dah mendirikan rumah tangga  ??? * aku tak angkat tangan pun =_='' * Okey tahniah dari aku.Yang belum tu korang dengar sini.Kalau korang nak berkahwin,bukan senang-senang je ye.Bukan hari ni korang ngorat anak dara orang,sok leh terus akad nikah.Tak,tak semudah itu.Zaman sekarang ni,korang nak anak orang,macam-macam benda korang kena prepare dulu disebabkan ramai ibu bapa yang demand tinggi zaman sekarang nih.

Ya, faktor yg aku nak cakap hari ni adalah berkaitan isu wang hantaran yang tinggi dalam perkahwinan.Atas dasar inilah ramai yg bujang sampai sekarang,kahwin lari,atau kalau yang dah kawin pun,tak kekal lama,asyik bergaduh je.

Masyarakat zaman sekarang nih, suka sgt letak harga tinggi untuk anak diorang.Yelah,macam-macam alasan diorang leh bagi.Ni anak tunggal kami lah,sayang nak lepaskan dia lah,nak make sure anak kami ni terjaga oleh orang yg layak lah,macam-macam.Tapi sedarkah korang,atas sebab tu la,ramai laki takut nak masuk meminang sekarang ni ? 

Hantaran nak sampai beribu-ribu, jenuh r macam tu kan.Kalau semua anak Dato tak pe la jugak,ni kalau yg keje ala kadar je,yang setakat cukup makan je,mampu ke dia nak bayar ? Tak mampu kan ? Kita nak bagi anak-anak kawin ni,untuk mengelak berlaku maksiat,dan nak dapat pahala mendirikan masjid,dan lain-lain yang bertujuan mendapatkan keredhaan AllahSWT,bukannya dengan niat nak menunjuk-nunjuk kat jiran sebelah yg anak kita ni mahal la,menantu kaya lah.

Untuk mereka yg berfikiran luas,sure diorang sedar majoriti masyarakat zaman sekarang ni suka sangat membazir untuk majlis perkahwinan.Padahal kalau buat ala kadar je pun dah ok.Yela,memang la betul ada orang berfikiran macam ni , "ala kawin sekali je seumur hidup" . ya betul,tapi kalau yg "sekali seumur hidup " tu akan membawa kepada "merana sepanjang hidup" selepas kahwin akibat hutang sana-sini,tak guna juga kan ?

Contohnye,pelamin tu,nak duduk tak sampai sehari,sejam dua je,tapi nak tempah yg beribu-ribu,hiasan suma nak yg cantik berkilau,konon nak tunjuk kat orang ramai.Padahal Rasulullah SAW dah ingatkan, buatlah majlis perkahwinan ni,ala kadar je,walaupun hanya dengan sebiji buah tamar (kurma) , sebab tujuannya hanya nak memberitahu orang ramai bahawa mereka ni dah berkahwin.Tu je.

Pasal hantaran tadi,yang si mak bapak pompuan ni,nak letak tinggi-tinggi pesal ? Kang dibuatnya si laki tu pergi pinjam duit Along ke,pinjaman bank sampai beribu-ribu,tak ke naya anak ko lepas kahwin nanti ? Korang sanggup bagi anak korang bersanding gilang gemilang tapi lepas kahwin,hutang keliling pinggang ? Sanggup ke ? Ok fine,kalau sanggup,sila la letak beribu-ribu anak korang tu.Lepas ni prepare la air teh ke,milo ke ape ke,nak dijamu kepada Along yang datang rumah nak tuntut hutang sbb menantu korang lari tak bayar hutang.

Sebab korang nak semua grand la,banyak rumahtangga yg retak,asyik bergegar je umah,laki bini bergaduh,semua pasal nak bayar hutang time berkahwin dulu.Time tu mula la masing-masing nak salahkan engkau aku,nak bertegang leher sampai timbul urat marikh tu, yg si laki nak salahkan mak si isteri sbb letak hantaran tinggi,yang si isteri nak salahkan suami sbb tak de keje yg gaji tinggi,macam-macam lah.Sume sebab ape ?? Wang hantaran dan majlis yang besar-besaran... ==''

So kesimpulannya,tak payah la korang nak letak harga tinggi sangat anak perempuan korang tu,kalau yg tertib lendit,tudung labuh,belajar tinggi-tinggi,sopan santun,takpe la jugak nak letak tinggi sikit,sebab diorang susah nak dicari dan amat berharga.Tapi kalau si anak tu yang free hair,yang kuar lewat malam balik awal pagi,yang perangai mengalahkan jantan,yang mengaji tak tinggi,sebab dulu asyik ponteng je,yang macam ni korang nak letak mahal - mahal ? Aku bukan nak hina sapa-sapa,tapi ini fakta,kalau dah si anak tu perangai yang so-so je,so atas dasar ape korang nak letak mahal-mahal ?

Dah lah,malas aku nak cakap panjang-panjang,korang fikirlah sendiri.Kahwin ni nak mencegah maksiat,bukan nak menambah maksiat.Kalau sayang sgt anak tu,tak nak lepaskan,sok beli rantai besi,ikat kat tiang rumah.Senang.Kalau korang fikir dengan rasional,kita nak elak berlaku maksiat,kang diorang kawin lari,korang gak nak pengsan la,lemah jantung la,meraung air mata darah pun dah tak berguna.

p/s - tadi aku google,aku terjumpa discussion pasal isu ni,korang bleh klik kat SINI kalau nak baca.

Sekian Assalam.

Tuesday, May 24, 2011

Ada Jugak Rupanya Blogger Sekeji dan Sehina Ini

Assalamualaikum wbt..



Alhamdulillah,aku kembali o9 setelah bil wimax aku dibayar semalam.Namun,ketika sedang sibuk membaca entry-entry sahabat bloggerku yg lain,aku terpandang satu entry di sebuah blog di dalam satu group blogger ni,mengenai satu blog yg cukup keji dan menghina Islam.

Ya,aku tau isu seperti ni sudah banyak terjadi,namun sebelum ni aku hanya melihat di facebook sahaja,tak sangka pulak blogger pun ada sekeji dan sehina ini !!!

Aku bagi satu petikan entry dalam blog ni untuk korang nilai bertapa kejinya blogger tersebut -

Mari baca Ayat Kursi untuk mendapat ganjaran syurga lucah Firdaus! Mari buat amalan dan baca Ayat Kursi!! Sesungguhnya Allah akan memberkati amalan kita dan mengganjarkan kepada kita alam lucah jannatul Firdaus bersama-sama dengan (atau menjadi antara) 72 bidadari yang montok dan ketat lubangnya setiap kali diberi jimakan. Masyallah!!

Astaghfirullahal azim... Na'uzubillahimin zalik..

Mengucap panjang aku buka blog dia..meremang bulu roma aku beb..siap dia letak gambar lady gaga duk atas Kaabah lagi.Betul-betul menghina Islam.Aku tak sure dia still Islam atau tak,apa yang aku sure dia tu bukan Indon,dia MELAYU !!!!

Korang pergi sendiri la usha blog dia tu dan sila berjaga-jaga,takut anda termuntah dengan bahasa-bahasa yang dia gunakan,amat keji dan amat meloyakan.


Jangan risau,aku dah scan URL blog dia ni,clean site,ni result scan tu >> Virus Total Result

JOM la ramai-ramai kita laporkan blog ni,supaya boleh dihapuskan segera !! Aku sendiri tak tau nak kata apa bila baca blog dia tu,seolah-olah dia benci sangat dengan Islam..

Sekian Assalamualaikum.. :'(

Friday, May 20, 2011

Tidak Boleh Pakai Serban,Boleh ke ?

Assalamualaikum wbt..



Wah...Farhan AJ ni dah giler ke buang tebiat ? Tetibe je kate tak boleh pakai serban.Maybe dia tengah tension kot.Tu yang tak leh fikir betul-betul.Atau maybe saja nak tarik perhatian orang kot.

Dan macam-macam lagi persepsi orang sebelum baca entry aku kali nih.Hahaha..Aku rasa maybe yang last sekali tu betul.

Entry kali ni lebih berbentuk pendapat aku,berkenaan pakai serban atau kopiah semasa menunggang motosikal.Aku tak judge hukum ke,ape ke,sume tak.Aku just nak pendapat korang jugak la di bahagian komen.

Aku tak sure,tapi aku ada gak la dengar dulu kerajaan bagi kelonggaran kepada tok-tok aji,nak pakai serban naik moto,tak payah pakai helmet.Betul ke ? Sebab tadi time nak pergi solat jumaat,aku nampak ramai la yg macam tu,pakai serban atau kopiah,tapi tak pakai helmet.

Aku nak tanya,helmet tu sebenarnya perhiasan ke ? Fesyen ke ? Atau simbol keganasan ke ? Kot la korang anggap helmet tu simbol keganasan,asyik tengok citer rempit hasil karya pengarah Tanah Air kita yang 'hebat' tu la kan ? 

Aku tak kecam langsung orang nak pakai serban or kopiah,in fact aku sendiri pernah jadi taksub dgn pakai serban ni kat skolah menengah dulu.Dari form 1 sampai form 5 aku tak pernah tinggal.TETAPI,biarlah kena pada masa dan tempatnya.

Bayangkan korang pakai serban,or kopiah,menunggang moto,tiba-tiba jadi kemalangan ke,korang melayang ke sebab eksiden,kepala terhentak kat atas jalan,adakah korang selamat ? Bagaimana pula kalau korang pakai helmet ? Yang mana lebih selamat ? Jawab guna otak yang REAL,jangan jawab atas dasar ego ye.

Sudah tentulah pakai helmet lebih selamat,dan bukannya serban atau kopiah.Sebab serban dan kopiah tu berfungsi untuk menahan rambut dari melindungi dahi ketika bersujud,dan bukannya untuk tujuan perlindungan di jalan raya.

Di sinilah pentingnya Sunnatullah.Apa yang Allah SWT dah tetapkan.Kalau nak selamat di jalan raya,kena la pakai perlindungan yang betul.Kalau korang rajin,korang boleh baca entry lama aku berkaitan Sunnatullah ni > Sunnatullah dan Kaitan Dengan Kejayaan .. Aku bagi contoh,korang tanam pokok,tapi korang tak letak baja,tak jaga betul-betul,tak siram air.Korang hanya solat dan berdoa sahaja supaya pokok tu subur ? Adakah pokok itu akan subur ? 

Aku sure jawapannya lebih kepada tidak.Sebab Allah dah tetapkan,pokok memerlukan air dan nutrien yg cukup untuk tumbuh subur,dan bukan sekadar doa dan ibadat.Sama la macam keselamatan jalan raya.Kita sendiri tau,nak selamat,kena pakai perlindungan yg cukup dan tepat,bukan sekadar doa dan tawakkal.Setakat pakai serban,tak menjamin langsung kita akan selamat atas jalanraya.

So berbalik kepada serban dan helmet tadi,korang pakai serban pun,ianya tak menjamin keselamatan korang sebab serban bukan untuk perlindungan di jalanraya.Helmet dah dicipta dengan ciri-ciri khas untuk melindungi kepala korang dari hentakan yg kuat.So helmet lah pilihan yang lebih BIJAK untuk dipakai ketika menunggang motor.

Maybe ada la org yg sempit fikirannya,nak komen kat aku,"mungkin sebab dia pakai serban atau kopiah,Allah SWT akan melindunginya dari bahaya dan bencana".Tolonglah jangan jumud sangat.Aku tau la pasal rahmat dan berkat ni.Korang nak harapkan bantuan Allah SWT tanpa USAHA ? Iaitu dengan memakai alatan yg memang dah dikhususkan untuk tujuan keselamatan ? Yet korang stil nak cakap pasal rahmat dan berkat Allah ?

Fikir dua kali sebelum korang cakap macam tu.Kita perlu ada usaha yang betul,baru berdoa dan tawakkal.Setakat harap Allah nak lindungi korang kat jalanraya,tapi korang sendiri tak jaga ciri-ciri keselamatan,boleh blah la.Doa dan tawakkal,harus diiringi dengan USAHA.

Hope korang faham apa aku nak cakap ni.Sebarang komen amatlah dialukan..Assalamualaikum.

Tuesday, May 10, 2011

Kenapa Wanita Sekarang Amat Degil ??

IKLAN !!!! Aku nak minta Jasa baik korang untuk VOTE header blog aku ni dalam Contest WWWOW Digi Award neh..Please la vote ye..klik ikon di atas entry neh..



Assalamualaikum wbt..

Entry kontroversi lagi...Biar lah..aku nak tegur benda yg betul,so tak kisah la sape nak cakap ape pun kan..Aku tulis entry ni sebab dah naik muak tengok pompuan zaman sekarang yg pandai terlebih nak pertikai hukum memakai tudung ni..Ya,..isu yg sudah lama berbangkit,sejak zaman jahiliyah lagi..Tapi aku still nak bangkitkan jugak,sebab dah malas dah aku nak tegur sorang-sorang,so aku buat entry untuk tegur secara ramai pulak..Aku tuju untuk mereka yg berkenaan je,yg tak pakai tudung,pakai pun tak sempurna,so yang tak berkaitan,tak payah sentap lebih-lebih..Sapa yg makan cili,dialah yg rasa pedasnya..

Kenapa wanita zaman sekarang ni degil sangat ea ??

Orang suruh pakai tudung je pun..bukan suruh pergi buat kerja buruh,angkat berat-berat,atau macam-macam lagi benda yg berat atau susah nak dilakukan..Pakai tudung je.susah ke ???

Aku cukup geram la dengar jawapan gurl-gurl ni bila ditanya mengapa masih tidak memakai tudung :-

Diorang jawab : Tak sampai seru lagi..dah sampai nanti kami pakai la..
Aku Komen : aku tak pernah dengar pun dalam Al-Quran kena tunggu sampai seru dulu baru leh pakai..

Diorang jawab : Suami tak bagi ..saya tak nak jadi isteri durhaka..
Aku Komen : Isteri durhaka wak lu..korang tak tawu ke korang tu WAJIB ikut perintah suami HANYA selagi dia tidak menyalahi hukum syarak..atau korang tak tawu yg hukum syuruk mengatakan setiap wanita yg dah akil baligh wajib menutup aurat mereka ?? Bodohnye suami ko..Islam ke tak dia tu..ni mesti kes kahwin laki bangsa lain yg bukan islam..

Diorang jawab : Panas la pakai tudung..
Aku Komen : OH panas ye..apa guna sejuk di dunia kalau di akhirat nanti masuk Ape Neraka yg berjuta-juta kali ganda lebih panas dari panas dunia ?? kalau korang ade otak ,sure korang akan sedar yg perbuatan korang ni tak berbaloi langsung..

Diorang jawab : Malas la nak pakai..
Aku komen : ........ (tahan marah..rasa nak belasah je)

Dan pelbagai lagi jawapan yang langsung TAK MUNASABAH yang mereka bagi setiap kali orang tanya mengapa tidak bertudung..

Korang nak tawu tak wanita Islam zaman Rasulullah SAW dulu macam mana ? Apa yang diorang buat apabila turun ayat yang menyuruh mereka bertudung ??

Hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Ibn Jarir daripada 'Aishah radhiAllahu 'anha:

"Ketika kami bersama 'Aisha r.a.,.. kami menyebut-nyebut tentang kelebihan-kelebihan wanita Quraisy, lalu 'Aisha menyampuk: "Memang benar wanita Quraisy ada kelebihan, tetapi demi Allah sesungguhnya aku tidak pernah melihat wanita yang lebih baik daripada wanita Ansar dari segi kuatnya iman dan pegangan mereka terhadap kitab Allah. Apabila Allah turunkan ayat (yang bermaksud) "…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…", serta-merta suami-suami mereka balik dan membacakan kepada mereka apa yang Allah turunkan kepada mereka, anak perempuan mereka, saudara perempuan mereka dan semua kaum kerabat mereka, sehingga tiada seorang perempuan pun daripada mereka melainkan bergegas mencari apa saja kain yang ada di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah turunkan, maka jadilah mereka wanita-wanita yang bertudung bersama Rasulullah saw., seperti sekumpulan gagak hitam berada atas kepala mereka."

Korang nampak ?? Dengar je ayat tu,terus diorang cari apa sahaja yg boleh digunakan untuk menutup rambut mereka .. Korang tak malu ke dengan wanita-wanita zaman Rasulullah SAW ni ??

So sedarlah wahai wanita Islam zaman akhir zaman sekalian..tidak perlu la korang berdebat lagi pasal kewajipan memakai tudung ni..Semuanya dah termaktub di dalam Al-Quran..Kalau korang duk cari alasan nak pertikai lagi kewajipan ni,seolah-olah korang cari alasan nak menentang ayat Al-Quran,and by extend, Allah SWT Himself !!! Aku tak tuduh,tapi kalau betul korang stil cari hujah atau alasan supaya membenarkan korang tak pakai tudung,memang jelas korang nak menentang Allah SWT..sebab hukum tu datang daripada Dia sendiri..

Kepada yg pakai tudung pulak,baguslah..tapi ada pulak yang nak berfesyen lebih-lebih ni..Aduh yg ni pun haru biru jugak aku tengok..kadang-kadang tu aku nampak yg pakai tudung ni pun macam tak pakai tudung je..yang jenis macam-macam ni yg aku pening kepala tengok :

i) Pakai tudung,tapi singkat..nampak lagi belahan dada tu..baju tshirt lengan pendek..seluar legging nampak bentuk peha kaki semua tu..ni apa kes ni ?? Tak belajar habis ke dulu kat sekolah ?? No..no..no..budak sekolah rendah pun dah belajar ye..jangan bagi alasan korang bukan sekolah agama,so korang tak tau..aku cekik kang..

ii)Pakai tudung,tapi tudung tu jarang..kena bawah matahari sikit,nampak habis rambut dalam tu...same je la macam tak pakai tudung..

ii)Pakai tudung,tapi rambut nampak lagi duk terjurai kat muka tu,..yang rambut panjang lak,nampak rambut mengurai je di belakang tu walaupun bertudung..pakai la anak tudung tu... =.=''

iii) Pakai tudung..tapi nak berfesyen bagai nak rak..tudung Mawi la..Hana Tajima la..Shawl la...Ok..pakai la..tapi make sure tudung Mawi,Hana Tajima,Dan Shawl dan apa-apa sahaja yg korang pakai tu ,menutup sehingga bawah paras dada,,,kalau ada yg macam tu,ikut suka korang lah..

iv) Nak pakai fesyen bagai,tapi sanggul tinggi macam bonggol unta..aku ulang. BONGGOL UNTA !!! Perumpamaan ni bukan aku yg buat..tapi Rasulullah SAW yang buat..so korang nak marah,nak argue,nak protes,nak menjawab,SILAKAN..be my guest..pastu pandai-pandai la mengucap balik ye..

Quote::
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”
- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Quote::
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka di dunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”
–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-


NAMPAK KAN ?? SO KORANG PIKIRLAH SENDIRI..SEMOGA KORANG SEDAR DAN BERUBAH..PAKAI TUDUNG TU BIAR SEMPURNA..BAJU LABUH..LENGAN TUTUP HINGGA KE PERGELANGAN TANGAN..PAKAI KAIN SUDAH..TAK PAYAH NGADA-NGADA NAK BERSELUAR LEGGING-LEGGING NI..

Aku tegur ni untuk semua kaum Hawa,,bukan untuk aku la..sebab aku laki =.='' .KALAU ADA SESIAPA YANG NAK BANTAH DAN PROTES,SILAKAN..AKU SANGGUP BERDEBAT..sEKIAN..Assalamualaikum..








Monday, May 9, 2011

Jangan Jadi BODOH !!

IKLAN !!!! Aku nak minta Jasa baik korang untuk VOTE header blog aku ni dalam Contest WWWOW Digi Award neh..Please la vote ye..klik ikon di atas entry neh..



Assalamualaikum...wbt..

Hurm malam ni aku nak sentuh sikit bab akidah umat Islam sekarang ni..macam yg korang tawu,hari ni Internet telah berkembang maju..sehingaa hampir semua perkara dan hampir semua maklumat boleh didapati di Internet..Tapi,jangan terlalu alpa,kerana melalui Internet jgak,golongan Kafir boleh meracuni pemikiran kita..

Aku nak sentuh satu perkara..korang pernah dapat tak mesej berantai atau apa-apa saja yg menyuruh korang forward atau share kepada orang lain ?? Pastu dia cakap kalau korang tak share,nanti macam-macam jadi..pernah kan ?? Yang menyedihkan, ramai dari kalangan UMAT ISLAM yg terpedaya dengan kaedah ni..maka diorang pun forward dan share la ape saja yg dihantar oleh msej tu,kerana bimbang ancaman mesej tu ..

Bodoh tak ?? SURE la bodoh...sejak bile korang belajar bahawa MESEJ boleh membinasakan ?? Bukankah satu-satunya yang boleh membinasakan itu hanyalah Allah SWT ??? Ke ade sape nak pertikai statement aku ni ? Silakan..aku sanggup berdebat..

Kenapa korang sanggup memperbodohkan diri sendiri,mengorbankan akidah Islamiyah korang,semata-mata kerana takut dengan ancaman benda bodoh tu ?? JAWAB !!!!

Aku bagi contoh ayat ni..ada seorang ni antar kat Formspring aku..dia suruh aku forward.. :-

"you love your mom.send this to 20 people.one girl didn't and her mom died 365 days later.I love my mom, sorry I can't ignore it ♥"

Faham tak ? Meh aku nak translate..

"Kamu sayang mak kamu..hantar ayat ni kepada 20 orang.ada seorang wanita tidak menghantar ayat ni dan mak dia mati 1 tahun kemudian.saya sayang mak saya,jadi maaf,saya tidak boleh abaikan ayat ini"

Sapa yang baca dan forward benda ni kepada kawan-kawan dia,aku nak kata dia BODOH..Serius aku nak kata..sebab apa ?? Serendah-rendah ilmu agama dia pun,takkan la dia percaya dengan ancaman surat ni..Kalau betul la mak budak perempuan tu mati pun,korang percaya ke ianya disebabkan oleh surat ni ?? Bukankah YANG MEMATIKAN itu hanyalah Allah SWT ???!!!

Dan ada satu lagi kes yg femes dulu,berkenaan surat dari penjaga Kaabah...dia suruh forward risalah tu kepada 20 org,sapa yg forward,akan diberi rahmat dan ganjaran,manakala sapa yg x forward,akan ditimpa kecelakaan...pastu diorang pun sertakan la beberapa bukti mengenai surat tu..ada ahli perniagaan yg bankrup la sbb x forward surat tu..bla..bla..bla..

Nonsene !!! Sapa la yg cerdik sangat nak percaya benda ni ?? Malah Majlis Fatwa Kebangsaan pun dah fatwakan surat berantai ni HARAM..so just ignore that bullshit...guna la otak sikit kan..

Aku dah penat dah nak layan surat-surat ni..yang menyedihkan lagi,ada junior-junior dari skolah aku sendiri yg duk promote surat-surat ni..suruh aku dan kawan-kawan dia forwardkan,nanti kena binasa la,ape la..tak pasal-pasal je kena ceramah dengan aku..name je skolah agama,benda macam ni punya simple pun boleh percaya..

Yang pasal ade pokok yg mengeluarkan air baru-baru ni,riuh abes satu 1Malaysia *hahahha* pasal pokok tu..Pastu ramai la yg datang minta number ekor la,yang tadah amik nak buat minum la,air penawar la..last-last jabatan kesihatan kata tu air kencing serangga...kahkahkah..amik ko !! X pasal je minum air kencing..tu la balasan apabila tak guna OTAK..

Umat ISLAM zaman sekarang ni memang dah lemah sangat-sangat iMAN diorang..ape-ape yg berlaku,pelik-pelik sikit,terus nak percaya..nak taksub..guna otak la sikit..kuatkan la ImAN tu sikit..Aku pesan ni kepada diri aku sendiri dan orang lain..

P/s: Hari ni baru join blog list Enchik Nine, jom lah join sekali. Anda akan dipromosikan pada post harian Enchik Nine!

Assalamualaikum

Sunday, May 8, 2011

Hukum SEBENAR Menyambut Hari Ibu

IKLAN !!!! Aku nak minta Jasa baik korang untuk VOTE header blog aku ni dalam Contest WWWOW Digi Award neh..Please la vote ye..klik ikon di atas entry neh..



Assalamualaikum wbt..

No..no..no..ini bukan entry nak cari glemer atau entry SEO..aku kaji tadi kat internet,dan aku buat entry ni nak menyedarkan orang ramai tentang Hukum Sambutan Hari Ibu nih..kerana ada beberapa blogger yg sesuka hati buat hukum sendiri..so aku kaji tengok kat internet,beberapa pendapat ustaz dan ulama berkenaan sambutan hari ibu nih..

Ya,aku tau la..Hari Ibu ni berasal dari nama dewa Greek bla..bla..bla..haram la..bla..bla..bla..jap! x payah nak rungkai hujah ko lagi..dengar dulu ape aku nak cakap ni..

Kejap aku nak tanye korang,korang sambut hari ibu ni kerana apa ?? Niat dalam hati korang tu,nak sambut siapa ?? Ibu kan ?? Ade ke dalam hati korang nak sambut Hari Ibu ni,korang niat macam ni "eh hari ni hari ibu la..aku nak puja dewa greek bla..bla..bla.."... tak ade pun kan ??? Habis dah xde yg gatal sangat suke2 kuarkan hukum kenapa ??

Ya,aku tau la "matlamat tidak menghalalkan cara" ... masalahnya CARA ini salah ke ?? Sambut Hari Ibu ni salah ke ??

Ya,memang ada ulama yang cakap sambut hari ibu ni haram..cube korang baca balik betul2 apa yg dia cakap tu,hukumnya HARAM kerana apa ?? Mesti diorang akan cakap yg hukum haram sambut Hari Ibu pada 8 Mei tu kalau korang sambut tu dengan 2 niat , even ada salah satu pun dah jadi Haram iaitu :

i) Menghormati dan menghargai ibu HANYA pada hari ini (8 Mei)..kerana seorang ibu tidak layak HANYA dihargai dalam satu hari yg singkat sahaja..

ii) Dibuat kerana meniru perbuatan orang bukan Islam secara syar'ie..percaya Tuhan Greek diorang tu..ape2 yg berkaitan dgn agama diorang la..

Islam mewajibkan setiap umatnya menghormati,menyayangi dan menghargai ibu mereka setiap saat dan ketika..tidak perlu ada hari yg istimewa untuk hal ini,kerana dalam Islam cuma ada 2 perayaan sahaja iaitu :

i) Hari Raya AidilFitri
ii) Hari Raya Aidiladha

Selain dari 2 perayaan ini,ianya dikira sebagai bid'aah atau "mengadakan sesuatu yg tiada" atau tidak diamalkan di zaman Rasulullah SAW..TETAPI ianya tidak menjadi satu kesalahan,malah diHARUSkan jika kita menyambut hari ini tidak berdasarkan 2 niat yg atas tadi...

Ini petikan daripada salah satu jawapan ulama berkenaan Hukum Menyambut Hari Ibu ...

"Jika kita menganggap bahawa apa yang dinamakan oleh orang-orang barat sebagai hari ibu itu sebagai hari memuliakan/menghormati ibu hanya sebagai tambahan sahaja (kewajipan menghormati ibu telahpun siap kita laksanakan), maka di sana syarak tidak menghalangnya. Yang ditegah oleh syarak ialah jika perayaan berkenaan dianggap sebagai ‘id/perayaan dengan maksud syar’i. Begitu juga ditegah jika pembatasan menghormati dan memuliakan ibu hanya pada hari berkenaan sahaja. Jadi, jika dua perkara ini ternafi, maka tidak ada halangan untuk memuliakan atau menghormati ibu pada hari ibu"

Di sini juga aku sertakan beberapa link website yg aku rujuk berkenaan entry ni iaitu :


Dr.Yusuf Al-Qaradhawi pun dah keluarkan fatwa,HARAM menyambut jika niat ingin meniru golongan2 bukan Islam tu..kerana ada hadis yang mengatakan bahawa jika kita meniru perbuatan satu golongan,maka kita akan termasuk dalam golongan tersebut..so kalau niat tu bukan untuk meniru,maka hukumnya HARUS..

So di sini aku nak ingatkan, jangan la korang sempitkan otak korang dengan hanya berbekalkan beberapa kata-kata kawan atau sekadar guna otak sendiri..Dah sedar ilmu agama tu tak tinggi,so rujuk la ustaz-ustaz..bukan kuarkan hukum sendiri..

Bagi aku sendiri,sampai sekarang pun aku tak pernah anggap Hari Ibu ni diasaskan oleh orang Greek ke ape ke tu...Dalam hati aku dah set,setiap hari adalah hari ibu..dan sengaja aku pilih 8 Mei ni sebab ianya dah dikenali dgn Hari Ibu dan maybe aku boleh buat something yg akan buat ibu aku lebih gembira berbanding hari-hari yang lain..tu je..pasal Tuhan Greek la..ape la tu..persetan je dengan diorang..tak payah la tunjuk alim suka-suka hati je nak kuarkan hukum haram sendiri,sedangkan korang tak rujuk mana-mana ustaz lagi..

So kepada sahabat-sahabat yg lain,usah risau untuk menyambut Hari Ibu ni,sebab ianya bergantung kepada niat dalam hati kita ni..TETAPI,ingat !! Ibu bukanlah perlu disambut dan diperingati HANYA dalam hari ini..tetapi perlu dalam setiap hari...kerana jasa ibu tidak terbalas budinya..

Sekian..Assalamualaikum..


MOHON KORANG SHARE DI FB MASING-MASING !!! SUPAYA SEMUA TIDAK DIPENGARUH OLEH FAKTA YG SALAH ..TAPI JANGAN MENGAKU KORANG PUNYER LAK..LINK LA BALIK KE ENTR NI

p/s - Kalau korang rasa ada kesilapan dalam tutur bicara aku,sila tegur kerana aku juga manusia seperti korang.. :D

Nak Tunggu Kami Mati Dulu Ke ??

IKLAN !!!! guwa nak minta Jasa baik korang untuk VOTE header blog guwa ni dalam Contest WWWOW Digi Award neh..Please la vote ye..klik ikon di atas entry neh..



Assalamualaikum...arghhhhhhhhhhh!!!!!!!!!! 

*penulis dalam keadaan fobia dan trauma..sila berhati-hati*

"Brek tidak menggambarkan keadaan kecemasan (brek biasa)...tayar belakang masih berpusing ketika membrek"

Keputusan : Kandas 

Panas betul hati guwa...guwa terpaksa bangun awal pagi,mandi dalam kesejukan di kala hening...guwa terpaksa berlapar perut tak sarapan,terpaksa kayuh drive bawak moto sorang-sorang atas highway,pergi ke pusat latihan memandu tu,semata-mata untuk KANDAS dalam Ujian JPJ Motor ????????!!!!!!!!

Okey fine !! guwa tawu korang mesti akan cakap "Alah rileks la der..ramai lagi yg kandas..tu pun nak kecoh.." ... tu korang punye pasal.. guwa tak nak tawu...

Dah la dapat yg sesi kedua,yg tengahari punye time..orang lain yg sesi 1 buat dalam kesejukan pagi,keredupan cuaca diselangi angin bertiup sepoi-sepoi bahasa,saujana mata memandang..Yang guwa ngan geng2 sesi kedua plak kena buat ujian dalam kepanasan cahaya matahari petang,ditambah dengan perut yg kelaparan akibat tak bersarapan, kena pulak guwa punya turn lak group yg last dalam sesi yg last...

Guwa takut kandas kat titi macam ujian JPJ yg first dulu,so guwa nervous la naik kat titi..tengok-tengok atas titi pun guwa rileks je,so lega la sgt...Brek kecemasan pun guwa buat dengan kemas..tayar dah terseret sampai guwa nak terpelanting..siyez guwa tak tipu..kawan-kawan guwa sume tengok guwa buat..

Tiba-tiba time amik result,dia cakap guwa brek tidak menggambarkan seperti keadaan kecemasan..dia ckap guwa brek biasa je..n tayar belakang masih berpusing..brek tak dalam kotak la...macam-macam..padahal guwa dah yakin sgt,n kawan-kawan guwa pun cakap diorang tengok guwa buat elok je..ni yg guwa hangin nih..

Agak-agak la kan..kalau nak tipu pun,nak kaut duit lebih pun,biarlah berasas..jangan sampai nampak sgt tipu tu..buat org benci je..korang nak duit lebih,duit kitorang lak dikebasnya..Kalau jatuh titi tu,mmg dah sah-sah la salah walaupun kadang-kadang korang tak tengok langsung pun calon-calon ni buat..Tapi yg guwa ni,dah sah-sah guwa buat elok je brek tu..tu pun korang nak gagalkan guwa lagi ??

Lantak lah sapa-sapa nak cakap guwa emo ke,ape ke,manje ke,tu korang punye pasal..guwa tak kacau duit korang pun..guwa just hangin sorang-sorang je..n guwa tulis dalam entry guwa,dan bukan entry blog korang..so tak payah ada anon nak datang bajet hebat komen lebih-lebih kat entry guwa ni,nak komen,komen dengan identiti...nak jadi anon jugak,silakan..tapi guwa hope sape jadi anon tu tak hidup lama..malas guwa nak layan sampah-sampah anon ni..

Kepada pegawai JPJ yg tadi tu,kalau betul guwa salah tak ape,tapi kalau guwa buat tu betul,n lu yang sengaja bagi salah ,kat akhirat nanti kita jumpa..halal tak halal lu punya gaji,lu pikirlah sendiri..nak tunggu guwa brek sampai melayang langgar pokok dulu ke,baru lu nak bagi guwa lulus ?? Kalau yg minah2 cun,senang-senang je lu bagi lulus..pfft..

Setakat tu je..guwa nak tido..Salam


Wednesday, May 4, 2011

Best Sgt ke Karaoke Tu ??

IKLAN !!!! Aku nak minta Jasa baik korang untuk VOTE header blog aku ni dalam Contest WWWOW Digi Award neh..Please la vote ye..klik ikon di atas entry neh..

Assalamualaikum...apa khabar semua ??? Hope sume sihat sentiasa..amin2.. :D



Entry ni maybe mencetus sedikit kontroversi...dan entry ni maybe panjang la kot sampai ke bawah tu..aku xtau..ikut jari aku la japgi,nak panjang ke x..benda ni maybe agak sentimen..yela kan..kalau x semua pun,maybe sebilangan besar masyarakat di Malaysia minat benda ni,x mengira kaum,bangsa dan agama...err..ape yg si Farhan ni nak citer lak ? Aku tertonton pasal ni dalam rancangan 360 tadi..Entry ni juga ada kaitan dengan entry boss aku iaitu Jejaka Terhangat iaitu di sini >> klik !

Ala..xkan x tawu kot...alah...yg duk panggil hujan ramai2 tu...alah..dalam kotak macam pondok telefon tu..alah yg sambil pegang2 tangan dengan kapel tu...alah yg buang masa tu...alah yg sampai jiran sebelah xleh tido tu..alah yg hantu pontianak pun lari bile dengar tu...adoi berapa punya banyak alah da......

Sape xleh teka lagi aku nak luku kepala...dah siap ada 'hint' kat tajuk entry nih..siap aku bagi gambar lagi...xkan xleh teka lagi kot...ha !!! betul pun !! KARAOKE !!

Aku hidu dengar tengok sekarang ni fenomena karaoke atau lebih difemeskan dgn singkatan 'karok' ni telah menular ke seluruh pelusuk genap ruang masyarakat kita pada masa kini..Di sana sini penuh dengan pusat2 karaoke...pastu semuanya berlumba2 mengadakan promosi untuk menarik ramai pelanggan datang ke premis masing2..

So ada suara2 yg mula bertanya,karaoke ni hukumnya apa ea ?? Now we go back to the basic..karok ni adalah sejenis bentuk hiburan...hukum hiburan adalah harus,SELAGIMANA tidak bertentangan dengan hukum syarak dan tidak melalaikan...aku teringat lirik nasyid kumpulan nasyid sekolah aku ,

"Berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah..hanya pabila salah memilihnya,membuat kita jadi bersalah"

So,jelas di sini iaitu nak berhibur ni tiada salahnya...bila ditanya pada golongan yg kaki karok ni,diorang akan jawab "nak release tension la der"...ok lah tu..nak release tension kan..

MASALAHNYA DI SINI,betulkah karaoke tu sekadar release tension ? Dan adakah ianya dilakukan tanpa melanggar hukum batas syarak ??? kalau jawapannya adalah Ya, sila jawab soalan aku iaitu 

"kenapa kebanyakkan yg karaoke tu semuanya x tutup aurat,bawak kapel masing2,siap pegang tangan sambil nyanyi,ada yg siap menari,pastu sambil minum minuman keras,dan ada yg sampai x ingat dunia sampai meninggalkan solat ??????"

Mesti ada yg menafikan perkara di atas..Untuk yg nak pertahankan golongan kaki karok ni mesti akan protes jugak soalan aku di atas,aku tau dah...guwa siyez x kesah..

Korang nak pertahankan hobi korang ni sampai mana ??? Aku cabar korang bersumpah  kat sini yg korang g karaoke tu dgn kawan yg sama jantina je(bukan minat sejenis),pastu sume tutup aurat dengan baik(tudung singkat pun salah ye cik kak),x minum minuman mabuk,x tinggal solat,x pernah bawah kapel pun,karok sorang2 dalam kotak tu di mana xde org boleh dengar(bagi yg wanita)....kalau ada sapa2 yg melakukan semua di atas,aku siyez salute korang..

Masalahnya berapa peratus sgt yg buat perkara di atas ???? X payah la nak tipu sgt sebab nak back up hobi tegar korang nih..

Aku x cakap karaoke ni haram..serius aku x cakap pun..nanti ade lak yg cakap aku keluarkan hukum sendiri lak..TAPI kalau ianya dilakukan bersama perkara yg HARAM,atau ianya boleh membawa kepada perkara yg HARAM,maka ianya pun hukumnya HARAM..aku just nak tanya,apa faedah sgt korang dapat dari berkarok ni ??? Kalau yg jawab nak release tension tu,xde cara lain ke korang nak release tension ?? even aku x alim mana pun,perangai pun teruk,aku x karok pun nak tenangkan diri tu...

Rasulullah SAW pernah bersabda,"hanya dengan berzikir dapat menenangkan hati"... so nape nak cari cara lain nak tenangkan hati korang yg jiwa kacau tu sedangkan PEMIMPIN kita sendiri dah sediakan caranya ???? OK fine aku ngaku aku pun x rajin sgt baca Alquran ni..setakat kadang2 aku mengulang balik je surah2 yg aku hafal tu..yg budak2 sekolah rendah pun dah khatam lame dah..tapi aku x pilih karaoke ni sebagai jalan nak tenangkan diri..

Aku setuju dengan cadangan Jejaka Terhangat dalam entry beliau tu,iaitu,kalau dah diri korang tu kemaruk sangat nak berkaraoke,sume nak jadi Artis la sgt,korang karaoke je dalam cubic2 macam pondok telefon tu..pastu tutup rapat2..sampai xleh bernyawa pun xpe..pastu korang jerit2 la sekuat mana pun korang nak jerit..

Masalah yg berlaku bila karok ni ialah berikut :

1)Pergi dengan couple,secara automatik menggalakkan peratus berlakunya perkara x senonoh .

2)Tak tutup aurat..xkan la nak karok pakai tudung labuh kan cik kak ?

3)Lupa solat...bila dah ade dalam 'alam' sendiri tu,semua benda jadi lupa.

4)Minum minuman keras..nak tambah 'power' katanya...

5)Mengganggu ketenteraman awam...kalau semua suara sedap macam UNIC n Inteam tu xpe jugak,ni x,katak pun angkat bendera putih dengar korang karok..cuaca pun jadi x menentu..

6)Pengaruh buruk kepada newbie(anak2)..yg ni jenis bawak satu family g karok..mak bapak pun kaki karok,nak buat macam mane ye dak ?

Ada sorang makcik dalam rancangan 360 tadi,dia cakap,"makcik bawak anak2 g karok ni,supaya boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan"... what ????? mengeratkan hubungan kekeluargaan ?? xde cara lain dah ke makcik nak eratkan hubungan family tu,bawak pergi pantai ke,bawak anak2 g dengar ceramah ke,bawak g melancong ke,selain dari ajar anak melalak tu ???

Aku dah tawu dah..kalau org yg memang dah tegar ni,org cakap ape pun dia xkan dengar..yelah..hati dah terpaut rpat..camne nak ubah kan..tapi aku harap ade gak la yg berubah bila baca entry ni...satu je aku nak cakap,AKU X BAJET BAGUS PUN....aku pun lemah..x baik mana pun..dosa bertimbun...tapi aku x salah apabila aku nak ajak sahabat2 seagama aku berubah ke arah yg lebih baik..

Semoga korang sedar lah ye yg minat karok tu,dan jugak kepada yg baru nak karok tu..baik g baca Quran je..maybe suara korang akan lebih sedap..berbanding melalak macam langsuir kat karok tu..

Assalamualaikum :D

Tuesday, May 3, 2011

5 Tips Menangani Golongan Bajet Howt

IKLAN !!!! Aku nak minta Jasa baik korang untuk VOTE header blog aku ni dalam Contest WWWOW Digi Award neh..Please la vote ye..klik ikon di atas entry neh..



Assalamualaikum..wahaha..tajuk entry macam mengundang penendang 6 das je..haha..aku tulis ni sbb time aku buat entry marah2 geng2 budak bajet hot hari tu,ada org komen kata sepatutnya aku tulis macam mana cara menangani,bukan nak kutuk2 diorang lagi..so aku menyambut baik hasrat murni si pengkomen tu..

Apa itu Bajet Hot ??

Aku suka definisi blogger ni mengenai bajet hot ..sila klik di sini > www.syakechix.blogspot.com

Berikut bukanlah cara2 yg rasmi atau diluluskan oleh SIRIM bagi menangani manusia2 bajet hot neh..tapi setelah otak aku direbus selama 2 minit,akhirnya muncul idea2 berikut yg aku rasa,agak x keterlaluan untuk direalisasikan...cekidaut !!

1.Kalau korang nampak budak bajet hot ni,korang pergi dekat dia n usha dia ramai2...kalau boleh buat muka macam aku neh *sori dalam blog xde webcam =.='' * atau dalam bahasa senang,buat muka terpegun..kalau macam kat bawah ni pun xpe..



Kononnya macam dialah wanita/lelaki yg paling hot dalam dunia neh...kalau korang ada beramai2,lagi best..sume usha pelik kat dia..tambahan plak kalau dia tengah makeup dalam LRT ke, senaman mulut sorang2 kat Bus Stop ke,boleh la korang applikasikan idea neh..sure dia akan rasa segan..

2.Kalau korang bawak DSLR ke,digital camera ke,korang shoot gambar dia banyak2,seolah2 macam photoshot artis la katakan..mesti terus dia keluarkan tudung dalam beg pastu pakai nak cover malu..



3.Kalau dia tu kawan korang,n suke bajet hot macam seolah2 dia lah boss segalanya..nak arah itu,arah ini,cube korang buat derk time dia cakap..ataupun lepas habis dia membebel,korang cakap macam ayat2 di bawah ni



i ) "err...dah habis ke ? ingatkan banyak lagi "
ii) "err..dah habis ke ? maaf saya x dengar..ape tah tadi awak cakap ?"
iii) "habis awak nak saya buat ape ??"
iv) "err..boleh ulang ?? "

dan macam2 lagi ayat yg sama waktu dengannya..

4.Kalau korang ni jenis yg selamber badak je,xtau malu sket,kalau korang nampak ade budak bajet hot kat mane2,Mid valley ke,tengah ejas rambut sambil usha budak2 laki,kot2 ada yg tengah usha dia,korang buat2 macam kemas2 sket..korang g kat dia,cakap,korang ni pengarah filem..pastu korang berminat nak ambil dia jadi pelakon dalam filem korang yg berjudul "aku budak hot" sebab nampak macam ada kebolehan....hehe..tapi kalau dia belasah korang,pandai2 la tanggung.. =;=''



5.Untuk yg jenis bajet hot dalam sikap...semuanya nak menang kat dia..korang cakap ape pun salah,dia ckap semua betul...kalau korang dah malas nak tegang leher ngan dia,korang leh pilih ayat melepaskan diri kat bawah ni untuk memberi sedikit efek kat dia..pastu blah terus..



i) "xpelah..ko je lah betul,,aku malas nak bertekak asyik nak menang,sbb tu ciri2 org munafik..ko jadilah sorang2 ye,,"

ii) "yela..ko je la betul..aku ni x betul..x pandai macam ko..pasni jgn cari aku dah..x kuasa aku nak layan manusia macam ko neh"

iii) "mesti dulu kat skolah exam ko selalu dapat 100 kan ?? sbb sume ko cakap asyik betul je..hebat lah ko ni..ajar aku bleh ?? "

dan lain2.. =.=''

Sebenarnya banyak lagi yg aku nak tulis pasal cara menangani manusia jenis macam ni..tapi xpelah..aku save dulu..aku nak tengok feedback korang dulu mengenai 5 cara neh..haha..kalau ada yg protes,aku rasa dia pun jenis bajet hot jugak..sbb tu dia terasa bila aku tulis pasal org2 macam dia..haha..

Yang akan protes entry ni,mungkin jugak golongan yg aku sebut dalam status fb aku tadi iaitu

"apabila seorang yg berego tinggi mengeluarkan satu kenyataan,kebanyakkan yg akan protes atau mempertikaikan kenyataan dia adalah org yg sama tinggi ego jugak..x payah nak sembunyi,ini kenyataan..dia tidak senang melihat org lain tunjuk hebat.so dia pun protes untuk tunjuk hebat jugak..jrang sgt ada org yg protes atau pertikai hanya untuk cari kebenaran..tepuk dada,tanya iman.."

Sekian sahaja..

" Bersama kita memerangi golongan bajet hot !!! "

Assalamualaikum :D

Perlu ke Serang Peribadi Untuk Tutup Kelemahan ?

IKLAN !!!! Aku nak minta Jasa baik korang untuk VOTE header blog aku ni dalam Contest WWWOW Digi Award neh..Please la vote ye..klik ikon di atas entry neh..



Assalamualaikum wbt ...

Okey kali ni aku xnak citer dah pasal ape jadi kat aku,ape aku buat,dan hal2 macam tu..sebab baru 2 entry aku tulis pasal ape yg aku buat..aku dah dapat komen macam "la..nak citer ni je ke,buat penat je terjah"...seolah2 blog ni hanya dicipta bertujuan untuk tulis perkara kontroversi je...buat pengetahuan korang,sebelum aku serius dalam penulisan blog,entry aku kebanyakkannye berkisar ttg kehidupan aku..x caye korang terjah sitemap blog aku...Hanya lepas dah kenal SEO,trafik,follower,dan segala bagai lagi tu,baru genre blog aku berubah sket..so x salahkan kalau aku nak cerita sket pasal ape yg jadi pada aku..after all,ini blog aku kan..

OK..cut it out..kali ni aku tulis satu perkara berkaitan sikap manusia...pernah x korang hadapi dialoq yg macam ni ??

A : kenape lak ko nak cakap macam tu kat dia..ko sape nak kutuk2 dia macam tu....

B : aku tawu la..banyak dah bukti2 menunjukkan perbuatan dia tu..

A : eleh...ko nak cakap kat dia macam tu,macam la ko baik sgt..ko dah sempurna ke ? dah konfirm masuk syurga ke ?? ko dulu pun same gak..bla bla bla..

Dalam situasi di atas,si A dah nak kalah dalam perbahasan tu,sebab si B dah cakap yg benda tu dah ade bukti..tapi disebabkan ego,so si A xnak mengaku kalah,so dia menyerang peribadi si B lak...

Nampak x sikap si A yg sangat pengecut tu ???

Kalau betul diorang nak cari kebenaran,diorang perlu cari point2 untuk kuatkan hujah masing2,bukan serang peribadi org yg berbahas dengan kita tu..macam dalam pertandingan bahas la..diorang patahkan hujah pihak lawan , menggunakan hujah,bukan tutup kelemahan atau kekalahan kita dengan menyerang peribadi pihak lawan..itu satu tindakan yg PENGECUT....

So lepas ni,kalau korang jadi si A dalam situasi tu,x payah la nak ego sangat,mengaku je korang salah..x payah nak tutup kelemahan korang dengan menyerang peribadi pihak lawan..sebab ianya akan menunjukkan kita ni pengecut dan lemah...

Sekian sahaja...Assalam :D

Saturday, April 30, 2011

Ko Nak Bajet Hot Sangat Pesal ??

Iklan - Guwa mau mohon jasa baik korang untuk vote header guwa yg x seberapa kat atas tu..header ni guwa pertaruhkan untuk contest Picture of the Year Anjuran DiGi..So,rajin2 la vote ye..Klik ikon di atas entry ni untuk vote..tiap2 hari vote tau :D Jasamu dikenang selamanya !



Assalamualaikum member2 guwa sekalian..fuh..akhirnya guwa dapat masuk dalam ruangan “edit post” blog guwa neh setelah hampir 2 hari internet diragut dari hidup guwa..kerana family guwa berangkat Mekkah ke KL untuk melawat kakak guwa kat UiTM Shah Alam..hanya mampu update status FB macam orang pandai giler menggunakan Samsung Galaxy tab mak guwa je..seksa giler kot..

Tetapi kerana perjalanan jauh ini jugak,guwa dapat satu idea nak tulis entry..haha..biasala..guwa kan terer bab nak santau fire orang pedas2 neh..ideologi guwa mmg ke arah nada2 sarkasis neh..guwa x pandai nak cakap lembut2..kepada sesiapa yg perlukan teguran membina lembut gemalai neh,sila cari nasihat di blog2 mak nyah atau gay…laman web rasmi filem 2 Alam atau Dalam Botol pun boleh,,haha..

Oleh kerana abg guwa sedang berada di Mesir,dan kakak guwa sedang di UiTM,serta adik laki guwa yg form 4 ada kat ostel,so guwa secara rasmi ditabalkan sebagai PM co-driver,meneman mak n ayah guwa yg bergilir2 bawak kereta..

So sepanjang perjalanan jauh tu,macam2 la karenah manusia yg guwa rakamkan saksikan..semuanya driver la kan..xkan guwa nak saksikan gelagat makcik sapu sampah atas jalan raya lak kan..

Guwa cukup menyampah la tengok karenah manusia berlagak neh,dalam konteks citer guwa neh,pemandu yg berlagak la kan..dan yg bodoh sombong neh..Mentang2 la dia bawak Merz,nak pecut keta macam Syarikat Merz tu buat Merz sebijik je untuk dia..memecut macam pelesit..bape kali dah mak guwa kene brek mengejut keta kitorang,sbb terkejut dgn aksi2 ganas driver2 x berotak neh..So secara langsung guwa pun terkejut la..bila dah terkejut tu,macam2 la masuk dalam otak guwa..biasa la..otak sarkasis..

Hey pemandu2 kete2 besar,ape yg korang nak berlagak sgt bawak kete besar korang tu,korang ingat kitorang kagum ke Nampak korang memecut ‘harta dunia’ korang tu kat highway ?? Meh sini guwa nak bagitau,celah gigi pun guwa x heran la..setakat pecut kejap,pastu sampai belakang lori,slow balik,ape barang der..dah nak pecut sgt,pecut sampai masuk bawah lori tu la,baru hot beb..Baru X-Files..

Korang sedar x,sekali korang pecut macam pelesit,orang2 yg korang pintas tu,semua maki korang,secara langsung dah ade ramai yg x redha dgn perbuatan korang..sbb tu la banyak jadi eksiden..bila dah eksiden,pandai lak nak menyusahkan orang ramai..sekali lagi guwa ulang,kalau korang mati kat highway tu x menyusahkan orang lain,sikit pun guwa x kesah..ni x,bila dah eksiden,perut terburai,menyusahkan,,,guwa ulang.. MENYUSAHKAN !!!!! nak kena bawak korang g spital la,jadi kesesakan jalanraya la..macam2..dah jadi beban tau x ??? Nak mampus tu,mampus sorang2 la beb..

Tu yg kete besar,yg keta kecik pun satu hal,,x sedar2 diri yg dia tu guna kete kecik je,nak pecut macam kete besar jugak,,kalau setakat bawak Kancil tu der,x payah la nak pecut macam korang bawak F1..melayang2 kang..menyusahkan jugak.cube la bawak biasa2 je..korang nak bawak laju pun..duk line kanan la..pastu jgn la nak tunjuk lagak sgt,sbb nanti orang macam guwa ni x sabar,korang jugak susah,.nasib baik guwa x de lesen keta lagi,kalau guwa ade dah,guwa leh sumpah yg guwa akan langgar terus je korang time korang nak tunjuk hot depan guwa..

OK setakat tu je luahan hati seorang co-driver..Assalam :D

Friday, April 29, 2011

MEDIA MALAYSIA MEMANG TERUK!!!!!

Iklan - Guwa mau mohon jasa baik korang untuk vote header guwa yg x seberapa kat atas tu..header ni guwa pertaruhkan untuk contest Picture of the Year Anjuran DiGi..So,rajin2 la vote ye..Klik ikon di atas entry ni untuk vote..tiap2 hari vote tau :D Jasamu dikenang selamanya !


Assalamualaikum wbt kepada semua sahabat2 ku sekalian..secara langsung dari Hotel EV World Shah Alam,kami bawakan kepada anda........Tinta Penaku !!!! wakakakka...sengal tahap gaban guwa hari neh..

Guwa skunk berada di Shah Alam.penat dow perjalanan semalam...guwa ni dah la jenis x tido,so seharian la guwa teman mak n ayah guwa yg begilir2 bawak keta..sampai je hotel,guwa kacau kawan2 kat BCR jap,pastu guwa terus pengsan..haha..

Apa yg guwa nak cakap kali ni ada kaitan dgn entry guwa yg lepas bertajuk "Aku Muak Dengan Melayu !" iaitu berkenaan filem melayu skarang neh..

Semalam dalam akhbar Kosmo! , guwa ada terbaca satu berita mengatakan Persatuan Pemuda Masjid Malaysia telah mengadakan bantahan terhadap kebanjiran filem2 seram di Malaysia ni,yg mana menurut mereka boleh memesongkan akidah umat Islam di Malaysia khususnya..

Aku serius sokong dgn pendapat mereka nih..betul apa yg dikata..penerbit filem kat Malaysia ni seolah2 dah xde idea lain nak buat filem..adakah mereka ni hanya pandai buat filem seram je *tu pun kalau boleh dikatakan seram la =.='' * Xde filem lain dah ke yg diorang pandai buat ????

Dan berkenaan dakwaan filem2 seram yg dah berlambak kat Malaysia ni boleh memesongkan akidah,aku pun setuju..satu contoh yg diorang bagi,iaitu dalam filem seram neh,Al-Quran ni hanya dianggap alat menghalau hantu je...xde pulak tunjuk diorang2 ni beramal dgn ayat AlQuran neh,,tidakkah diorang ni tawu yg  AlQuran ni harus diamalkan dgn istiqamah,barulah mendatangkan kesan..n bomoh dalam citer melayu ni kebanyakkannye melakukan syirik dan khurafat..malam keliwon la..ape la..merepek kan ??

Dan aku pun ada terbaca dalam satu akhbar baru2 ni,ada sorang pelakon tu,akan berguru dgn seorang guru pondok,aku ingatkan dia nak insaf ke,ape ke,macam Bob Lokman tu,sekali dia cakap,dia berguru tu bertujuan nak mendalami wataknya dalam satu filem seram yg akan datang..wth ??? Belajar agama semata2 nak berlakon filem ????!!! Ada agama ke x diorang ni sebenarnya ??? Tapi kita doakan la lepas dia belajar tu,hati dia terbuka untuk belajar agama ni dengan lebih mendalam lagi,,amin...

Aku dah naik muak dengar citer2 pasal artis melayu ni,semakin lama semakin xde agama dah aku tengok,baru2 ni aku ada tengok video youtube pasal persembahan seorang artis melayu,yang mana prop2 dalam persembahan tu,banyak yg berkaitan dgn illuminati dan freemason...kalau satu dua tu,boleh la kita anggap kebetulan,tapi sampai 7-8 persamaan,apa kes ni kan ??

Ketahuilah bahwa artis2 barat tu,xdenye diorang nak buat persembahan lagu semata2,senyap2 diorang selit unsur akidah tu..nak rosakkan akidah Umat Islam tu..korang tengok bile kerajaan Malaysia bantah kedatangan Lady Gaga,dia hasut remaja kita supaya bangun memberontak.. ape kejadah plak dia nak lebih2..pergi la negara lain yg sesat banyak dah tu..

Antara unsur2 freemason yg ada dalam persembahan yg aku cakap tadi iaitu all seing eye,lambang mata dalam segitiga piramid,pakaian berwarna merah iaitu red girl,daun2 berterbangan,dan lain2 lagi..;korang pandai2 la cari dalam YouTube..

Iklan hari raya tahun lepas pun banyak menimbulkan kontroversi..ade plak iklan tahun2 sebelum ni semua ok je,tiba2 tahun tu nak buat iklan macam Santau Klaus plak..ape ke bengapnya dato farid ridzuan sehingga melepaskan iklan tu untuk ditayangkan kat tv3...dia x belajar agama ke ???

Sudah la..malas aku nak membebel lebih2..apa yg aku nak cakap dalam entry ni,satu je,iaitu 

MEDIA MALAYSIA MEMANG TERUK!!!!!

Assalamualaikum :D