Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Monday, June 20, 2011

TRICK - Kekalkan/Extend Penggunaan Topup RM10 (semua Telco)

Assalamualaikum wbt..



Wah.. bunyik cam trick mengayat jahat je kan.. Tapi macam trick hacker jugak la kan..Aku sekadar berkongsi.. Nak buat atau tak,tu korang punye pasal..haha.. tapi kalau kena tangkap,korang jual nama aku lak,siap korang.. :D

Ramai yg cakap , guna Line lebih jimat dari Prepaid.. Betul ke ? Sebelum korang jawab soalan tu,korang kena try trick yg aku nak ajar ni dulu.. pastu pandai-pandai la korang nilai sendiri mana satu yg lebih jimat.

Selalunya,orang akan Topup kalau yg standard pun,RM10 la kan.. kalau yang RM5 tu selalunya diorang bahagikan je, RM5 untuk diri sendiri, lagi RM5 untuk bf/gf .. Eleh,ingat guwa tak tahu ke..guwa pun buat..hahaha.. Kalau nak topup RM30 pulak,kang ade pulak yg perli kate kita ni nak menunjuk kaya.So yg paling relevan adalah RM10 je la.

Tapi bagi yg heavy user macam aku ni,ada hal sket,aku kol,malas nak mesej-mesej,sure la kredit cepat habis kan ? Nak-nak lagi kalau kawan-kawan semua guna telco lain.Kat Kedah ramai guna Maxis,so aku guna la Maxis.Masalahnya kat UIA ni ramai guna Celcom,so agak parah la kan.

So kali ni meh aku ajar trick dan tips camne korang nak bagi RM10 korang tu, bleh extend atau dalam bahasa kampung aku,lambat habis.Ha.. bunyik cam best kan ?? Lepas ni sure korang bleh gayut berapa jam pun korang nak,nak SMS berapa juta pun yg korang nak,tapi RM10 tu tak akan habis punye.

p/s - Tips ni aku belajar dari sorang kawan yg keje kat System Development Department kat sebuah syarikat telco terkemuka kat negara kita.Syarikat mane,aku tak leh inform.Dia paksa aku sumpah supaya jangan hebohkan.So aku terpaksa la rahsiakan kan.. Kang korang serbu dia plak..Hehe..

Check this out dudes !!

AMARAN !! - JANGAN BUAT LEBIH DARI 3 KALI.KALAU LEBIH,TELCO KORANG AKAN DETECT DAN AKAN BATALKAN NUMBER HP KORANG.PADAN MUKA KORANG :D

NAMA TEKNIK : BALANCE SYSTEM CROSSING
TARIKH YG SESUAI : 25HB++ BAGI SETIAP BULAN
WAKTU YG SESUAI : PUKUL 3PM KE ATAS (sistem sedang diselenggara time ni, so ada loopholes )

1) Beli topup RM10 , gores dan ready dengan kod topup tu.

2) Buka Message, taip  < ** REC 10 > dan send kat 09901

3) Tunggu dia reply, nanti korang akan dapat satu kod 6 Digit.Salin,jangan tersilap salin plak.

4) Pastu korang reply dengan menaip <**REC 10>  pastu send balik kat number tadi.

5) Pastu diorang akan reply "Please insert your topup ticket number" . Ha,tunggu ape lagi.masukkan la kod topup korang tu.Pastu send kat number tu jugak.

6) Kalau berjaya, dia akan reply mesej macam ni : 

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Ingat ni syarikat opah ko ??!!!! Masuk toilet pun kene bayar 20 sen.. ni plak ko nak topup 10, guna seumur hidup.. tokey balak pun bankrap kalau semua nak free macam ni.. banyak cantik muka ko !!






Ha.. tu la pasal.. terkejut gak aku dapat mesej macam tu.. ni kira ok lagi.. kadang-kadang tu aku dapat mesej kasar lagi daripada ni.. tu pun lepas aku try 3-4 kali la.. siap mencarut2 bagai lagi..hehe..


Peace yo ! :D

NAK SHARE BLEH,TAPI BACKLINK BALIK KAT BLOG AKU :D

Credit to : depalma



Thursday, May 26, 2011

Boost Video Buffering ke Tahap Maksima !! ~tak payah buffer dow~

Assalamualaikum wbt..

Wah-wah !! Blog aku ni sekarang dah asyik penuh dengan tips dan teknik PC je kan..dah macam Enchik Nine punyer blog dah pulak..hehe..takdelah,sejak kebelakangan ni aku banyak belajar tips2 upgrade system PC.Dalam entry baru-baru ni (http://www.tintapenaku.com/2011/05/lonjakkan-speed-internet-anda-selaju.html) aku ade ajar camne nak lajukan internet kan ?? Alhamdulillah,banyak feedback positif dari entry tu.Ramai yg cakap menjadi dan internet diorang dah laju.Tahniah.

Kali ni aku nak ajar camne nak speedkan video buffering plak.Aku tau korang mesti naik menyampah kan,buka Youtube ke,nak tengok Maharaja Lawak,terpaksa click Play,pastu kena Pause lak,tunggu dia buffer sampai habis.Annoying kan ? So moh kite belajar cara nak speedkan buffering video nih.

AMARAN !! Make sure korang taip semua arahan yg diberikan ni dengan betul.Sebarang kesilapan menaip boleh menyebabkan system korang tergendala !

p/s - Untuk pengguna Windows Vista dan ke atas .

1. Klik Start kat toolbar desktop korang, pastu klik Run (kalau yg xde Run tu,taip guna search box yg ade dekat2 dengan kotak Shut Down tu) dan taip "cmd" .Tunggu dia search,pastu akan jumpa cmd.exe , lepas dah jumpa,korang right-click,then klik "Run as administrator"

2.Akan keluarlah tetingkap kaler hitam macam kat bawah nih >

*Semua code di bawah ni korang kena taip sendiri,korang tak boleh copy paste dari entry aku sbb memang tak boleh pun.So sebab tu aku suruh taip dengan berhati-hati,jangan salah taip.

3.Sekarang korang taip "netsh int tcp show global" dan kemudian Enter. Akan jadi macam ni >


4.Kemudian taip pulak "netsh int tcp set global chimney=enabled" dan Enter.Sepatutnya dia akan tulis OK.



5.Kemudian taip pulak "netsh int tcp set global autotuninglevel=highlyrestricted" dan Enter.Sepatutnya dia akan tulis OK.



6.Kemudian taip pulak "netsh int tcp set global congestionprovider=ctcp" dan Enter.Sepatutnya dia akan tulis OK.



7.Make sure dalam langkah 4,5,dan 6 ,dia tulis OK.

8.Dah habis sume yang tadi,korang taip balik "netsh int tcp show global" .OK dia akan kuarkan status connection korang yg terbaru selepas korang ubah 3 setting tadi.



9.Last sekali,type "netsh interface ipv4 show subinterfaces" . Dia akan tunjukkan semua connection korang.

*Korang kena ubah nilai pseudo tu jadi 1500 seperti yg lain-lain.So korang taip "netsh interface ipv4 set subinterface "loopback pseudo-interface 1" mtu=1500" .


*Kalau ada interface lain yg nilai MTU nye belum 1500,sila ulang lagi code seperti berikut >

netsh interface ipv4 set subinterface "NAMA INTERFACE KORANG" mtu=1500

OK DAH SIAP !! CLOSE JE BENDA TU ...

Sepertimana entry yg lepas,aku ada cakap, aku tak jamin semua org yg buat ni akan merasai kelajuan yg maksima,bergantung kepada tahap internet connection korang la jugak.Cuma dia akan speedkan buffering video tu je.

Satu lagi, tips kali ni akan lebih berkesan kalau korang dah buat tips yg sebelum ni iaitu >> TIPS BOOST SPEED INTERNET . Aku dah cuba, ni internet connection aku sekarang 2 Mbps and above je,sebelum2 ni nak dapat 1.2Mbps pun susah..n sekarang aku layan movie streaming je...kalau best aku download,sume laju je..

Nak cuba atau tak nak,tu pilihan korang,Aku nak berkongsi ilmu je.Sekian Assalam..

Wednesday, May 25, 2011

Lonjakkan Speed Internet Anda Selaju Cahaya !!

Assalamualaikum wbt..



Wah wah wah.. Tak tido aku semalam belajar macam-macam ilmu dari satu website yg kawan aku bagi. Teruja giler aku tengok semua entry website tu.Entry-entry semuanya lebih kepada tips,tutorial,teknik,dan segala-galanya lah.Ada gak sikit-sikit yg aku apply,dan semuanya menjadi.Tu yang best uh,dan yang lagi best,semua software yg dia provide,aku dah check,clean site dow.No malware-malware.

p/s - Kalau korang syak ada file atau URL yang korang dapat tu sama ada mengandungi malware atau tidak,sama ada ianya dibind dengan perisian tersembunyi,atau percubaan untuk hack PC anda dengan licik,anda boleh scan file anda itu atau URL yang anda syak itu di sini >> http://www.virustotal.com/

OK cukup.

Hari ni aku nak kongsi ngan korang tips dan teknik,nak boost speed internet korang,TANPA SOFTWARE,TANPA DOWNLOAD APA-APA,dan tanpa segalanya.All about the system itself.Hanya mengubah sedikit setting.

1. Buka Registry editor.
pergi ke Start -> Run
(kalau yg xde Run tu,taip guna search box yg ade dekat2 dengan kotak Shut Down tu) dan taip regedit.

2. Setelah tetingkap Registry Editor terbuka, pergi ke key:

HKEY_CURRENT_USER > Software > Microsoft > Windows > CurrentVersion > InternetSettings
.

3. Sekarang klik kanan pada tetingkap di sebelah kanan anda dan tambah satu DWORD Value yang baru.



cara : Right click > New > DWORD (32-bit) value

Tukar namanya kepada MaxConnectionsPerServer.

4. Right-click pada MaxConnectionsPerServer dan klik MODIFY.Gunakan decimal, dan masukkan nilai 3000000
5. Buat satu lagi DWORD dan beri nama MaxConnectionsPer1_0Server


Di sini juga, masukkan nilai yang disebutkan di atas,dalam decimal.

*Kalau dalam folder tu dah ada kedua-dua key tersebut,korang kena delete kedua-dua file yg sedia ada tu,pastu ulang langkah 3

6. Restart Internet Explorer/Google Chrome/Firefox/dan lain-lain web browser lagi la..
selepas itu, perhatikan kelajuan internet korang..

TRIK UNTUK DNS:

Korang dapat meningkatkan cache DNS dengan Registry Tweak yang sederhana.

# Buka Notepad dan copy-paste kod berikut dan simpan dengan nama fail
dnscache.reg.

Ini adalah apa yang korang perlu salin:

Windows Registry Editor Version 5.00
[HKEY_LOCAL_MACHINE \ SYSTEM \ CurrentControlSet \ Services \ dnscache \ Parameters]
"CacheHashTableBucketSize" = dword: 00000001
"CacheHashTableSize" = dword: 00000180
"MaxCacheEntryTtlLimit" = dword: 0000fa00
"MaxSOACacheEntryTtlLimit" = dword: 0000012d

Lepas je korang SAVE file yg pada asalnya menggunakan extention (.txt) tadi kepada (.reg), fail notepad itu akan bertukar kepada fail registry..apa yang korang perlu lakukan ialah klik pada fail registry tersebut, dan kemudian akan keluar satu tetingkap yang meminta untuk korang sama ada mahu memasukkan registry tersebut ke dalam windows atau tidak..korang hanya perlu klik 'Yes'..semua masalah dah setel..ok? 

Apa yang penting korang perlu tukar extension fail txt kepada reg..kalau tak nampak extension, pergi dekat My Computer > Tools > Folder Options > View > Hidden files and folders > Klik pada Show hidden files and folders > Un-tick pada Hide extensions for known file types.

! Make sure icon file tu dah bertukar menjadi ikon registry dahulu,selalunya selepas anda membuang extension txt dan save sebagai reg kemudian enter,akan keluar sato balloon yg nak mengesahkan bahawa anda ingin menukar extension tu.Klik YES je.

Selamat Mencuba !! 

p/s - about speed internet browsing tu,anda sendiri lah yang nilai.Sebab aku cuba menjadi dan aku rasa lebih laju.Untuk PC korang,pandai-pandai lah nilai ye.

Sunday, May 22, 2011

ILuvBlog BlogWalking Community

Assalamualaikum wbt..

Wow !! Setelah ramai yg merungut sebab penat nak blogwalking ke semua group2 blogger yg muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan,akhirnya telah muncul satu jalan penyelesaian iaitu dengan tertubuhnya IluvBlog Blogwalking Community anjuran Woot Media [dot] My ..

Di laman interaktif ini,korang akan dapati semua group2 blogger yg femes telah disatukan bawah satu bumbung,dan memudahkan korang untuk blogwalking.Arahan dan maklumat selanjutnya korang bleh dapati di lawan web tersebut.

Aku sendiri terpanggil untuk join benda ni selepas admin woot media sendiri datang tinggalkan shout kat blog aku nih,so aku pilih untuk masuk Kategori Blogger Malaya.


Oleh itu, kami mengajak anda semua untuk turut sama join kami di blog iluv^blogwalking ! Setakat ini,terdapat 7 group blogger di komuniti iluvblog^walking.Antaranya : 
  • Blogger Tercinta Official
  • Sahabat Blogger
  • Blogger Pantai Timur
  • Blogger Bawah Tanah
  • Kita-Blogger Group
  • Blogger Malaya Group
  • Special group



Bagaimana blogwalking cara mudah dan pantas di iluvblog^blogwalking ? Senang..Ikot step di bawah :

  • Pergi ke www.bw.iluvblog.com
  • Di Home page,anda akan dapati terdapat 7 group seperti Blogger Tercinta Official,Sahabat Blogger,Blogger Pantai Timur dan sebagainya
  • Click salah satu group
  • Anda akan dapati terdapat 500 link blog di setiap group tersebut
  • LEFT CLICK pada link blog tersebut ( right click akan menyebabkan open in new tab )

  • Satu pop-up window akan keluar dan blog tersebut akan loading di pop-up window tersebut
  • Sekurangnya-kurangnya 3 second diperlukan untuk loading blog di pop-up window tersebut bergantung pada internet anda dan juga blog tersebut
  • Gambar di bawah adalah contoh blog yang keluar di pop-up window tersebut
 Berikut adalah langkah langkah untuk anda berdaftar untuk menjadi sebahagian dari komuniti blogwalking ini :

  • Buat satu entry/post di blog and bertajuk ” iluvblog blogwalking community”
  • Dalam entry tersebut,nyatakan anda mahu berada di group apa ( contoh sahabat blogger )
  • Copy paste penerangan “Bagaimana blogwalking cara mudah dan pantas di iluvblog^blogwalking” dalam entry tersebut supaya orang lain juga faham konsep blogwalking community ( tak letak gambar pon takpe )
  • Letak URL post ini supaya orang lain juga boleh sertai
  • Tag 2 orang rakan blogger anda
  • Submit url entry anda menggunakan borang di sini >> wootmedia
Jom la ramai-ramai gempakkan komuniti ni !! Lagi best nak blogwalking,tak payah susah-susah nak bukak link satu-satu.Hehe. So sekian Assalam.

AKU TAG SEMUA YANG BACA ENTRY NI :D

Friday, May 20, 2011

Tidak Boleh Pakai Serban,Boleh ke ?

Assalamualaikum wbt..



Wah...Farhan AJ ni dah giler ke buang tebiat ? Tetibe je kate tak boleh pakai serban.Maybe dia tengah tension kot.Tu yang tak leh fikir betul-betul.Atau maybe saja nak tarik perhatian orang kot.

Dan macam-macam lagi persepsi orang sebelum baca entry aku kali nih.Hahaha..Aku rasa maybe yang last sekali tu betul.

Entry kali ni lebih berbentuk pendapat aku,berkenaan pakai serban atau kopiah semasa menunggang motosikal.Aku tak judge hukum ke,ape ke,sume tak.Aku just nak pendapat korang jugak la di bahagian komen.

Aku tak sure,tapi aku ada gak la dengar dulu kerajaan bagi kelonggaran kepada tok-tok aji,nak pakai serban naik moto,tak payah pakai helmet.Betul ke ? Sebab tadi time nak pergi solat jumaat,aku nampak ramai la yg macam tu,pakai serban atau kopiah,tapi tak pakai helmet.

Aku nak tanya,helmet tu sebenarnya perhiasan ke ? Fesyen ke ? Atau simbol keganasan ke ? Kot la korang anggap helmet tu simbol keganasan,asyik tengok citer rempit hasil karya pengarah Tanah Air kita yang 'hebat' tu la kan ? 

Aku tak kecam langsung orang nak pakai serban or kopiah,in fact aku sendiri pernah jadi taksub dgn pakai serban ni kat skolah menengah dulu.Dari form 1 sampai form 5 aku tak pernah tinggal.TETAPI,biarlah kena pada masa dan tempatnya.

Bayangkan korang pakai serban,or kopiah,menunggang moto,tiba-tiba jadi kemalangan ke,korang melayang ke sebab eksiden,kepala terhentak kat atas jalan,adakah korang selamat ? Bagaimana pula kalau korang pakai helmet ? Yang mana lebih selamat ? Jawab guna otak yang REAL,jangan jawab atas dasar ego ye.

Sudah tentulah pakai helmet lebih selamat,dan bukannya serban atau kopiah.Sebab serban dan kopiah tu berfungsi untuk menahan rambut dari melindungi dahi ketika bersujud,dan bukannya untuk tujuan perlindungan di jalan raya.

Di sinilah pentingnya Sunnatullah.Apa yang Allah SWT dah tetapkan.Kalau nak selamat di jalan raya,kena la pakai perlindungan yang betul.Kalau korang rajin,korang boleh baca entry lama aku berkaitan Sunnatullah ni > Sunnatullah dan Kaitan Dengan Kejayaan .. Aku bagi contoh,korang tanam pokok,tapi korang tak letak baja,tak jaga betul-betul,tak siram air.Korang hanya solat dan berdoa sahaja supaya pokok tu subur ? Adakah pokok itu akan subur ? 

Aku sure jawapannya lebih kepada tidak.Sebab Allah dah tetapkan,pokok memerlukan air dan nutrien yg cukup untuk tumbuh subur,dan bukan sekadar doa dan ibadat.Sama la macam keselamatan jalan raya.Kita sendiri tau,nak selamat,kena pakai perlindungan yg cukup dan tepat,bukan sekadar doa dan tawakkal.Setakat pakai serban,tak menjamin langsung kita akan selamat atas jalanraya.

So berbalik kepada serban dan helmet tadi,korang pakai serban pun,ianya tak menjamin keselamatan korang sebab serban bukan untuk perlindungan di jalanraya.Helmet dah dicipta dengan ciri-ciri khas untuk melindungi kepala korang dari hentakan yg kuat.So helmet lah pilihan yang lebih BIJAK untuk dipakai ketika menunggang motor.

Maybe ada la org yg sempit fikirannya,nak komen kat aku,"mungkin sebab dia pakai serban atau kopiah,Allah SWT akan melindunginya dari bahaya dan bencana".Tolonglah jangan jumud sangat.Aku tau la pasal rahmat dan berkat ni.Korang nak harapkan bantuan Allah SWT tanpa USAHA ? Iaitu dengan memakai alatan yg memang dah dikhususkan untuk tujuan keselamatan ? Yet korang stil nak cakap pasal rahmat dan berkat Allah ?

Fikir dua kali sebelum korang cakap macam tu.Kita perlu ada usaha yang betul,baru berdoa dan tawakkal.Setakat harap Allah nak lindungi korang kat jalanraya,tapi korang sendiri tak jaga ciri-ciri keselamatan,boleh blah la.Doa dan tawakkal,harus diiringi dengan USAHA.

Hope korang faham apa aku nak cakap ni.Sebarang komen amatlah dialukan..Assalamualaikum.

Thursday, May 19, 2011

Kesilapan Blogger Nak Tingkatkan Follower

Assalamualaikum wbt..

Aku sebenarnya tak suka guna prinsip I Follow You,You Follow Me ni..Tapi dah tadi tinggal lagi 4 follower je lagi untuk mencukupkan 900 follower aku,so aku buat la post kat group2 blogger tadi.

Pergh..baru jadi sikit terus up entry..ehehe..takde..ekscelii tadi aku buat post kat group-group blogger,aku cakap aku perlukan 4 lagi follower nak cukupkan 900 follower aku,dan aku cakap aku akan follow diorang balik.

Giler,naik mendadak follower aku..Minta 4,naik sampai 7-8.Hahaha.. baik buat macam ni je dari tulis entry gempak..Wakakka.Tapi..........

Masalahnya,bila diorang dah follow aku,naik la muke kecik kat follower box tu,so bila aku nak follow balik,sure la aku klik kat muke sorang-sorang tu kan.

And apa yg mengecewakan aku,takde pulak diorang mention 'My Site' ... diorang punye blog bercampur aduk dengan blog-blog yg diorang follow dekat "Site I've Joined",so aku jadi konpius la mane satu blog diorang kan.

So sementara niat baik nak follow diorang masih ada,meh aku ajar camne nak betulkan permasalahan itu..

Korang pergi ke Dashboard > Setting > Basic > Add Your Blog to Our Listing

Pastu korang click kat hyperlink warna biru yang bertulis > Edit displayed blogs

Pastu korang tick la blog korang.

So bila korang follow blog seseorang,bila dia nampak,then dia click gambar korang kat follower box dia tu,dia akan nampak la mana satu blog korang n mana satu blog yg korang follow,so senang la dia nak follow korang balik.hehehe..

Wah,minta 4,tadi aku tengok dah naik 18..hahaha..mekasih ye kawan2..insyaAllah aku akan follow semua.Sekian.Assalamualaikum..

Wednesday, May 18, 2011

Khidmat Pasang Banner Churp-Churp Serta Code Boost Earning

Assalamualaikum wbt..



Wah..tak habis-habis pasal churp-churp.Sejak bila la tiba-tiba sumer kalut pasal churp-churp ni.Rasanya sejak aku heboh pasal coding yg cepat naik earning churp-churp tu * oke perasan sendiri =.='' * . hahahahaha..

So disebabkan aku tengah tak de idea dah nak update disebabkan sebelum-sebelum ni aku dah kuarkan sumer benda dalam kepala otak aku dan dikongsikan bersama korang,so idea semakin lama semakin kering.

So malam ni,aku nak tolong sesape yg nak pasang banner churp-churp kat blog diorang,beserta aku akan masukkan code yang boleh boost pendapatan churp-churp korang serta merta.

Aku dah tolong kawan-kawan aku yg lain,dalam 2-3 hari je,earning diorang dah naik sampai 7-8 ringgit.Okey untuk anak-anak datuk dan datin,memang la nampak sikit kan ? Cube korang try tengok nuffnang atau iklan-iklan lain,mane nak dapat banyak tu dalam 2-3 hari je.Kecuali korang ni blogger femes la..

Tapi, aku nak minta kepada sapa yang belum daftar churp-churp tu,sila la daftarkan dulu ye.And buat apa yang patut untuk pendaftaran tu.Maklumat diri,akaun fb,twitter,dll.Yang tiada akaun twitter tu boleh la buat.Tak ada pun xpa.

Daftar churp-churp anda di sini >> Daftar Churp-Churp 

Okey,sape nak aku tolong buat,cuma perlu mesej aku kat akaun fb aku je >> Farhan AJ,sertakan nama,email dan password untuk log in blog, email dan password untuk log in akaun churp-churp korang.

KEJAP !! AKU BUKAN NAK HACK !! DEMI ALLAH SWT AKU TAK AKAN HACK BLOG KORANG KE,AKAUN KORANG KE,APE-APE JE,DAN AKU TAK KAN SENTUH LANGSUNG BENDA LAIN DALAM BLOG KORANG !! 

Aku cuma nak tolong.Sumpah aku cuma nak tolong.Tanya la kawan-kawan blogger aku yang lain,aku langsung tak minta upah.Semuanya FREE.Saja nak buat amal jariah kepada kawan-kawan blogger.Apa guna ada ilmu kalau tak boleh tolong kawan-kawan.Aku hanya minta satu je dari korang untuk aku tolong korang ni - KEPERCAYAAN.Dan kalau korang sudi dan baik hati,letaklah blog aku ni kat bloglist korang.Tu pun tak wajib.Ikut suka korang.

So sape yang nak aku tolong,maybe malam ni dalam 3 blog je kot aku bleh buat,sebab internet tak berapa ok,bolehlah mesej aku kat fb aku iaitu >> Farhan AJ dan sertakan maklumat yg aku minta tadi,sebab aku nak buat sendiri.Malas aku nak cakap satu-satu suruh korang buat.Biar aku buat semua.

Sape belum add aku kat fb,boleh add dan sertakan mesej mengatakan korang ni nak minta tolong buat churp-churp sebab aku tak approve fren request buat masa sekarang.TQ.

Sekian Assalam.

Nikmati Ganjaran Lebih Dengan Berblogging

Assalamualaikum wbt..



Ya,aku tau ramai yang mempunyai falsafah sendiri apabila mempunyai blog,sama ada untuk menulis novel dalam entry,nak berkongsi kepakaran dalam bidang-bidang tertentu,nak meluahkan perasaan yang terbuku di hati,nak menceritakan kisah hidup,bertukar pendapat mengenai isu semasa,dan lain-lain (cikgu bm aku tak suka aku guna dan lain-lain dalam esei aku..hahaha) .

Namun,apa salahnya kalau kita nak dapatkan sedikit pendapatan sampingan atau ganjaran atas blog kita ni.At least kita tak payah nak merengek kat mak minta duit nak bayar broadband ke,wimax ke.Atau setakat nak buat belanja makan,atau topup,cukup lah kan.

Dan aku tau ramai blogger yg pasang iklan di blog sama ada Nuffnang,Adverlets,atau apa saja iklan yang lain.Cuma apa yg aku nak cakap hari ni mengenai Churp-Churp yang juga ada link dengan Nuffnang.Aku sure ramai dah tahu pasal churp-churp ni.Cuma tak ramai yg mendaftar dan juga tak ramai yang tahu rahsia nak menjana pendapatan lumayan dengan churp-churp ni.

So aku nak ceritakan kepada blogger yang masih belum tahu pasal churp-churp ni.Churp-Churp,seperti iklan yang lain jugak,menawarkan ganjaran apabila kita meletakkan banner iklan mereka di blog.Apabila visitor masuk dan meng'klik' iklan tersebut,maka kita dapatlah sedikit wang.

Cara Mendaftar Churp-Churp 


2.Register akaun Churp-Churp anda.Masukkan butiran peribadi anda dan juga anda perlu connect Churp-Churp anda itu dengan Facebook dan Twitter.Inilah peluang anda nak maksimakan penggunaan facebook dan twitter.

3.Ikut arahan register tu step-by-step.

4.Bila dah selesai pendaftaran,pergi ke dashboard dan anda akan nampak halaman seperti ini di bahagian kanan -


5.Anda cuma perlu share setiap campaign-campaign tersebut.Klik "share this" dan anda akan dapat personal link untuk setiap campaign anda tersebut.

6.Anda boleh share campaign tersebut di facebook,twitter,dan mana-mana website yg ditunjukkan di bawah   personal link anda tu.

7.Atau,anda boleh meletakkan banner atau iklan churp-churp anda tersebut di blog anda.

8.Tutorial untuk boost earning churp-churp anda pun dah saya sediakan di sini >>> Tutorial Boost Earning Churp-Churp.

So,selamat mencuba dan semoga anda mendapat ganjaran yang istimewa dengan bersedia untuk berubah dan menjadi lebih serius dalam dunia blogging ini.Sebarang pertanyaan ,anda boleh komen di bawah atau mesej di facebook saya di sini >>> Farhan AJ

p/s - Kalau rajin dan baik hati,sila la klik banner churp-churp aku kat sebelah atas kanan blog ni.yang ada gambar burung cute warna biru tu :D Thanks !

Sekian.Assalamualaikum

Tuesday, May 17, 2011

Tips Mengelakkan Profile/Blog Anda DiHACK (Updated)


Sekarang ni kecoh dengan berita blog-blog atau laman web yang diserang hackers.Diorang ni saje nak tunjuk kehebatan diorang je.Kalau korang belajar subjek komputer sekolah rendah pun,salah satu tujuan hackers ni adalah nak membuktikan kewujudan diorang dan kehebatan diorang.Beberapa blogger yang aku kenal sudah kena serangan hackers ni.Kesian diorang.

Entry ni dah lama.Cuma aku updatedkan kerana isu sekarang.Bukan giler SEO ye,harap maklong.So ape kate korang bagi tumpuan sikit kepada apa yang aku nak cakap ni.Take note !

Ni semua aku belajar dari Lecturer Programming aku je.

1) Guna Password yang Strong.
Korang perlu gunakan password yang ada gabungan Alphanumeric(abcd1234),dan Special Character(*%*$^$).Kerana,melalui cara ni,si hacker akan mengalami kesulitan untuk trace password korang tu kerana code HEX dalam Unicode bagi Alphabet,Numerical,dan Special Character amat berbeza so,akan menyebabkan hacker susah,atau lambat,atau mustahil untuk trace password anda.Alphabet tu pulak,molek kalau korang selang-seli dengan Upper Case dan Lower Case.

contoh : farhanUIA1992!

farhan - Alphabet lower case
UIA - Alphaber upper case
1992 - Numerical
! - Special Character

2) Kerapkan Tukar Password.
Melalui kaedah keylogger,si hacker boleh trace atau kesan huruf yg selalu anda guna apabila log in profile anda,mengikut turutan..So mustahil anda selalu tersalah taip pulak kan bila anda enter password.Hacker yang guna kaedah keylogger senang nak hack kalau anda guna password yg sama untuk jangkamasa yg lama.Seminggu sekali tukar password adalah yg paling afdhol.

3) Jangan Dedahkan EMAIL Anda Di Mana-Mana Website
Contohnya facebook.Dan anda menggunakan Google Chrome sebagai browser.Semasa anda sign in akaun facebook anda,Google Chrome akan menghantar maklumat anda tu yakni email dan password,ke server facebook terlebih dahulu,barulah facebook akan detect email dan password anda tu.

Jika anda dedahkan email anda di sebarang website,hackers akan menggunakan kaedah phishing,untuk block laluan log in anda ke server tadi,dan akan menghantar maklumat log in itu kepada diorang.So apabila email dan password anda menjadi hak mili si hackers,say goodbye !

4)Elakkan Berkongsi Profile 
Alah.Kan ada manusia yang suka share profile fb ni dengan kawan-kawan,kononnnya ukhwah.Diorang tak tahu yang perkara inilah yang membahayakan diorang.Kalaupun anda tu menjaga keselamatan profile anda,mungkin tidak bagi kawan anda.Mungkin dia terletak password atau email atau apa-apa saja maklumat akaun anda di mana-mana.So merbahaya kan ? Kalau anda seorang je yang jaga profile anda,lebih sistematik kerana hanya anda yang tahu di mana maklumat akaun anda berada.

5)Backup Template Blog
Kalau untuk pengguna blogspot,korang boleh download full template korang untuk backup,dan juga Html Code bagi templates korang.Sebab,bila si hackers ni dah hack blog korang,diorang akan ubah templates,bermakna widget-widget semua akan hilang.Bila anda dapat balik blog anda,KOSONG je.

So better copy Html Code,Tick di Expanded Widget,pastu copy semua Html Code.

Satu lagi ! Copy setiap code html untuk widget korang !! Dan save dalam file notepad yang berbeza !

6)Jangan Dedahkan Password Anda 
Ni perbuatan bodoh.Sekian.

SAPE YANG DAH KENA HACK TU,RESET PASSWORD ATAU GUNA "FORGOT PASSWROD" UNTUK DAPATKAN BALIK PASSWORD KORANG TU.SAPE GUNA BLOG WORDPRESS DAH TAU KAN,ADA PLUGIN UNTUK TRACE PASSWORD YG HACKERS TU GUNA.

Hope korang dapat selamatkan akaun dan blog korang dari dihack dengan tips-tips yang aku bagi.Tu baru diorang hack blog je,belum diorang DDoS lagi.Lagi teruk kalau kena DDoS.Sekian Assalamualaikum.

original editor: Farhan AJ

TAK PAYAH MINTA IZIN NAK SHARE.SHARE JE.CUMA BACKLINK KE ENTRY NI BALIK DAN JANGAN MENGAKU HAK ANDA.

Pasaipa Susah Sangat Nak Berbelanja ?

Assalamualaikum wbt..



Masyarakat kita hari ni semakin lama semakin pelik.Benda yg patut buat,dia tak buat,benda yg tak patut buat,dia buat pulak.Korang pening dah kan ? Tunggu..aku nak peningkan lagi..

Kali ni aku nak cakap pasal penggunaan duit.Dan kepada yang mengenali aku,sure la sedar bahawa entry ni jugak ditujukan kepada aku.

Kenapa hari ni,kita sanggup berbelanja besar untuk perkara yg tak berfaedah,sedangkan benda yg kita perlu,kita susah nak buat kerja tanpanya,susah pulak kita nak beli.

Analogi yg aku nak bagi kat sini cukup mudah.

RM10, kalau guna main kat Arked,kat tempat video game,kat cc,terasa macam sikit je nilainya.Tapi dengan RM10,bayangkan berapa bungkus nasi lemak atau nasi ayam dah kita boleh beli ? Hidangan Snack Plate KFC pun boleh aih dengan Rm10 tu.

Satu lagi analogi aku bagi,kita sanggup habis beratus ringgit nak beli CD Game yang ori,Dawn of War la,DOTA lah,dan lain-lain.Tak terasa pun sayang duit tu bila selamber je beli CD game mahal-mahal,ada yg mencecah rm200++ !! Tapi dengan 200 tu,kita dah bleh beli buku rujukan tambahan,boleh beli alat keperluan tulis,dan pelbagai lagi alat yg berfaedah.

So kepada kawan-kawan,berfikir masak-masak sebelum seluk poket nak buka dompet tu.Adakah kita benar-benar pasti ini apa yang kita nak beli ? Bergunakah untuk kita untuk matlamat jangka masa panjang ?

Sekian sahaja.Assalam

Sape Ajar Korang Pasal Hukum Karma ??

Assalamualaikum wbt..



Tajuk kali ni mmg hot sikit.Sebab ramai yg guna,and ramai yg bangga bila dapat gunakan benda ni untuk menakutkan kawan-kawan yg lain apabila dia dianiaya.Kononnya hebat bila dapat sebut benda ni.

HUKUM KARMA 

Seperti yang dinyatakan oleh MEREKA yang beramal dengan Hukum Karma ni,

Hukum karma, suatu pengertian tentang pembalasan atas perbuatan baik maupun buruk oleh seseorang, akan dibalas di dunia. Jika seseorang melakukan perbuatan, dan ia tak mendapat balasan selama ia hidup di dunia, maka akan dibalaskan kepada keturunan maupun kerabatnya.

Atau istilah dalam bahasa Inggeris yang popular dikaitkan dengan Hukum Karma ini iaitu "what goes around,comes around"

Sekali lagi,sepertimana entry-entry aku yang sebelum ini,aku nak tanya korang,sape yang ajar korang hukum karma ni ?? Kawan-kawan ? Cikgu ? Mak Bapak ?

Aku rasa korang belajar dari kawan-kawan.Sebab aku cukup yakin bahawa golongan cikgu dan ibubapa dah cukup pengalaman hidup dan agama diorang,tak akan diorang ajar benda ni kepada anak dan anak murid diorang.

Seperti biasa juga,kita hayati dialog di bawah :

Nabil - Takpe..ko buat aku macam ni ye Rosli.Ko tunggu la.Hukum Karma akan balas perbuatan ko kat aku ni ..

Rosli - Hukum Karma ?? Menatang apa tu ??

Ya,seperti biasa juga,Hukum Karma ni hanya digunakan oleh org yg tak belajar,tapi nak buat macam dia belajar.Seperti entry yg lepas,aku memetik hadis Rasulullah SAW yang mengatakan,Sesiapa yang beramal tanpa ilmu,yakni dia buat sesuatu ikut orang je,padahal dia sendiri tak tau betul ke tak,adalah orang yg BODOH.

Kepada sesiapa yg suka guna sangat istilah HUKUM KARMA ni,aku nak minta korang datang bawak Dalil-Dalil dari Al-Quran ke,As-Sunnah ke,Ijmak ke,Qiyas ke,yang menyebut berkenaan hukum karma ni.Boleh tak ? Aku sure sampai kiamat pun korang tak kan jumpa.Sebab dah jelas,HUKUM KARMA tiada dalam Agama Islam.SO yang gedik pi guna tu buat apa ??!!

Dalam Islam,jika perbuatan seorang tu tidak dibalas di DUNIA,maka dia akan dibalas di akhirat.Itu konsep dalam Islam.Tak de pulak Islam menyebut,kalau perbuatan dia tak dibalas di dunia,maka anak cucu cicit dia pulak akan menanggung balasan perbuatan dia.

So Dari Mana Datangnya Hukum Karma ni ??

Sem lepas aku ambil subjek Religions In Malaysia.So aku come across la istilah ni.Hukum Karma hanya ada di dalam Agama bersifat dewa dan Tuhan yg pelbagai,contohnya Hinduism,Buddhism,dan juga dalam Sikhism.Maksudnya,orang yang beragama Hindu,Buddha,dan Sikh saja yang percaya hukum karma ni.

Hukum Karma ni juga dikaitkan sengan prinsip Samsara,iaitu penukaran roh manusia setelah dia mati.So kalau KARMA (perbuatan dia di dunia) baik,mana ketika Samsara,dia akan dilahirkan semula sebagai manusia atau lebih tinggi,bersatu dengan Tuhan,iaitu mencapai Peringkat Nirvana atau Moksya.Tapi kalau KARMA dia tak elok di dunia,maka dia akan dilahirkan sebagai benda yg lebih hina,sama ada tumbuhan,haiwan,hantu pervert,dll.

So itu konsep KARMA ! Dalam agama lain ! Takde langsung dalam Islam ! So kenapa kita umat ISLAM yg dah ada Rukun Islam dan Rukun Iman ni stil nak percaya dan guna hukum karma ni ????

Untuk Mereka yg SANGAT2 BERIMAN DENGAN HUKUM KARMA ni,mungkin nak perjuangkan jugak kepercayaan suci diorang tu dengan mengaitkan karma dengan kifarah dalam Islam.Yes,Mmg konsep KIFARAH dalam Islam ada sikit macam Karma.Tapi bezanya lebih banyak.

Kifarah tu balasan Allah bagi si pelaku salah untuk membuang dosanya di dunia,dan didatangkan dalam pelbagai bentuk,contohnya,kematian ahli keluarga terdekat ke,jatuh ketika tengah jalan ke,rumah dirompak ke,dan lain-lain yang tidak melibatkan kelahiran semula atau ape2 je yg mengarut tu.Tetapi,Karma melibatkan kelahiran semula sesuatu roh itu.Korang nampak kan perbezaan Karma dan Kifarah walaupun kedua-duanya melibatkan "balasan perbuatan" ?? Itulah perbezaan Islam dan agama yang lain.

Tepuk dada,tanya iman.Aku dah sampaikan apa yg aku tau,dan dah nasihatkan.Terpulanglah pada korang nak berubah atau tak.Cuma jangan duk menyesatkan orang lain.Umat Islam sekarang ni dah ramai yg ditindas,semua angkara kebodohan kita sendiri.Saling nak menjatuhkan.

Nak penjelasan lebih lanjut,klik di sini >

Sekian.Assalamualaikum.


Saturday, May 14, 2011

TUTORIAL Boost Earning Churp-Churp Dengan Segera !!

NAK SHARE ATAU COPY TUTORIAL NI TAKPE,ASALKAN HYPERLINK KE BLOG INI BALIK !!


Assalamualaikum wbt..

Wah..aku actually tak berniat pun nak buat tutorial pasal ni.Tapi tadi ramai kengkawan blogger suruh buat,so aku pun buat lah,nak tengok jugak kawan-kawan dapat earning tinggi-tingi dalam Churp-Churp ni kan.

Sebelum ni,aku buat main-main je churp-churp tu.Baru sampai 20 sen earning,aku dah delete iklan dia kat blog aku.Tapi semalam,aku teringat yg ada kawan blogger aku ajar camne nak buat coding banner,di mana bila orang yg masuk blog kita tu klik banner tu sekali sahaja, banyak iklan atau link yg dapat dibuka.

So terfikir aku nak buat iklan-iklan churp-churp jadi macam tu.Kawan aku tu pun guna untuk iklan churp-churp jugak.Semalam aku buat,tadi aku check,wah !!! earning churp-churp aku dah naik ke RM2.60 .. lumayan kan ???!! Nuffnang n adverlets pun tak laju cenggini *untuk blogger yg average macam aku ni la =.='  * So aku pun teruja sangat-sangat.

So kali ni aku nak kongsi ngan korang macam mana nak buat coding tu . Aku tak kan ajar camne nak daftar churp2 tu,camne nak dapatkan link churp-churp sume tu,yg tu korang gi cari sendiri lah ye camne nak buat.Aku nak ringkaskan entry nih.


INFO - CODING INI AKAN MENYENANGKAN VISITOR UNTUK KLIK IKLAN CHURP-CHURP KORANG,TAK PAYAH KLIK SATU-SATU IKLAN CHURP-CHURP DAH SEPERTI DULU,KLIK SATU BANNER SAJA,DAN SEMUA IKLAN AKAN TERBUKA :D

1) Macam biasa, pergi ke Dashboard > Design > Add a Gadget > HTML/JavaScript 

2) Copy code yg berikut dan paste ke dalam HTML/JavaScript tadi neh :-


3 ) Save Widget Tersebut.

Maka,apabila ade org yg klik banner/gambar churp-churp korang tu,secara automatik akan terbuka semua link-link yg korang set tadi.macam code aku kat atas,ada 5 link,4 link churp-churp dan satu link blog aku ni sendiri.

p/s - bertimbang rasa la sama ye bila nak set link tu,setakat 4-5 link sudah la,jangan melebih-lebih.Nanti 'hang' pc org yg klik iklan korang tu,sampai kiamat dia tak nak klik dah.padan muka korang..haha

Dan untuk banner CHURP-CHURP tu,aku dah sediakan beberapa pilihan warna untuk banner yg macam blog aku nih.Ada kelip-kelip lagi tu.hehe..Korang nak,korang copy je URL setiap gambar di bawah ni.TAPI INGAT !!! Sila nyatakan kat blog korang tu,dari mana korang ambil banner nih.Dan sila backlink semula ke blog aku neh.Korang pun tak suka kan kalau kerja tangan korang sendiri,tiba-tiba ada orang mengaku dia yg buat.Sape yg buat macam tu,kita jumpa kat akhirat lah ye.Sekian..


Sumber coding : Blog PokCikEjoy


Animated Banner Churp-Churp by Farhan AJ -

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket