Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Friday, May 27, 2011

Mengapa Ramai Yang Sesat Akidah ??

Assalamualaikum wbt..



Okeh,aku tak payah cakap panjang,satu blogosphere dah kecoh soal makcik hajjah tu kan,so malas aku nak rewind balik.Lagipun bukan pasal tu aku nak cakap malam ni.Aku nak ajak korang berfikir,sebab ape ek semakin ramai yg sesat sekarang ni ? Bukan sesat jalan nak g tempat mane-mane, ini sesat akidah.

Setelah direnung-renung kembali,aku membuat hypothesis terdapat beberapa perkara yg menjadi pemangkin ke atas gejala rosak akidah yang semakin berleluasa sekarang ni.

1.Kurang Pendedahan Agama

Point ni aku tujukan kepada keluarga-keluarga yg mungkin tidak membesar dalam suasana bi'ah islamiyah atau suasana keislaman.Maybe ada anak-anak yg lahir-lahir je,dah dibawa ke luar negara,tempat-tempat yg kurang pendedahan agama Islam ni.Mak bapak pulak tak de lak rasa tanggungjawab nak didik anak-anak diorang dengan asas agama Islam ni.

So bila budak tu jadi besar,dia akan rasa pelik dgn agama Islam.Kenapa kena solat,kenapa kena tutup aurat,kenapa lelaki tak boleh sentuh perempuan yg bukah mahram,dan pelbagai lagi.Dan apabila soalan-soalan itu tak dijawab,so mula la dia nak buat definisi sendiri.Ilmu Islam ni mmg tak dapat difahami dengan hanya menggunakan logik akal.Sebab tu sejak kecil,kita kena ajar dah anak-anak ni dgn konsep Tauhid,Rukun Islam,Rukun Iman semua tu.Bila akidah dia dah ada,so dia tak kan rasa janggal dengan hukum Islam ni. "Awal-awal agama ialah mengenali Allah" .. 

2.Salah Faham Konsep Agama

Ya,banyak dari golongan sesat ni,dahulunya datang dari institut-institut agama,seperti sekolah agama,pondok-pondok,dan lain-lain.Tapi kenapa diorang bleh sesat ?? Kalau orang biasa,sure dia akan anggap kalau dah nama pun budak skolah agama,mengaji agama tinggi,mesti la alim,ilmu agama tinggi,dan macam-macam.

TETAPI,harus diingat, sifir dia macam ni, "Bertambah ilmu agama,maka bertambahlah persoalan mengenai agama di dalam kepala,dan bertambahlah juga godaan syaitan" ... Bila dia belajar agama tinggi,so minda dia akan meronta-ronta untuk mengetahui lebih dalam lagi ttg misteri-misteri dan persoalan agama ni,dalam pada itu,syaitan-syaitan yang lebih tinggi pangkat akan dihantar untuk menggoda golongan ni,sebab ilmu agama diorang lebih tinggi berbanding orang biasa.'

So, mereka-mereka yang "tersungkur"  atau terpedaya dalam usaha nak membongkar rahsia yg lebih mendalam ini,akan goyah akidah,dan lama-lama terus jadi sesat.Diorang akan mengeluarkan lebih banyak kenyataan yg songsang dan tak menepati syarak.

_______________________________________________________________

Cukuplah 2 point dulu aku utarakan kali ni.Sapa ada pendapat atau nak tambah,bolehlah komen di bawah.Bersama-sama kita memahami golongan sesat akidah ni.Sekian,Assalam.. 

Tuesday, May 24, 2011

Ada Jugak Rupanya Blogger Sekeji dan Sehina Ini

Assalamualaikum wbt..



Alhamdulillah,aku kembali o9 setelah bil wimax aku dibayar semalam.Namun,ketika sedang sibuk membaca entry-entry sahabat bloggerku yg lain,aku terpandang satu entry di sebuah blog di dalam satu group blogger ni,mengenai satu blog yg cukup keji dan menghina Islam.

Ya,aku tau isu seperti ni sudah banyak terjadi,namun sebelum ni aku hanya melihat di facebook sahaja,tak sangka pulak blogger pun ada sekeji dan sehina ini !!!

Aku bagi satu petikan entry dalam blog ni untuk korang nilai bertapa kejinya blogger tersebut -

Mari baca Ayat Kursi untuk mendapat ganjaran syurga lucah Firdaus! Mari buat amalan dan baca Ayat Kursi!! Sesungguhnya Allah akan memberkati amalan kita dan mengganjarkan kepada kita alam lucah jannatul Firdaus bersama-sama dengan (atau menjadi antara) 72 bidadari yang montok dan ketat lubangnya setiap kali diberi jimakan. Masyallah!!

Astaghfirullahal azim... Na'uzubillahimin zalik..

Mengucap panjang aku buka blog dia..meremang bulu roma aku beb..siap dia letak gambar lady gaga duk atas Kaabah lagi.Betul-betul menghina Islam.Aku tak sure dia still Islam atau tak,apa yang aku sure dia tu bukan Indon,dia MELAYU !!!!

Korang pergi sendiri la usha blog dia tu dan sila berjaga-jaga,takut anda termuntah dengan bahasa-bahasa yang dia gunakan,amat keji dan amat meloyakan.


Jangan risau,aku dah scan URL blog dia ni,clean site,ni result scan tu >> Virus Total Result

JOM la ramai-ramai kita laporkan blog ni,supaya boleh dihapuskan segera !! Aku sendiri tak tau nak kata apa bila baca blog dia tu,seolah-olah dia benci sangat dengan Islam..

Sekian Assalamualaikum.. :'(

Sunday, May 8, 2011

Hukum SEBENAR Menyambut Hari Ibu

IKLAN !!!! Aku nak minta Jasa baik korang untuk VOTE header blog aku ni dalam Contest WWWOW Digi Award neh..Please la vote ye..klik ikon di atas entry neh..



Assalamualaikum wbt..

No..no..no..ini bukan entry nak cari glemer atau entry SEO..aku kaji tadi kat internet,dan aku buat entry ni nak menyedarkan orang ramai tentang Hukum Sambutan Hari Ibu nih..kerana ada beberapa blogger yg sesuka hati buat hukum sendiri..so aku kaji tengok kat internet,beberapa pendapat ustaz dan ulama berkenaan sambutan hari ibu nih..

Ya,aku tau la..Hari Ibu ni berasal dari nama dewa Greek bla..bla..bla..haram la..bla..bla..bla..jap! x payah nak rungkai hujah ko lagi..dengar dulu ape aku nak cakap ni..

Kejap aku nak tanye korang,korang sambut hari ibu ni kerana apa ?? Niat dalam hati korang tu,nak sambut siapa ?? Ibu kan ?? Ade ke dalam hati korang nak sambut Hari Ibu ni,korang niat macam ni "eh hari ni hari ibu la..aku nak puja dewa greek bla..bla..bla.."... tak ade pun kan ??? Habis dah xde yg gatal sangat suke2 kuarkan hukum kenapa ??

Ya,aku tau la "matlamat tidak menghalalkan cara" ... masalahnya CARA ini salah ke ?? Sambut Hari Ibu ni salah ke ??

Ya,memang ada ulama yang cakap sambut hari ibu ni haram..cube korang baca balik betul2 apa yg dia cakap tu,hukumnya HARAM kerana apa ?? Mesti diorang akan cakap yg hukum haram sambut Hari Ibu pada 8 Mei tu kalau korang sambut tu dengan 2 niat , even ada salah satu pun dah jadi Haram iaitu :

i) Menghormati dan menghargai ibu HANYA pada hari ini (8 Mei)..kerana seorang ibu tidak layak HANYA dihargai dalam satu hari yg singkat sahaja..

ii) Dibuat kerana meniru perbuatan orang bukan Islam secara syar'ie..percaya Tuhan Greek diorang tu..ape2 yg berkaitan dgn agama diorang la..

Islam mewajibkan setiap umatnya menghormati,menyayangi dan menghargai ibu mereka setiap saat dan ketika..tidak perlu ada hari yg istimewa untuk hal ini,kerana dalam Islam cuma ada 2 perayaan sahaja iaitu :

i) Hari Raya AidilFitri
ii) Hari Raya Aidiladha

Selain dari 2 perayaan ini,ianya dikira sebagai bid'aah atau "mengadakan sesuatu yg tiada" atau tidak diamalkan di zaman Rasulullah SAW..TETAPI ianya tidak menjadi satu kesalahan,malah diHARUSkan jika kita menyambut hari ini tidak berdasarkan 2 niat yg atas tadi...

Ini petikan daripada salah satu jawapan ulama berkenaan Hukum Menyambut Hari Ibu ...

"Jika kita menganggap bahawa apa yang dinamakan oleh orang-orang barat sebagai hari ibu itu sebagai hari memuliakan/menghormati ibu hanya sebagai tambahan sahaja (kewajipan menghormati ibu telahpun siap kita laksanakan), maka di sana syarak tidak menghalangnya. Yang ditegah oleh syarak ialah jika perayaan berkenaan dianggap sebagai ‘id/perayaan dengan maksud syar’i. Begitu juga ditegah jika pembatasan menghormati dan memuliakan ibu hanya pada hari berkenaan sahaja. Jadi, jika dua perkara ini ternafi, maka tidak ada halangan untuk memuliakan atau menghormati ibu pada hari ibu"

Di sini juga aku sertakan beberapa link website yg aku rujuk berkenaan entry ni iaitu :


Dr.Yusuf Al-Qaradhawi pun dah keluarkan fatwa,HARAM menyambut jika niat ingin meniru golongan2 bukan Islam tu..kerana ada hadis yang mengatakan bahawa jika kita meniru perbuatan satu golongan,maka kita akan termasuk dalam golongan tersebut..so kalau niat tu bukan untuk meniru,maka hukumnya HARUS..

So di sini aku nak ingatkan, jangan la korang sempitkan otak korang dengan hanya berbekalkan beberapa kata-kata kawan atau sekadar guna otak sendiri..Dah sedar ilmu agama tu tak tinggi,so rujuk la ustaz-ustaz..bukan kuarkan hukum sendiri..

Bagi aku sendiri,sampai sekarang pun aku tak pernah anggap Hari Ibu ni diasaskan oleh orang Greek ke ape ke tu...Dalam hati aku dah set,setiap hari adalah hari ibu..dan sengaja aku pilih 8 Mei ni sebab ianya dah dikenali dgn Hari Ibu dan maybe aku boleh buat something yg akan buat ibu aku lebih gembira berbanding hari-hari yang lain..tu je..pasal Tuhan Greek la..ape la tu..persetan je dengan diorang..tak payah la tunjuk alim suka-suka hati je nak kuarkan hukum haram sendiri,sedangkan korang tak rujuk mana-mana ustaz lagi..

So kepada sahabat-sahabat yg lain,usah risau untuk menyambut Hari Ibu ni,sebab ianya bergantung kepada niat dalam hati kita ni..TETAPI,ingat !! Ibu bukanlah perlu disambut dan diperingati HANYA dalam hari ini..tetapi perlu dalam setiap hari...kerana jasa ibu tidak terbalas budinya..

Sekian..Assalamualaikum..


MOHON KORANG SHARE DI FB MASING-MASING !!! SUPAYA SEMUA TIDAK DIPENGARUH OLEH FAKTA YG SALAH ..TAPI JANGAN MENGAKU KORANG PUNYER LAK..LINK LA BALIK KE ENTR NI

p/s - Kalau korang rasa ada kesilapan dalam tutur bicara aku,sila tegur kerana aku juga manusia seperti korang.. :D

Monday, April 4, 2011

'RAHSIA' Di Sebalik Lagu Open Your Eyes Nyanyian Maher Zain


Assalamualaikum semua pembacaku sekalian yg amat kusayangi...ayat kerek giler..haha..

Okeh,aku nak tanya satu soalan bodo leh x ?? Sape kenal Maher Zain ?? hahaha..bodoh kan ?? Sure2 la semua yg bernama manusia kenal artis terkenal ni,yg menyanyikan banyak lagu2 berunsur dakwah Islam..aku pun cukup respect mespect la dgn Mar ni *bajet kawan baik je panggil pendek2..haha*..

Korang penah dengar x satu lagu dia yg berjudul "Open Your Eyes" ?? Yang mendayu2 tu ?? dah nama pun Die hard fan dia mesti la korang tau kan ? OK yg tu je aku nak tau..Korang nak tau x rahsia di sebalik asal usul lirik n lagu tu ?? Ok yg dah tau duk senyap2..x payah bising..aku nak gtau kepada yg xtau lagi je..

-Actually lagu tu bukan Maher Zain yg reka-

Hoh ?? Ape ko merepek ni ??

Sabor2..biarlah aku habiskan tintapenaku ni dulu..chewah guna nama blog plak..haha..OK,actually lirik lagu tu dihadiahkan kepada Maher Zain oleh seorang paderi Kristian kalau x salah aku la..aku x sure paderi ke x,yg pasti dia tu Kristian..aku cari dalam google tapi x jumpa maklumat ni..Maybe dia xnak identiti dia diketahui..yg pasti sumber yg aku dapat ni mmg betul..siap ada video klip lagi..tapi dah lama la so aku x ingat dah katne aku tengok video tu..

OK.ceritanya macam ni..Pada suatu malam,si paderi tu mundar-mandir dalam bilik dia..Dia memikirkan ttg penciptaan alam semesta ni..macam biasa la kan,persoalan wajib dalam setiap otak manusia ekspecially golongan yg sedang mencari sinar hidayah ni..atau golongan kuat agama ni..Di hadapan dia ada satu naskhah alQuran..

Paderi ni runsing..sebab dalam hati dia ada macam sinar2 keislaman..dia rasa macam Islam ni betul dah.tapi dia still x yakin..Dia xdak apa2 untuk kuatkan keyakinan dia tu..Lantas dia duduk kat tepi tingkap bilik dia,tempat dia selalu merenung alam semesta sambil berfikir ttg pencipta alam ni..Macam2 persoalan timbul dalam hati dia..Siapakah yg mencipta seluruh alam ni tanpa sedikit cela pun ?? Siapakah yg benar2 berkuasa yg dapat memerintah seluruh alam ni menjalankan tugas masing2 ???

Akhirnya,dia buat keputusan untuk mendapatkan kepastian..So dia cuba bercakap seolah2 dia sedang bercakap dgn Tuhan Islam yakni Allah SWT..aku x sure ayat dia yg betul2,tapi bunyinya lebih kurang macam ni la ,

"Wahai Tuhan,hatiku tergerak untuk memasuki agamamu,tapi aku masih ragu2 dan tidak yakin dgn segala yg aku lihat.Jadi aku mohon kepadaMu,tunjuklah kepadaku sedikt ZatMu...sedikit pun jadi lah..agak keyakinan aku kuat untuk memeluk agama mu."..

Tapi nyata tiada apa yg berlaku..Paderi tu hampa..Tapi dia cuba lagi..Dia cakap macam tadi jugak,cuma dia macam pujuk sikit la,dia kata,keluar percikan cahaya ka,api ka,sikit2 jadi la agar dia percaya.

Tapi tetap xdak apa yg berlaku..Paderi tu kecewa sgt2..Semangat dia untuk masuk Islam semakin luntur..Lantas dia bagi peluang terakhir kepada Tuhan yg dia sedang cakap,dia kata kalau xdak apa2 jgak yg berlaku,dia cancel nak masuk Islam..

Walaupun dia ugut macam tu,stil xdak apa2 yg berlaku..So si paderi ni mengalah..dia duduk di depan naskhah alquran tadi n menyelak sehelai halaman naskhah alquran tersebut..

Tiba2 terkejut dia membaca ayat pertama yg tertulis di halaman yg baru diselaknya..Ayat itu dah menjawab segala pertanyaan paderi tu yg terbuku selama ini..Aku stil cari ayat tu dari Surah mana,tapi mmg susah nak google sbb maklumat ni x disebarkan secara meluas..Aku dapat tengok pun dari seorang ustaz..

Tapi ayat tu berbunyi seakan2 rangkap pertama lagu open your eyes tu la.."Apakah engkau masih tidak dapat melihat kekuasaanKu,dengan penciptaan Langit,Bumi,Siang Malam dsb..."Lebih kurang macam tu la..yg aku tulis tu bukan ayat AlQuran,aku nak kata maksudnya lebih kurang macam tu la..Sapa2 yg tahfiz ka yg tau ayat surah mana tu,tlg gtau aku ye..aku nak update kat entry ni..

So paderi tu terkesima.Allah SWT dah jawab segala pertanyaan dia tadi secara cash.Mmg tersentak dan berasa amat kerdil dan rasa bersalah sbb ugut Allah SWT dgn pelbagai cara tadi..Lantas si Paderi tu datang berjumpa Maher Zain dan mengucap syahadah di depan artis Islamik tersbut..aku cakap ni seperti yg diceritakan kepada aku la oleh ustaz tu..lantas dia mengarang satu lirik lagu berdasarkan ayat AlQuran tu dan diberikan kepada Maher Zain untuk disebarkan kepada seluruh Umat ISlam di seluruh dunia..

Allahuakbar...segala puji Allah SWT..Dia memberi hidayah kepada sesiapa yg diingininya..Semoga kita jugak dimasukkan dalam golongan yg diberi hadiah..amin..sekian..wasalam..

Friday, March 18, 2011

“CONTEST GIGS(Gaya Islam Gaya Saya)- Miss Yuu"






Aku nak kongsi beberapa hadis yg aku ingat :-

1) Tidak sempurna iman seseorang itu,selagi dia tidak mengasihi saudaranya,sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri..

2) Barangsiapa yg keluar mencari jalan untuk menuntut ilmu,maka Allah SWT akan permudahkan baginya,jalan menuju ke Syurga..

3) Barangsiapa yg menyembunyikan ilmu,maka di akhirat nanti dia akan dibelenggu dari belenggu neraka...

Monday, March 14, 2011

Bila Orang Islam Sendiri Menghina Islam


assalamualaikum..

hurm..macam2 benda yg dah terjadi zaman sekarang ni..Agama Islam semakin hari semakin dipersendakan oleh org bukan Islam...macam2 yg diorang buat,nak menghina org Islam..tapi kita sebagai org Islam,kita buat apa ???

Org lukis karikatur menghina Rasulullah SAW,kita marah..kononnya sensitiviti tu tinggi..kita hina dia balik..kita maki dia balik..tapi kita amalkan ke x sunnah Rasul kita tu ??? check balik..

Isu penggunaan kalimah Allah,kita melenting..kononnya nak jaga kesucian agama kita..kita maki dia balik..kita lempar molotov cocktail dalam gereja diorang..kononnya jihad..tapi kita sendiri memartabatkan ke x nama Allah yg suci tu ???

Hari ni,bukan sahaja org kafir yg menghina Islam,malah yg lebih menyedihkan,org Islam sendiri dah pandai menghina agama Islam..berikut adalah contoh2 persendaan dan pengihanaan org Islam terhadap agama Islam sendiri..

1.Salam

biasalah..berapa ramai sgt yg rajin nak taip assalamualaikum time mesej atau chatting ??? kan ? x payah tipu la..tu pun kalau dia bagi salam la..kalau x bagi,lagi la x bagus...untuk meringkaskan bagi salam tu,ade yg guna salam,assalam,a'slm,a'kum,dsb...kalau nak ringkaskan pun,bagi la ada makna yg merujuk kepada salam yg utama iatu mendoakan kesejahteraan sahabat kita tu..yg paling elok gunalah salam atau assalam..tapi...yg menyedihkan,ade yg maybe nak suke2,nak buat lawak,atau mmg dia xde sensitiviti agama,menukar kalimah salam tu jadi samekom,mekom,malah ada yg sampai jadi celcom ???? ish3..nauzubillah..

2.InsyaAllah

yg ni aku baru nampak semalam dalam wall kawan aku kat fb..baru first time la aku ternampak benda macam nie.. kalimah insyaAllah yg mulia dan suci ni,dah diubahnye,maybe terlebih pandai arab,atau nak buat bahasa rempit dia bak kata anwarhadi,telah menjadi insyaorait ???? ape cer ni der ?? tawu la ko nak melawak dgn kawan2..tapi agak2 la..jgn la guna kalimah suci atau isu2 agama..gune la otak sikit der..

3.Neraka

yg ni dah selalu dengar..kalau kite nasihatkan dia pasal something,kate takut nanti masuk neraka..dia akan kata,"alah...biarlah..masuk neraka nanti.aku keluar ikut pintu belakang"....lawak ke kawan2 ?? wak lu pintu belakang..ko ingat main2 ke pasal benda2 sam'iyyat ni ?? otak ko dah terlalu sekular,dah xde sensitiviti agama dah..

dan macam2 lagi lah jenis penghinaan dan persendaan yg dilakukan oleh orang Islam sendiri zaman sekarang..wahai sahabat2ku,sedarlah kalian..kita duk kat zaman akhir zaman..x lama dah nie..tanda2 kiamat dah hampir...sedarlah..bukan semua benda leh dibuat bahan jenaka..

semoga mereka2 yg terlibat dgn perkara yg aku sebut di atas ni,sedar dan segera bertaubat..amin..sekian..wasalam..