Showing posts with label hina islam. Show all posts
Showing posts with label hina islam. Show all posts

Friday, May 27, 2011

Mengapa Ramai Yang Sesat Akidah ??

Assalamualaikum wbt..



Okeh,aku tak payah cakap panjang,satu blogosphere dah kecoh soal makcik hajjah tu kan,so malas aku nak rewind balik.Lagipun bukan pasal tu aku nak cakap malam ni.Aku nak ajak korang berfikir,sebab ape ek semakin ramai yg sesat sekarang ni ? Bukan sesat jalan nak g tempat mane-mane, ini sesat akidah.

Setelah direnung-renung kembali,aku membuat hypothesis terdapat beberapa perkara yg menjadi pemangkin ke atas gejala rosak akidah yang semakin berleluasa sekarang ni.

1.Kurang Pendedahan Agama

Point ni aku tujukan kepada keluarga-keluarga yg mungkin tidak membesar dalam suasana bi'ah islamiyah atau suasana keislaman.Maybe ada anak-anak yg lahir-lahir je,dah dibawa ke luar negara,tempat-tempat yg kurang pendedahan agama Islam ni.Mak bapak pulak tak de lak rasa tanggungjawab nak didik anak-anak diorang dengan asas agama Islam ni.

So bila budak tu jadi besar,dia akan rasa pelik dgn agama Islam.Kenapa kena solat,kenapa kena tutup aurat,kenapa lelaki tak boleh sentuh perempuan yg bukah mahram,dan pelbagai lagi.Dan apabila soalan-soalan itu tak dijawab,so mula la dia nak buat definisi sendiri.Ilmu Islam ni mmg tak dapat difahami dengan hanya menggunakan logik akal.Sebab tu sejak kecil,kita kena ajar dah anak-anak ni dgn konsep Tauhid,Rukun Islam,Rukun Iman semua tu.Bila akidah dia dah ada,so dia tak kan rasa janggal dengan hukum Islam ni. "Awal-awal agama ialah mengenali Allah" .. 

2.Salah Faham Konsep Agama

Ya,banyak dari golongan sesat ni,dahulunya datang dari institut-institut agama,seperti sekolah agama,pondok-pondok,dan lain-lain.Tapi kenapa diorang bleh sesat ?? Kalau orang biasa,sure dia akan anggap kalau dah nama pun budak skolah agama,mengaji agama tinggi,mesti la alim,ilmu agama tinggi,dan macam-macam.

TETAPI,harus diingat, sifir dia macam ni, "Bertambah ilmu agama,maka bertambahlah persoalan mengenai agama di dalam kepala,dan bertambahlah juga godaan syaitan" ... Bila dia belajar agama tinggi,so minda dia akan meronta-ronta untuk mengetahui lebih dalam lagi ttg misteri-misteri dan persoalan agama ni,dalam pada itu,syaitan-syaitan yang lebih tinggi pangkat akan dihantar untuk menggoda golongan ni,sebab ilmu agama diorang lebih tinggi berbanding orang biasa.'

So, mereka-mereka yang "tersungkur"  atau terpedaya dalam usaha nak membongkar rahsia yg lebih mendalam ini,akan goyah akidah,dan lama-lama terus jadi sesat.Diorang akan mengeluarkan lebih banyak kenyataan yg songsang dan tak menepati syarak.

_______________________________________________________________

Cukuplah 2 point dulu aku utarakan kali ni.Sapa ada pendapat atau nak tambah,bolehlah komen di bawah.Bersama-sama kita memahami golongan sesat akidah ni.Sekian,Assalam.. 

Tuesday, May 24, 2011

Ada Jugak Rupanya Blogger Sekeji dan Sehina Ini

Assalamualaikum wbt..



Alhamdulillah,aku kembali o9 setelah bil wimax aku dibayar semalam.Namun,ketika sedang sibuk membaca entry-entry sahabat bloggerku yg lain,aku terpandang satu entry di sebuah blog di dalam satu group blogger ni,mengenai satu blog yg cukup keji dan menghina Islam.

Ya,aku tau isu seperti ni sudah banyak terjadi,namun sebelum ni aku hanya melihat di facebook sahaja,tak sangka pulak blogger pun ada sekeji dan sehina ini !!!

Aku bagi satu petikan entry dalam blog ni untuk korang nilai bertapa kejinya blogger tersebut -

Mari baca Ayat Kursi untuk mendapat ganjaran syurga lucah Firdaus! Mari buat amalan dan baca Ayat Kursi!! Sesungguhnya Allah akan memberkati amalan kita dan mengganjarkan kepada kita alam lucah jannatul Firdaus bersama-sama dengan (atau menjadi antara) 72 bidadari yang montok dan ketat lubangnya setiap kali diberi jimakan. Masyallah!!

Astaghfirullahal azim... Na'uzubillahimin zalik..

Mengucap panjang aku buka blog dia..meremang bulu roma aku beb..siap dia letak gambar lady gaga duk atas Kaabah lagi.Betul-betul menghina Islam.Aku tak sure dia still Islam atau tak,apa yang aku sure dia tu bukan Indon,dia MELAYU !!!!

Korang pergi sendiri la usha blog dia tu dan sila berjaga-jaga,takut anda termuntah dengan bahasa-bahasa yang dia gunakan,amat keji dan amat meloyakan.


Jangan risau,aku dah scan URL blog dia ni,clean site,ni result scan tu >> Virus Total Result

JOM la ramai-ramai kita laporkan blog ni,supaya boleh dihapuskan segera !! Aku sendiri tak tau nak kata apa bila baca blog dia tu,seolah-olah dia benci sangat dengan Islam..

Sekian Assalamualaikum.. :'(