Showing posts with label aurat. Show all posts
Showing posts with label aurat. Show all posts

Tuesday, May 31, 2011

Kenapa Wanita Bengang Apabila Dicondemn ??

Assalamualaikum wbt..



Aku pelik la,sebab ape ramai minah-minah yg bengang bila lelaki condemn pasal wanita ? Contohnya bila ada entry yg sebut pasal aurat wanita, pasal wanita skunk yg suka tunjuk body, yg free hair, yang suka pakai sanggul, kenapa diorang akan bengang pastu condemn lelaki balik ?

Adakah diorang ingat tujuan lelaki condemn2 ni sebab nak timbulkan peperangan kaum ke ? Adakah sebab lelaki ni nak timbulkan sentimen perkauman (lelaki vs wanita) ?? Adakah sebab diorang ingat lelaki ni nak tunjukkan bahawa kaum lelaki ni lebih baik ??

Jawapan aku adalah TIDAK !!

Bagi aku, aku buat entry macam tu sebab aku nak diorang sedar bahawa tanggungjawab wanita nak jaga aurat, jaga akhlak, lebih rumit dari lelaki, SEBAB APA ??????????

Sebab Islam amat memelihara maruah kaum wanita.That's it.

Korang kena jaga aurat lebih rumit dari lelaki,tutup segalanya sampai tinggal muka dengan tapak tangan je,kaki tu pun tak leh dilihat oleh bukan mahram,rambut tu aku tak payah cakap la,semua dah tawu,tudung pun bukan sebarangan tudung je yg korang leh pakai,bukan pakai sedap mata je korang nak pakai tudung.

Tudung tu kena menutupi lebih dari paras dada,dan kain tu tak leh jarang.Sebab buang masa je korang pakai kalau nampak jugak body dan nampak jugak warna rambut tu.Baik korang tak pakai apa-apa langsung.Dosa tetap dosa.

Pakaian korang pulak kena longgar,tak leh menampakkan bentuk tubuh korang,langsung tak boleh,sebab hukumnya kalau nampak bentuk badan,sama ja macam korang tak pakai seurat benang pun.Baik bogel je kan kalau dah macam tu ? Ha tau pun malu.So longgarkanlah pakaian korang tu.Biar labuh,nampak sopan.

Korang nak kuar tu,tak payah la duk bagi nampak menarik perhatian sgt,buat apa kalau orang semua melopong tengok korang,sedangkan dalam masa yang sama,dosa duk masuk berguni-guni ?? Rugi je kan ?? Yang duk melopong tengok tu kejap je pun,bukannya korang nak buat suami pun suma tu kan ? Kan ? So baik pakai biasa ja tetapi sempurna.Wangi-wangian tu tak payah la,tabarruj,haram je kalau ada lelaki yang tertarik.

Kaki tu pun tak leh dilihat oleh bukan mahram.Sape yg suke duk pakai selipar je kuar umah tu,atau kasut tinggi pun,make sure pakai sarung kaki yg legap,yang tak nampak warna kulit.

KENAPA SAMPAI KE TAHAP ITU KORANG KENA JAGA ??

Aku rasa korang sendiri tau jawapannya.Ya,sebab korang adalah perhiasan dunia.Seindah perhiasan dunia adalah wanita yg SOLEHAH,bukan wanita yang SEKSI,bukan wanita yang FREE HAIR,dan bukan juga wanita yang TAK MENUTUP SEMUA AURAT DENGAN SEMPURNA.

Kalau korang tutup aurat dengan sempurna,semuanya korang jaga,so atas dasar ape korang nak bengang kan ? So nampak sangat yang bengang2 tu semuanya yang tak menutup aurat dgn sempurna la tu.

Aku petik dari entry aku yg lepas mengenai hantaran kahwin yang tinggi,ada satu perenggan yg ramai orang cakap diorang suka perenggan tu,iaitu 

"So kesimpulannya,tak payah la korang nak letak harga tinggi sangat anak perempuan korang tu,kalau yg tertib lendit,tudung labuh,belajar tinggi-tinggi,sopan santun,takpe la jugak nak letak tinggi sikit,sebab diorang susah nak dicari dan amat berharga.Tapi kalau si anak tu yang free hair,yang kuar lewat malam balik awal pagi,yang perangai mengalahkan jantan,yang mengaji tak tinggi,sebab dulu asyik ponteng je,yang macam ni korang nak letak mahal - mahal ? Aku bukan nak hina sapa-sapa,tapi ini fakta,kalau dah si anak tu perangai yang so-so je,so atas dasar ape korang nak letak mahal-mahal ? "

Wahai kaum Hawa,sedarlah kalian bahawa kalian amat berharga dan amat dipelihara di sisi Islam.Semua kewajipan dan tuntutan ni bukan bertujuan nak membebankan kalian,ianya bertujuan nak menjaga maruah kalian,so sedarlah,bukan si lelaki ni nak merendah-rendahkan martabat kalian,sebaliknya lelaki ni nak meninggikan lagi martabat kalian di sisi agama.

p/s - ada gurl yg cakap "jangan ingat perempuan tak pakai tudung ni jahat,kadang-kadang diorang ni baik lagi dari yg pakai tudung".. bagi aku pulak,semua yg x tak pakai tudung tu semua tak baik.Senang je.Sebab dah sure2 dosa,takde pengecualian dalam hal ni bagi wanita.. Kalau solat,puasa,dan semua yg lain,tapi bab bertudung fail,takde guna jugak.

Sekian,salam muhasabah :D

Tuesday, May 10, 2011

Kenapa Wanita Sekarang Amat Degil ??

IKLAN !!!! Aku nak minta Jasa baik korang untuk VOTE header blog aku ni dalam Contest WWWOW Digi Award neh..Please la vote ye..klik ikon di atas entry neh..



Assalamualaikum wbt..

Entry kontroversi lagi...Biar lah..aku nak tegur benda yg betul,so tak kisah la sape nak cakap ape pun kan..Aku tulis entry ni sebab dah naik muak tengok pompuan zaman sekarang yg pandai terlebih nak pertikai hukum memakai tudung ni..Ya,..isu yg sudah lama berbangkit,sejak zaman jahiliyah lagi..Tapi aku still nak bangkitkan jugak,sebab dah malas dah aku nak tegur sorang-sorang,so aku buat entry untuk tegur secara ramai pulak..Aku tuju untuk mereka yg berkenaan je,yg tak pakai tudung,pakai pun tak sempurna,so yang tak berkaitan,tak payah sentap lebih-lebih..Sapa yg makan cili,dialah yg rasa pedasnya..

Kenapa wanita zaman sekarang ni degil sangat ea ??

Orang suruh pakai tudung je pun..bukan suruh pergi buat kerja buruh,angkat berat-berat,atau macam-macam lagi benda yg berat atau susah nak dilakukan..Pakai tudung je.susah ke ???

Aku cukup geram la dengar jawapan gurl-gurl ni bila ditanya mengapa masih tidak memakai tudung :-

Diorang jawab : Tak sampai seru lagi..dah sampai nanti kami pakai la..
Aku Komen : aku tak pernah dengar pun dalam Al-Quran kena tunggu sampai seru dulu baru leh pakai..

Diorang jawab : Suami tak bagi ..saya tak nak jadi isteri durhaka..
Aku Komen : Isteri durhaka wak lu..korang tak tawu ke korang tu WAJIB ikut perintah suami HANYA selagi dia tidak menyalahi hukum syarak..atau korang tak tawu yg hukum syuruk mengatakan setiap wanita yg dah akil baligh wajib menutup aurat mereka ?? Bodohnye suami ko..Islam ke tak dia tu..ni mesti kes kahwin laki bangsa lain yg bukan islam..

Diorang jawab : Panas la pakai tudung..
Aku Komen : OH panas ye..apa guna sejuk di dunia kalau di akhirat nanti masuk Ape Neraka yg berjuta-juta kali ganda lebih panas dari panas dunia ?? kalau korang ade otak ,sure korang akan sedar yg perbuatan korang ni tak berbaloi langsung..

Diorang jawab : Malas la nak pakai..
Aku komen : ........ (tahan marah..rasa nak belasah je)

Dan pelbagai lagi jawapan yang langsung TAK MUNASABAH yang mereka bagi setiap kali orang tanya mengapa tidak bertudung..

Korang nak tawu tak wanita Islam zaman Rasulullah SAW dulu macam mana ? Apa yang diorang buat apabila turun ayat yang menyuruh mereka bertudung ??

Hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Ibn Jarir daripada 'Aishah radhiAllahu 'anha:

"Ketika kami bersama 'Aisha r.a.,.. kami menyebut-nyebut tentang kelebihan-kelebihan wanita Quraisy, lalu 'Aisha menyampuk: "Memang benar wanita Quraisy ada kelebihan, tetapi demi Allah sesungguhnya aku tidak pernah melihat wanita yang lebih baik daripada wanita Ansar dari segi kuatnya iman dan pegangan mereka terhadap kitab Allah. Apabila Allah turunkan ayat (yang bermaksud) "…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…", serta-merta suami-suami mereka balik dan membacakan kepada mereka apa yang Allah turunkan kepada mereka, anak perempuan mereka, saudara perempuan mereka dan semua kaum kerabat mereka, sehingga tiada seorang perempuan pun daripada mereka melainkan bergegas mencari apa saja kain yang ada di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah turunkan, maka jadilah mereka wanita-wanita yang bertudung bersama Rasulullah saw., seperti sekumpulan gagak hitam berada atas kepala mereka."

Korang nampak ?? Dengar je ayat tu,terus diorang cari apa sahaja yg boleh digunakan untuk menutup rambut mereka .. Korang tak malu ke dengan wanita-wanita zaman Rasulullah SAW ni ??

So sedarlah wahai wanita Islam zaman akhir zaman sekalian..tidak perlu la korang berdebat lagi pasal kewajipan memakai tudung ni..Semuanya dah termaktub di dalam Al-Quran..Kalau korang duk cari alasan nak pertikai lagi kewajipan ni,seolah-olah korang cari alasan nak menentang ayat Al-Quran,and by extend, Allah SWT Himself !!! Aku tak tuduh,tapi kalau betul korang stil cari hujah atau alasan supaya membenarkan korang tak pakai tudung,memang jelas korang nak menentang Allah SWT..sebab hukum tu datang daripada Dia sendiri..

Kepada yg pakai tudung pulak,baguslah..tapi ada pulak yang nak berfesyen lebih-lebih ni..Aduh yg ni pun haru biru jugak aku tengok..kadang-kadang tu aku nampak yg pakai tudung ni pun macam tak pakai tudung je..yang jenis macam-macam ni yg aku pening kepala tengok :

i) Pakai tudung,tapi singkat..nampak lagi belahan dada tu..baju tshirt lengan pendek..seluar legging nampak bentuk peha kaki semua tu..ni apa kes ni ?? Tak belajar habis ke dulu kat sekolah ?? No..no..no..budak sekolah rendah pun dah belajar ye..jangan bagi alasan korang bukan sekolah agama,so korang tak tau..aku cekik kang..

ii)Pakai tudung,tapi tudung tu jarang..kena bawah matahari sikit,nampak habis rambut dalam tu...same je la macam tak pakai tudung..

ii)Pakai tudung,tapi rambut nampak lagi duk terjurai kat muka tu,..yang rambut panjang lak,nampak rambut mengurai je di belakang tu walaupun bertudung..pakai la anak tudung tu... =.=''

iii) Pakai tudung..tapi nak berfesyen bagai nak rak..tudung Mawi la..Hana Tajima la..Shawl la...Ok..pakai la..tapi make sure tudung Mawi,Hana Tajima,Dan Shawl dan apa-apa sahaja yg korang pakai tu ,menutup sehingga bawah paras dada,,,kalau ada yg macam tu,ikut suka korang lah..

iv) Nak pakai fesyen bagai,tapi sanggul tinggi macam bonggol unta..aku ulang. BONGGOL UNTA !!! Perumpamaan ni bukan aku yg buat..tapi Rasulullah SAW yang buat..so korang nak marah,nak argue,nak protes,nak menjawab,SILAKAN..be my guest..pastu pandai-pandai la mengucap balik ye..

Quote::
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”
- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Quote::
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka di dunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”
–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-


NAMPAK KAN ?? SO KORANG PIKIRLAH SENDIRI..SEMOGA KORANG SEDAR DAN BERUBAH..PAKAI TUDUNG TU BIAR SEMPURNA..BAJU LABUH..LENGAN TUTUP HINGGA KE PERGELANGAN TANGAN..PAKAI KAIN SUDAH..TAK PAYAH NGADA-NGADA NAK BERSELUAR LEGGING-LEGGING NI..

Aku tegur ni untuk semua kaum Hawa,,bukan untuk aku la..sebab aku laki =.='' .KALAU ADA SESIAPA YANG NAK BANTAH DAN PROTES,SILAKAN..AKU SANGGUP BERDEBAT..sEKIAN..Assalamualaikum..