Showing posts with label helmet. Show all posts
Showing posts with label helmet. Show all posts

Friday, October 28, 2011

'Helmet Moto' Mengajar Kita Tentang Islam

Pesanan Penulis : Nak baca, sila baca sampai habis.Kalau tak mampu baca sampai habis, jangan baca langsung.Nak mengelakkan salah faham akibat tidak baca sampai habis.

Assalamualaikum wbt.. 



Helmet dan Islam.Yup, aku dah jelaskan hal ni dalam status kat facebook aku petang tadi.Yang sempat baca, tentu sudah faham.Tapi aku still tak puas hati.Aku nak ketengahkan jugak ketidakpuasanhati ni.Aku nak semua orang terbuka minda dan mata tentang hal yang ramai orang MELAYU ISLAM anggap sebagai remeh ni.Aku dah pernah membebel pasal ni DI SINI dulu, kali ni aku bebel lagi.

Helmet motor, satu objek dan jugak sejenis pakaian.Sepertimana penunggang moto yg lain, aku juga malas nak pakai helmet bila kuar naik moto.Sebab yang pertama, merosakkan rambut yg aku dah adjust hampir 10 minit setiap kali sebelum keluar rumah.Second, nampak tak cool pakai helmet.TETAPI, bila difikirkan balik kepentingannya, tidak dapat tidak aku terpaksa buat bodo terhadap jeritan rambut aku dan menyarungkan jugak helmet setiap kali keluar rumah.

Ramai manusia khususnya MELAYU ISLAM, dah semakin lupa asal usul tujuan penciptaan helmet.Helmet ni dicipta bukan untuk menambahkan duit si pihak polis bila diorang dapat tangkap penunggang yg tak pakai helmet, tetapi untuk tujuan keselamatan kepala si penunggang ketika menunggang.

So, kalau kita bercakap soal keselamatan, bermakna kena sentiasa pakai la kan setiap kali keluar rumah.Malang tidak berbau.Kalau berbau senang, setiap kali keluar boleh pakai fragrance.hehe..

Masalahnya, kerajaan yg bagi keizinan untuk tidak memakai helmet pada hari jumaat, telah menyebabkan mentaliti orang MELAYU ISLAM ni semakin parah.Langsung tidak difikirkan keselamatan, apa yg difikirkan hanya kesenangan dan kemudahan.

Untuk mencapai sesuatu, Islam dah ajar perlu ada beberapa elemen, antaranya yg penting adalah DOA, USAHA dan TAWAKKAL.Doa perlu dilakukan sebelum, semasa, dan selepas sesuatu perkara yg kita kehendaki.Usaha pula perlu dilakukan dgn gigih dan yakin pada kuasa Allah SWT.Tawakkal pula adalah iniasatif terakhir untuk mencapai sesuatu yg diingini.

SO, bila menunggang moto, manusia yg ada otak dan akal, akan menginginkan KESELAMATAN.So , seperti yg kita belajar tadi, untuk SELAMAT, perlu ada 3 elemen yg tadi.Doa ketika menaiki motorsikal tersebut, menunggang dengan cermat, memakai helmet, pelindung siku dan sebagainya adalah termasuk dalam USAHA, dan yang terakhir adalah tawakkal, iaitu berserah kepada Allah SWT untuk berikan keselamatan tu kepada kita.

Fahaman JABALIAH mengatakan manusia ni tersangat lemah sehinggakan tiada daya untuk buat apapun.Fahaman Qadariah pula mengatakan manusia ni mampu buat apa pun termasuk menentukan kejayaan dan nasib mereka sendiri.Namun, kita sebagai pengikut Ahli Sunnah wal Jamaah, percaya bahawa manusia perlu berusaha untuk mencapai apa yg diingini, dan hasilnya terserah kepada Allah SWT.

So , jelas, mereka yg menunggang tanpa memakai helmet ni, kekurangan satu elemen iaitu USAHA.Dalam soal keselamatan, helmet lebih selamat berbanding serban atau kopiah.Di sini tidak timbul soal menghina pakaian sunnah atau apa-apa, ianya berkaitan fakta dan kemampuan berfikir kita sendiri.

Ni status FB aku tadi ,

"Aku yg EGO ni pun, lebih rela diketawakan kerana pakai helmet pi solat jumaat , berbanding pecah kepala jika berlaku eksiden..

Islam dah ajaq, nak capai sesuatu, kena ada DOA, USAHA, dan TAWAKKAL.So untuk menjamin keselamatan, kita kena buat 3 benda tu.Pasal DOA, tu korang punye pasal lah, baca ke x.

Tapi kalau korang pi solat jumaat dgn x pakai helmet, maka korang kekurangan satu elemen, iaitu USAHA.cuma dengan tawakkal, xleh jamin.

helmet bukan pasal polis akan tangkap ke x, tapi pasal korang (usaha) selamat atau tak..

Bertindak guna agama, bukan guna akal."

Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D

Friday, May 20, 2011

Tidak Boleh Pakai Serban,Boleh ke ?

Assalamualaikum wbt..



Wah...Farhan AJ ni dah giler ke buang tebiat ? Tetibe je kate tak boleh pakai serban.Maybe dia tengah tension kot.Tu yang tak leh fikir betul-betul.Atau maybe saja nak tarik perhatian orang kot.

Dan macam-macam lagi persepsi orang sebelum baca entry aku kali nih.Hahaha..Aku rasa maybe yang last sekali tu betul.

Entry kali ni lebih berbentuk pendapat aku,berkenaan pakai serban atau kopiah semasa menunggang motosikal.Aku tak judge hukum ke,ape ke,sume tak.Aku just nak pendapat korang jugak la di bahagian komen.

Aku tak sure,tapi aku ada gak la dengar dulu kerajaan bagi kelonggaran kepada tok-tok aji,nak pakai serban naik moto,tak payah pakai helmet.Betul ke ? Sebab tadi time nak pergi solat jumaat,aku nampak ramai la yg macam tu,pakai serban atau kopiah,tapi tak pakai helmet.

Aku nak tanya,helmet tu sebenarnya perhiasan ke ? Fesyen ke ? Atau simbol keganasan ke ? Kot la korang anggap helmet tu simbol keganasan,asyik tengok citer rempit hasil karya pengarah Tanah Air kita yang 'hebat' tu la kan ? 

Aku tak kecam langsung orang nak pakai serban or kopiah,in fact aku sendiri pernah jadi taksub dgn pakai serban ni kat skolah menengah dulu.Dari form 1 sampai form 5 aku tak pernah tinggal.TETAPI,biarlah kena pada masa dan tempatnya.

Bayangkan korang pakai serban,or kopiah,menunggang moto,tiba-tiba jadi kemalangan ke,korang melayang ke sebab eksiden,kepala terhentak kat atas jalan,adakah korang selamat ? Bagaimana pula kalau korang pakai helmet ? Yang mana lebih selamat ? Jawab guna otak yang REAL,jangan jawab atas dasar ego ye.

Sudah tentulah pakai helmet lebih selamat,dan bukannya serban atau kopiah.Sebab serban dan kopiah tu berfungsi untuk menahan rambut dari melindungi dahi ketika bersujud,dan bukannya untuk tujuan perlindungan di jalan raya.

Di sinilah pentingnya Sunnatullah.Apa yang Allah SWT dah tetapkan.Kalau nak selamat di jalan raya,kena la pakai perlindungan yang betul.Kalau korang rajin,korang boleh baca entry lama aku berkaitan Sunnatullah ni > Sunnatullah dan Kaitan Dengan Kejayaan .. Aku bagi contoh,korang tanam pokok,tapi korang tak letak baja,tak jaga betul-betul,tak siram air.Korang hanya solat dan berdoa sahaja supaya pokok tu subur ? Adakah pokok itu akan subur ? 

Aku sure jawapannya lebih kepada tidak.Sebab Allah dah tetapkan,pokok memerlukan air dan nutrien yg cukup untuk tumbuh subur,dan bukan sekadar doa dan ibadat.Sama la macam keselamatan jalan raya.Kita sendiri tau,nak selamat,kena pakai perlindungan yg cukup dan tepat,bukan sekadar doa dan tawakkal.Setakat pakai serban,tak menjamin langsung kita akan selamat atas jalanraya.

So berbalik kepada serban dan helmet tadi,korang pakai serban pun,ianya tak menjamin keselamatan korang sebab serban bukan untuk perlindungan di jalanraya.Helmet dah dicipta dengan ciri-ciri khas untuk melindungi kepala korang dari hentakan yg kuat.So helmet lah pilihan yang lebih BIJAK untuk dipakai ketika menunggang motor.

Maybe ada la org yg sempit fikirannya,nak komen kat aku,"mungkin sebab dia pakai serban atau kopiah,Allah SWT akan melindunginya dari bahaya dan bencana".Tolonglah jangan jumud sangat.Aku tau la pasal rahmat dan berkat ni.Korang nak harapkan bantuan Allah SWT tanpa USAHA ? Iaitu dengan memakai alatan yg memang dah dikhususkan untuk tujuan keselamatan ? Yet korang stil nak cakap pasal rahmat dan berkat Allah ?

Fikir dua kali sebelum korang cakap macam tu.Kita perlu ada usaha yang betul,baru berdoa dan tawakkal.Setakat harap Allah nak lindungi korang kat jalanraya,tapi korang sendiri tak jaga ciri-ciri keselamatan,boleh blah la.Doa dan tawakkal,harus diiringi dengan USAHA.

Hope korang faham apa aku nak cakap ni.Sebarang komen amatlah dialukan..Assalamualaikum.