Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

Thursday, June 2, 2011

Had Kebebasan Dalam Blogging dan Tanggungjawab Menegur Sesama Blogger

Assalamualaikum wbt..



Entry bukan SEO ni bukan nak cakap pasal Dinda Milano yg 'bangga' mengaku sudah tidak ada dara,dan bukan juga nak comment kes blogger tak bayar hutang,sebab guwa malas nak hangatkan suasana yg sudah sedia hangat.Biarkanlah dia nak bangga hebohkan satu dunia yg dia tidak ada dara dah,dan juga pasal pergaduhan blogger mengenai hutang.Guwa baca,guwa komen,dan guwa amik iktibar.Guwa tak mau eksploitasi isu tu untuk buat entry dan up trafik hasil kontroversi orang lain.

So kali ni guwa nak cakap pasal hal lain.Guwa nak cakap pasal sesetengah blogger,yang berlagak kononnya,nak bagi pandangan mereka sendiri mengenai entry-entry yg berkaitan dgn aurat wanita lah,bertudung lah.Golongan ini membuat entry dan memberi pendapat mereka.

Kata mereka, walaupun sekarang ni ramai blogger yang suka tayang gambar besar-besar kat header,heboh gosip,bizi duk buat cara-cara pakai shawl,dan lain-lain tu,tapi kita tak payah la kacau diorang.Sebab tu hal masing-masing.Tambahan pulak kalau itu blog peribadi.What the fish ?? Ape kejadah yg diorang cakap ni ??

Contoh dari satu blog ni yg guwa jumpa time tengah BW tadi, iaitu di sini, beliau bagi pandangan beliau pasal isu ni,yg mana bagi guwa,ada setengah guwa terima,setengah lagi guwa rasa nak bagi kaki guwa,

Jika kita bercakap sahaja mengenai personal blog,kita tak boleh nak mempersoalkan blog mereka.Kenapa?sebab blog mereka adalah berjenis personal @ peribadi.Jadi suka hati merekalah nak buat apa pasal blog mereka kan?nak promote diri sendiri ke,nak mencapap ke,nak jual muka ke,nak cari glamour ke or anything lah.Kita tak boleh nak mempersoalkan kerana itu hak mereka.Jika kita tak suka,so apa lagi,close jelah tab tu.Bukan susah pun.Yang ko rajin baca blog personal tu pe sal!!!.

Sekarang guwa nak tanya,kalau dah dia nak buat tu blog personal,YANG DIA OPEN READERS DIA TU PESAL !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! CLOSED JE LA,UNTUK TATAPAN DIA SEORANG JE !!!!.

Bodoh sungguh.Kalau dah kononnya blog tu personal,nak citer hal sendiri je ,yg xnak orang lain baca dan komen,close kan je la blog tu.NI tak,open,tayang habis merata dunia,siap ping entry kat group-group blogger lain,pastu bila ada orang baca dan komen,nak marah pulak,siap kata "ni blog personal la,ko sebok pesal ? " Nampak tak kebengapan diorang ???

Korang nak kata kita ni tak payah la ambil tahu pasal diorang,diorang tak nak pakai tudung ke,nak pakai shawl berona roni ke,nak pakai legging ke,atas alasan itu blog diorang dan tu life diorang,guwa nak tanya,korang ni agama apa ??? bukan Islam kan ??

Betul la bukan Islam,sebab kalau korang Islam,korang akan sedar dan belajar tentang tanggungjawab menegur sesama Islam jika ada kesalahan atau maksiat yg dibuat.Ada satu hadis Rasulullah SAW yang bermaksud,

"Sekiranya kamu melihat sesuatu kemungkaran,maka ubah(cegah)lah dengan tangan(kuasa atau authoriti),jika tidak mampu,ubahlah dengan lidah(nasihat dan teguran),dan jika tidak mampu,ubahlah dengan hati(tidak meredhai perbuatan itu),dan mencegah dengan hati itu adalah selemah-lemah iman"

So kalau dah kita ni diberi mandat sebagai blogger,laksanakanlah sebaiknya.Tidak kiralah blog kita ni genre ape pun,laksanakan tugas menegur tu sebab itu tanggungjawab SEMUA MUSLIM,dan MUSLIMAH.Kita tidak boleh buat dono je kalau dah nampak ada kemungkaran yg berlaku,sebab menjadi tanggungjawab kita untuk mencegah sepertima disebut dalam hadis di atas.

Kalau kita ada kuasa,contohnya guru,dia boleh menegur dan menghukum muridnya yg buat kesalahan,atas niat nak mengajar dan mencegah.Kalau kawan kita buat salah plak,kita boleh menegur beliau dengan menasihati dan mengajak dia berubah.Kalau dah dia tu kita tak kenal pun,dan ada beberapa faktor yg menyebabkan kita tak dapat cegah dengan tangan dan lidah,maka kita cegah lah dengan hati,yakni membenci perbuatan tu dalam hati.TETAPI mencegah dengan hati tu SELEMAH-LEMAH IMAN.

Korang nak jadi lemah IMAN ? Jadilah,tetapi guwa tak nak.Guwa nak ajak kawan-kawan blogger yg lain jadi orang yg mencegah dengan lisan,atau dalam konteks kita sekarang ni,blogger.Guwa tidak mengaibkan diorang sebab guwa tak sebut pun nama diorang.Kalau guwa lebih thrill macam LensaRosak tu,guwa mungkin hanya mengundang ramai haters.Maka tujuan untuk guwa menegur mungkin sedikit terbantut.

So guwa tegur dengan membuat entry,sebab guwa belajar dan guwa tawu,ada sesetengah perbuatan blogger tu salah,menayang muka yang cantik-cantik tu kat header,menayang gambar diri sendiri dan boifren tu salah,buat entry pasal takde dara tu salah,dan macam-macam lagi kesalahan yg "remeh" pada tanggapan masyarakat ISLAM kita masa kini.

SO kesimpulannya,guwa tak setuju langsung dengan kata-kata blogger tu yg menyuruh kita ni step aside dan biarkan apa diorang nak buat atas alasan tu blogger diorang dan tu life diorang.Mereka-mereka ni semuanya yg memegang prinsip "kubur masing-masing" .Tidak menyedari tanggungjawab mencegah maksiat tu ada atas bahu setiap yang mengaku Muslim.Kecuali la korang tu bukan Muslim.

Salam Muhasabah.Wasalam

Tuesday, May 10, 2011

Mari Mengenal Manusia EGO

Assalamualaikum wbt..



Ha...entry kali ni mmg makan dalam..sebab tuan punye blog pun terasa pedasnya sekali..hahahha..aku nak bagitau korang macam mana nak kenal manusia yg egonya setinggi KLCC neh..manusia jenis ni mmg susah untuk korang deal..serius susah..

Dan manusia jenis ni jugak ramai dibenci masyarakat..aku pun ego tinggi,so aku tau la ape yg selalu diterima oleh insan macam aku nih..OK..end of talk..jom kenali kitorang ...hahahha

*berdasarkan pengalaman sendiri dan pemerhatian penulis*

1) Pemarah

Pergh..yg ni mmg sinonim dengan org yg ego tinggi neh..cukup kuat marah..pantang silap sikit je,tak kena dengan citarasa dia,mmg jadi HULK lah jawabnya..pendek kata,sehari tak marah memang tak sah hidup dia..

2) Susah Menerima Pandangan Orang Lain

Haha..yg ni mmg betul..dah nama pun ego,so mane la nak terima pendapat atau pandangan org lain mudah-mudah..dalam otak diorang dah set,diorang je betu..org lain salah..jenis ni la yg selalu dapat kata-kata macam ni bila argue, "em..ko je la yg betul"..hehe

3) Cemburu Kuat

What ?? Ego tinggi pun cemburu ke ?? eh mestilah..bagi orang ego,ape yg dia miliki,susah dia nak kongsi dengan orang lain..selalunye melibatkan insan tersayang..setakat makanan tu,diorang tak kisah sgt beb..tapi kalau bab insan istimewa,diorang mmg jaga betul..so jangan la pertaruhkan nyawa korang nak kacau insan-insan istimewa manusia ego tinggi nih..mengudang padah je..hehe..

4) Selalu Nak Menang

Yg ni ada kaitan dengan point number 2..kalau argue dengan sesape pun,mesti dia nak menang..cukup pantang dia kalah dengan orang lain...korang argue sampai kiamat pun,belum tentu dia mengalah..buang mase je layan jenis ni..semua nak menang..

5) Suka Menunjukkan Kelebihan Diri

Manusia ego ni cukup bangga dengan kelebihan diri..kalau tengok ada sesape bincang pasal ape-ape,mesti dia nak mencelah..nak kata dia lebih pandai..annoying kan ??

6) Suka Mengongkong 

Hurm..yg ni mmg annoying la..org ego ni suka kongkong hidup orang lain.yela,sume nak kena ikut cakap dia..sampai cara hidup pun kena ikut macam dia..jenuh la kan..

7) Susah Nak Minta Maaf

hahhahaha...yg ni pun satu lagi..orang ego ni,dia salah ke,dia tak salah ke,dia cukup susah nak minta maaf..jaga ego beb..kadang-kadang je maybe dia minta maaf..tu pun nampak macam tak ikhlas..hehe..sabo je la..

8) Lebih Mementingkan Ego Dari Kasih Sayang

pergh.yg ni mmg tahap tinggi punya ego..mmg tahap master la kiranya..kalau kapel..diorang lebih jaga ego dari jaga hati pasangan diorang..kalau gf dia merajuk,mmg tak de la nak pujuk-pujuk..pujuk sendiri la..hehe,,nak clash,ikut suka...guwa tak kesah..haha..teruk kan ? padahal dalam hati tu sayang bagai nak rak..saje tak nak mengaku..ego punyer pasal.

Ok..cukuplah aku bagi 8 je sifat dan sikap orang EGO nih..sape yg nak tambah,silakan..tapi korang ingat la,manusia ni,masing-masing ada pro dan kontra.so even korang bukan jenis EGO,tak bermakna korang lebih baik dari mereka ini..So sama-sama perbaiki diri la ye..

Assalamualaikum wbt...


Monday, April 25, 2011

Sempurna Sangat ke Kau Ni ???!!!


Assalamualaikum kanak2 ribena sekalian XD

Dah solat ? Dah makan ? Dah mandi ? Dah cuci akuarium muka ? Sume dah ? Bagus anak mak ni .. XD

Ok..kali ni guwa xmau cakap banyak2..*padahal entry ko selalu paling kurang 6 perenggan =.=''*..Kali ni guwa mau cakap pasal satu benda je,even guwa x jamin panjang mana guwa mau elaborate pasal ni..

Pernah x korang nak nasihat sesape,kengkawan ke,sesape je la,pastu nasihat korang dibalas dengan frasa di bawah ni ?? :

"Ek eleh..nak tegur aku konon,.tengok diri sendiri tu dulu,ko sempurna sangat dah ke nak tegur-tegur aku ni ??"

Atau ayat2 lain yang sama waktu dengannya ?? Pernah ? 

Kalau pernah sure korang sakit hati kan ? Rasa macam nak bunuh smackdown cekik belai sekeh dia je kan ?? 

Ketahuilah,mereka-mereka ini sebenarnya bukan tawu ape pun,hanya kerana diorang ego nak terima nasihat,sebab tu yang diorang cakap macam tu...Kalaupun korang dah jadi sempurna,korang tegur diorang tadi,belum tentu diorang nak dengar nasihat korang tu..

Sebab tu guwa mau ingatkan satu benda untuk peringatan manusia-manusia yg selalu cakap macam tu time kawan2 bagi nasihat,atau kepada sesape la yg nakkan nasihat yg berguna :

"Tiada manusia SEMPURNA !!!!" kecuali junjungan besar kita Nabi Muhammad (PBUH) ..

So xkan la korang nak tunggu Nabi datang bagi nasihat kat korang baru korang nak dengar ??? Guna akal la der,Baginda telah wafat.habis kalau korang stil nak orang yang sempurna nasihatkan korang,baru korang nak dengar,nampak sgt korang x guna akal yang diberikan Tuhan ni dengan betul,sebab satu2nya manusia yg sempurna telah wafat..diulang..WAFAT !!

Mengaku je la,korang mmg xleh terima nasihat kan ?? ego melangit macam aku ni kan ?? Ngaku je la..senang..habis cerita..

Sebab tu la Baginda meninggalkan para sahabat,para ulamak,para ahli sufi,para golongan salafussoleh,dan orang2 alim agama untuk menasihati kita...Baginda pernah bersabda,"Ulama itu pewaris nabi"..tapi x bermaksud golongan2 ni je yang boleh bagi nasihat..sesape pun boleh bagi nasihat..

Baginda jugak pernah bersabda,guwa kurang sure la hadis ape,tapi hadis ape pun,fadhilat amal die kite leh guna..bunyinya macam ni la..

"kalau nak tunggu seseorang itu sempurna,barulah boleh menyampaikan sesuatu ajaran,maka tidak akan berkembanglah Islam di muka bumi ni"

Korang nampak tak tu ?? Baginda dah leh predict ape yang akan terjadi di zaman kita ni..So Baginda dah beri peringatan siap2..So x payah la ego sangat nak terima nasihat tu..demi kebaikan kita jugak..

Saidina Ali r.a. pernah berkata ,"Meskipun satu kalimah yang diajar,dia adalah gurumu"

And kalau x silap guwa la,Saidina Abu Bakar pun pernah berkata,"jangan tengok siapa yang menasihati kamu,tapi tengok apa yang dinasihatkan olehnya"..Maksudnya,korang x payah la nak nilai sesape yg nasihatkan korang tu,biarlah dia orang miskin ke,pengemis ke,kawan korang yg kurang pandai dari korang ke,ape2 ke,asalkan apa yang dinasihati tu,benda yang betul dan tidak menyesatkan,korang terima je lah..xpayah nak ego2 lebih2..

So,tu je aku nak cakap kali ni..sebab aku geram tengok ramai sangat yg sombong,taknak terima nasihat..dan menggunakan pelbagai helah hanya kerana ego,tak nak terima nasihat..

Semoga kita semua sentiasa dirahmati olehNya..sekian Assalam :D



Saturday, April 16, 2011

Parahnya Mentaliti meLAYU !!


assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 anon sekalian..bertemu lagi kita dalam rancangan..... Aku Membebel !!

wakakaka..xdelah..rancangan la sgt..actualy ada satu yg aku fikirkan dan resahkan sejak dua menjak ni..mengenai mentaliti bangsa kita yg tercinta ini...iaitu meLAYU...sebak beb cakap pasal nie..tacing2 jap 2 minit.. =.="

Ok,cube korang renung kembali tentang bangsa kita sekarang ni..Semakin mundur bukan ?? xpayah la nak kerek2..mengaku je..ya,semakin mundur !! Kenapa ?? Mengapa ?? Kerana mentaliti bangsa kita lemah..goyah dan mudah dimanipulasi oleh anasir2 luar..

First sekali yg aku nampak,berkenaan isu penghinaan terhadap umat Islam...yelah..betul la yg pasal penggunaan kalimah Allah dalam bible tu,pastu yg lukis karikatur Rasulullah SAW tu,dan sebagainya tu,mmg terang2 la menghina umat Islam..wajar la kita marah,tapi bukan dgn mengganas,sbb itu memburukkan lagi imej Umat Islam..

Tapi,yg berkenaan hal remeh pun mentaliti kita masih lemah,contohnya,dalam mesej,sape penah guna 4JJI untuk menulis nama Allah kononnya dalam tulisan Jawi ?? cuba korang tengok betul2,kalau korang taip 4JJI dalam msej,seolah2 nama Allah dalam tulisan jawi..ok la tu..at least ada kekreatifan..bahasa Jawi kan lebih bagus..tapi bile dengar je yg 4JJI tu bermaksud FOR JESUS ape tah..terus sume jadi kecut..n marah2 kepada sape yg guna tu..tu diorang cakap..yg ko g percaya knape ?? x payah la anggap maksudnya macam tu..ape yg penting tu NIAT der..NIAT..kalau NIAT kita tulis tu nak represent nama Allah,so xpe lah..yg senang sgt kena hasut tu pesal ???

Aku bagi contoh..aku kate SPM tu Sijil Pelajaran Malaysia...ade kawan aku cakap SPM tu Syarikat Permainan Malaysia(syarikat ni wujud ye kat Malaysia)..so kami berdua bergaduh sampai nak berbunuh2 disebabkan masing2 nak tegakkan pendirian masing2..bodoh x ?? bodoh la..ikut suka dia la nak interpret maksud perkataan tu kepada apa pun,ikut NIAT dia la..yg ko nak paksa org lain ikut otak ko pesal kan..tapi meLAYU yg juga beragama Islam ni lemah..tu la jadinya kalau kurang menuntut ilmu..mudah nak dipengaruhi..Bila orang cakap 4JJI tu maksud yg macam aku cakap tadi tu,sume jadi kecut,,ntah pape..tapi berkenaan nama ALLAH tu,mmg patut la kita marah..sebab nama ALLAH ni mmg xde maksud lain pun dalam semua bahasa..ia hanya digunakan sebagai nama Tuhan kepada Umat Islam,atau lebih tepat lagi,satu2nya Tuhan di Alam ini..

Satu lagi yg parah berkenaan meLAYU ni,diorang nak ikut semua yg BARAT buat..kononnya ape yg BARAT buat tu hebat..so diorang berTUHANkan BARAT...sebab tu la wujudnya Malaysia Idol,So You Think You Can Dance,dan segala bagai lagi tu..sebab BARAT buat..so meLAYU pun nak ikut,supaya x dikatakan mundur..mulut cakap boikot,tapi buat macam diorang jugak..lemah sgt mentaliti meLAYU ni..

Dah la,malas aku nak membebel banyak2..sedih tengok orang meLAYU zaman sekarang..dari dulu lagi kita ditindas oleh kaum dan agama lain..korang sedar x ??? So jgn la terikut sgt budaya diorang tu..kita ada budaya,agama dan adat resam kita sendiri..x payah duk ikut diorang..

So that's all..Assalamualaikum. :D


Thursday, April 7, 2011

Petua Sebelum Membuat Graphic Sendiri


assalamualaikum ya ahlil qubur..ops..silap2..ya ahliddunya..kaifahaluka/ki ? alhamdullah..bikhair2..chewah duk speaking arab lak kat sini..aku pun lupa abeh dah aih arab2 ni..

So di petang yg cerah lagi berwarna warni ini(ko duk dunia mana ni paan oi...),kita akan belajar asas2 sebelum nak buat header blog,atau sebelum nak buat ape2 hasil grafik la..sbb ramai yg suruh buat header,namun aku ni jenis x pandai nak buat header untuk org lain..nanti mesti jadi x lawa..so aku gtau la serba sedikit asas2nya..

Aku nak gtau asas2 ni,berdasarkan yg aku selalu buat la,memandangkan aku ni graphic designer kelas paling bawah sekali..X setaraf dgn sifu2 macam SyedGraphix,Hazhand,dan ramai2 lagi designer otai..aku pun baru belajar buat grafik ni dalam sebulan..awal2 dulu syed la ajar aku,pastu dia tinggal aku macam tu je..isk3x..kejam tol..haha..sorry ea syed..xdelah,aku nak belajar sendiri,supaya lebih mahir..so aku godek2 la sendiri photoshop tu..

OK,aku dah mula melalut.sila tekan pangkah..hehe..eh eh..jangan2..aku main2 je bro..dia nak pangkah betul da..sampai hati ko..

OK berikut adalah asas2 yg korang perlu ada sebelum nak wat design grafik ape2 pun..

1)Software

Fuh..yg ni paling penting untuk wat grafik ni..kalau xde software,alamatnya korang kene lukis2,scan gune scanner,pastu baru masuk dalam blog..haha..dulu aku gune gabungan microsoft word,microsoft picture manager,dan paint..tu dulu,blom terer lagi..skunk aku gune Adobe Photoshop la..senang nak edit2 sume..

2)Font

Hoh..yg ni pun penting gak..kena la cari font yg menarik2 kan ?? xkan la korang nak gune font Times New Roman,Arial,Verdana,Monotype Corsiva ke,Copperblade Gothic ke,nak buat jadi design ?? Sure x best,.so kena la cari font yg unik2 sket..Contohnya Baby Kruffy ke,Ironman ke,Bleeding Cowboy ke,etc....ha..dah ade font menarik ni bru la hasil grafik kita lebih memuaskan..

Ape ?? X tawu nak cari katne ?? tudia la..korang x jadi anak angkat pakcik gugel..pandai2 la cari website nak download font ni..aduhai..malas tol la..yela2..nah aku bagi satu link ni.pandai2 la pilih n download..

Klik Sini

Dah download tu,korang extract,pastu letak kat desktop dulu...klik Start>Control Panel>Font,pastu korang paste kan sume font tu ke dalam folder Font dalam control panel tu//

3)Gambar

Yg ni pun penting..untuk menceriakan lagi grafik korang..mesti la ade gambar2 kan,kalau x yg cute2 pun,yg macho2 ke,ape2 je la..tapi ada beberapa petua aku nak bagi untuk search gambar kat google supaya korang x terlajak masuk website x berkenaan lak,porno ke,x ke naya nanti..

i)Make sure keyword korang betul..

ii)Cari gambar yg xde watermark yg menyakitkan hati macam Photobucket ke,Shutterstock ke,dll...cari yg xde watermark2 ni..nanti orang kate korang copy gambar..padahal mmg tu gambar copy pun..haha

iii)Cari gambar 3d...katakan la korang nak cari gambar upin ipin ke,taip 'upin ipin 3d'...mmg la x semua akan keluar 3D...tau x kenape ?? sebab kebanyakan gambar 3d,background dia putih..so senang nanti korang nak cut dalam Adobe Photoshop..x payah susah2 terjegil mata depan skrin ketika guna Magnetic Lasso Tool nak potong gambar,korang leh just guna Magic Eraser Tools je..then terus leh dapat gambar tu dgn elok..sape yg selalu godek2 photoshop tu tawu la susahnya nak guna magnetic lasso tools tu..silap2 kene gune cermin mata lepas ni..

4)Image Size

Haha..selalu orang lalai kat bahagian ni la..yg membuatkan header dia jadi kecik,padahal gambar kat sidebar jadi besar gedabak lak..Korang kene alert dgn Image Size ni..supaya bersesuaian dgn tempat korang nak letak hasil tu..contohnya kalau korang nak letak sebagai header,korang amik la yg lebarnye +-900pixels....kalau yg kat sidebar lak,+-300pixels pun dah elok..satu lagi rahsia aku nak gtau korang berkenaan header tu,kalau gambar korang buat tu duk center2,dia akan jadi senget bila korang upload jadi header nanti,so sebelum korang save dalam photoshop tu,korang lebihkan bahagian kanan gambar tu,seolah2 gambar tu senget sebelah kiri,insyaAllah bila jadi header nanti,dia akan jadi center..

5)Imaginasi

Pergh..yg ni paling susah..aku cakap susah sbb aku x dilahirkan dgn bakat seni2 ni..so aku susah sket nak imagine grafik2 yg elok2..Korang kena berimaginasi untuk susun sume object2 dalam hasil grafik korang tu..so pandai2 la ea..yg ni aku xleh bagi contoh sbb aku pun x pandai..haa..tengok header aku kat atas tu jadila..ntah pape aku susun..


So that's all yg korang kene tawu sebelum buat grafik apa2 pun...Selamat mencuba..

wasalam..

Wednesday, April 6, 2011

Baik X Payah Jadi Blogger Kalau Korang Macam Ni..


Photobucketassalamualaikum wahai sume2 penyokong blogku...i mish u..haha..jgn lebey2,ada orang marah kang..

PhotobucketOk malam ni aku nak cakap pasal sifat2 dan sikap2 blogger yg pasif,yg mana aku rasa,kalau dia x jadi blogger pun xpa..

1)Sombong

fuh..yg ni paling aku anti sekali..kadang2 tu kalau dah femes,dia mula jadi sombong..xnak bergaul dgn blogger2 amatur atau newbie..kononnya dia dah berada di tahap yg lebih tinggi..Maybe tujuan dia berblog cuma nak belagak dgn org lain je.. aku nak ingatkan,kalau korang ada sikap sombong ni,x payah jadi blogger pun xpa..buat sakit hati blogger lain je..korang setuju kan ??

2)Kurang Ajar

yg ni pun satu yg aku susah nak bertolak ansur..Photobucketkurang ajar..even kita ni berada di alam siber pun,sikap hormat menghormati tu tlg la jaga..maybe korang dah biasa cakap kasar2 dgn kawan2 korang..ade aku kesah ke ?? korang xleh expect semua blogger leh terima sikap korang tu..tambahan kalau korang baru masuk satu group or chatroom.pandai2 la nak hormat org lain yg dah lama ada kat situ..x payah nak belagak otai sbb orang lain sikit pun x heran..

3)Malas Update Entry

hurm..yg ni aku x tekankan sgt la,tapi kalau korang tu nak jadi blogger,jangan la update entry seminggu sekali,maksud aku,kalau xde ape2 halangan la..Sebab nanti orang naik muak je nak letak blogPhotobucket kita kat bloglist..silap2 org unfollow je korang..So rajin2 la update entry kalau korang betul2 niat nak jadi blogger..kalau jadi blogger setakat ikut kawan,baik x payah..

4)Pentingkan Diri Sendiri

yg ni pun susah..misalnya yg letak lagu2 yg memekak je kat blog tu,bila orang tegur,dia kata tu blog dia,dia punya suka la nak buat ape pun..fine ! kalau ko nak sgt pendirian ko tu,ko privatekan blog ko,n jgn masuk2 mana2 komuniti blogger..sebab ko just bagi orang sakit hati je bile masuk blog ko..fikirkan la org2 yg akan melawat blog korang tu..

5)Bahasa Lucah

yg ni pun satu..aku cukup2 BENCI dgn blog yg menggunakan bahasa lucah dalam entry diorang..aku cukup anti dgn benda2 macam ni..bukan nak kata aku baik,tapi dah mmg naluri manusia,dia x suka benda2 kotor macam ni..kalau dah pemikiran korang tu dah mmg lucah,x payah la nak adaptasi dalam penulisan korang..korang leh mencemarkan akhlak org yg baca blog korang tu..manae tau dia naik stim ke baca entry korang tu..x pasal2 je dapat dosa kering..

ok dan macam2 lagi sikap2 yg x patut ada dalam diri seorang blogger..Kita jadi blogger ni sbb nak kongsi pemikiran dgn orang lain,nak saling memahami,bukan nak cari musuh..n macam yg aku cakap dulu,walaupun dalam alam siber,kita tetap satu komuniti,so kena pandai bertimbang rasa la kalau nak orang lain senang dgn kita..

And aku pun nak minta maaf kalau ada terkasar bahasa dgn sesape pun..

Wasalam..Photobucket

Kita Melakukan Syirik Tiap2 Hari ?? Mungkinkah ??


assalamualaikum semua pembacaku yg tegar*ayat bajet ramai viewers*

Ok,staright to the point,takut nanti melalut lak aku kan..

Korang penah dengar x peribahasa,kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa..penah kan ?? actually mmg logik pun peribahasa tu..kalau mulut kita x jaga,asyik nak mengata orang ja,asyik nak mengeji orang ja,alamatnya x lama lagi makan penumbuk la kan ?? so better jaga mulut tu..

Tapi,orang suruh jaga mulut tu bukan sbb takut kene belasah je,ada satu lagi perkara yg lebih penting dari tu,melibatkan akidah..korang penah dengar x perkataan syirik ?? mesti penah kan ?? syirik ni ada dua iaitu syirik jali(berat) dan syirik khufi(ringan) *perbetulkan saya kalau salah*Maybe kita mmg terselamat jugak dari syirik jali sebab benda tu terang2 salah macam kita puja roh ka,minta nombor ekor kat kubur wali2 ke,sah2 kita mengaku ada Tuhan lain ka,itu syirik jali,so maybe kita dapat hindar,na'uzubillah la kan..

TETAPI,adik kepada syirik jali,iaitu syirik khufi ni,amat berbahaya...Sebab kita x perasan sangat yg kita dah buat..syirik khufi ni leh jadi dalam 3 perkara iaitu perbuatan,pertuturan,dan pemikiran..Sebab tu aku kata mulut tu kena jaga jugak..Benda ni x ubah macam dosa besar dan dosa kecil la..dosa besar x bahaya sgt sbb sekali kita buat,kita dah tau kita buat dosa besar n leh bertaubat..Tapi dosa kecik ni bahaya,sebab kita xperasan n x berapa nak hirau,lama2 jadi lebih besar dari dosa besar itu sendiri..

Contohnya,katakan la kita menang satu pertandingan bola sepak,ada seorang pemain dari pasukan kita tu yg terer,dia sumbat banyak gol..Habis ja pertandingan,kita p kat dia n kata,"fuh..nasib baik ada ko..lau x tadi mesti kita kalah.." ...ha...nampak x ?? itu boleh jadi syirik khufi dah .. sebab kita seolah2 nak kata sebab dia punya terer la yg korang leh menang ? Tapi hakikatnya,Allah SWT yg bagi dia jadi terer,n Allah SWT juga yg tentukan dia leh bubuh banyak gol..Penah tengok korang tengok orang yg terer tapi ada sesetengah perlawanan tu,dia xleh sumbat gol langsung x ?? Penah kan?? sebab tu aku kata syirik khufi ni bahaya..Sebab kita x sedar pun..

Atau satu lagi contoh,korang duk termenung sambil fikirkan kejadian alam..Tiba2 otak korang masuk bab nak fikirkan kewujudan Allah SWT plak....surely otak korang x dapat teruskan sbb memang tiada manusia yg Allah SWT bagi pengetahuan sampai ke peringkat kewujudan Allah SWT..kemampuan akal manusia terbatas..So x payah nak fikirkan sampai peringkat tu..Kita just perlu percaya yg Allah SWT tu wujud,x payah nak lebih2 fikir..Boleh jadi gila tau x...Bila korang nak fikir jugak,otak korang x mampu nak trima fakta bahawa Allah SWT tu wujud sbb xdak bukti saintifik,so sedikit2 demi sedikit2 otak korang akan menolak kewujudan Allah SWT...kan bahaya tu ?? na'uzubillah..

Banyak lagi contoh2 syirik khufi yg leh kita terbuat dalam kehidupan seharian..So aku nak ingatkan kat sini,korang hati2lah bila nak sebut,buat,atau fikir apa2 pun..Setkan dalam otak,apapun yg terjadi,semuanya dgn kekuasaan Allah SWT,insyaAllah korang akan terselamat dari syirik khufi..

Wasalam

Wednesday, March 23, 2011

Kenapa Doa Tidak Dimakbulkan ??


Assalamualaikum dan salam muhasabah buat semua pembaca..

Daripada kita membuang masa dengan berbual perkara2 yang lagha,alangkah molek kalau kite berfikir sejenak mengenai perkara ini..Setiap dari kita menunaikan solat 5 kali sehari kan ?? insyaAllah ya,,dan setiap kali kita solat,kita berdoa bukan ?? Tetapi tidakkah kita berfikir mengapa dan kenapa doa kita lambat dimakbulkan atau langsung tidak dimakbulkan ?? bukan salah Allah SWT...Dia yang mempunyai hak untuk melakukan apa pun..Ini satu perkara yang harus kita kaji dan ambil iktibar..

Antara faktor2 yang menyebabkan doa kita lambat atau tidak dimakbulkan ialah :-

1. Kamu mengetahui Allah S.W.T tetapi tidak mahu menunaikan hak-Nya.
-Semua orang tahu,Allah SWT merupakan penguasa dan pencipta segala apa pun di dunia ini..melalui Tauhid Rububiyyah,kita diajar untuk mengaku dan beriman bahawa Allah SWT berkuasa terhadap semua penciptaan alam ini..Dia lah yg mengusai langit,bumi,bulan,bintang dan lain2..dan Dia wajib disembah oleh hamba2Nya iaitu kita..tetapi mengapa kita x menyembah Dia ?? kita lalai dalam solat..kita x menunaikan hak Allah SWT sebagai Tuhan kita.

2. Kamu berkata bahawa kamu cinta kepada Rasulullah S.A.W, tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
-Bila orang kafif menghina Rasulullah SAW,kita melenting..kononnya kita sygkan Baginda..tapi di mana sunnah2 Baginda ?? adakah kita amalkan ?? makan x bismillah,tidur x ikut sunnah,dan macam2 perkara lagi yg sepatutnya dilakukan mengikut sunnah,tapi kita x lakukan..x malukah kita mengaku sebagai pengikut Rasulullah SAW ??!!

3. Kamu telah membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
-Kita baca AlQuran tiap2 hari,,kalau x baca dengan naskhah pun,at least kita baca dalam solat..tapi kita x amalkan pun ajaran di dalamnya,.padahal Kalam Allah yang syumul ni,merangkumi cara hidup yang tersangat detail,sesuai sepanjang zaman dan untuk semua lapisan masyarakat..mengapa kita x ambil iktibar dan beramal dengan ajarannya ???

4. Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
-Kita makan tiap2 hari..memanglah itu semua hasil titik peluh kita bekerja..tapi kita tidak akan dapat semua itu kalau Dia x mengurniakan rezeki kepada kita..semacam nikmat yg kita dapat dariNya..itu belum masuk dengan nikmat bernafas,dan macam2 lagi keperluan asas yang Dia sediakan untuk kita..tapi kita x pernah bersyukur.Dia bagi tubuh badan yang sihat,kita nak rosakkan..hisap rokok,dadah,dll...merempit la,macam2..padahal badan sihat..tapi kita nak sakitkan..

5. Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
-Setiap kali baca surah Yaasin,kita selalu baca ayat tu,"Wahai Manusia,janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan,sesunnguhnya ia musuh yang NYATA bagi kamu"...tiap2 kali malam jumaat kita baca ayat ni,tapi x pernah kita buktikan..kita tetap ikut bisikan halus syaitan..time bulan Ramadhan,kita boleh merokok senyap2,even syaitan sedang dirantai dalam NERAKA !!

6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
-Time sekolah rendah,ustaz tanya sape nak masuk syurga,semua sure akan angkat tangan..sapa x angkat sah otak dia biol..tapi bila dah besar,xnak beramal supaya layak masuk syurga..kalau kita pergi tanya kepada mat2 rempit pun,diorang stil jawab nak masuk syurga,tapi nak merempit jugak..

7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
-Ni pulak jawapan sebaliknya daripada jawapan di atas..sapa la yg ade otak nak jawab nak masuk neraka ?? sure x betol kan ?? tapi apa yg kita buat selama ni,membawa kita ke Neraka la..sume maksiat2 yg kita buat tu,bonus point untuk kita masuk Neraka la tu.tunggu la masa nak 'redeem' sume point tu..

8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia baginya.
-Semua tau yg kita akan mati..kebanyakkan agama lain pun percaya manusia akan mati..tapi berapa kerat sgt amalan yg kita dah kumpul untuk bawak ke Akhirat ???

9. Kamu bangun dari tidur, lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
-Fuh..yang ni cukup banyak..holier than thou..pada mata dia,orang lain semua salah,dia lupa kesalahan dia sendiri..dia pergi canang aib orang lain kat sana sini,lupa dengan aib sendiri..

10. Kamu kebumikan mayat-mayat sahabat kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada mereka.
-Yang ni sepatutnya kita amik iktibar..kalau ada peluang kebumikan mayat,joinlah..supaya kita merasa takut dengan azab siksaanNya,..

semoga kita ambil iktibar dari semua ini..laksanakan segala perintahNya dan insyaAllah,doa kita akan dimakbulkan..wasalam