Showing posts with label blogger bodoh. Show all posts
Showing posts with label blogger bodoh. Show all posts

Tuesday, June 7, 2011

Kenapa Bloggers Dipersalahkan Sebab Sebar Isu-Isu Semasa ???

Assalamualaikum wbt..

SEKALI LAGI,SAPE TAK NAK BACA SAMPAI HABIS,SILA CLOSE BLOG AKU SEKARANG.AKU TAK GILA TRAFIK PUN.



Ya,mmg sekarang ni seluruh blogosphere tengah bergegar dgn macam-macam huraian,review,dan ape-ape sajalah baik newbie atau pun otai,mengenai isu-isu yg sedang panas.Setiap jari ingin menaip dan memberi pendapat masing-masing mengenai isu yang dibincangkan.

Namun,aku terbaca la satu entry karangan seorang blogger otai ni,namanya dirahsiakan *kan aib,mane leh gtau name :D * mengenai isu-isu ni.Otai ni macam agak marah la dgn sikap blogger-blogger sekarang yg suka memaki hamun bila timbul satu-satu isu.

Otai tu kate,korang pun maki hamun,macam mane korang nak tegur orang yg buat salah tu.Korang dengan dia pun sama ja.Actually aku agak bersetuju la dengan setengah-setengah point yang dia utarakan.Memang tak patut pun kita maki hamun terus bila seseorang tu buat salah.Tapi tak salah kita marah bila seseorang tu buat salah.

Maki hamun dan marah bukanlah sinonim.

Maki hamun,konfirm dia tengah marah,tetapi marah,tak semestinya dia akan maki hamun.So benda yang salah di sini adalah maki hamun,dan bukannya marah.Tak kan la kita nak happy atau gembira je bila tengok,dengar,atau dapat tawu ada orang tu buat salah atau lebih teruk lagi,menghina Agama kita sendiri ??? Kan ??

KEJAP !! AKU TAK KATA AKU SOKONG PERBUATAN MAKI HAMUN.AKU CUMA KATA,TAK SALAH UNTUK KITA MARAH BILA TERDENGAR ATAU TAHU SESUATU PERKARA YG MAKSIAT.SEBAB ITU JUGA DIKIRA 'MENGUBAH DENGAN HATI'.

Malah ada yang lebih teruk,menggambarkan blogger-blogger ni macam kaki penyibuk.What The Fish ?? Ha.. nak keluar dah la tu.. Ramai yang mengecam sikap blogger yg suka heboh-heboh sesuatu isu tu.Ya aku akui,sometimes it is a bit annoying bila semua blogger asyik kesah benda yg sama je.

Maybe ada bloggers yg kejar SEO,TETAPI maybe ada gak yg mmg berniat nak sebarkan tu,sebab nak masyarakat sedar perkara yg serius ni.Sebarkan aib ?? Aku rasa tak timbul soal aib sebab semua perkara yg selalu blogger-blogger sebok ni semuanya benda yg sape-sape pun ade akses untuk baca,lihat,atau cari maklumat berkaitan tu.Contohnya isu AdindaEvans dan Gambit Saifullah tu, kalau sorang bloggers tak sebar pun ,berjuta lagi yg lain akan sebar.

Lagi pun semua isu tu adalah isu di mana si pelaku tu sendiri yg dedahkan aibnya kepada orang lain.So disebabkan kita sebar dgn niat nak bagi iktibar kepada masyarakat lain,terus kita dikecam kerana menyebarkan aib pelaku tu ? Korang belajar mane ni ??

Korang nak tawu tak ,SEBAB INILAH banyak lagi kes sosial berlaku.Sebab adanya pembela-pembela diorang ni.Konon nak bela sangat,manjakan sangat si pelaku salah ni,sampai diorang naik kepala.Dalam otak diorang tu langsung tak cuak bila buat salah,sebab diorang tawu akan ada pembela perbuatan terkutuk diorang tu.

Ni kakcik dan bangcik,guwa nak cakap,nak bela pun ada had der.Macam jaga anak la,ada masa kena manjakan,ada masa kena pukul.Sebab ada golongan macam diorang la,so ramai umat Islam semakin mempertikaikan kenapa perlu pukul anak yg tak solat ? Kononnya kes macam tu kena *nasihat diam-diam* la,kena cakap lembut-lembut la.Kenapa Tuhan suruh pukul jugak sedangkan 'konon'nya ada penyelesaian yg 'konon'nya lebih baik dari pukul ??  

Sebab tu aku cakap jangan la buat hukum ikut sedap kepala hotak korang je.Sebab nak dipandang cool,kononnya open minded,tak pun sebab korang tu otai,tak mudah sentap,tak mudah gelabah dengan sesuatu kes,korang terus keluarkan kenyataan,sesiapa yg sebar ape-ape berita tu,berdosa sebab MENYEBAR AIB.

Habis tu kalau hukum orang yang berzina,rejam di depan khalayak ramai tu,bukan aibkah ???? Aib kan ? Tetapi kenapa Islam MEWAJIBKAN hukum depan orang ramai ?? Lu pikir lah sendiri.Kadang-kadang,umur tua,mengaji tinggi-tinggi pun,tidak menjamin bahawa otak dia mampu menilai sesuatu dengan baik.Sebab Allah SWT bagi akal manusia ni terbatas dan tak sama antara satu sama lain.

Satu lagi, nak nasihat,nak tegur,bukan sahaja perlu dengan cara lembut-lembut.Sebab Nabi SAW kata tegur dengan BERHEMAH.dan BERHEMAH tu bukan sahaja bermakna lembut,tetapi ianya bermaksud dgn cara yang betul dan sesuai.So tegur dengan MARAH pun adalah salah satu cara yang BERHEMAH.Cuma ianya bergantung kepada ORANG YANG NAK DITEGUR TU.Maki hamun tu memang tak patut la.

SO korang tak payahla berlagak jadi Tuhan sangat,nak salahkan blogger sebab sebarkan isu-isu ni.Diorang just nak semua masyarakat tawu perkembangan AGAMA kita sekarang ni.At least kalau ada dalam 50 blogger yg korang tuduh sebagai GILA SEO atau GILA POPULAR tu,kalau ada seorang je yg berniat ikhlas,maka KORANG DAH PUN BERDOSA.Sebab dalam 50 yg korang tuduh nak femes tu,ada seorang yg benar-benar ikhlas.Maka tanggungla dosa korang tu.

Sekian sahaja.Sapa nak protes dibenarkan.Cakap lembut aku balas 2x ganda lembut,cakap kasar aku balas 10X ganda kasar.Tu je.Assalam.

Thursday, June 2, 2011

Had Kebebasan Dalam Blogging dan Tanggungjawab Menegur Sesama Blogger

Assalamualaikum wbt..



Entry bukan SEO ni bukan nak cakap pasal Dinda Milano yg 'bangga' mengaku sudah tidak ada dara,dan bukan juga nak comment kes blogger tak bayar hutang,sebab guwa malas nak hangatkan suasana yg sudah sedia hangat.Biarkanlah dia nak bangga hebohkan satu dunia yg dia tidak ada dara dah,dan juga pasal pergaduhan blogger mengenai hutang.Guwa baca,guwa komen,dan guwa amik iktibar.Guwa tak mau eksploitasi isu tu untuk buat entry dan up trafik hasil kontroversi orang lain.

So kali ni guwa nak cakap pasal hal lain.Guwa nak cakap pasal sesetengah blogger,yang berlagak kononnya,nak bagi pandangan mereka sendiri mengenai entry-entry yg berkaitan dgn aurat wanita lah,bertudung lah.Golongan ini membuat entry dan memberi pendapat mereka.

Kata mereka, walaupun sekarang ni ramai blogger yang suka tayang gambar besar-besar kat header,heboh gosip,bizi duk buat cara-cara pakai shawl,dan lain-lain tu,tapi kita tak payah la kacau diorang.Sebab tu hal masing-masing.Tambahan pulak kalau itu blog peribadi.What the fish ?? Ape kejadah yg diorang cakap ni ??

Contoh dari satu blog ni yg guwa jumpa time tengah BW tadi, iaitu di sini, beliau bagi pandangan beliau pasal isu ni,yg mana bagi guwa,ada setengah guwa terima,setengah lagi guwa rasa nak bagi kaki guwa,

Jika kita bercakap sahaja mengenai personal blog,kita tak boleh nak mempersoalkan blog mereka.Kenapa?sebab blog mereka adalah berjenis personal @ peribadi.Jadi suka hati merekalah nak buat apa pasal blog mereka kan?nak promote diri sendiri ke,nak mencapap ke,nak jual muka ke,nak cari glamour ke or anything lah.Kita tak boleh nak mempersoalkan kerana itu hak mereka.Jika kita tak suka,so apa lagi,close jelah tab tu.Bukan susah pun.Yang ko rajin baca blog personal tu pe sal!!!.

Sekarang guwa nak tanya,kalau dah dia nak buat tu blog personal,YANG DIA OPEN READERS DIA TU PESAL !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! CLOSED JE LA,UNTUK TATAPAN DIA SEORANG JE !!!!.

Bodoh sungguh.Kalau dah kononnya blog tu personal,nak citer hal sendiri je ,yg xnak orang lain baca dan komen,close kan je la blog tu.NI tak,open,tayang habis merata dunia,siap ping entry kat group-group blogger lain,pastu bila ada orang baca dan komen,nak marah pulak,siap kata "ni blog personal la,ko sebok pesal ? " Nampak tak kebengapan diorang ???

Korang nak kata kita ni tak payah la ambil tahu pasal diorang,diorang tak nak pakai tudung ke,nak pakai shawl berona roni ke,nak pakai legging ke,atas alasan itu blog diorang dan tu life diorang,guwa nak tanya,korang ni agama apa ??? bukan Islam kan ??

Betul la bukan Islam,sebab kalau korang Islam,korang akan sedar dan belajar tentang tanggungjawab menegur sesama Islam jika ada kesalahan atau maksiat yg dibuat.Ada satu hadis Rasulullah SAW yang bermaksud,

"Sekiranya kamu melihat sesuatu kemungkaran,maka ubah(cegah)lah dengan tangan(kuasa atau authoriti),jika tidak mampu,ubahlah dengan lidah(nasihat dan teguran),dan jika tidak mampu,ubahlah dengan hati(tidak meredhai perbuatan itu),dan mencegah dengan hati itu adalah selemah-lemah iman"

So kalau dah kita ni diberi mandat sebagai blogger,laksanakanlah sebaiknya.Tidak kiralah blog kita ni genre ape pun,laksanakan tugas menegur tu sebab itu tanggungjawab SEMUA MUSLIM,dan MUSLIMAH.Kita tidak boleh buat dono je kalau dah nampak ada kemungkaran yg berlaku,sebab menjadi tanggungjawab kita untuk mencegah sepertima disebut dalam hadis di atas.

Kalau kita ada kuasa,contohnya guru,dia boleh menegur dan menghukum muridnya yg buat kesalahan,atas niat nak mengajar dan mencegah.Kalau kawan kita buat salah plak,kita boleh menegur beliau dengan menasihati dan mengajak dia berubah.Kalau dah dia tu kita tak kenal pun,dan ada beberapa faktor yg menyebabkan kita tak dapat cegah dengan tangan dan lidah,maka kita cegah lah dengan hati,yakni membenci perbuatan tu dalam hati.TETAPI mencegah dengan hati tu SELEMAH-LEMAH IMAN.

Korang nak jadi lemah IMAN ? Jadilah,tetapi guwa tak nak.Guwa nak ajak kawan-kawan blogger yg lain jadi orang yg mencegah dengan lisan,atau dalam konteks kita sekarang ni,blogger.Guwa tidak mengaibkan diorang sebab guwa tak sebut pun nama diorang.Kalau guwa lebih thrill macam LensaRosak tu,guwa mungkin hanya mengundang ramai haters.Maka tujuan untuk guwa menegur mungkin sedikit terbantut.

So guwa tegur dengan membuat entry,sebab guwa belajar dan guwa tawu,ada sesetengah perbuatan blogger tu salah,menayang muka yang cantik-cantik tu kat header,menayang gambar diri sendiri dan boifren tu salah,buat entry pasal takde dara tu salah,dan macam-macam lagi kesalahan yg "remeh" pada tanggapan masyarakat ISLAM kita masa kini.

SO kesimpulannya,guwa tak setuju langsung dengan kata-kata blogger tu yg menyuruh kita ni step aside dan biarkan apa diorang nak buat atas alasan tu blogger diorang dan tu life diorang.Mereka-mereka ni semuanya yg memegang prinsip "kubur masing-masing" .Tidak menyedari tanggungjawab mencegah maksiat tu ada atas bahu setiap yang mengaku Muslim.Kecuali la korang tu bukan Muslim.

Salam Muhasabah.Wasalam