Showing posts with label fakta. Show all posts
Showing posts with label fakta. Show all posts

Tuesday, May 10, 2011

Mari Mengenal Manusia EGO

Assalamualaikum wbt..



Ha...entry kali ni mmg makan dalam..sebab tuan punye blog pun terasa pedasnya sekali..hahahha..aku nak bagitau korang macam mana nak kenal manusia yg egonya setinggi KLCC neh..manusia jenis ni mmg susah untuk korang deal..serius susah..

Dan manusia jenis ni jugak ramai dibenci masyarakat..aku pun ego tinggi,so aku tau la ape yg selalu diterima oleh insan macam aku nih..OK..end of talk..jom kenali kitorang ...hahahha

*berdasarkan pengalaman sendiri dan pemerhatian penulis*

1) Pemarah

Pergh..yg ni mmg sinonim dengan org yg ego tinggi neh..cukup kuat marah..pantang silap sikit je,tak kena dengan citarasa dia,mmg jadi HULK lah jawabnya..pendek kata,sehari tak marah memang tak sah hidup dia..

2) Susah Menerima Pandangan Orang Lain

Haha..yg ni mmg betul..dah nama pun ego,so mane la nak terima pendapat atau pandangan org lain mudah-mudah..dalam otak diorang dah set,diorang je betu..org lain salah..jenis ni la yg selalu dapat kata-kata macam ni bila argue, "em..ko je la yg betul"..hehe

3) Cemburu Kuat

What ?? Ego tinggi pun cemburu ke ?? eh mestilah..bagi orang ego,ape yg dia miliki,susah dia nak kongsi dengan orang lain..selalunye melibatkan insan tersayang..setakat makanan tu,diorang tak kisah sgt beb..tapi kalau bab insan istimewa,diorang mmg jaga betul..so jangan la pertaruhkan nyawa korang nak kacau insan-insan istimewa manusia ego tinggi nih..mengudang padah je..hehe..

4) Selalu Nak Menang

Yg ni ada kaitan dengan point number 2..kalau argue dengan sesape pun,mesti dia nak menang..cukup pantang dia kalah dengan orang lain...korang argue sampai kiamat pun,belum tentu dia mengalah..buang mase je layan jenis ni..semua nak menang..

5) Suka Menunjukkan Kelebihan Diri

Manusia ego ni cukup bangga dengan kelebihan diri..kalau tengok ada sesape bincang pasal ape-ape,mesti dia nak mencelah..nak kata dia lebih pandai..annoying kan ??

6) Suka Mengongkong 

Hurm..yg ni mmg annoying la..org ego ni suka kongkong hidup orang lain.yela,sume nak kena ikut cakap dia..sampai cara hidup pun kena ikut macam dia..jenuh la kan..

7) Susah Nak Minta Maaf

hahhahaha...yg ni pun satu lagi..orang ego ni,dia salah ke,dia tak salah ke,dia cukup susah nak minta maaf..jaga ego beb..kadang-kadang je maybe dia minta maaf..tu pun nampak macam tak ikhlas..hehe..sabo je la..

8) Lebih Mementingkan Ego Dari Kasih Sayang

pergh.yg ni mmg tahap tinggi punya ego..mmg tahap master la kiranya..kalau kapel..diorang lebih jaga ego dari jaga hati pasangan diorang..kalau gf dia merajuk,mmg tak de la nak pujuk-pujuk..pujuk sendiri la..hehe,,nak clash,ikut suka...guwa tak kesah..haha..teruk kan ? padahal dalam hati tu sayang bagai nak rak..saje tak nak mengaku..ego punyer pasal.

Ok..cukuplah aku bagi 8 je sifat dan sikap orang EGO nih..sape yg nak tambah,silakan..tapi korang ingat la,manusia ni,masing-masing ada pro dan kontra.so even korang bukan jenis EGO,tak bermakna korang lebih baik dari mereka ini..So sama-sama perbaiki diri la ye..

Assalamualaikum wbt...


Monday, April 4, 2011

'RAHSIA' Di Sebalik Lagu Open Your Eyes Nyanyian Maher Zain


Assalamualaikum semua pembacaku sekalian yg amat kusayangi...ayat kerek giler..haha..

Okeh,aku nak tanya satu soalan bodo leh x ?? Sape kenal Maher Zain ?? hahaha..bodoh kan ?? Sure2 la semua yg bernama manusia kenal artis terkenal ni,yg menyanyikan banyak lagu2 berunsur dakwah Islam..aku pun cukup respect mespect la dgn Mar ni *bajet kawan baik je panggil pendek2..haha*..

Korang penah dengar x satu lagu dia yg berjudul "Open Your Eyes" ?? Yang mendayu2 tu ?? dah nama pun Die hard fan dia mesti la korang tau kan ? OK yg tu je aku nak tau..Korang nak tau x rahsia di sebalik asal usul lirik n lagu tu ?? Ok yg dah tau duk senyap2..x payah bising..aku nak gtau kepada yg xtau lagi je..

-Actually lagu tu bukan Maher Zain yg reka-

Hoh ?? Ape ko merepek ni ??

Sabor2..biarlah aku habiskan tintapenaku ni dulu..chewah guna nama blog plak..haha..OK,actually lirik lagu tu dihadiahkan kepada Maher Zain oleh seorang paderi Kristian kalau x salah aku la..aku x sure paderi ke x,yg pasti dia tu Kristian..aku cari dalam google tapi x jumpa maklumat ni..Maybe dia xnak identiti dia diketahui..yg pasti sumber yg aku dapat ni mmg betul..siap ada video klip lagi..tapi dah lama la so aku x ingat dah katne aku tengok video tu..

OK.ceritanya macam ni..Pada suatu malam,si paderi tu mundar-mandir dalam bilik dia..Dia memikirkan ttg penciptaan alam semesta ni..macam biasa la kan,persoalan wajib dalam setiap otak manusia ekspecially golongan yg sedang mencari sinar hidayah ni..atau golongan kuat agama ni..Di hadapan dia ada satu naskhah alQuran..

Paderi ni runsing..sebab dalam hati dia ada macam sinar2 keislaman..dia rasa macam Islam ni betul dah.tapi dia still x yakin..Dia xdak apa2 untuk kuatkan keyakinan dia tu..Lantas dia duduk kat tepi tingkap bilik dia,tempat dia selalu merenung alam semesta sambil berfikir ttg pencipta alam ni..Macam2 persoalan timbul dalam hati dia..Siapakah yg mencipta seluruh alam ni tanpa sedikit cela pun ?? Siapakah yg benar2 berkuasa yg dapat memerintah seluruh alam ni menjalankan tugas masing2 ???

Akhirnya,dia buat keputusan untuk mendapatkan kepastian..So dia cuba bercakap seolah2 dia sedang bercakap dgn Tuhan Islam yakni Allah SWT..aku x sure ayat dia yg betul2,tapi bunyinya lebih kurang macam ni la ,

"Wahai Tuhan,hatiku tergerak untuk memasuki agamamu,tapi aku masih ragu2 dan tidak yakin dgn segala yg aku lihat.Jadi aku mohon kepadaMu,tunjuklah kepadaku sedikt ZatMu...sedikit pun jadi lah..agak keyakinan aku kuat untuk memeluk agama mu."..

Tapi nyata tiada apa yg berlaku..Paderi tu hampa..Tapi dia cuba lagi..Dia cakap macam tadi jugak,cuma dia macam pujuk sikit la,dia kata,keluar percikan cahaya ka,api ka,sikit2 jadi la agar dia percaya.

Tapi tetap xdak apa yg berlaku..Paderi tu kecewa sgt2..Semangat dia untuk masuk Islam semakin luntur..Lantas dia bagi peluang terakhir kepada Tuhan yg dia sedang cakap,dia kata kalau xdak apa2 jgak yg berlaku,dia cancel nak masuk Islam..

Walaupun dia ugut macam tu,stil xdak apa2 yg berlaku..So si paderi ni mengalah..dia duduk di depan naskhah alquran tadi n menyelak sehelai halaman naskhah alquran tersebut..

Tiba2 terkejut dia membaca ayat pertama yg tertulis di halaman yg baru diselaknya..Ayat itu dah menjawab segala pertanyaan paderi tu yg terbuku selama ini..Aku stil cari ayat tu dari Surah mana,tapi mmg susah nak google sbb maklumat ni x disebarkan secara meluas..Aku dapat tengok pun dari seorang ustaz..

Tapi ayat tu berbunyi seakan2 rangkap pertama lagu open your eyes tu la.."Apakah engkau masih tidak dapat melihat kekuasaanKu,dengan penciptaan Langit,Bumi,Siang Malam dsb..."Lebih kurang macam tu la..yg aku tulis tu bukan ayat AlQuran,aku nak kata maksudnya lebih kurang macam tu la..Sapa2 yg tahfiz ka yg tau ayat surah mana tu,tlg gtau aku ye..aku nak update kat entry ni..

So paderi tu terkesima.Allah SWT dah jawab segala pertanyaan dia tadi secara cash.Mmg tersentak dan berasa amat kerdil dan rasa bersalah sbb ugut Allah SWT dgn pelbagai cara tadi..Lantas si Paderi tu datang berjumpa Maher Zain dan mengucap syahadah di depan artis Islamik tersbut..aku cakap ni seperti yg diceritakan kepada aku la oleh ustaz tu..lantas dia mengarang satu lirik lagu berdasarkan ayat AlQuran tu dan diberikan kepada Maher Zain untuk disebarkan kepada seluruh Umat ISlam di seluruh dunia..

Allahuakbar...segala puji Allah SWT..Dia memberi hidayah kepada sesiapa yg diingininya..Semoga kita jugak dimasukkan dalam golongan yg diberi hadiah..amin..sekian..wasalam..

Sunday, April 3, 2011

Deja Vu - Perasaan Seolah2 Pernah Mengalami Sesuatu Peristiwa


assalamualaikum para pembaca Tinta Penaku sekalian..

Pernahkah korang alami kejadian seperti atau seolah2 korang telah mengalami kejadian tersebut ??? OK aku tau ramai dah tau pasal ni..x nak baca pun xpa...aku just nak tanya kepada orang yg masih belum tau pasal ni..Peristiwa yg kita sedang alami atau baru je alami tu,dirasakan amat pelik,kerana kita seakan2 telah melalui peristiwa yg sama suatu masa dulu,walaupun masanya tidak kita pasti bila ianya telah berlaku..

Mesti korang pernah kan ?? Rata2 manusia yg aku tanya,semua mengakui pernah mengalami kejadian serupa ?? Jangan takut,korang masih waras seperti manusia yg lain jugak..inilah yg dinamakan DEJA VU...pergh nama macam menyeramkan je..haha..ini istilah bahasa Perancis kalau x salah aku..ianya bermaksud "pernah lihat" atau "telah melihat"..

Untuk penjelasan daripada saintis Barat,korang leh buka laman web Wikipedia ni ,klik di sini..

Ada petikan ringkas dari sebuah laman web ini yg berbunyi seperti berikut,

Déjà vu berasal dari salah satu kata atau frasa bahasa Perancis yang arti secara harfiahnya adalah “pernah melihat” . Maksudnya, seseorang mengalami suatu pengalaman yang dirasakan olehnya pernah dialami sebelumnya. Venomena ini (Deja vu) pertama kali di temukan dan diungkapkan oleh seorang ilmuwan Perancis yang bernama Emile Boirac yang telah mempelajarinya pada tahun (1851-1917) dan dibukukan yang berjudul “L’Avenir des sciences Psychiques” yang ditulisnya pada saat dia mengenyam pendidikan di University of Chicago

Beberapa definisi lagi boleh korang baca dari laman2 web berikut :


Deja Vu berlaku oleh kerana kelewatan otak memproses maklumat visual yang diterima. Kelewatan ini memberikan gambaran seolah-olah suasana yang berlaku kepada penerima pernah berlaku sebelum ini.Bagaimanapun,Deja Vu ni xde kene mengene dengan ramalan atau kebolehan seseorang melihat peristiwa lampau atau yg akan datang..

Ok korang klik la sendiri website2 yg ade kat atas tu untuk penjelasan secara saintifik..Tapi aku nak berikan penjelasan Deja Vu dari perspektif Islam..

Deja Vu ni berlaku kerana ketika sebelum roh kita ditiup masuk ke dalam jasad kita yg berada di dalam rahim sang ibu,Allah SWT telah menayangkan kepada kita segala perbuatan kita di dunia nanti..Ini bermaksud kita dah tengok pun apa kita akan jadi kat dunia nanti..Tapi xdela kita ingat semuanya..So cebisan2 memori itulah yg kita alami ketika berada di dunia nyata..Kita berprasangka bahawa kita pernah merasai,mengalami,dan berada di situasi tersebut kerana dahulu ketika di alam roh,Allah SWT dah tunjukkan kepada kita semuanya..So itulah penjelasan dari perspektif Islam.

So kepada sesape yg pernah mengalami situasi macam ni iaitu Deja Vu,jangan takut..Ianya x mempengaruhi apa2 kehidupan anda pun.Jangan terlalu fikirkan ttg hal ni dan jalani kehidupan korang macam biasa..So itu saja buat entry kali ni..

Sekian wasalam

Wednesday, March 2, 2011

Jom Rehatkan Minda Bersama Fakta-Fakta Menarik


assalamualaikum semua..

disebabkan an xde idea nak tulis en3 ape untuk hari ni,so apa kata kita semua santai2 di petang yg mendung(mendung ke ??? :apa)bersama beberapa fakta menarik...korang nak tau x,dari kecik sampai sekarang,an suke sgt baca fakta2 menarik...dapat banyak sgt pengetahuan am..time kecik dulu,mak ade beli satu set ensiklopedia sains,tapi tu yg tahap skola menengah punye..an time tu baru umo 5-6 tahun,tapi an amik baca,n sbb dah minat sgt,an senyap2 sorok sume ensiklopedia tu dalam bilik an..huhu./.nakal2..

bila namenye 'am',maksudnya ia merangkumi sume aspek dalam kehidupan harian ni..ok2..an mengaku yg an ada amik dari website lain,tapi apa salahnya kita berkongsi kan..lagipun,ilmu ni bukan milik sesapa,sume milik Allah SWT..so mari kita berkongsi.. :-

  • Sinaran kosmik daripada bintang-bintang yang berlanggar boleh menghasilkan bahan berbahaya kepada muka bumi. Saintis mendakwa sinaran itu yang juga dikenali sebagai radiasi boleh menyebabkan hidupan pupus dan menghasilkan spesis baru melalui proses mutasi (perubahan genetik).

  • Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

  • Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia.

  • Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.

  • Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.

  • Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

  • Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina , ia merupakan senjata merbahaya.

  • Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti dan Republik Dominica.

  • Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.

  • Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A.

  • Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.

  • Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.

  • Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

  • Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.

  • Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.

  • Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.

  • Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.

  • Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari.

  • Andai kesemua bungkah air batu- dianggarkan 23 juta kilometer padu - di dunia cair pada satu ketika, kandungan air lautan meningkat 1.7 peratus.

  • Peningkatan yang sedikit ini bagaimanapun menaikkan paras air sehingga 60 meter daripada yang sediada. Jika ini berlaku, sebahagian besar tanah daratan di dunia akan berubah menjadi lautan.

  • Jambatan gantung dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun dikatakan paling panjang di dunia. Berukuran 124 meter panjang dan 4 meter lebar, bahagian tengah bersambung untuk memudahkan ia diangkat apabila kapal lalu di bawahnya. Kos pembinaan adalah lebih murah daripada membuat terowong bawah laut.
  • Sungai Huang Ho digelar sebagai Sungai Derita kerana kerap meragut ratusan juta nyawa apabila banjir setiap tahun.

  • Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di bawah paras beku pernah dicatitkan.

  • Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di bawah paras beku pernah dicatitkan.

  • Tikus kasturi, mamalia paling kecil didunia makan empat kali lebih berat badannya dalam masa 36 jam.

  • Kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa mempelajari tentang kehidupan melalui media terutamanya tv. Secara purata seorang kanak-kanak menghabiskan kira-kira 28 jam seminggu menonton tv, dua kali ganda lebih banyak daripada masa mereka di sekolah.

  • Bahan buangan (najis) daripada seekor ayam sepanjang hayatnya boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji lampu mentol berkuasa 100 watt selama lima jam.


  • Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari sentiasa siang.

  • Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang dihasilkan. Kura - kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara betina menghasilkan bunyi yang berdesir.

  • Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari, anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan kopi.

  • Pada tahun 1848, Air Terjun Niagara berhenti mengalir apabila bongkah ais menghalang Sungai Niagara daripada mengalir ke arah air terjun ini.


  • Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ itu melekat pada lelangit.

  • Batu karang yang terbesar pernah dikeluarkan daripada pesakit ialah seberat 1.36 kg.

  • Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya.


  • Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang semasa haiwan itu melompat.

  • Kebanyakan produk yang berada di pasaran masa kini mempunyai `bar code' bagi memudahkan proses pembayaran. Sebenarnya produk pertama yang mempunyai `bar code' adalah `chewing gum' Wrigleys.

  • Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut pusingan jam kecuali Venus yang melawan jam.


  • Jika usus kecil seseorang manusia dileraikan, panjangnya boleh menjangkau sehingga empat atau lima kali ganda ketinggian orang itu.


  • Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang.

  • Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras.

  • Anda perlu memanjat sebanyak 1,792 anak tangga untuk tiba ke puncak Menara Eiffel.

  • Seoul adalah ibu negeri Korea . Dalam bahasa ibundanya, Seoul bermakna `ibu negara'.

  • Jika ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang lama, ia akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya.

  • Olympus Mons yang terletak di planet Marikh merupakan gunung berapi paling besar dalam sistem solar.

  • Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap.

  • Drama pertama yang dipentaskan adalah karya seniman Mesir pada tahun 3200 Sebelum Masehi- lebih 5,000 tahun lalu. Skrip drama yang dijumpai oleh seorang arkelogi di Luxor pada 1895 ditulis atas tumbuhan papyrus dan masih tersimpan hingga kini.

okeh2...banyak sgt dah tu...sikit2 jadi la kan..hehe...so,ape komen korang? best x dapat pengetahuan yg kite pun xtau sebelum ni...an ucapkan terima kasih kepada admin website ni,an amik sume ni dari website dia..untuk dikongsikan dgn kawan2 sume..hope sume enjoy baca..

wslm.. (n_n)