Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

Sunday, August 7, 2011

[MESTI BACA!!] Petua Hilangkan Nervous Bila Bercakap/Berucap Di Depan Khalayak Ramai

Assalamualaikum wbt..


Apa khabar kkkkkooorang sumer ?? *sori tekak sakit* Hope sihat.Okeh aku nak tanye, sape kat sini pernah bercakap/berucap di depan khalayak ramai ? Kalau setakat cakap depan 2-3 orang tu, tak payah la angkat tangan.Maksud aku, di hadapan penonton atau pendengar yg amat ramai, let say, 100 orang ke atas ?? 

Ngeee.. sure nervous kan ? Korang jangan ingat bila semakin besar, akan hilang nervous tu.Tak, salah tu.Benda macam ni perlukan latihan dan daya tumpuan minda yg cukup telus.Aku pernah tengok sorang cikgu tu, berucap di perhimpunan pagi tu , kesian sangat-sangat, nervous giler-giler.

Nak tau tanda-tanda seseorang tu nervous bila bercakap di depan khalayak ramai ? Ini dia..

1) Tangan menggeletar.
2) Mikrofon tu mengeluarkan bunyi seperti berdetar (sebab faktor yg 1 tadi).
3) Pengucap tu hanya melihat atas atau bawah, tidak pada penonton.
4) Ucapan dia gagap.
5) Mata merah , telinga merah, pipi merah.
6) Kaki menggeletar, bukan nak buang air ye.
7) Sebutan dia tak jelas ketika memberi ucapan, hanya kedengaran seperti desiran angin je *ini hyperbola*

SO, apa perlu korang buat supaya nak hilangkan nervous tersebut ??? Supaya pendengar dapat menangkap maksud ucapan korang , seterusnya tidak membuatkan korang kelihatan seperti badut yg sedang membuat jenaka di atas pentas ? InsyaAllah aku beri sedikit tips.

1. Baca dan Amalkan DOA Ini :

"Ya Allah..lapangkanlah dadaku, mudahkanlah sgala urusanku, lepaskanlah simpul pengikat lisanku,agar mereka memahami perkataanku"

2. Beranikan Diri Tenung Mata Pendengar

Ketika memberi ucapan , beranikan diri korang untuk menenung mata setiap pendengar korang.Ketika mata bertemu mata, akan wujud satu connection untuk meyakinkan pendengar tentang apa yg korang katakan.Dan insyaAllah, korang akan menjadi lebih yakin dan tenang untuk meneruskan ucapan.Jangan tenung mata pendengar yg berlainan jantina lama-lama sudah, nanti daripada majlis ucapan, bertukar jadi kenduri arwah pulak.

3. Jangan Biarkan Tangan Kosong

Jika korang memberi ucapan berbentuk tazkirah atau sebagainya , yg membuatkan korang duduk di meja, maka pastikan tangan korang ada memegang sesuatu.Tidak kira la apa pun, pen ke, telefon bimbit ke, tak pun korang pegang je meja tu kuat-kuat, supaya gementar korang tu dapat disembunyikan dan lama-kelamaan akan hilang.Jika korang memberi ucapan menggunakan restrum (selalunya ada di majlis ucapan besar-besaran) , maka pegang restrum tu kuat-kuat.Jangan sampai jatuh sudah la.Korang boleh cuba cari video pemimpin-pemimpin ketika memberikan ucapan, kebanyakkan mereka memegang restrum itu dengan kuat.

4. Pelbagaikan Nada Mengikut Isi Ucapan

Korang perlu memberi 'nafas' kepada ucapan korang. Jangan bila ucapan tu berkaitan perkara sedih, korang still cool kononnya, dan ketika ucapan tu bernada semangat, korang slowkan suara pulak. Kena pandai manipulate nada.Bila korang bermain dengan nada ni, sedikit demi sedikit nervous tu akan hilang malah keyakinan akan semakin meninggi.InsyaAllah.

5. Sediakan Air Segelas

Bukan nak kenyangkan perut korang ketika memberi ucapan.Air tu just untuk hilangkan nervous je.So sebab tu aku cakap segelas je.Jangan la gatal letak sampai dua jag.Satu jag air kelapa satu lagi air tebu.Tau la skunk ni bulan puasa.Jangan over.

Banyak lagi tips sebenarnya untuk hilangkan nervous ketika berucap ni.Korang kena pandai manipulate segalanya.Bertindak seiring dengan persekitaran.Jadi 'SATU' dengan persekitaran korang.Anggap seperti korang berada di tempat korang yang korang familiar dan tidak asing.Only then korang akan lancar memberi ucapan.InsyaAllah.

Hope tips yg aku bagi ni berkesan.Kesian gak tengok kawan-kawan yang nervous bila beri ucapan kat depan orang ramai.Terketar-ketar.Aku pernah jadi macam tu jugak dulu.Alhamdulillah sekarang dah ok.Cuma aku dah lama tak berucap di depan khalayak ramai, so rasanya nak kena berlatih sekali lagi.hihi..

Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D

Thursday, May 26, 2011

Boost Video Buffering ke Tahap Maksima !! ~tak payah buffer dow~

Assalamualaikum wbt..

Wah-wah !! Blog aku ni sekarang dah asyik penuh dengan tips dan teknik PC je kan..dah macam Enchik Nine punyer blog dah pulak..hehe..takdelah,sejak kebelakangan ni aku banyak belajar tips2 upgrade system PC.Dalam entry baru-baru ni (http://www.tintapenaku.com/2011/05/lonjakkan-speed-internet-anda-selaju.html) aku ade ajar camne nak lajukan internet kan ?? Alhamdulillah,banyak feedback positif dari entry tu.Ramai yg cakap menjadi dan internet diorang dah laju.Tahniah.

Kali ni aku nak ajar camne nak speedkan video buffering plak.Aku tau korang mesti naik menyampah kan,buka Youtube ke,nak tengok Maharaja Lawak,terpaksa click Play,pastu kena Pause lak,tunggu dia buffer sampai habis.Annoying kan ? So moh kite belajar cara nak speedkan buffering video nih.

AMARAN !! Make sure korang taip semua arahan yg diberikan ni dengan betul.Sebarang kesilapan menaip boleh menyebabkan system korang tergendala !

p/s - Untuk pengguna Windows Vista dan ke atas .

1. Klik Start kat toolbar desktop korang, pastu klik Run (kalau yg xde Run tu,taip guna search box yg ade dekat2 dengan kotak Shut Down tu) dan taip "cmd" .Tunggu dia search,pastu akan jumpa cmd.exe , lepas dah jumpa,korang right-click,then klik "Run as administrator"

2.Akan keluarlah tetingkap kaler hitam macam kat bawah nih >

*Semua code di bawah ni korang kena taip sendiri,korang tak boleh copy paste dari entry aku sbb memang tak boleh pun.So sebab tu aku suruh taip dengan berhati-hati,jangan salah taip.

3.Sekarang korang taip "netsh int tcp show global" dan kemudian Enter. Akan jadi macam ni >


4.Kemudian taip pulak "netsh int tcp set global chimney=enabled" dan Enter.Sepatutnya dia akan tulis OK.



5.Kemudian taip pulak "netsh int tcp set global autotuninglevel=highlyrestricted" dan Enter.Sepatutnya dia akan tulis OK.



6.Kemudian taip pulak "netsh int tcp set global congestionprovider=ctcp" dan Enter.Sepatutnya dia akan tulis OK.



7.Make sure dalam langkah 4,5,dan 6 ,dia tulis OK.

8.Dah habis sume yang tadi,korang taip balik "netsh int tcp show global" .OK dia akan kuarkan status connection korang yg terbaru selepas korang ubah 3 setting tadi.



9.Last sekali,type "netsh interface ipv4 show subinterfaces" . Dia akan tunjukkan semua connection korang.

*Korang kena ubah nilai pseudo tu jadi 1500 seperti yg lain-lain.So korang taip "netsh interface ipv4 set subinterface "loopback pseudo-interface 1" mtu=1500" .


*Kalau ada interface lain yg nilai MTU nye belum 1500,sila ulang lagi code seperti berikut >

netsh interface ipv4 set subinterface "NAMA INTERFACE KORANG" mtu=1500

OK DAH SIAP !! CLOSE JE BENDA TU ...

Sepertimana entry yg lepas,aku ada cakap, aku tak jamin semua org yg buat ni akan merasai kelajuan yg maksima,bergantung kepada tahap internet connection korang la jugak.Cuma dia akan speedkan buffering video tu je.

Satu lagi, tips kali ni akan lebih berkesan kalau korang dah buat tips yg sebelum ni iaitu >> TIPS BOOST SPEED INTERNET . Aku dah cuba, ni internet connection aku sekarang 2 Mbps and above je,sebelum2 ni nak dapat 1.2Mbps pun susah..n sekarang aku layan movie streaming je...kalau best aku download,sume laju je..

Nak cuba atau tak nak,tu pilihan korang,Aku nak berkongsi ilmu je.Sekian Assalam..

Wednesday, May 25, 2011

Lonjakkan Speed Internet Anda Selaju Cahaya !!

Assalamualaikum wbt..



Wah wah wah.. Tak tido aku semalam belajar macam-macam ilmu dari satu website yg kawan aku bagi. Teruja giler aku tengok semua entry website tu.Entry-entry semuanya lebih kepada tips,tutorial,teknik,dan segala-galanya lah.Ada gak sikit-sikit yg aku apply,dan semuanya menjadi.Tu yang best uh,dan yang lagi best,semua software yg dia provide,aku dah check,clean site dow.No malware-malware.

p/s - Kalau korang syak ada file atau URL yang korang dapat tu sama ada mengandungi malware atau tidak,sama ada ianya dibind dengan perisian tersembunyi,atau percubaan untuk hack PC anda dengan licik,anda boleh scan file anda itu atau URL yang anda syak itu di sini >> http://www.virustotal.com/

OK cukup.

Hari ni aku nak kongsi ngan korang tips dan teknik,nak boost speed internet korang,TANPA SOFTWARE,TANPA DOWNLOAD APA-APA,dan tanpa segalanya.All about the system itself.Hanya mengubah sedikit setting.

1. Buka Registry editor.
pergi ke Start -> Run
(kalau yg xde Run tu,taip guna search box yg ade dekat2 dengan kotak Shut Down tu) dan taip regedit.

2. Setelah tetingkap Registry Editor terbuka, pergi ke key:

HKEY_CURRENT_USER > Software > Microsoft > Windows > CurrentVersion > InternetSettings
.

3. Sekarang klik kanan pada tetingkap di sebelah kanan anda dan tambah satu DWORD Value yang baru.



cara : Right click > New > DWORD (32-bit) value

Tukar namanya kepada MaxConnectionsPerServer.

4. Right-click pada MaxConnectionsPerServer dan klik MODIFY.Gunakan decimal, dan masukkan nilai 3000000
5. Buat satu lagi DWORD dan beri nama MaxConnectionsPer1_0Server


Di sini juga, masukkan nilai yang disebutkan di atas,dalam decimal.

*Kalau dalam folder tu dah ada kedua-dua key tersebut,korang kena delete kedua-dua file yg sedia ada tu,pastu ulang langkah 3

6. Restart Internet Explorer/Google Chrome/Firefox/dan lain-lain web browser lagi la..
selepas itu, perhatikan kelajuan internet korang..

TRIK UNTUK DNS:

Korang dapat meningkatkan cache DNS dengan Registry Tweak yang sederhana.

# Buka Notepad dan copy-paste kod berikut dan simpan dengan nama fail
dnscache.reg.

Ini adalah apa yang korang perlu salin:

Windows Registry Editor Version 5.00
[HKEY_LOCAL_MACHINE \ SYSTEM \ CurrentControlSet \ Services \ dnscache \ Parameters]
"CacheHashTableBucketSize" = dword: 00000001
"CacheHashTableSize" = dword: 00000180
"MaxCacheEntryTtlLimit" = dword: 0000fa00
"MaxSOACacheEntryTtlLimit" = dword: 0000012d

Lepas je korang SAVE file yg pada asalnya menggunakan extention (.txt) tadi kepada (.reg), fail notepad itu akan bertukar kepada fail registry..apa yang korang perlu lakukan ialah klik pada fail registry tersebut, dan kemudian akan keluar satu tetingkap yang meminta untuk korang sama ada mahu memasukkan registry tersebut ke dalam windows atau tidak..korang hanya perlu klik 'Yes'..semua masalah dah setel..ok? 

Apa yang penting korang perlu tukar extension fail txt kepada reg..kalau tak nampak extension, pergi dekat My Computer > Tools > Folder Options > View > Hidden files and folders > Klik pada Show hidden files and folders > Un-tick pada Hide extensions for known file types.

! Make sure icon file tu dah bertukar menjadi ikon registry dahulu,selalunya selepas anda membuang extension txt dan save sebagai reg kemudian enter,akan keluar sato balloon yg nak mengesahkan bahawa anda ingin menukar extension tu.Klik YES je.

Selamat Mencuba !! 

p/s - about speed internet browsing tu,anda sendiri lah yang nilai.Sebab aku cuba menjadi dan aku rasa lebih laju.Untuk PC korang,pandai-pandai lah nilai ye.

Thursday, May 19, 2011

Kesilapan Blogger Nak Tingkatkan Follower

Assalamualaikum wbt..

Aku sebenarnya tak suka guna prinsip I Follow You,You Follow Me ni..Tapi dah tadi tinggal lagi 4 follower je lagi untuk mencukupkan 900 follower aku,so aku buat la post kat group2 blogger tadi.

Pergh..baru jadi sikit terus up entry..ehehe..takde..ekscelii tadi aku buat post kat group-group blogger,aku cakap aku perlukan 4 lagi follower nak cukupkan 900 follower aku,dan aku cakap aku akan follow diorang balik.

Giler,naik mendadak follower aku..Minta 4,naik sampai 7-8.Hahaha.. baik buat macam ni je dari tulis entry gempak..Wakakka.Tapi..........

Masalahnya,bila diorang dah follow aku,naik la muke kecik kat follower box tu,so bila aku nak follow balik,sure la aku klik kat muke sorang-sorang tu kan.

And apa yg mengecewakan aku,takde pulak diorang mention 'My Site' ... diorang punye blog bercampur aduk dengan blog-blog yg diorang follow dekat "Site I've Joined",so aku jadi konpius la mane satu blog diorang kan.

So sementara niat baik nak follow diorang masih ada,meh aku ajar camne nak betulkan permasalahan itu..

Korang pergi ke Dashboard > Setting > Basic > Add Your Blog to Our Listing

Pastu korang click kat hyperlink warna biru yang bertulis > Edit displayed blogs

Pastu korang tick la blog korang.

So bila korang follow blog seseorang,bila dia nampak,then dia click gambar korang kat follower box dia tu,dia akan nampak la mana satu blog korang n mana satu blog yg korang follow,so senang la dia nak follow korang balik.hehehe..

Wah,minta 4,tadi aku tengok dah naik 18..hahaha..mekasih ye kawan2..insyaAllah aku akan follow semua.Sekian.Assalamualaikum..

Wednesday, May 18, 2011

Khidmat Pasang Banner Churp-Churp Serta Code Boost Earning

Assalamualaikum wbt..



Wah..tak habis-habis pasal churp-churp.Sejak bila la tiba-tiba sumer kalut pasal churp-churp ni.Rasanya sejak aku heboh pasal coding yg cepat naik earning churp-churp tu * oke perasan sendiri =.='' * . hahahahaha..

So disebabkan aku tengah tak de idea dah nak update disebabkan sebelum-sebelum ni aku dah kuarkan sumer benda dalam kepala otak aku dan dikongsikan bersama korang,so idea semakin lama semakin kering.

So malam ni,aku nak tolong sesape yg nak pasang banner churp-churp kat blog diorang,beserta aku akan masukkan code yang boleh boost pendapatan churp-churp korang serta merta.

Aku dah tolong kawan-kawan aku yg lain,dalam 2-3 hari je,earning diorang dah naik sampai 7-8 ringgit.Okey untuk anak-anak datuk dan datin,memang la nampak sikit kan ? Cube korang try tengok nuffnang atau iklan-iklan lain,mane nak dapat banyak tu dalam 2-3 hari je.Kecuali korang ni blogger femes la..

Tapi, aku nak minta kepada sapa yang belum daftar churp-churp tu,sila la daftarkan dulu ye.And buat apa yang patut untuk pendaftaran tu.Maklumat diri,akaun fb,twitter,dll.Yang tiada akaun twitter tu boleh la buat.Tak ada pun xpa.

Daftar churp-churp anda di sini >> Daftar Churp-Churp 

Okey,sape nak aku tolong buat,cuma perlu mesej aku kat akaun fb aku je >> Farhan AJ,sertakan nama,email dan password untuk log in blog, email dan password untuk log in akaun churp-churp korang.

KEJAP !! AKU BUKAN NAK HACK !! DEMI ALLAH SWT AKU TAK AKAN HACK BLOG KORANG KE,AKAUN KORANG KE,APE-APE JE,DAN AKU TAK KAN SENTUH LANGSUNG BENDA LAIN DALAM BLOG KORANG !! 

Aku cuma nak tolong.Sumpah aku cuma nak tolong.Tanya la kawan-kawan blogger aku yang lain,aku langsung tak minta upah.Semuanya FREE.Saja nak buat amal jariah kepada kawan-kawan blogger.Apa guna ada ilmu kalau tak boleh tolong kawan-kawan.Aku hanya minta satu je dari korang untuk aku tolong korang ni - KEPERCAYAAN.Dan kalau korang sudi dan baik hati,letaklah blog aku ni kat bloglist korang.Tu pun tak wajib.Ikut suka korang.

So sape yang nak aku tolong,maybe malam ni dalam 3 blog je kot aku bleh buat,sebab internet tak berapa ok,bolehlah mesej aku kat fb aku iaitu >> Farhan AJ dan sertakan maklumat yg aku minta tadi,sebab aku nak buat sendiri.Malas aku nak cakap satu-satu suruh korang buat.Biar aku buat semua.

Sape belum add aku kat fb,boleh add dan sertakan mesej mengatakan korang ni nak minta tolong buat churp-churp sebab aku tak approve fren request buat masa sekarang.TQ.

Sekian Assalam.

Nikmati Ganjaran Lebih Dengan Berblogging

Assalamualaikum wbt..



Ya,aku tau ramai yang mempunyai falsafah sendiri apabila mempunyai blog,sama ada untuk menulis novel dalam entry,nak berkongsi kepakaran dalam bidang-bidang tertentu,nak meluahkan perasaan yang terbuku di hati,nak menceritakan kisah hidup,bertukar pendapat mengenai isu semasa,dan lain-lain (cikgu bm aku tak suka aku guna dan lain-lain dalam esei aku..hahaha) .

Namun,apa salahnya kalau kita nak dapatkan sedikit pendapatan sampingan atau ganjaran atas blog kita ni.At least kita tak payah nak merengek kat mak minta duit nak bayar broadband ke,wimax ke.Atau setakat nak buat belanja makan,atau topup,cukup lah kan.

Dan aku tau ramai blogger yg pasang iklan di blog sama ada Nuffnang,Adverlets,atau apa saja iklan yang lain.Cuma apa yg aku nak cakap hari ni mengenai Churp-Churp yang juga ada link dengan Nuffnang.Aku sure ramai dah tahu pasal churp-churp ni.Cuma tak ramai yg mendaftar dan juga tak ramai yang tahu rahsia nak menjana pendapatan lumayan dengan churp-churp ni.

So aku nak ceritakan kepada blogger yang masih belum tahu pasal churp-churp ni.Churp-Churp,seperti iklan yang lain jugak,menawarkan ganjaran apabila kita meletakkan banner iklan mereka di blog.Apabila visitor masuk dan meng'klik' iklan tersebut,maka kita dapatlah sedikit wang.

Cara Mendaftar Churp-Churp 


2.Register akaun Churp-Churp anda.Masukkan butiran peribadi anda dan juga anda perlu connect Churp-Churp anda itu dengan Facebook dan Twitter.Inilah peluang anda nak maksimakan penggunaan facebook dan twitter.

3.Ikut arahan register tu step-by-step.

4.Bila dah selesai pendaftaran,pergi ke dashboard dan anda akan nampak halaman seperti ini di bahagian kanan -


5.Anda cuma perlu share setiap campaign-campaign tersebut.Klik "share this" dan anda akan dapat personal link untuk setiap campaign anda tersebut.

6.Anda boleh share campaign tersebut di facebook,twitter,dan mana-mana website yg ditunjukkan di bawah   personal link anda tu.

7.Atau,anda boleh meletakkan banner atau iklan churp-churp anda tersebut di blog anda.

8.Tutorial untuk boost earning churp-churp anda pun dah saya sediakan di sini >>> Tutorial Boost Earning Churp-Churp.

So,selamat mencuba dan semoga anda mendapat ganjaran yang istimewa dengan bersedia untuk berubah dan menjadi lebih serius dalam dunia blogging ini.Sebarang pertanyaan ,anda boleh komen di bawah atau mesej di facebook saya di sini >>> Farhan AJ

p/s - Kalau rajin dan baik hati,sila la klik banner churp-churp aku kat sebelah atas kanan blog ni.yang ada gambar burung cute warna biru tu :D Thanks !

Sekian.Assalamualaikum

Tuesday, May 17, 2011

Tips Mengelakkan Profile/Blog Anda DiHACK (Updated)


Sekarang ni kecoh dengan berita blog-blog atau laman web yang diserang hackers.Diorang ni saje nak tunjuk kehebatan diorang je.Kalau korang belajar subjek komputer sekolah rendah pun,salah satu tujuan hackers ni adalah nak membuktikan kewujudan diorang dan kehebatan diorang.Beberapa blogger yang aku kenal sudah kena serangan hackers ni.Kesian diorang.

Entry ni dah lama.Cuma aku updatedkan kerana isu sekarang.Bukan giler SEO ye,harap maklong.So ape kate korang bagi tumpuan sikit kepada apa yang aku nak cakap ni.Take note !

Ni semua aku belajar dari Lecturer Programming aku je.

1) Guna Password yang Strong.
Korang perlu gunakan password yang ada gabungan Alphanumeric(abcd1234),dan Special Character(*%*$^$).Kerana,melalui cara ni,si hacker akan mengalami kesulitan untuk trace password korang tu kerana code HEX dalam Unicode bagi Alphabet,Numerical,dan Special Character amat berbeza so,akan menyebabkan hacker susah,atau lambat,atau mustahil untuk trace password anda.Alphabet tu pulak,molek kalau korang selang-seli dengan Upper Case dan Lower Case.

contoh : farhanUIA1992!

farhan - Alphabet lower case
UIA - Alphaber upper case
1992 - Numerical
! - Special Character

2) Kerapkan Tukar Password.
Melalui kaedah keylogger,si hacker boleh trace atau kesan huruf yg selalu anda guna apabila log in profile anda,mengikut turutan..So mustahil anda selalu tersalah taip pulak kan bila anda enter password.Hacker yang guna kaedah keylogger senang nak hack kalau anda guna password yg sama untuk jangkamasa yg lama.Seminggu sekali tukar password adalah yg paling afdhol.

3) Jangan Dedahkan EMAIL Anda Di Mana-Mana Website
Contohnya facebook.Dan anda menggunakan Google Chrome sebagai browser.Semasa anda sign in akaun facebook anda,Google Chrome akan menghantar maklumat anda tu yakni email dan password,ke server facebook terlebih dahulu,barulah facebook akan detect email dan password anda tu.

Jika anda dedahkan email anda di sebarang website,hackers akan menggunakan kaedah phishing,untuk block laluan log in anda ke server tadi,dan akan menghantar maklumat log in itu kepada diorang.So apabila email dan password anda menjadi hak mili si hackers,say goodbye !

4)Elakkan Berkongsi Profile 
Alah.Kan ada manusia yang suka share profile fb ni dengan kawan-kawan,kononnnya ukhwah.Diorang tak tahu yang perkara inilah yang membahayakan diorang.Kalaupun anda tu menjaga keselamatan profile anda,mungkin tidak bagi kawan anda.Mungkin dia terletak password atau email atau apa-apa saja maklumat akaun anda di mana-mana.So merbahaya kan ? Kalau anda seorang je yang jaga profile anda,lebih sistematik kerana hanya anda yang tahu di mana maklumat akaun anda berada.

5)Backup Template Blog
Kalau untuk pengguna blogspot,korang boleh download full template korang untuk backup,dan juga Html Code bagi templates korang.Sebab,bila si hackers ni dah hack blog korang,diorang akan ubah templates,bermakna widget-widget semua akan hilang.Bila anda dapat balik blog anda,KOSONG je.

So better copy Html Code,Tick di Expanded Widget,pastu copy semua Html Code.

Satu lagi ! Copy setiap code html untuk widget korang !! Dan save dalam file notepad yang berbeza !

6)Jangan Dedahkan Password Anda 
Ni perbuatan bodoh.Sekian.

SAPE YANG DAH KENA HACK TU,RESET PASSWORD ATAU GUNA "FORGOT PASSWROD" UNTUK DAPATKAN BALIK PASSWORD KORANG TU.SAPE GUNA BLOG WORDPRESS DAH TAU KAN,ADA PLUGIN UNTUK TRACE PASSWORD YG HACKERS TU GUNA.

Hope korang dapat selamatkan akaun dan blog korang dari dihack dengan tips-tips yang aku bagi.Tu baru diorang hack blog je,belum diorang DDoS lagi.Lagi teruk kalau kena DDoS.Sekian Assalamualaikum.

original editor: Farhan AJ

TAK PAYAH MINTA IZIN NAK SHARE.SHARE JE.CUMA BACKLINK KE ENTRY NI BALIK DAN JANGAN MENGAKU HAK ANDA.

Saturday, May 14, 2011

TUTORIAL Boost Earning Churp-Churp Dengan Segera !!

NAK SHARE ATAU COPY TUTORIAL NI TAKPE,ASALKAN HYPERLINK KE BLOG INI BALIK !!


Assalamualaikum wbt..

Wah..aku actually tak berniat pun nak buat tutorial pasal ni.Tapi tadi ramai kengkawan blogger suruh buat,so aku pun buat lah,nak tengok jugak kawan-kawan dapat earning tinggi-tingi dalam Churp-Churp ni kan.

Sebelum ni,aku buat main-main je churp-churp tu.Baru sampai 20 sen earning,aku dah delete iklan dia kat blog aku.Tapi semalam,aku teringat yg ada kawan blogger aku ajar camne nak buat coding banner,di mana bila orang yg masuk blog kita tu klik banner tu sekali sahaja, banyak iklan atau link yg dapat dibuka.

So terfikir aku nak buat iklan-iklan churp-churp jadi macam tu.Kawan aku tu pun guna untuk iklan churp-churp jugak.Semalam aku buat,tadi aku check,wah !!! earning churp-churp aku dah naik ke RM2.60 .. lumayan kan ???!! Nuffnang n adverlets pun tak laju cenggini *untuk blogger yg average macam aku ni la =.='  * So aku pun teruja sangat-sangat.

So kali ni aku nak kongsi ngan korang macam mana nak buat coding tu . Aku tak kan ajar camne nak daftar churp2 tu,camne nak dapatkan link churp-churp sume tu,yg tu korang gi cari sendiri lah ye camne nak buat.Aku nak ringkaskan entry nih.


INFO - CODING INI AKAN MENYENANGKAN VISITOR UNTUK KLIK IKLAN CHURP-CHURP KORANG,TAK PAYAH KLIK SATU-SATU IKLAN CHURP-CHURP DAH SEPERTI DULU,KLIK SATU BANNER SAJA,DAN SEMUA IKLAN AKAN TERBUKA :D

1) Macam biasa, pergi ke Dashboard > Design > Add a Gadget > HTML/JavaScript 

2) Copy code yg berikut dan paste ke dalam HTML/JavaScript tadi neh :-


3 ) Save Widget Tersebut.

Maka,apabila ade org yg klik banner/gambar churp-churp korang tu,secara automatik akan terbuka semua link-link yg korang set tadi.macam code aku kat atas,ada 5 link,4 link churp-churp dan satu link blog aku ni sendiri.

p/s - bertimbang rasa la sama ye bila nak set link tu,setakat 4-5 link sudah la,jangan melebih-lebih.Nanti 'hang' pc org yg klik iklan korang tu,sampai kiamat dia tak nak klik dah.padan muka korang..haha

Dan untuk banner CHURP-CHURP tu,aku dah sediakan beberapa pilihan warna untuk banner yg macam blog aku nih.Ada kelip-kelip lagi tu.hehe..Korang nak,korang copy je URL setiap gambar di bawah ni.TAPI INGAT !!! Sila nyatakan kat blog korang tu,dari mana korang ambil banner nih.Dan sila backlink semula ke blog aku neh.Korang pun tak suka kan kalau kerja tangan korang sendiri,tiba-tiba ada orang mengaku dia yg buat.Sape yg buat macam tu,kita jumpa kat akhirat lah ye.Sekian..


Sumber coding : Blog PokCikEjoy


Animated Banner Churp-Churp by Farhan AJ -

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Monday, May 9, 2011

Tips Boost Trafik Blog (GUARANTEED) !!!

IKLAN !!!! Aku nak minta Jasa baik korang untuk VOTE header blog aku ni dalam Contest WWWOW Digi Award neh..Please la vote ye..klik ikon di atas entry neh..



Assalamualaikum semua...

Wow kali ni guwa nak kongsi dengan korang cara nak boost trafik sehingga beriban-riban...kejap !! Cara ini tidak menipu..cuma ianya akan mempromosikan blog kita secara berganda-ganda..Ianya macam konsep MLM jugak la..masalahnya MLM perlukan duit,.manakala ini adalah FREE OF CHARGE !!

Korang cuma perlu daftar kat website berkenaan,ikut arahan yg diberikan,masukkan maklumat korang dan blog korang,pastu siap...korang boleh lawati website ni untuk mengetahui bagaimana ianya berfungsi..Dan aku nak beritahu korang,cara ini MEMANG BERKESAN !!!

BAGAIMANA NAK DAFTAR ????

Ikut Step Di Bawah :-


2) Korang baca la dulu kat atas tu pengenalan kepada kaedah ni..xnak baca pun xpe..proceed ke bahagian bawah terus..

3) Korang akan nampak "Sign-Up Instruction" ... ok kat bawah tu ada beberapa link yg dia akan letak..korang hanya perlu klik setiap link tu..

4) Di setiap link yg terbuka,ada code kat bahagian atas tu..copy dan masukkan dalam kotak-kotak yg disediakan..alah korang tau la nak buat macam mana nanti..Jangan lupa klik sponsor ad kat atas tu jugak..kena ambil n copy code dia jugak..

5) Masukkan maklumat diri korang dan sign up !

6) Buka email korang,dia akan bagi korang punyer Unique ID,pastu link untuk ke website korang pulak supaya korang boleh promote kat orang lain jugak..

7) Dalam masa beberapa hari korang boleh merasai kenaikan yg mendadak pada trafik blog korang kerana website anda telah dipromosikan dengan meluas..

SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN JUGA !!!

SELAMAT MENCUBA !!

Assalamualaikum//

Thursday, May 5, 2011

TUTORIAL - Pasang Facebook Fanpage Like Box Di Blogspot

IKLAN !!!! Aku nak minta Jasa baik korang untuk VOTE header blog aku ni dalam Contest WWWOW Digi Award neh..Please la vote ye..klik ikon di atas entry neh..

Assalamualaikum wbt ..

Uish dah lama aku tak buat tutorial kan ?? Ada la dalam 5 hari..wakakaka..lama la sgt tu...so kali ni kita nak belajar buat apa ye ?

Korang nak tak blog korang jadi pemes memes macam blogger-blogger otai yg lain ? Sure nak ? Alah tak payah tipu la pasal tu..sume orang nak..so salah satu cara nak femeskan blog korang adalah dengan menaikkan sikit martabat blog tu..bagi nampak macam ada kelas sikit..dan salah satu caranya ialah dengan mempunyai Facebook Fanpage..yelah..sekarang ni boleh kata satu dunia ada facebook ni..So korang leh promote blog korang ni dengan lebih mantob..

Lepas dah ada fanpage,korang kena la SUGGEST kat kawan-kawan fb/blogger yang lain..Barulah diorang akan perasan dengan kehadiran blog korang..pastu lepas je korang update entry baru,korang share kat wall fanpage tu..nampak tersusun dan sistematik sikit kan..tak de la menyemak je kat wall fb personal korang tu..

Dan lepas tu,korang boleh letak fanpage like box korang tu di blog korang..so sape-sape yg masuk blog korang,boleh LIKE dan berkunjung ke fanpage korang tu pulak..contoh fb fanpage aku ada di bawah..

Ha..ni facebook fanpage untuk blog aku

tu..anak panah menunjukkan widget fanpage kat blog aku nih...

So BAGAIMANA NAK BUAT ??

1.Bagi yang belum ada fanpage ni,boleh CREATE beliau di sini >> create FB fanpage pastu pandai-pandai la ikut arahan di sana..

2.Bila dah siap FANPAGE korang tu,sila ambil URL page tu..macam di bawah..

Copy URL page korang seperti yg ditunjuk oleh anak panah

3.Kemudian pergi ke page untuk buat widget fanpage like box di sini  >>> create like box

Paste URL fanpage tu pada ruang URL yang disediakan

4.Pastu korang boleh la edit sikit widget korang tu..korang boleh ubah setting berikut :

> Width - lebar widget ni..seeloknya 300-400 (pixels)

> Colour scheme - light (untuk blog yg cerah) dan dark (untuk blog yg gelap) 
*ikut suka suki korang lah =.=''

> Show Faces - "tick" kalau korang nak widget tu memaparkan gambar orang-orang yg LIKE fanpage korang tu..

> Show stream - "tick" kalau korang nak widget tu memaparkan entry-entry atau wall page korang yang terbaru

> Show header - "tick" kalau korang nak perkataan "find us on facebook" tu ade di atas widget

5.Kalau dah siap setting semua,korang klik pada kotak "Get Code" , copy code yg diberi, dan paste kat sini - 

Dashboard > Design > Page Element > Add a gadget > HTML/JavaScript

Pastu klik "Save" .. dah pun siap !!!

So hope korang berjaya mencuba dan aku doakan blog korang bertambah maju selepas ini..insyaAllah ! :D

Assalamualaikum :D



Monday, April 25, 2011

Tutorial - Ringankan Blog Dengan jQuery Lazy Load


Assalamualaikum ..bertemu kita buat kali ke -3 hari ni..hehe..kali ni aku akan ajar something really useful untuk semua blogger..

Korang pernah tak alami trafik menurun ?? Atau kekurangan reader atau new follower ?? Atau reader berkurang dengan mendadak ??

Salah satu jawapannya adalah kerana blog anda 'berat' atau loading untuk blog anda sangat lambat..so ini membebankan reader2 yang mempunyai internet connection yg agak lambat atau pengguna broadband..

So aku nak bantu korang atasi masalah ni di samping bertimbang rasa kepada reader2 seperti yg dinyatakan di atas..satu je penyelesainnya,iaitu dengan meRINGANkan blog korang..

Sebelum tu,korang boleh check berat blog korang di website ni,masukkan URL blog dan klik Check!


Perkara yang korang harus bagi perhatian ialah SIZE..jika size blog korang melebihi 100 KB,bermakna blog korang BERAT dan menyusahkan reader line..

Info = blog yang berat mungkin kerana banyak gambar di entry atau di sidebar korang.So if pengunjung masuk blog korang,ianya akan menjadi lambat untuk load kerana gambar2 tersebut.So daripada korang buang gambar2 kesayangan korang di dalam blog tu,lebih baik korang gunakan cara di bawah

Cara Mengatasi Blog Yang Berat - Pasang Widget jQuery Lazy Load

Info-Widget ini akan skip loading gambar yg ada dalam blog korang..bila korang scroll screen ke bawah,barulah gambar2 tu akan loading satu demi satu mengikut turutan..so loading di awal akan menjadi cepat :D

1.Login Blogger Dashboard --> Design --> Add A Gadget --> HTML/Javascript.

Copy dan paste kod di bawah pada content HTML/Javascript.







2.Akhir, sekali, klik Save.

p/s:

1. Jika tiada sebarang efek berlaku selepas kod di Save, sila paste kod tersebut sebelum atau di atas kod  
< / b o d y > (sila rapatkan code ini) pada script template dalam edit html di Dashboard > Design > edit html 

2. Jika tiada seberang perubahan selepas kod di paste di atas atau sebelum kod , sila paste kod tersebut sebelum atau di atas kod 
< /  h e a d > (sila rapatkan code ini) dalam edit html di Dashboard > Design > edit html 

Semoga blog anda menjadi semakin ringan,dan semoga reader dan follower anda meningkat semula !!

Assalamualaikum..

rujukan= maribinablog.blogspot.com

Sunday, April 24, 2011

Tutorial Letak Banner dan Code Untuk Blogspot

Photobucket




Assalamualaikum semua..kabare ?? wes mangan ?? fuyo kecek kelate aku pagi2 neh..dish! dush ! erk,apsal belasah aku ?? owh tu Jawa ea? bukan kelate ?? ape ?? bukan ?? hahahaa...do I care ??

Ok sila abaikan lawak minta penampo di atas..hehe..selamat pagi 1Ummah sekalian..hehe.macam ade something jek tuh..abaikan2..kalau sape2 yg baca entry aku ni,x mandi,x gosok gigi lagi,sila berbuat demikian dulu,baru sambung baca..kalau x,tutorial ni x jadi..wakakka.. :D

OK sudah la mengarut2 tu p a a n (dalam BCR akan jadi Farhan AJ) :D

Korang penah tengok x banner blog ?? alah yg macam aku punye kat atas tu..dan banyak lagi banner2 blogger lain ?? x teringin nak buat ke ??

Penggunaan banner ni actually boleh meningkatkan trafik dan populariti blog korang..yelah..banner ni ibarat kad bisnes la..ape2 sket,"ini kad saya"...wa...macam cool je bagi kad kite kat orang,in case diorang nak contact..so buat banner blog ni pun macam tu la..kita letak kat blog..pastu nanti sape2 masuk diorang copy code tu,letak dalam blog diorang..n sape2 masuk blog diorang ternampak banner tu,akan klik dan akan masuk blog kita..kan dah pemes sikit dah tu ??? hehe..

Ramai dari kalangan kita,hanya pandai buat banner,dan upload di photobucket atau imageshack atau ape2 je la web hosting untuk simpan gambar di alam siber ni,amik html code dan letak di blog..tapi x disertakan code untuk orang lain copy dan masukkan dalam blog masing2..so kali ni itu lah aku nak ajar...

CARA-CARA NAK PASANG/LETAKKAN BANNER BESERTA CODE DI DALAM BLOG

1)Upload Banner(make sure korang ade banner dulu la) korang di mana2 web hosting untuk menyimpan image2 ni,contohnya www.photobucket.com,www.imageshack.us,atau korang nak upload kat dalam facebook pun bleh(tapi x digalakkan kerana URL akan menjadi terlalu panjang...)..

2)Make sure korang tau URL atau Direct Link gambar korang tu..contohnya macam gambar kat bawah ni >



3) Copy code di bawah ni




p/s - perhatikan dalam code di atas... ada dua maklumat korang kene isi dua kali setiap satu

*URL BLOG ANDA - contoh = www.tintapenaku.com
*URL BANNER ANDA - contoh = http://i1091.photobucket.com/albums/i383/exnoc/9kjmo.gif

4)Klik Dashboard > Design > Page Element > Add a Gadget > Html/Java Scipt dan paste semua code di langkah 3 tadi ..

5)Preview dulu,kalau jadi macam gambar dia awal entry aku kat atas tu,boleh la korang save dan letak kat mana2 bahagian dalam blog anda..

kepada sesiapa yang x ada banner lagi,boleh ikuti langkah di di sini >

TUTORIAL BUAT BANNER (AKAN DATANG ) :D

SEKIAN..SELAMAT MENCUBA !!!! ^_^

p/s-kalau korang buat x jadi,boleh pm aku kat shoutmix atau kat ruangan komen di bawah :D

Saturday, April 23, 2011

Tutorial- Pasang CommentLuv Untuk Blogspot

Assalamualaikum..

Entry ni bagi menjawab kerakusan CL dan CG yg meroyan di ruang komen aku n suruh aku gune pop out window comment,seolah2 aku x tawu perbezaan embbed dan pop out neh..kan dari dulu aku buat pop out window comment ?? So bila aku ubah tu,maknanya ada something la..Aku buat embbed disebabkan aku telah memasang widget CommentLuv yg lebih canggih dan mengatasi sistem comment blogspot yg lama tuh..kalau x ,xde saja2 la aku buat embeded comment neh =.=''

So,kali ni,aku nak ajar korang camne nak buat widget CommentLuv pada blogspot korang..widget ni telah membawa sistem komen entry maju setapak ke hadapan..

Apa yang bestnya,sistem ni dilengkapi fungsi RSS Reader,bermakna,bila korang taip komen je,sistem ni akan detect entry latest korang secara automatik,dan akan memasukkan link entry terbaru korang tu bersama2 komen korang..so bila aku baca komen korang,aku akan nampak la entry terbaru korang tu..best kan ?? X payah susah2 nak gune html code atau nak paste entry terbaru korang bile komen kat entry aku..widget ni akan detect secara auto..jimat masa..

Dan widget ni juga support fungsi auto-backlink...bermakna,bila korang komen kat entry aku,secara free korang dapat backlink jugak..Dan penggunaan CommentLuv ni jugak menguntungkan,kerana ia akan meningkatkan kedudukan entry kita di dalam senarai search Google...contohnya,kalau ada blogger yang PR(PageRank) dia tinggi,n dia komen dalam entry kita,maka entry kita tu berkemungkinan tinggi untuk berada di kedudukan tinggi dalam First Page dalam Google Search..wa..best kan ?

Ok..end of talk,so how do we set this thing ?? OK aku cakap melayu la..senang faham sket kan =.=''

ATTENTION !! SILA TUKAR SETTING COMMENT ANDA KE "EMBEDDED BELOW POST" DAN BUKANNYA "POP OUT WINDOW" UNTUK MEMASTIKAN SYSTEM INI BERFUNGSI !!

Langkah-langkah untuk memasang CommentLuv di Blogspot:

Cara paling senang nak pasang CommentLuv adalah dengan memasang IntenseDebate kat Blogspot korang. Register kat IntenseDebate.com.

1. Login dan klik Install IntenseDebate.Korang sign up,pastu masukkan butir2 peribadi,pastu klik ok macam biasa..dia akan antar verification email kat email korang..korang masuk email dan klik link dalam email tu untuk teruskan pemasangan..

2. Dah add tu, jangan continue dengan step dia lagi. Klik Sites > Blog anda > Plugins >Activate CommentLuv. Edit la segala options yang ada, boleh letak Facebook share button sekali kalau nak.

3. Dah set up, klik Tools > Reinstall.

4. Select installation type: Aku cadangkan supaya pilih Template. Tak susah sangat sebenarnya.

5. Install only on all new post, kalau tak komen-komen lama akan hilang (hidden).

6. Buka Blogger.com > Dashboard > Blog anda > Layout > Edit HTML > Download Full Template.Better korang save kat desktop..senang korang nak cari japgi neh..

7. Browse file .xml tadi(yg kat langkah 6 tadi), klik Upload file and continue.

8. Dah upload, copy code (CTRL+A dan CTRL+C) yang telah di modify.

9. Lepas tu pergi semula ke Blogger.com > Dashboard > Blog anda > Layout > Edit HTML > paste (CTRL+A dan CTRL+V) code baru di halaman edit html tersebut..preview dulu,kalau semuanya tampak ok,baru lah save..

p/s - system ini hanya akan berfungsi di entry terbaru selepas korang pasang widget ini .harap maklum


BERIKUT AKU SERTAKAN GAMBAR2 PROSEDUR PEMASANGAN UNTUK MEMUDAHKAN KORANG FAHAM..
































Monday, April 18, 2011

Tutorial Membuat Simple Tab Menu




assalamualaikum ya ahli qubur...oit ?? nape x jawab ?? owh lupe2..korang sume still kat dunia rupanya..assalamualaikum ya ahliddunya :D

Ok..aku pun segan nak buat tutorial pasal ni..sebab ramai yg dah tahu,tapi memandangkan ade sorang budak ni,dia pm aku suruh mintak tlg buat tutorial pasal ni,aku pun xnak la hampakan harapan dia..tapi tab menu kat blog aku ni yg paling simple antara yg simple2..So x payah la nak perli2 aku,makan kaki kang..hehe..main2 jek..

Actually,yg kat blog aku tu bukan gune widget PAGES,tapi aku guna LINK LIST jep..

So langkah2 yg perlu anda buat ialah seperti berikut :

Dashboad > Design > Page Element

Klik kat "Add a Gadget" dan cari widget "Link List",dan klik kat situ..akan kuar macam ni :-



Ok..katakanlah korang nak masukkan link facebook korang,korang pergi kat page profile facebook korang atau page blog korang dalam facebook,copy URL kat atas tu,then paste kat bahagian URL dalam widget tu..pastu letak la name ape pun kat tempat kosong kat bawah tu,contoh macam "My Facebook"..

Lepas tu kotak "Add Link" akan bercahaya..chewah..bercahaya lak..maksudnya,ianya akan menandakan bahawa dirinya boleh diklik...hahah..macam org batak je ayat..so korang klik la kat situ kalau nak masukkan link lain macam Tweeter ke,GengBlogger ke,pastu save n letak la kat bahagian mane pun dalam blog korang..

So itu je la tutorial paling simple dalam alam semesta ni..haha..segan aku buat entry neh..xpe..nak tolong orang kan..so kepada adik yg minta hari tue,semoga berjaya ea..sape2 yg nak buat tu pun,semoga berjaya :D

assalamualaikum