Showing posts with label handphone. Show all posts
Showing posts with label handphone. Show all posts

Monday, June 20, 2011

TRICK - Kekalkan/Extend Penggunaan Topup RM10 (semua Telco)

Assalamualaikum wbt..



Wah.. bunyik cam trick mengayat jahat je kan.. Tapi macam trick hacker jugak la kan..Aku sekadar berkongsi.. Nak buat atau tak,tu korang punye pasal..haha.. tapi kalau kena tangkap,korang jual nama aku lak,siap korang.. :D

Ramai yg cakap , guna Line lebih jimat dari Prepaid.. Betul ke ? Sebelum korang jawab soalan tu,korang kena try trick yg aku nak ajar ni dulu.. pastu pandai-pandai la korang nilai sendiri mana satu yg lebih jimat.

Selalunya,orang akan Topup kalau yg standard pun,RM10 la kan.. kalau yang RM5 tu selalunya diorang bahagikan je, RM5 untuk diri sendiri, lagi RM5 untuk bf/gf .. Eleh,ingat guwa tak tahu ke..guwa pun buat..hahaha.. Kalau nak topup RM30 pulak,kang ade pulak yg perli kate kita ni nak menunjuk kaya.So yg paling relevan adalah RM10 je la.

Tapi bagi yg heavy user macam aku ni,ada hal sket,aku kol,malas nak mesej-mesej,sure la kredit cepat habis kan ? Nak-nak lagi kalau kawan-kawan semua guna telco lain.Kat Kedah ramai guna Maxis,so aku guna la Maxis.Masalahnya kat UIA ni ramai guna Celcom,so agak parah la kan.

So kali ni meh aku ajar trick dan tips camne korang nak bagi RM10 korang tu, bleh extend atau dalam bahasa kampung aku,lambat habis.Ha.. bunyik cam best kan ?? Lepas ni sure korang bleh gayut berapa jam pun korang nak,nak SMS berapa juta pun yg korang nak,tapi RM10 tu tak akan habis punye.

p/s - Tips ni aku belajar dari sorang kawan yg keje kat System Development Department kat sebuah syarikat telco terkemuka kat negara kita.Syarikat mane,aku tak leh inform.Dia paksa aku sumpah supaya jangan hebohkan.So aku terpaksa la rahsiakan kan.. Kang korang serbu dia plak..Hehe..

Check this out dudes !!

AMARAN !! - JANGAN BUAT LEBIH DARI 3 KALI.KALAU LEBIH,TELCO KORANG AKAN DETECT DAN AKAN BATALKAN NUMBER HP KORANG.PADAN MUKA KORANG :D

NAMA TEKNIK : BALANCE SYSTEM CROSSING
TARIKH YG SESUAI : 25HB++ BAGI SETIAP BULAN
WAKTU YG SESUAI : PUKUL 3PM KE ATAS (sistem sedang diselenggara time ni, so ada loopholes )

1) Beli topup RM10 , gores dan ready dengan kod topup tu.

2) Buka Message, taip  < ** REC 10 > dan send kat 09901

3) Tunggu dia reply, nanti korang akan dapat satu kod 6 Digit.Salin,jangan tersilap salin plak.

4) Pastu korang reply dengan menaip <**REC 10>  pastu send balik kat number tadi.

5) Pastu diorang akan reply "Please insert your topup ticket number" . Ha,tunggu ape lagi.masukkan la kod topup korang tu.Pastu send kat number tu jugak.

6) Kalau berjaya, dia akan reply mesej macam ni : 

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Ingat ni syarikat opah ko ??!!!! Masuk toilet pun kene bayar 20 sen.. ni plak ko nak topup 10, guna seumur hidup.. tokey balak pun bankrap kalau semua nak free macam ni.. banyak cantik muka ko !!






Ha.. tu la pasal.. terkejut gak aku dapat mesej macam tu.. ni kira ok lagi.. kadang-kadang tu aku dapat mesej kasar lagi daripada ni.. tu pun lepas aku try 3-4 kali la.. siap mencarut2 bagai lagi..hehe..


Peace yo ! :D

NAK SHARE BLEH,TAPI BACKLINK BALIK KAT BLOG AKU :D

Credit to : depalma



Thursday, May 19, 2011

Kalau Dah Minat,Ambil Je La..

Assalamualaikum wbt..



Hurm..dari feedback yg aku terima berkaitan entry aku pasal menyalahgunakan atau membazir duit baru-baru ni,iaitu entry ini , ada satu feedback yg aku suka dan aku setuju jugak.

Bro tu cakap,betul jugak kita tak leh bazir duit kita nak beli samting yang agak tak berfaedah.Tapi kalau dah minat,ape boleh buat kan.Contohnya kita minat game,so kita habiskan duit banyak untuk beli cd game.Kalau pada pandangan orang lain,sure la membazir kan.Tapi bagi pandangan diri sendiri yg dah minat tu,ini satu kepuasan.Puas bila boleh dapat sesuatu yg kita minat,dan ianya yg terbaik.

Aku pun selalu menerima tohmahan,erk,bunyi macam kasar pulak,sori2,aku pun selalu menerima perlian kawan-kawan dan keluarga mengenai minat aku yg mendalam kepada handphone.Ya,aku seorang yang susah nak kekal dengan satu handphone saja.Aku suka bertukar-tukar handphone.

Tapi aku tak de la beli handphone yg mahal-mahal,selalunya aku trade in dan add dalam RM50-Rm100 je untuk handphone yg baru. *erk JE ?? dush! dush !* Haha..dah minat,nak buat macam mane kan.Nak tengok salasilah handset aku ? Klik di sini > Salasilah Keturunan Handphone Aku . Tapi ni pun tak update lagi.Sejak habis tulis entry ni,aku dah tukar ade la dalam 4 handphone lagi lepas tu.Hahahahaha...

Satu lagi aku minat Rubik's Cube,korang boleh lihat betapa passion nya aku dalam dunia Rubik's Cube kategori SpeedCubing nih di sini >> Record Baru ! 29 saat ! So aku berazam nak beli Rubik's Cube Original jenama Rubiks yang berharga Rm50.00 ... Selalunya yg aku guna tu between Rm8-Rm15 je..

So korang nampak kan apa akan jadi kalau dah minat ?

Nasihat aku,tak salah nak berbelanja agak lebih untuk item yg kita minat.Kalau minat camera,nak beli DSLR ke,minat bola,nek beli but ori ke,TETAPI,biarlah memadai.Jangan sampai ikat perut,tak makan,puasa je setiap hari,just nak beli item yg kita minat tu.

Bimbang kalau kita sendiri terjejas,badan tak makan,jadi letih,tak pun tak de duit untuk perkara lain yg lebih penting,nanti kita jugak yang merana.Mula la nak jadi penghutang tegar kan.

So sendiri mau ingat la okeh.Lu pikirlah sendiri.Chow dulu !

Until then,may peace be upon you ! :D

Saturday, May 14, 2011

Nokia vs Sony Ericsson

Assalamualaikum wbt..



Wah..lain bebenor entry aku hari ni.haha.Selalu duk bajet hot emo je kan,atau tak habis-habis fire orang.Tapi hari ni malas la plak nak buat sume tu.Hari ni meh nak bagi korang tips-tips sikit pasal handphone ni.Kepada yg tengah konpius monpius nak beli handset tu, ce cube usha-usha sikit info yg aku bagi nih.

Untuk mereka yg ingin membeli orang gaji handphone dengan budget yang sederhana, that means between 500-1000 (urusniaga dalam ringgit malaysia sahaja =.='' ), mesti akan konpius antara nak pilih handphone jenama Nokia atau Sony Ericsson (SE).Yelah,kalau tanye sape pun yg mengikuti perkembangan handphone ni,kedua-dua jenama ni je yg mendominasi negara kita ni.Tu pun kalau dah tolak jenama-jenama mahal macam Apple Iphone atay Samsung HTC la..diorang ni geng kelas atasan.Kita cakap untuk kelas sederhana.

Malahan,kedua-dua jenama ni,Nokia dan SE ni , saban hari mengeluarkan model-model terbaru.Antara yg femes dari Nokia sekarang seperti E7,C6,N8, manakala dari SE adalah seperti Xperia X8,Xperia X10 Mini.Nokia masih obses dengan OS Symbian diorang manakala SE dah berjinak-jinak malah dan optimis dalam menghasilkan phone dengan OS Android.Tak kurang jugak yg menggunakan OS Qualcomm Snapdragon.

So,apa yg Nokia ada melebihi SE,dan apa pula yang SE ada,yg melebihi Nokia ?? Zasss...Jom terjah !!

User Interface (Antaramuka)

Bagi aku la,aku prefer Nokia lagi.Sebab interface Nokia lebih mesra pengguna berbanding SE.Interface Nokia ni ibarat komputer.Senang nak mark,nak pindah file antara storage,ada antivirus untuk Symbian.Tak banyak transition animation yg melembabkan RAM.Macam SE,interface dia banyak menggunakan graphic yg tinggi.Untuk pengguna yang menaip mesej dgn laju atau ape-ape je la dengan laju,Nokia lebih sesuai untuk diorang.

Operating System (OS)

Untuk yang ni pulak,aku prefer SE pulak.Sebab Nokia ni,aku mmg minat OS Symbian diorang,cuma macam ada something kureng sikit la.SE lak sekarang ni banyak menggunakan Android,which is kita sedia maklum,didatangkan dengan Android Market,dan berjuta-juta applikasi percuma boleh dimuat turun,sume gempak-gempak plak tu.Memang la Nokia ada Ovi Store,tapi applikasi dalam tu so-so je.Tak gempak macam Android Market.Lagipun,Android OS lebih stable berbanding Symbian.And peratus untuk 'hang' tu rendah.

Reka Bentuk

Aku rasa dari reka bentuk,SE gempak lagi la.Sebab dia perlbagaikan reka bentuk macam Candybar,Slide,Side-slide,Clampshell,dll.Cuma aku rasa SE takde lagi jenis QWERTY kot,macam BB tu.Nokia plak,mmg banyak jugak reka bentuk,cuma kebanyakannye sama je.Cuma ada 1 atau 2 perbezaan je.Maybe dah kurang idea sangat dah kot.E7 dengan N8 tu lebih kurang je,cuma E7 ade slide je.Reka bentuk SE jugak sumer stylish.Gempak dow.Nokia ni sume macam banyak petak je.

Music

Music ni aku susah la nak cakap.Sebab masing-masing ada music edition tersendiri.Nokia ada XpressMusic manakala SE ada Walkman.Dua-dua gempak,cuma Walkman maybe lebih gempak kot sebab ada Equaliser Mega Bass,ditambah pulak dengan earphone SE Bass Reflex,memang gempak bagai la.Nokia walaupun ada Equaliser Bass Booster,tapi stil tak leh challenge ke'gempak'an Mega Bass SE.Tapi dari segi earphone jack lak,aku selesa Nokia.Sebab kebanyakkan model Nokia sume guna standard earphone jack,iaitu 3.5mm,macam yg korang guna kat Mp3 dan Mp4 korang tu.SE lak menggunakan Port dia sendiri,yg panjang sikit tu,dan share lak dengan port untuk charge.So susah la korang nak dengar lagu sambil charge.

Camera

Fuh ! Bab camera ni sulit dan rumit sikit.Dua-dua mmg sama gempak.Sony maybe gempak la sebab diorang ada CyberShot,tapi Nokia pun tak kurang hebatnya sebab banyak model yg menggunakan Carl Zeiss Vario Tessar lens.Lensa jenis ni mmg kualiti gambar dia bagus.Tapi mmg menang kat SE lagi la kot,sebab camera application diorang lagi senang nak handle,dan flash diorang lebih gempak.Nokia N82 je kot yg gempak bagi aku dalam family Nokia,sebab guna Xenon Flash.

OK,tu je la kot sikit-sikit yg aku tau pasal Nokia dan SE neh.Actually banyak lagi aku nak membebel,tapi bimbang entry ni jadi panjang berjela,so better aku stop dulu,sambung buat part 2 pulak nanti.Wakakakkaa..So semoga korang buat pilihan yang tepat ye.Sekian Assalamualaikum :D

Friday, April 15, 2011

Aku Kembali Bernafas !! Patah Tumbuh Hilang Berganti !!



assalamualaikum..

sroottt2...srooott2... uik ?? bunyi apa tu ??

Hahaha..wakaka..ni la bunyi aku kembali bernafas..sori la bunyi pelik sket,,selsema beb..hehe..alhamdulillah..setelah hampir 3 hari internet rumah aku jamn akibat x bayar bil(wakakaka..),akhirnya setelah membuat pembayaran semalam n hari ni bergayut ngan telefonis wimax tu,akhirnya akaun wimax aku disambung semula..dan aku kembali bernafas..wakaka..pergh..seksa gila aku guna berukband selama 3 hari ni..tu pun xleh nak masuk blog..sbb lembab tahap semut merah..heeee..

Jap2,ada satu lagi yg membuatkan aku kembali bernafas,walaupun x sesegar dulu ..... jeng..jeng..jeng !!!!

Masihkah kau ingat peristiwa ada Hamba Allah yg baik hati yg mencuri handset 5800 aku dengan penuh riak dan ujubnya ?? Masihkah kau ingat ?? Kalau x ingat sila rujuk entry ni >>>


Ok..dah baca ?? so korang tau la kan handset kesayangan aku tu dah kena curi kan ?? Namun aku dah punya pengganti walaupun x sehebat handset lama..berbekalkan duit yg ada la dua tiga keping,aku mendapatkan makhluk ini pulak dari kawan aku yg mmg nak jual nset lama dia..dan aku dah renuvate handset tu menggunakan kepakaran yg ada menjadi seperti handset lama...

Tarrraaaaaaaaaaaaaaaa!!!!


Ini Handset Nokia 5800 XM aku yg telah dicuri ..



Dan ini pula handset yg aku beli kat kawan aku yg telah dimodify luar dan dalam..


Hahaha...nampak x apa yg sama antara kedua2 handset ?? Ape ?? Nampak ?? syssshhhhh..jangan gtau orang lain walaupun memang ketara persamaan diorang..haha..

So sekarang aku dalam mood yg sgt happy..n rindu sgt2 kat geng BCR n KBU..ntah2 diorang lupekan aku dah kan..mane la tawu..sape la aku nie nak diingatkan..huk3x..wei2,dah2,toksah duk tacing kat sini..hehe..

OK geng..nak p melwat benda lain plak..besa la..orang bizi..ok suma..gua chow dulu..

Wasalam..

Monday, March 28, 2011

Kenapa Handphone Anda Cepat 'Hang' ??


assalamualaikum..

Tengah syok2 dapat motor baru ni,aku jadi bersemangat nak update blog plak..hehe..sengal =_=''

Okeh,aku nak tanya,pernah x korang alami,ketika sedang seronok taip mesej,atau mendengar muzik di handphone,atau melayari internet di handphone,tiba-tiba handphone anda hang ?? Atau handphone anda tiba2 terpadam skrin n auto restart ?? Kalau yg ada handphone tu,rasanya jawapannya adalah ya..

So aku nak bagi tips2 sikit bagaimana nak elak perkara tersebut daripada berlaku ..tapi sebelum tu mari kita kaji n selidik mengapa hal sedemikian boleh berlaku ?

1) Firmware

ok..maybe firmware korang dah lame x update kot..bagi phone Nokia,korang leh check firmware phone korang dengan menaip *#0000# dalam keadaan idle..kemudian korang check kat internet,ape firmware paling latest untuk phone korang..kemudian,korang leh update sendiri gune phone tu..taip kod kat atas tu..pastu tekan option,then pilih 'check for update'..tapi make sure korang ade internet connection la (penggunaan wifi adalah digalakkan)..ataupun kalau phone korang xleh update macam tu,korang leh guna software Nokia Software Updater..download kat sini ...pastu ikut arahan la ye nak update firmware/software phone korang tu..

2) Phone Memory Padat

Ok.ni satu lagi masalah yg boleh menyebabkan phone korang mudah hang atau restart dengan sendiri..kalau korang nak install software apa2 pun ke dalam phone,seeloknya install dalam memory card..jangan install dalam memory phone sebab kebanyakkan phone2 biasa ni,memory dia x cukup banyak nak tampung software yg banyak2..so bertimbang rasalah ye..macam aku,gune Nokia 5800 XM,aku beli MicrosSD 8GB,bukan sbb nak simpan lagu,aku simpan movie n ruang lebih tu aku tinggalkan untuk software..so phone aku jarang sgt hang..

3)Banyak Software Autostart

Kalau korang dah baca entry aku yg sebelum ni iaitu 10 Aplikasi Terbaik Symbian,aku nak inform,aplikasi mazelock n fingerprint tu ade autostart ye..ok..autostart ni bermaksud,setiap kali korang on phone,software ni akan berfungsi dengan automatik,tanpa perlu korang click kat ikon dia dah..memang la senang kan,tapi ianya memakan RAM yg tinggi,secara x langsung melembabkan phone dan akhirnya,phone korang dah HANG sebelum sempat korang buka inbox(selalu kalau orang on mesti buka inbox dulu..hihihi)..untuk manage software2 yang ada autostart ni,korang perlu masuk ke task manager dan "end process"kan software tersebut..kalau phone anda tiada kemudahan task manager macam Sony Ericsson G700 tu,korang leh download software Netqin Mobile Guard,juga ada review pasal software ni dalam entry aku tadi..

OK..kita dah kenalpasti problem2 yg boleh menyebabkan phone korang HANG...so mari kita atasi masalah2 tersebut..

1) Kenalpasti ketiga2 masalah yg aku sebut kat atas tadi di phone korang,n ubah segera..

2)Restart factory setting

Ok..kalau dah korang rasa phone korang ni dah serabut,banyak software x tersusun,disk dah x termanage,korang reset je setting phone korang..untuk phone Nokia,korang leh taip *#7370# untuk set factory setting..pastu phone korang akan jadi macam baru balik..korang kene set country dan time,date,dan segala bagai lagi lah..tapi phone korang akan jadi ringan n x mudah HANG dah lepas tu..insyaAllah..

3)Flashing

Yang ni kalau anda tu ada kemahiran sikit dalam nak repair phone ni,flashing adalah alternatif paling sesuai..flashing adalah mengintall balik kesemua OS dalam phone korang..seperti setting time phone korang dicipta..tapi memerlukan software la..

OK..setakat ni saja aku boleh kongsi..kalau ada apa2 maklumat tambahan,aku akan update insyaAllah..n kalau ada sesape yg ade maklumat tambahan,boleh inform kat comment box..

sekian..wassalam

Saturday, March 26, 2011

Memancing Guna Umpan Handset



assalamualaikum..

korang penah x dengar orang memancing guna handphone sebagai umpan ?? x kan ?? well aku la orang pertama...huk3x...

aku n family datang memancing kat kawasan feveret kitorang iaitu Pendang Lake Resort...duk la semalam kat chalet..petang semalam aku dapat tilapia merah besar..so pagi ni semangat la nak memancing lagi...

pastu aku ni kan jenis malas nak menunggu2 ni,so sambil2 mancing tu,aku msg la..msg dgn sape x payah tanye la..hehe...joran tu aku letak tepi je la..dah berhayun2 nanti aku sentap la..

tiba2,joran tu tersentap kuat giler...aku yg memang jenis suke terkejut ni ape lagi,terus tercampak nset tu dalam air...siot betul..aku pun panik la..aku terus masuk dalam air tu la..x fikir dah pandai berenang ke x..nasib baik la kawasan tepi tu ade macam pasir sikit2...so nset tu x tenggelam ke dasar tasik la..aku pun leh la amik handset tu walaupun dah tenggelam sumenye..

cepat2 aku buka sume nset tu dari skrin sampai ke battery,nak jemur...tapi skrin tu semakin lama semakin kelam dan akhirnya,padam..huk3x..nak nanges kot tengok drama nset aku tu..last sekali dah xleh on..arghhhhhh..aku nak giler!!!!

joran tu pun dah terjatuh dalam air..ah lantak ko lah joran...aku g amik joran tu,mata kail dia dah putus.padahal aku x sentap pun tadi,.ntah2 ikan jerung ke yg makan umpan tu..arh..pedulikan..aku terus bawak nset aku masuk bilik...hurm tapi dah xleh buat pape...

maka tamatlah riwayat Nokia 5800 XM yg banyak berjasa kepada aku ni..



so nasihat aku untuk korang sume,time memancing,jgn bermesej..sekian..wasalam..

Tuesday, March 22, 2011

10 Aplikasi Terbaik Untuk Nokia Symbian


assalamualaikum..

Aku ni dah lama guna handphone Nokia Symbian ni..so aku dah explore banyak aplikasi2 terbaik and yg sesuai dgn kehendak remaja masa kini..kebanyakannya aku download dari Nokia Ovi Store..bukan kene bayar pun..asalkan korang ade akaun Ovi Store ni,semuanya free...err..ade la yg kene bayar..tapi x payah la amik yg kene bayar tu kan..haha..yang free pun dah cukup gempak..

Antara aplikasi yang aku syorkan untuk korang :-

1) Mazelock(Ovi Store)



aplikasi ni untuk pengguna yang gemar mengunci hp diorang..bosan dengan lock yg sedia ada dalam hp korang ?? dapatkan aplikasi ni segera..ianya mengandungi 9 dot berdimensi 3x3,dan boleh disetkan pattern oleh pengguna..untuk unlock hp korang,seseorang itu harus memadankan pattern seperti yg telah disetkan sebelum itu...

Requirement:

touchscreen



2)FingerPrint(Ovi Store)



sama seperti aplikasi Mazelock tadi,aplikasi ini juga bertujuan mengunci hp anda supaya x digunakan oleh orang lain..tapi ianya menggunkan cap jari..korang boleh setkan dulu cap jari korang..and then bila nak unlock,mestilah menggunakan cap jari yg sama,dengan kata lain,jari korang la..so org lain x boleh nak unlock hp korang..tapi aplikasi ni berbayar..so baik guna mazelock yg di atas..haha.

Requirement:

touchscreen

3)N-Desk(Ovi Store)



korang boleh jadikan hp korang seolah2 iPhone..semua aplikasi2 akan disusun secara random.korang boleh set background wallpaper dan juga warna deck kat bawah tu..korang jugak boleh susun aplikasi2 tersebut seperti yg aku tunjuk dalam video ni..letakkan jari korang lama2 di icon aplikasi yg korang nak ubah,then bila semua icon dah vibrate,korang drag icon tu pergi dekat icon aplikasi lain yg korang nak tukar..nanti icon tu akan lari ke tempat icon asal tadi..

Requirement:

touchscreen

4)Moove(Ovi Store)



untuk pengguna hp touchscreen dan juga yang ade sensor macam Nokia 5800 yg aku guna..korang boleh ubah lagu yang sedang dimainkan dengan hanya menggerakkan tangan di atas hp korang tu..macam magik dow..sape2 yg x tahu pasal aplikasi ni lagi,akan menganggap korang melakukan magik(kalau dia lurus sgt la =_=)..

Requirement:

touchscreen,sensor

5)TuneWiki(Ovi Store)




minat menyanyi lagu ?? tapi x tahu lirik ?? haha..daripada korang miming macam org x betul,baik menyanyi dengan lirik..so dapatkan aplikasi ni segera..tapi make sure ada internet connection la.better guna WiFi...lagu akan dimainkan dan aplikasi ni akan mencari lirik lagu yg sedang dimainkan..tapi x semua la ade lirik..kalau lagu yg korang rakam adik korang nyanyi,xkan dia nak cari lirik jugak kot.. =_=''

Requirement:

touchscreen,internet connection

6)BrightLight(Ovi Store)



aplikasi mudah ni akan membolehkan hp korang berfungsi sebagai torchlight..daripada menyusahkan nak cari flash dalam aplikasi kamera,baik guna aplikasi mudah ni kan..

Requirement:

touchscreen,LED flash/Xenon Flash

7)Battery Monitor(Ovi Store)



untuk pengguna yang details..semua benda dia nak monitor..macam aku la..so kepada pengguna yang nak tengok penggunaan battery korang secara detail,aplikasi ni pilihan yg sempurna dan tepat..ia akan menunjukkan penggunaan battery hp korang secara harian,dan akan mengkelaskan mengikut penggunaan seperti internet,GPS,messaging,music player,etc.. gempak kan ??

Requirement:

touchscreen

8)Prayer Time(Ovi Store)



aplikasi untuk Muslim..daripada korang susah2 bawak takwim solat dalam beg bila nak ada perjalanan jauh,baik korang dapatkan aplikasi ni..berbanding software takwim solat yang lain,aku lebih percaya yang ni..sebab aku dah bandingkan dengan takwim sedia ada dan ianya tepat..

Requirement:

touchscreen,internet connection

9)Netqin Mobile Guard(Ovi Store)



juga aplikasi untuk pengguna yang detail..aplikasi ni gempak sebab korang leh monitor macam2 benda pasal hp korang.Ianya merangkumi app manager,boot manager,task manager,anti-malware,OS Scan,clean spam,disk manager,web manager,file manager,share,safe mode....pergh..sampai 8 aplikasi diorang bagi dalam 1 aplikasi je..so better dapatkan sekarang sebab ianya Genuine dan mendapat pengesahan dari syarikat Netqin sendiri..

Requirement:

touchscreen,internet connection(first time install je)

10)Garmin Mobile XT



aplikasi ni paling best bagi aku..korang x payah habiskan kredit untuk guna aplikasi GPS sedia ada dalam hp korang tu,macam Nokia Maps,Ovi Maps,dll....semua tu telan kredit korang je..mari kite beralih ke aplikasi GPS all free ni...memang tepat dan memuaskan..banyak kali dah family aku sesat nak pergi mana2,guna GPS ni la,baru jumpa balik jalan yg betul..tapi bukan senang2 je nak install,korang kene pandai hack sket system die..tapi jangan risau,aku dah siapkan tutorial nak pasang benda alah ni..korang klik kat sini je..jangan risau,hp yang x de touchscreen pun boleh install..make sure tu hp symbian n ada GPS je..

Requirement:

GPS

okeh...tu baru sikit je yang aku review..nanti aku review banyak2 lagi...so xnak cakap panjang2,selamat mencuba semua !!

Tuesday, January 4, 2011

Tips Memilih Handphone yg Sesuai


assalamualaikum...

first,jgn gelak tengok tajuk post aku kali ni...aku terfikir gak,aku ni asyik tukaq nset ja..xkan la xdak pengalaman dalam nak pilih nset yg baik ni kan..hehe..so,kepada pembaca2 yg dalam proses nak beli nset baru tu,aku ada beberapa tips untuk korang,supaya x tersalah beli..

sekarang ni,banyak dah model2 nset yg berpatutan n dijual dgn harga yg murah kat pasaran..kalau dalam 2-3 tahun dulu,jenama yg top kat malaysia ni,standard la,nokia,sony ericsson,motorola,n samsung..tapi sejak setahun kebelakangan ni,nokia n sony ja yg top..n maybe samsung ja.x termasuk jenama2 yg kurang diberi perhatian macam CSL,i-Mobile,m-Mobile,china phone,dll..n aku xkan sebut untuk jenama yg loaded sgt macam Android,iphone,HTC Mobile,dll..aku cuma akan bagi cadangan bagi mereka yg berpendapatan atau berkewangan sederhana ja..

1) Kenalpasti Keperluan Anda

sebelum korang beli nset tu,korang muhasabah diri dulu..hehe..korang tu jenis minat phone apa,yg ada applikasi macam mana,nak yg camera elok ka,sound gempak ka,nak yg taip mesej sng ka,dll..

2) Survey

kalau rajin,korang survey dulu nset2 ni kat internet,tengok dia punya spec,buat perbandingan antara beberapa model yg korang minat,banding spec,harga,design,dll..jgn korang tengok elok ja,terus nak beli..lepas beli,menyesal..

3) Kenalpasti Lokasi

sesetengah lokasi yg ada jual hp ni,x sama harga dia dgn lokasi lain..so,korang kena la ringan mulut tanya kawan2,katne yg ada jual hp yg berkualiti dgn harga yg berpatutan..lau area kedah,aku tau ramai suka g beli kat Sentosa,lau area KL,xdak lain dah,Plaza Low Yat ja jadi pilihan,x pun Digital Mall kat petaling jaya..ikut korang la..lau rajin,g survey dlu..

3) Kenalpasti Model

ada org kata aku ni x betul sbb duk hafal model2 hp..biaq la..benda ni penting..kadang2 tu,reka bentuk nak sama,tapi function lain2..contohnya,Nokia 5230 XM n Nokia 5800 XM,rekabentuk diorang dekat nak sama,tapi function beza,harga lagi la beza..so korang kena alert,,lau korang dah survey kat internet,n dah minat kat satu model ni,hafal nombor model dia..jgn tersilap,nanti menyesal..


Nokia 5230 XpressMusic


Nokia 5800 XpressMusic



4) Buat Kira-Kira

tau la korang tu nak beli nset pun,tp jangan la beli atau pilih yg lebih dari budget korang..biasanya lau nak beli nset baru yg agak2 ja,budget yg kena ada dalam RM400 sampai RM900 ja..lau kurang tu,maybe nset tu x berkualiti sgt..lau lebih,takut korang lari budget,makan maggi lak tiap2 hari..

5) Guna Psikologi ketika Membeli

ha,ni benda paling penting..kalau korang x pandai psycho ni,nset yg leh dapat dgn harga rm450 maybe jadi rm500...peniaga ni,diorang akan anggap kita ni xtau apa2 ttg nset..diorang akan gtau macam2 la..nset ni berkualiti la,ape la,ada gps la,ada wifi la,pastu lau kita dah nak pilih satu model tu,dia nak suh kita tambah beli memorycard yg tinggi la,nak suh beli flipbag la,macam2 cara diorang leh guna lau nak untung ni..tapi first,aku nak gtau,lau towkey yg korang g tu,cakap sambil lewa ja time korang tanya tu,korang blah terus ja..diorang ni jenis xdak adab..cari yg mesra ja..jgn cari yg mesra sampai nak tolong topup tu sudah..tu bukan mesra,tu menggatal..



okey..tadi tu antara beberapa langkah sebelum korang nak beli..sekarang ni aku akan gtau model apa yg sesuai mengikut kriteria..

1) Camera

kalau korang ni nak cari nset yg ade camera bagus,beberapa ciri ni korang kena amik tahu..

Pixel-seeloknya 3.2 MP ke atas..5MP pun dah elok,lau nak yg 8MP takut mahal sgt..

Lensa-kalau yg Nokia,korang ambil yg gune lensa Carl Zeiss Vario Tessar,lau Sony Ericsson,ambil yg Cybershot.

Flash-seeloknya pilih yg ade dual-flash.lau ada satu ja flash,maybe x kualiti sgt time amik gambar..kalau ada yg Xenon Flash macam Nokia N82 lagi bagus..mmg sharp giler la..

2) Music

Equaliser-lau korang jenis minat bunyi gempak,cari nset yg ade equaliser bass..kalau Nokia,cari yg ade Bass Booster dalam equaliser die,selalunya model XpressMusic la,lau untuk model Sony lak,cari yg ade Mega Bass..dua2 ni mmg gempak arh..

Background Playback-yg ni elok la kalau korang xnak music tu menghalang korang dari msej ke,ape ke..cari nset yg leh mainkan lagu sambil mesej atau guna aplikasi lain,supaya x terbatas penggunaan nset korang..

Audio Jack-untuk yg ni,first,jgn pilih yg ada 2.5mm audio jack..jenuh nak cari handsfree camni..xdak dah la ni..jenuh cari converter..lau Nokia,korang make sure audio jack dia yg 3.5mm,standard earphone biasa,macam untuk mp3 n mp4 tu..senang nk guna..lau sony,korang kena guna handsfree yg sony ja..port dia lain sket..panjang sket..n mudah loose..

3) Internet

WiFi-ha,lau korang ni penyelam tegar,hehe,yg selalu surf internet guna nset tu,seeloknya korang cari nset yg ada WiFi..senang sket korang nak guna online kat kawasan yg ade wireless..lau nak guna yg internet dari korang punye service provider macam Maxis n Celcom uh,abes la kredit korang..

Applikasi-setiap nset ada applikasi internet browser tersendiri..lau Nokia,diorang ade applikasi Web atau Internet,lau Sony,diorang ade Internet je..tapi apepunl,aku suggest korang download apllikasi Opera Mini..senang nak browse internet..n laju lagi dari applikasi default korang uh..tapi make sure ada internet connection dah le..

3) Input Method

normal button-majoriti nset guna butang untuk masukkan arahan ape2 kat nset korang kan..ikut suka korang la..tapi jgn cari butang yg keras sgt,susah nak tekan..lau sapa yg jenis taip mesej laju2 tu,dapat butang keras,mau gila jugak dibuatnya..

touchscreen-ha,ni fesyen zaman la..nset touchscreen..touchscreen lak ada dua jenis :

i) Resistive

yg ni ok tu,ok jugak..cuma kurang sensitif,..korang kena gune kuku la nak bagi senang..Nokia 5800 n adik beradik die guna jenis ni la..

ii) Capacitive

ha,yg ni bagus..mmg sensitif giler la..kadang2 tu,korang x sedar pun yg korang tengah taip msg..x rasa jari sentuh screen pun..iphone n kebanyakkan nokia mahal2 banyak guna jenis ni..n sony yg mahal2 macam Xperia..

5) Speaker

better korang pilih yg ada dualspeaker..bunyi lebih sedap..

6) Camera Shutter

elok lau nset yg korang beli tu,ada camera shutter,supaya lensa camera korang tu terlindung dari habuk dan anasir2 jahat..hehe

7) Design

clampshell-macam sony ericsson Z-series..yg ni jenis leh lipat2 uh..kalau sekali tengok,mmg la trendy..nampak best..tapi agak berbahaya,sebab mudah berlaku ribbon damage..ribbon yg menyambungkan skrin dgn board utama uh mudah rosak disebabkan asyik duk lipat2..


Clampshell

slide-macam Nokia E66,5700,5200,5300,6600 Slide..ni pun ok jugak..yg kedapatan hanyalah main key,menu key,call key,cancel key,sementara alphanumeric key terlindung di belakang slider..risiko ribbon damage yg sama macam clampshell..

Slide

sideslider-macam Nokia 5730 XM..yg ni trend terbaru pengeluar phone..kekunci macam keyboard komputer terlindung di belakang keypad normal...nak guna,just slide je ke tepi..n skrin tu akan automatic berubah jadi landscape..

Side-Slider

QWERTY-pernah tengok blackberry?? ha..ni jenis yg macam blackberry la..xde kekunci alphanumeric mcam yg korang selalu nampak kat nset biasa..yg ada hanyalah deretan kekunci comel macam keyboard komputer,di bawah screen yg dah siap2 landscape..awal2 guna maybe agak kekok,tapi lame2,ok la..Nokia E-series bnyak gune jenis ni..

QWERTY

candybar-yg ni kebanyakan nset punya design..senang..xde lipat2,xde slide2,sume ada terpampang kat depan mata..

Candybar


okeh..cukup la tu sikit2...lau ada lagi info,aku update lagi post ni..

berikutnya,aku akan listkan model2 yg aku syorkan untuk korang mengikut keperluan..korang klik je link2 model ni..sume dah aku siapkan..aku dapatkan maklumat dari www.gsmarena.com...web ni mmg accurate la maklumat die..ade review n opinion lagi untuk setiap model..elok la untuk korang survey2 nset korang..


MUSIC


CAMERA


TOUCHSCREEN


QWERTY



actually,banyak lagi aku nak gtau neh..tapi x larat tulis banyak2..kepada sapa2 yg nak beli nset baru uh,n xtau nak pilih,cari aku kat facebook..ni klik link aku neh..chat ja..nanti aku bagi tips tambhan..

aku nak gtau satu benda,aku suka sgt g tanya towkey2 nset ni,nak test pengetahuan diorang ttg nset..nak jual nset,kena la terer pasal nset kan..hehe..aku tanya habeh suma benda,sampai kadang2 ada yg tension,ada yg sampai terdiam,tambah kalau ada kak2 yg baru nak belajaq jual nset tu,sampai nak nangis pun ada..haha..kejam2..ada yg offer aku nak kerja dgn diorang,haha,xnak arh..

satu lagi,untuk sapa yg nak tau aku guna model apa,buat masa ni,aku guna Nokia X6 8GB..lepas ni,xtau lagi..hehe

keyh,setakat ni saja aku mampu taip..skru jari dah longgar..hhee..jumpa lagi..

wsalam.. (n_n)

Monday, November 29, 2010

Camne nak install Garmin Mobile XT kat Dalam Nset Nokia yg ade GPS ??

assalamualaikum...

hoh,aku menambah satu lagi genre dalam penulisan blog aku,iaitu,"How to"...hehe..sbb,aku tau banyak gak la pasai technology neh,tapi x pernah berkongsi ngan org lain...so,ape salahnya aku berkongsi dgn korang kan??

sape kat sini ade nset Nokia,yg ade GPS ??? mesti nset korang dilengkapi ngan application Nokie Maps atau yg latest,Ovi Maps kan ?? korang rase nset korang dah lengkap ke dgn hanya perisian tu je ? aku berani cabar korang gune software tu,gune GPS tanpa dia sedut kredit korang..lau topup Rm10,pastu buka Maps,x sampai 2 minit,sure tinggal bape sen je...software ni untuk Tok2 arab yg kaya raya ja,bukan untuk kita neh(golongan sederhana)..so,ape penyelesaiannya?

Aku yg dah lame berkecimpung dalam Nset Nokia neh,mengesyorkan kat korang,untuk install software Garmin Mobile XT 5000 ke dalam nset korang yg ade GPS tu...mmg la software ni sepatutnya makan kredit gak,tp kite leh hack system dia untuk jadikan dia free 100%....masalahnya,lau korang g intall kat kedai2 nset,sure paling minimum pun,dia cas Rm40....naya je tu..padahal,korang leh buat sendiri je..camne?? ha,meh nak ajaq....aku x cas eh...ampa amik la panduan neh..

aku dah dapat banyak manfaat dah dari software neh,time family kami p jalan jauh mana2,nset aku la jadi alat GPS secara x rasmi,gantung la kat depan tu...yg bestnya,maklumat yg diberikan,tepat n amat mengkagumkan...sampai lau korang park keta senget pun,dia jadi senget gak dalam map tu(menurut pengalaman aku la)..

okeh,end of talk,jom kita belajaq camna nak buat..

first,make sure nset korang tu,nset Nokia,ade GPS,symbian s60 3rd edition or above...kalau sapa2 yg nset dia xdak GPS,pastu dia buat ikut cara aku neh,x jadi,mai marah2 aku lak,aku gigit telinga dia..hehe

1)Sebelum korang buat apa2 pun kat nset korang tu,pastikan korang download dulu file2 yg diperlukan...size dia lebih kurang 80 MB..sabaq la noh...download kat link neh...file dia dalam bentu zip file..maknakata,korang kene extract atau unzip balik la file neh untuk retrieve file2 dia kat dalam tu..

2)Lepas korang dah download,sambung nset korang kat PC gune kabel USB,n then pilih "mass storage mode"...jgn amik PC suite lak...(lau korang ade memory card reader,korang leh cabut memory card dari nset then masukkan dalam pc je)


3)Okey,p balik kat file2 yg korang dah download tadi tu,cari file "GarminMobileXTforSymbianS603rdEdition_50040.exe",then double click untuk install...tunggu sat,dia akan kuaq satu windows neh,ada lambang garmin,pilih removable disk korang(dalam kes ni,nset korang lah),then tekan install...


4)Buat benda yg same untuk dua lagi file neh iaitu “GarminMobileXTFreeBasemap_4xxxx.exe”,n “GarminMobileXTSupportFiles_4xxxx.exe”...

5)Cabut nset or memory card korang dari PC,satu balloon akan naik dalam nset korang(bukan belon neh),dia akan tanye,"launch GarminXT" ?,jgn tekan 'yes' lak,tekan 'cancel' je...

6)Dalam nset korang,g kat FileManage(atau file mgr),g kat Menu > Settings > Application Manager > Installation files.sepatutnye ada file GarminXT.sis..tekan install...

okeh,sume yg kite buat tadi tu,benda besa je..lau korang stop sampai sini,n open software tu,korang masih akan dikenakan bayaran,so baik korang sambung lagi baca arahan lepas neh...ni time nak crack software neh..

7)Run software tu dalam nset korang,akan kuaq lgi banyak arahan,untuk initial setting,macam2 la dia akan tanye,negara mane,sume lah,korang enter je...smpai la kuaq satu page tu,dia ade banyak choice,register la,use trial version la,use other device la,connect tu garmin GPS la..korang pilih "use other device"...akan kuar satu page yg ade "where to" n "view map"..

8)Korang cari ada icon gambar spanar,yg bermakne tools,then g kat Settings > About.korang akan nampak banyak nombor2...cari perkataan Card Id atau Phone Id,salin number Id tu kat mane2 kertas,nanti kite nak gune...ok,lepas dah salin,korang exit apllication neh...



9)alihkan pandangan korang dari nset ke skrin Pc korang balik,then tengok balik kat sume2 file yg dah korang download tadi,,ade x "garmin_kgen.exe",lau ade,open,then korang akan nampak dua bahagian,atas n bawah,ade dua tempat kosong,korang masukkan card Id yg dah korang salin tadi kat bahagian kosong kat atas uh,then tekan 'generate',akan kuaq la satu rantaian code kat bawah dia(jangan duk p hafal lak code tu,bengong nanti),korang highlight sume code yg baru kuar tu,then ctrl+c(copy),korang close garmin_kgen.exe tu..

10)kat desktop(bukan atas meja korang neh),kat pc tu,right-click,g kat new,cari 'text document',ok...buka file tu,jgn rename lagi file neh..korang bukak,then tekan ctrl+v(paste) kat halaman dalam text document tu,,,make sure yg korang paste tu adalah code yg panjang berjela yg korang copy tadi...then save as "SW.UNL"..

11)Ok,sambung balik nset atau memory card korang kat PC,dalam my computer,bukak file nset atau memory card korang,cari folder "Garmin",then open.....korang amik balik file "SW.UNL" yg korang dah buat tadi,cut masuk dalam folder "garmin" neh...

12)Ada satu lagi file yg korang kena copy masuk dalam folder garmin tu..korang g kat file2 yg korang dah downlaod tadi,cari file name "gmapsupp.img"..ha,extractt n copy file neh masuk dalam folder garmin tadi jugak..then cabut nset korang dari PC....korang leh tutup PC korang,save eletrik..

13)Sebelum korang open application garmin korang neh,korang g kat file manager balik,buka folder garmin,then g kat file "SW.UNL" tadi..file tu akan bertajuk "SW.UNL.txt"...korang rename balik,buang ".txt" uh...biaq la dia nak kata apa pun..ok..

14)Open balik apllication garmin tadi dalam nset korang,g kat Tools > Settings > System > Remote GPS.ada dua choice tau..."bluetooth GPS" n "use attached GPS"...korang pilih "use attached GPS"...ok...g balik kat halaman utama software tu,yg ade "where to" n "view map",korang tunggu jap sementara satelit(aku x sure la Measat ke yg lain,hehe) tu cari nset korang..

p/s:kalau korang duk diam je,maybe agak lambat satelit tu nak cari korang,sabar je la,,lau dalam kereta yg sedang bergerak,insyaAllah cepat..

15)Tahniah!! sekarang korang leh save beratus2 RM daripada gune software Nokia Maps atau Ovi Maps yg cekik darah korang tu...n enjoy la gune software yg free neh..

beberapa screenshot software garmin neh



note;sebenarnya,software ni direka untuk nset korang connect dgn alat GPS yg dalam kereta tu,tp file yg kita cipta menggunakan card id nset kite tadi n disave dalam folder garmin tu,adalah untuk nak inform apllication tu,bahawa nset kita ni ada system GPS built-in,x pyh connect2 dah dgn menatang tu dah..hee

so,ini saje la yg dapat aku tolong korang2 yg ade nset GPS,tapi xnak gune sbb takut kredit habes..semoga x sesat jalan dah...ingat,kita leh ikhtiar je dgn install apllication sume neh,tapi Allah SWT jua lah nak tentukan perjalanan kita..sentiasa berserah kepadanya,n jgn lupa baca doa kenderaan sebelum memulakan perjalanan...

selamat mencuba !! ^_-

wasalam..

Friday, November 26, 2010

Salasilah Keturunan Handset Aku.. ^_-

assalamualaikum...

aku buka blog mak aku hari tue,hehe..besa la..duk bz cerita pasai kete baru...myvi warna oren kot..pastu mak aku buat list kereta2 dia dari dulu sampai la..huhu..aku x sempat rasmi lagi..lau aku rasmi,jawabnya pagar baru la rumah aku(sapa xtau cerita sebenar,jangan pandai2 reka)..hehe..so,bila pikiaq2 balik,aku pun dah banyak kali tukaq nset aku neh...hehe..xtau berapa kali dah eh...

berikut adalah beberapa nset yg aku ingat..haha


*Nokia 2600

nset ni,paling first aku gune..aku start guna nset adalah d penghujung tahun 2005..aku form 1 time tu..ni pun bukan yg sendiri punya...share meyh..asalnya aku share ngan abg aku ja,tapi kak aku pun nak jugak,lalu dia pun beli sim card dia..n kami share..sorang sehari meyh..hehe..kadang,aku gelak sorang bila teringat balik betapa susahnya nak dapat satu nset(dah macam cerita zaman jepun da)...


*Nokia 1110

ya..aku tau..ampa mesti gelak punya..nset murah la katakan..aku beli time aku form 2..tapi,nset ni la,satu2nya nset yg aku beli,100% dari duit simpanan aku...6 bulan aku kumpul duit nak beli ni,memandangkan dah naik fed up nak share ngan kak n abg aku...hehe..terharu meyh..hehe..aku syg sgt nset nih..



*Sony Ericsson K750i

fuh..ni la nset 'mahal' aku yg pertama...aku juai nset yg tadi neh,n then campuq ngan duit hadiah dapat 9A dalam PMR..aku syg giler nset neh..aku guna time form 3..dgn nset ni la,aku leh dengaq lagu n simpan gambar...rasa macam puas dapat memiliki nset macam ni..aku beli pun kat senior aku...sumenye indah,sehinggalah hari 'tu'....nset ni dirampas oleh PKHEM skolah aku tima aku duk sibuk siap2 barang nak g kem...hurm..malu siot..kena rampas dalam dewan makan asrama,di depan suma studnt laki n pompuan,depan 6 org warden termasuk ketua warden,n pkhem tu sendiri...hurm...sedih2..n geram..nset ni patutnya aku dapat time balik nak cuti hujung taun,,tp ade budak2 mai mana tah,pecah masuk pejabat pkhem,then curi sume nset2 yg dirampas..siot tul...pihak skolah lak xnak bayar ganti rugi..hampeh..



*Nokia 2610

lepas nset aku kena rampas,aku dapat balik nset 2600 yg lama uh..abg n kak aku dah beli nset lain...sbb aku dah nak sgt,abg aku sanggup tukaq nset ni(dulu yg dia),dgn nset aku ni balik..so,aku guna la nset ni buat 'sementara'..hehe..nset ni lak kemudiannya,diserahkan kepada ayah aku,untuk digadai n ditambah untuk beli PDA kat mak aku..ayah aku janji nak bagi duit beli nset lain..so,aku sanggup..hehe

ish..sampai kat sini..aku dah lupa dah nset apa aku guna...sebab,time form 4 n form 5,aku asyik tukaq nset ja..antara nset yg aku pernah guna time nieyh adalah:


*Nokia 7610


*Nokia N-Gage QD


*Nokia 6600

aku pernah jugak guna nset Nokia 2600 classic time aku masuk wad dulu...


*Sony Ericsson w800i

hah..lepas dah lupa2 jadi apa kat nset2 aku tuh,aku ingat,aku ada nset ni..hhee..camna aku beli tah,aku juai nset yg mana,aku pun x ingat...haha..tapi sat ja kot,aku x guna lama kot...tup..owh..aku ingat dah..kena rampas sekali lagi.hahahahahaha...cikgu zaki,ketua warden time uh,dia yg rampas..tapi lepas dapat balik,aku juai je kot...aku guna nset N-Gage Qd je time tu..x lame lepas tu,hari last persekolahan form 5,nset ni hilang..so,aku xdak nset..


*Nokia 6300

nset ni nset ayah aku yg lama..tapi dia beli yg baru,so yg ni dia bagi kat aku time aku nak masuk DQ,sbb aku xdak nset dah...nset ni la aku guna kat DQ,,,pastu,time mak aku mai melawat n nak pujuk aku stay lama sket lagi kat sana,mak aku bagi nset dia lak...ni,yg lepas ni..



*Sony Ericsson G700i

nset ni antara nset plg canggih aku ada la...touchscreen meyh...mak aku bagi untuk pujuk aku stay lama sket kat DQ,sbb aku nak kuaq dah,xtahan meyh...so,aku stay la sket..haha..aku syg gak nset ni,camera dia superb..


*Nokia X3

hurm..yg paling aku kesali dalam hidup aku bab nset ni,sebab aku p jual nset G700 tadi nih,n beli nset ni la...hurm..awat la aku p juai..rugi uh..xpela..benda dah jadi..nset ni pun ok gak.cuma xdak 3G n WiFi..aku guna dari DQ sampai la masuk UIA



*Nokia 5630 XpressMusic

nset ni,aku beli second,3 hari sbelum aku masuk UIA,dah murah ja,so,aku beli la,buat spare...kebetulan tgah ada duit sket time uh..jgn la komen.benda ni suma dah jadi..aku saje nak cerita balik ja..hehe..


*CSL G5

nset ni la paling aku menyesal beli..aku jual dua2 nset Nokia x3 n 5630 XM tu,then beli nset ni..ish..aku ingatkan stail la...rupanya hampeh..mmg la skrin besaq,ada tv,tapi,adoi....nak msej tu menyampah gila,,dah la full touchscreen,dia punya screen keyboard,mak ai,kecik tahap sel...aku sampai kena asah hujung kuku baru leh taip elok2...haha..naya ja..


*Sony Ericsson G705i

haha..aku juai nset CSL menyampah tu kat cousin aku,then aku beli nset ni...nasib baik la murah,second je....aku guna pun sat je,x sampai sebulan kot..sebab aku tukaq ngan nset adik aku,nset yg lepas nieh..


*Nokia 6210 Navigator

hoh..nset ni la aku amik dari adik aku hasil pertukaran...aku guna ada la dalam setengah bulan,pastu tukaq lak..sbb nset ni macam x stabil ,skrin asyik hilang...so,aku jual n beli nset lain lak..haha..ganas2..



*Nokia N82

ha....nset ni la aku guna lama sket..aku syg gila2 kot nset nieh...sbb apa tau x?kamera dia superb gila....lau amik gambaq kipas tgah berpusing,dapat tangkap 3 bilah kipas x bergrak woo..ala2 cybershot la..hehe..aku pernah kena pangkah ngan kak aku pasai ni..aku cakap la kat dia macam ni

aku : kak,tau dak,nset bob ni kan,lau amik gambaq kipas,dapat 3 bilah wooo...

kak aku : awat,selama ni kipas tu ada berapa bilah ??

haha..aku x terdaya menjawab soalan yg julung2 kali kuaq dari mulut kak aku nieyh..haha

aku guna nset ni hampir dua bulan kot kat UIA,pastu berubah lagi..haha


*Nokia N85

ni satu lagi nset superb yg aku beli,selepas nset N82 tadi...aku minat dgn skrin dia yg cerah gila2....silau mata2 aku tengok,sbb dia guna skrin AMOLED(active-matrix-organic-liquid-emitting-diode)....haha...aku guna nset ni pun lama gak...syg gak weh..bentuk dia menarik...hehe..tapi..akhirnya,aku menukar sekali lagi...hahahahaha



*Nokia E63

nset ni baru sgt aku tukaq...x sampai sebulan lagi nih...best tu mmg best,tapi banyak function xdak...GPS xdak,kamera 2 MP ja,internet 3G ja,n bentuk dia tebal...mmg la nampak bergaya ,macam BB kot (blackberry),tp hakikatnya,ia tetap nokia e63..hehe..


*Nokia 5800

nset ni la aku paling nak seumur hidup aku...aku pernah buat keptusan x bijak dah dulu time nak beli n85,sbb aku leh amik nset ni dah,tp aku p pilih n85 sbb takut xselesa dgn nset ni yg full touchscreen...siapa sangka,dalam aku duk nak tu,ada sorang kawan aku yg ada nset ni,minat kat nset aku yg e63 tu,memandangkan harga hampir sama,walaupun nset ni mahai sket,tapi dia minta nak tukaq...aku ni,berbelah bagi la..ish..aku nak gila2 nset dia tu,tp nset e63 tu pun ok gak..at last,lepas dah dia merayu2 sgt,aku pun setuju la nak tukaq...lepas aku make sure xdak rosak apa dulu la kat nset dia tu...n aku pun dapat nset yg aku idam2kan selama ni...dgn ampa,aku janji ni,aku xkan tukaq nset dah,selagi nset ni x rosak..ampa jadi saksi neh tau..hehe

so,setakat ni saje la salasilah keturunan nset2 aku selama aku hidup sampai sekarang....hehe..xtau la bila nak stay dgn satu nset je..hehe..

nasihat aku pada korang,jgn selalu tukar nset..haha..

wasalam.. (n_n)