Showing posts with label internet laju. Show all posts
Showing posts with label internet laju. Show all posts

Thursday, May 26, 2011

Boost Video Buffering ke Tahap Maksima !! ~tak payah buffer dow~

Assalamualaikum wbt..

Wah-wah !! Blog aku ni sekarang dah asyik penuh dengan tips dan teknik PC je kan..dah macam Enchik Nine punyer blog dah pulak..hehe..takdelah,sejak kebelakangan ni aku banyak belajar tips2 upgrade system PC.Dalam entry baru-baru ni (http://www.tintapenaku.com/2011/05/lonjakkan-speed-internet-anda-selaju.html) aku ade ajar camne nak lajukan internet kan ?? Alhamdulillah,banyak feedback positif dari entry tu.Ramai yg cakap menjadi dan internet diorang dah laju.Tahniah.

Kali ni aku nak ajar camne nak speedkan video buffering plak.Aku tau korang mesti naik menyampah kan,buka Youtube ke,nak tengok Maharaja Lawak,terpaksa click Play,pastu kena Pause lak,tunggu dia buffer sampai habis.Annoying kan ? So moh kite belajar cara nak speedkan buffering video nih.

AMARAN !! Make sure korang taip semua arahan yg diberikan ni dengan betul.Sebarang kesilapan menaip boleh menyebabkan system korang tergendala !

p/s - Untuk pengguna Windows Vista dan ke atas .

1. Klik Start kat toolbar desktop korang, pastu klik Run (kalau yg xde Run tu,taip guna search box yg ade dekat2 dengan kotak Shut Down tu) dan taip "cmd" .Tunggu dia search,pastu akan jumpa cmd.exe , lepas dah jumpa,korang right-click,then klik "Run as administrator"

2.Akan keluarlah tetingkap kaler hitam macam kat bawah nih >

*Semua code di bawah ni korang kena taip sendiri,korang tak boleh copy paste dari entry aku sbb memang tak boleh pun.So sebab tu aku suruh taip dengan berhati-hati,jangan salah taip.

3.Sekarang korang taip "netsh int tcp show global" dan kemudian Enter. Akan jadi macam ni >


4.Kemudian taip pulak "netsh int tcp set global chimney=enabled" dan Enter.Sepatutnya dia akan tulis OK.



5.Kemudian taip pulak "netsh int tcp set global autotuninglevel=highlyrestricted" dan Enter.Sepatutnya dia akan tulis OK.



6.Kemudian taip pulak "netsh int tcp set global congestionprovider=ctcp" dan Enter.Sepatutnya dia akan tulis OK.



7.Make sure dalam langkah 4,5,dan 6 ,dia tulis OK.

8.Dah habis sume yang tadi,korang taip balik "netsh int tcp show global" .OK dia akan kuarkan status connection korang yg terbaru selepas korang ubah 3 setting tadi.



9.Last sekali,type "netsh interface ipv4 show subinterfaces" . Dia akan tunjukkan semua connection korang.

*Korang kena ubah nilai pseudo tu jadi 1500 seperti yg lain-lain.So korang taip "netsh interface ipv4 set subinterface "loopback pseudo-interface 1" mtu=1500" .


*Kalau ada interface lain yg nilai MTU nye belum 1500,sila ulang lagi code seperti berikut >

netsh interface ipv4 set subinterface "NAMA INTERFACE KORANG" mtu=1500

OK DAH SIAP !! CLOSE JE BENDA TU ...

Sepertimana entry yg lepas,aku ada cakap, aku tak jamin semua org yg buat ni akan merasai kelajuan yg maksima,bergantung kepada tahap internet connection korang la jugak.Cuma dia akan speedkan buffering video tu je.

Satu lagi, tips kali ni akan lebih berkesan kalau korang dah buat tips yg sebelum ni iaitu >> TIPS BOOST SPEED INTERNET . Aku dah cuba, ni internet connection aku sekarang 2 Mbps and above je,sebelum2 ni nak dapat 1.2Mbps pun susah..n sekarang aku layan movie streaming je...kalau best aku download,sume laju je..

Nak cuba atau tak nak,tu pilihan korang,Aku nak berkongsi ilmu je.Sekian Assalam..

Wednesday, May 25, 2011

Lonjakkan Speed Internet Anda Selaju Cahaya !!

Assalamualaikum wbt..



Wah wah wah.. Tak tido aku semalam belajar macam-macam ilmu dari satu website yg kawan aku bagi. Teruja giler aku tengok semua entry website tu.Entry-entry semuanya lebih kepada tips,tutorial,teknik,dan segala-galanya lah.Ada gak sikit-sikit yg aku apply,dan semuanya menjadi.Tu yang best uh,dan yang lagi best,semua software yg dia provide,aku dah check,clean site dow.No malware-malware.

p/s - Kalau korang syak ada file atau URL yang korang dapat tu sama ada mengandungi malware atau tidak,sama ada ianya dibind dengan perisian tersembunyi,atau percubaan untuk hack PC anda dengan licik,anda boleh scan file anda itu atau URL yang anda syak itu di sini >> http://www.virustotal.com/

OK cukup.

Hari ni aku nak kongsi ngan korang tips dan teknik,nak boost speed internet korang,TANPA SOFTWARE,TANPA DOWNLOAD APA-APA,dan tanpa segalanya.All about the system itself.Hanya mengubah sedikit setting.

1. Buka Registry editor.
pergi ke Start -> Run
(kalau yg xde Run tu,taip guna search box yg ade dekat2 dengan kotak Shut Down tu) dan taip regedit.

2. Setelah tetingkap Registry Editor terbuka, pergi ke key:

HKEY_CURRENT_USER > Software > Microsoft > Windows > CurrentVersion > InternetSettings
.

3. Sekarang klik kanan pada tetingkap di sebelah kanan anda dan tambah satu DWORD Value yang baru.



cara : Right click > New > DWORD (32-bit) value

Tukar namanya kepada MaxConnectionsPerServer.

4. Right-click pada MaxConnectionsPerServer dan klik MODIFY.Gunakan decimal, dan masukkan nilai 3000000
5. Buat satu lagi DWORD dan beri nama MaxConnectionsPer1_0Server


Di sini juga, masukkan nilai yang disebutkan di atas,dalam decimal.

*Kalau dalam folder tu dah ada kedua-dua key tersebut,korang kena delete kedua-dua file yg sedia ada tu,pastu ulang langkah 3

6. Restart Internet Explorer/Google Chrome/Firefox/dan lain-lain web browser lagi la..
selepas itu, perhatikan kelajuan internet korang..

TRIK UNTUK DNS:

Korang dapat meningkatkan cache DNS dengan Registry Tweak yang sederhana.

# Buka Notepad dan copy-paste kod berikut dan simpan dengan nama fail
dnscache.reg.

Ini adalah apa yang korang perlu salin:

Windows Registry Editor Version 5.00
[HKEY_LOCAL_MACHINE \ SYSTEM \ CurrentControlSet \ Services \ dnscache \ Parameters]
"CacheHashTableBucketSize" = dword: 00000001
"CacheHashTableSize" = dword: 00000180
"MaxCacheEntryTtlLimit" = dword: 0000fa00
"MaxSOACacheEntryTtlLimit" = dword: 0000012d

Lepas je korang SAVE file yg pada asalnya menggunakan extention (.txt) tadi kepada (.reg), fail notepad itu akan bertukar kepada fail registry..apa yang korang perlu lakukan ialah klik pada fail registry tersebut, dan kemudian akan keluar satu tetingkap yang meminta untuk korang sama ada mahu memasukkan registry tersebut ke dalam windows atau tidak..korang hanya perlu klik 'Yes'..semua masalah dah setel..ok? 

Apa yang penting korang perlu tukar extension fail txt kepada reg..kalau tak nampak extension, pergi dekat My Computer > Tools > Folder Options > View > Hidden files and folders > Klik pada Show hidden files and folders > Un-tick pada Hide extensions for known file types.

! Make sure icon file tu dah bertukar menjadi ikon registry dahulu,selalunya selepas anda membuang extension txt dan save sebagai reg kemudian enter,akan keluar sato balloon yg nak mengesahkan bahawa anda ingin menukar extension tu.Klik YES je.

Selamat Mencuba !! 

p/s - about speed internet browsing tu,anda sendiri lah yang nilai.Sebab aku cuba menjadi dan aku rasa lebih laju.Untuk PC korang,pandai-pandai lah nilai ye.