Showing posts with label terbaik. Show all posts
Showing posts with label terbaik. Show all posts

Tuesday, March 22, 2011

10 Aplikasi Terbaik Untuk Nokia Symbian


assalamualaikum..

Aku ni dah lama guna handphone Nokia Symbian ni..so aku dah explore banyak aplikasi2 terbaik and yg sesuai dgn kehendak remaja masa kini..kebanyakannya aku download dari Nokia Ovi Store..bukan kene bayar pun..asalkan korang ade akaun Ovi Store ni,semuanya free...err..ade la yg kene bayar..tapi x payah la amik yg kene bayar tu kan..haha..yang free pun dah cukup gempak..

Antara aplikasi yang aku syorkan untuk korang :-

1) Mazelock(Ovi Store)



aplikasi ni untuk pengguna yang gemar mengunci hp diorang..bosan dengan lock yg sedia ada dalam hp korang ?? dapatkan aplikasi ni segera..ianya mengandungi 9 dot berdimensi 3x3,dan boleh disetkan pattern oleh pengguna..untuk unlock hp korang,seseorang itu harus memadankan pattern seperti yg telah disetkan sebelum itu...

Requirement:

touchscreen



2)FingerPrint(Ovi Store)



sama seperti aplikasi Mazelock tadi,aplikasi ini juga bertujuan mengunci hp anda supaya x digunakan oleh orang lain..tapi ianya menggunkan cap jari..korang boleh setkan dulu cap jari korang..and then bila nak unlock,mestilah menggunakan cap jari yg sama,dengan kata lain,jari korang la..so org lain x boleh nak unlock hp korang..tapi aplikasi ni berbayar..so baik guna mazelock yg di atas..haha.

Requirement:

touchscreen

3)N-Desk(Ovi Store)



korang boleh jadikan hp korang seolah2 iPhone..semua aplikasi2 akan disusun secara random.korang boleh set background wallpaper dan juga warna deck kat bawah tu..korang jugak boleh susun aplikasi2 tersebut seperti yg aku tunjuk dalam video ni..letakkan jari korang lama2 di icon aplikasi yg korang nak ubah,then bila semua icon dah vibrate,korang drag icon tu pergi dekat icon aplikasi lain yg korang nak tukar..nanti icon tu akan lari ke tempat icon asal tadi..

Requirement:

touchscreen

4)Moove(Ovi Store)



untuk pengguna hp touchscreen dan juga yang ade sensor macam Nokia 5800 yg aku guna..korang boleh ubah lagu yang sedang dimainkan dengan hanya menggerakkan tangan di atas hp korang tu..macam magik dow..sape2 yg x tahu pasal aplikasi ni lagi,akan menganggap korang melakukan magik(kalau dia lurus sgt la =_=)..

Requirement:

touchscreen,sensor

5)TuneWiki(Ovi Store)




minat menyanyi lagu ?? tapi x tahu lirik ?? haha..daripada korang miming macam org x betul,baik menyanyi dengan lirik..so dapatkan aplikasi ni segera..tapi make sure ada internet connection la.better guna WiFi...lagu akan dimainkan dan aplikasi ni akan mencari lirik lagu yg sedang dimainkan..tapi x semua la ade lirik..kalau lagu yg korang rakam adik korang nyanyi,xkan dia nak cari lirik jugak kot.. =_=''

Requirement:

touchscreen,internet connection

6)BrightLight(Ovi Store)



aplikasi mudah ni akan membolehkan hp korang berfungsi sebagai torchlight..daripada menyusahkan nak cari flash dalam aplikasi kamera,baik guna aplikasi mudah ni kan..

Requirement:

touchscreen,LED flash/Xenon Flash

7)Battery Monitor(Ovi Store)



untuk pengguna yang details..semua benda dia nak monitor..macam aku la..so kepada pengguna yang nak tengok penggunaan battery korang secara detail,aplikasi ni pilihan yg sempurna dan tepat..ia akan menunjukkan penggunaan battery hp korang secara harian,dan akan mengkelaskan mengikut penggunaan seperti internet,GPS,messaging,music player,etc.. gempak kan ??

Requirement:

touchscreen

8)Prayer Time(Ovi Store)



aplikasi untuk Muslim..daripada korang susah2 bawak takwim solat dalam beg bila nak ada perjalanan jauh,baik korang dapatkan aplikasi ni..berbanding software takwim solat yang lain,aku lebih percaya yang ni..sebab aku dah bandingkan dengan takwim sedia ada dan ianya tepat..

Requirement:

touchscreen,internet connection

9)Netqin Mobile Guard(Ovi Store)



juga aplikasi untuk pengguna yang detail..aplikasi ni gempak sebab korang leh monitor macam2 benda pasal hp korang.Ianya merangkumi app manager,boot manager,task manager,anti-malware,OS Scan,clean spam,disk manager,web manager,file manager,share,safe mode....pergh..sampai 8 aplikasi diorang bagi dalam 1 aplikasi je..so better dapatkan sekarang sebab ianya Genuine dan mendapat pengesahan dari syarikat Netqin sendiri..

Requirement:

touchscreen,internet connection(first time install je)

10)Garmin Mobile XT



aplikasi ni paling best bagi aku..korang x payah habiskan kredit untuk guna aplikasi GPS sedia ada dalam hp korang tu,macam Nokia Maps,Ovi Maps,dll....semua tu telan kredit korang je..mari kite beralih ke aplikasi GPS all free ni...memang tepat dan memuaskan..banyak kali dah family aku sesat nak pergi mana2,guna GPS ni la,baru jumpa balik jalan yg betul..tapi bukan senang2 je nak install,korang kene pandai hack sket system die..tapi jangan risau,aku dah siapkan tutorial nak pasang benda alah ni..korang klik kat sini je..jangan risau,hp yang x de touchscreen pun boleh install..make sure tu hp symbian n ada GPS je..

Requirement:

GPS

okeh...tu baru sikit je yang aku review..nanti aku review banyak2 lagi...so xnak cakap panjang2,selamat mencuba semua !!

Saturday, March 19, 2011

6 PERKARA YG PATUT DIKETAHUI OLEH BLOGGER BARU


assalamualaikum semua..

actually aku baru habis blogwalking...pergh..ramai blogger baru kot..maksudnye industri blogging(industri ke ??) dah semakin femes dalam kalangan org Malaysia sekarang nieh..bagus2..semalam pun masuk paper Kosmo! pasal kehebatan blogger2 ni..rasa bangga la plak.kehkeh..

TETAPI,nak jadi blogger bukan leh ikut suka hati je nak buat ape pun..korang bleh kata,ini blog aku,aku boleh buat ape yg aku suka,fine...tapi jangan merungut kalau tak ada langsung pengunjung atau pembaca yg melawat blog korang dek kerana sikap ego korang yang taknak dengar nasihat tu..

So,kali ni aku nak la kongsi sikit2 ape2 tips yg seorang blogger baru perlu buat kalau nak ramai pengunjung berkunjung ke blog dia..Aku pun baru jugak dalam blogging world ni,ade la dalam 4 tahun,cume setahun kebelakangan ni je baru aktif..so meh nak kongsi sikit2 ape yg korang perlu buat :-

1)Simplekan blog korang

sebuah blog yg baik,tidak terlalu simple,dan tidak terlalu padat..x payah nak hias blog korang macam nak hias katil pengantin..simple2 jadilah..ingat,bukan hiasan yg penting,tapi ISI blog tu yg penting..kalau blog cantik macam Taman Kayangan pun,tapi isi hampeh,no use lah..kalau korang hias banyak sgt,blog korang akan jadi berat..bukan berat timbang kilo tu,tapi berat n lambat loading..so peratus org nak berkunjung n follow blog korang akan drop down..AWAS !

2)Kurangkan widget2 yang x berguna

ini lagi satu..aku cukup sakit mata masuk blog yg widget die penuh macam buku2 kat almari..letakkan widget yg penting macam follower,blog archieve,shoutmix,ha,yg macam tu jadi lah...ni tidak,ade blog yg aku masuk tu,still ade widget ikan berenang yg google punyer tu..nak buat ape ikan2 tu ?? balik bela kat rumah je..widget jam la,kalendar la,gambar2 family korang yg penuh2,sume tu x perlu langsung pun...buat lambat loading je..

3)Elakkan blog yg mempunyai lagu

Ha,dulu blog aku pun ade lagu...tapi semakin lama aku semakin sakit hati..bukak2 blog je,mula la memekak blog aku tu..n lambat loading jugak..selalunya org blogwalking lewat2 malam,tapi bile bukak je blog korang,memekak habis lagu2...org nak blogwalking plak bukan satu blog satu masa,banyak blog la der...kalau suma blog tu ade lagu,x ke jadi macam pasar malam nanti ?? bising tau..so buang je la lagu2 tu..beli mp3 dengar sorang2 lagu feveret korang tu..

4)Buang word verification untuk komen post

ha,ni lagi satu..menyusahkan je..mane la ade robot nak datang komen blog korang..buang je word verification tu..jadi la friendly sket..x payah nak secure sgt..org yg rajin komen ni x ramai..kalau korang letak word verification lak,lagi la x ramai..so terabai la post korang tu tanpa komen..lain la kalau korang ni blogger femes macam Irine Nadia ke,Ben Ashaari ke,Hanis Zalikha ke...kalau korang macam tu,letak 40 word verification pun,beriban jugak org komen..

5)Kotak follower

ni pun penting..aku cukup malas nak follow blog yg letak follower box di bahagian bawah blog..kalau korang ni blogger baru,org just masuk blog korang untuk follow je,pastu blah..org x baca sgt entry korang lagi..so untuk permulaan ni,korang perlukan follower dulu..tapi kalau dah korang letak follower box tu kat bawah,jgn kata diorang,aku pun malas nak scroll sampai ke bawah blog korang,nak follow..so baik korang letak kat bahagian atas entry atau kat bahagian atas sidebar..lebih baik n x menyusahkan org nak follow..

6)Ringkaskan Entry

hahaha..yg ni aku pun lemah lagi..sbb aku kuat berleter..and bila nak type entry tu,mmg selalu jadi macam esei la..tapi aku nasihatkan korang jugak la,ringkaskan entry..orang tak larat nak baca semua entry korang sampai habis..kalau setakat nak cerita pasal korang pergi dating,pergi main bola,nak taip entry sampai berperenggan2,lupakan je..org xkan baca punya..so ringkaskan..

Cukuplah tu..aku bagi 6 dulu tips,yg lain nanti aku updatekan ye...aku seronok tengok ramai dah yg mencebur diri dalam blogging ni..sbb best dapat kawan..kalau korang nak join komunti blogger paling femes plak,korang leh join BCR iaitu Bloggers Chat Room...pergh..sini mmg best la..korang sign in n masuk chat ngan blogger2 lain yg ramah mesra(termasuk aku :P)..klik kat sini kalau korang nak join..

Ok,akhir kata,hidup bloggers !!!