Showing posts with label kewajipan bertudung. Show all posts
Showing posts with label kewajipan bertudung. Show all posts

Wednesday, August 31, 2011

[Edisi GERAM!!] Korang Nak Ke Amik Diorang Ni Jadi Isteri ????!!!

Assalamualaikum wbt.. 



Gambar ni guwa amik dari blog MiloSuam@Rejam.

Ha, korang tengok sendirilah.. Tak kan orang Cina ni ? Tak kan orang India ni ? Sah-sah la MELAYU kan ? Dah MELAYU tu, tak kan la Buddha, tak kan la Hindu, sah-sah la ISLAM kan ?

Soal aib tak aib, korang pi sembang kat tempat lain , in case korang tak nampak la kat mata diorang tu ada sensor.Ha, ni la jadinya kalau dari kecik tak diajar dengan akhlak Islam.Kalau korang tanya aku la, diorang ni pakai tudung sebab fesyen je kot.Sebab kalau betul diorang pakai tudung dengan ikhlas, rasanya diorang akan merasa sangat malu nak buat benda yg tak senonoh macam kat atas tu.

Tengok la sendiri gambar tu.Ni bukan superimpose, aku bagitau siap-siap , kot-kot la ada sapa yg rasa diri dia tu terer sgt grafik , nak protes hal ni kan.Kalau aku tak tunjuk gambar ni pun, rasanya dah ramai dari kita pernah nampak situasi macam ni.

Untuk yg nak backup geng kat atas tu , aku nasihatkan pi main jauh-jauh.Sebab tiada apa yg nak dibackupkan dengan diorang ni.Diorang pakai tudung tu, dah membawa imej Islam, dah bawa maruah agama ISlam, sekali bleh lak diorang tunjuk isyarat FUCK selamber badak je, macam bukan Islam je aku tengok.

Aku tau, ramai akan pertikaikan kes ni.Kata diorang, alah , tu isyarat jari je pun, not a big deal la kononnya.OK fine.Lepas ni aku nak tengok korang buat isyarat tu kat mak bapak korang, kat cikgu korang, agak-agak nak kene pelempang tak ? Sure kena kan ? Sebab apa ? Ya !! Sebab isyarat tu dah diketahui ramai, bermaksud lucah.In case kalau korang fikir guna otak la.Kalau tak de otak tu, sorry to say la, dimaafkan.

C'mon la wanita Islam yang bertudung, pakai tudung tu dah manis dah, even bukan tudung labuh, kira ok la.So jangan la korang cemarkan imej Wanita Islam Bertudung dengan sikap korang yg liar tu.Jangan kerana korang punya hedonisme tu, nak hiburan je , nak happy je memanjang, nak melawak over-over, maruah Islam plak korang pertaruhkan.

Setakat tu je aku nak cakap, hope diorang bertaubat lepas ni.And hope diorang sedar yg gambar diorang ader.At least datang gak rasa malu tu, in case kalau dia ada Iman lagi la.Kalau dia tak de Iman, dia tak akan rasa malu.

p/s - Kepada yg nak komen tu, please, fikir guna otak sebelum komen, jangan komen macam orang tak de agama , sebab mmg best je kene fire nanti.

Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D

Tuesday, May 31, 2011

Kenapa Wanita Bengang Apabila Dicondemn ??

Assalamualaikum wbt..



Aku pelik la,sebab ape ramai minah-minah yg bengang bila lelaki condemn pasal wanita ? Contohnya bila ada entry yg sebut pasal aurat wanita, pasal wanita skunk yg suka tunjuk body, yg free hair, yang suka pakai sanggul, kenapa diorang akan bengang pastu condemn lelaki balik ?

Adakah diorang ingat tujuan lelaki condemn2 ni sebab nak timbulkan peperangan kaum ke ? Adakah sebab lelaki ni nak timbulkan sentimen perkauman (lelaki vs wanita) ?? Adakah sebab diorang ingat lelaki ni nak tunjukkan bahawa kaum lelaki ni lebih baik ??

Jawapan aku adalah TIDAK !!

Bagi aku, aku buat entry macam tu sebab aku nak diorang sedar bahawa tanggungjawab wanita nak jaga aurat, jaga akhlak, lebih rumit dari lelaki, SEBAB APA ??????????

Sebab Islam amat memelihara maruah kaum wanita.That's it.

Korang kena jaga aurat lebih rumit dari lelaki,tutup segalanya sampai tinggal muka dengan tapak tangan je,kaki tu pun tak leh dilihat oleh bukan mahram,rambut tu aku tak payah cakap la,semua dah tawu,tudung pun bukan sebarangan tudung je yg korang leh pakai,bukan pakai sedap mata je korang nak pakai tudung.

Tudung tu kena menutupi lebih dari paras dada,dan kain tu tak leh jarang.Sebab buang masa je korang pakai kalau nampak jugak body dan nampak jugak warna rambut tu.Baik korang tak pakai apa-apa langsung.Dosa tetap dosa.

Pakaian korang pulak kena longgar,tak leh menampakkan bentuk tubuh korang,langsung tak boleh,sebab hukumnya kalau nampak bentuk badan,sama ja macam korang tak pakai seurat benang pun.Baik bogel je kan kalau dah macam tu ? Ha tau pun malu.So longgarkanlah pakaian korang tu.Biar labuh,nampak sopan.

Korang nak kuar tu,tak payah la duk bagi nampak menarik perhatian sgt,buat apa kalau orang semua melopong tengok korang,sedangkan dalam masa yang sama,dosa duk masuk berguni-guni ?? Rugi je kan ?? Yang duk melopong tengok tu kejap je pun,bukannya korang nak buat suami pun suma tu kan ? Kan ? So baik pakai biasa ja tetapi sempurna.Wangi-wangian tu tak payah la,tabarruj,haram je kalau ada lelaki yang tertarik.

Kaki tu pun tak leh dilihat oleh bukan mahram.Sape yg suke duk pakai selipar je kuar umah tu,atau kasut tinggi pun,make sure pakai sarung kaki yg legap,yang tak nampak warna kulit.

KENAPA SAMPAI KE TAHAP ITU KORANG KENA JAGA ??

Aku rasa korang sendiri tau jawapannya.Ya,sebab korang adalah perhiasan dunia.Seindah perhiasan dunia adalah wanita yg SOLEHAH,bukan wanita yang SEKSI,bukan wanita yang FREE HAIR,dan bukan juga wanita yang TAK MENUTUP SEMUA AURAT DENGAN SEMPURNA.

Kalau korang tutup aurat dengan sempurna,semuanya korang jaga,so atas dasar ape korang nak bengang kan ? So nampak sangat yang bengang2 tu semuanya yang tak menutup aurat dgn sempurna la tu.

Aku petik dari entry aku yg lepas mengenai hantaran kahwin yang tinggi,ada satu perenggan yg ramai orang cakap diorang suka perenggan tu,iaitu 

"So kesimpulannya,tak payah la korang nak letak harga tinggi sangat anak perempuan korang tu,kalau yg tertib lendit,tudung labuh,belajar tinggi-tinggi,sopan santun,takpe la jugak nak letak tinggi sikit,sebab diorang susah nak dicari dan amat berharga.Tapi kalau si anak tu yang free hair,yang kuar lewat malam balik awal pagi,yang perangai mengalahkan jantan,yang mengaji tak tinggi,sebab dulu asyik ponteng je,yang macam ni korang nak letak mahal - mahal ? Aku bukan nak hina sapa-sapa,tapi ini fakta,kalau dah si anak tu perangai yang so-so je,so atas dasar ape korang nak letak mahal-mahal ? "

Wahai kaum Hawa,sedarlah kalian bahawa kalian amat berharga dan amat dipelihara di sisi Islam.Semua kewajipan dan tuntutan ni bukan bertujuan nak membebankan kalian,ianya bertujuan nak menjaga maruah kalian,so sedarlah,bukan si lelaki ni nak merendah-rendahkan martabat kalian,sebaliknya lelaki ni nak meninggikan lagi martabat kalian di sisi agama.

p/s - ada gurl yg cakap "jangan ingat perempuan tak pakai tudung ni jahat,kadang-kadang diorang ni baik lagi dari yg pakai tudung".. bagi aku pulak,semua yg x tak pakai tudung tu semua tak baik.Senang je.Sebab dah sure2 dosa,takde pengecualian dalam hal ni bagi wanita.. Kalau solat,puasa,dan semua yg lain,tapi bab bertudung fail,takde guna jugak.

Sekian,salam muhasabah :D