Showing posts with label blog review. Show all posts
Showing posts with label blog review. Show all posts

Friday, August 5, 2011

[REVIEW BLOG] - EZA ELHANIS : Gadis Simple Tetapi Menarik

Assalamualaikum wbt.. 

Aku rasa bersalah sebab lambat tunaikan janji aku untuk mereview blog pemenang tempat ketiga Peraduan Teka-Teki yang dianjurkan oleh blog aku baru-baru ini.Pemenang tersebut ialah Eza Elhanis.Maka kali ini aku akan review blog beliau sebaik mungkin.InsyaAllah. :D

Header


Header cik Eza kite ni agak simple , tapi nice.Bagi aku kaler pink mmg paling sesuai untuk girl.Header yg simple akan menjadikan blog ringan.So mudah nak loading.Kadangkala header yg terlalu complex hanya menyerabutkan blog je.So pilihan cik eza ni adalah baik.

Sidebar


Sebenarnya, aku agak tak suke blog ader lagu.Tapi tak pe la kan, lain orang lain citarasa, dan lagu kat blog cik Eza kita ni pun tak de lah bising sgt.So tak ganggu sangat.Widget daisypath tu yg aku tersenyum tu.hehe.. 

Entry Achieve


Dulu aku pernah jugak guna widget macam ni untuk menunjukkan entry-entry yg latest.Tapi lepas aku tukar domain ke .com , widget ni jadi rosak sket.So disebabkan malas nak coding balik, aku delete je.Widget ni bagus sebab animated, dan akan tunjuk thumbnail gambar n tajuk entry yg latest.Terbaik dari Cik Eza.Korang bleh la godek-godek tengok entry-entry lama kat blog dia . :D

Entry


Entry design cik Eza ni pun simple dan menarik.Tak perlu la penuh dgn warna warni yg menyakitkan mata dan ditambah dgn emoticon yg mengganggu pembacaan.Cuma dari segi structure entry tu, lebih elok rasanya kalau cik Eza gunakan justify berbanding center.Tapi tu pun bergantung kepada cik Eza lah.


Overall, apa yg aku boleh katakan mengenai blog Eza Elhanis ni adalah, ianya simple dan menarik.Tak banyak widget-widget yg tidak perlu dan memberatkan blog, dan disusun dengan nice.Cuma, aku cadangkan cik Eza naikkan sikit follower box tu untuk memudahkan orang follow blog cik Eza.

Sapa yang nak berkenalan lebih dekat lagi dengan pemilik blog ni mahupun blog beliau, boleh segera ke link ini Eza Elhanis.

Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D

Saturday, July 23, 2011

Keputusan Pemenang Contest Teka - Teki Tinta Penaku !!

Assalamualaikum wbt..



Ya,, tepat pukul 10:00 pm tadi (GMT 8+) , maka telah tamatlah Contest Teka-Teki anjuran blog aku iaitu Tinta Penaku.Aku saje la buat contest ni.Aku tengah mood exam.So, malas nak udpate entry.So aku buat la contest ni.

Maka, dengan ini, diumumkan pemenangnya adalah seperti berikut :

Tempat Pertama (Topup Rm10) - Wan Norfazilah

Tempat Kedua (Topup Rm5) - Pejuang Cinta

Tempat Ketiga (Review Blog) - Eza Elhanis

*Pemenang dikira dari penyertaan terawal dan jawapan betul dan tepat paling banyak .

Tahniah diucapkan kepada yang menang dan thanks kepada semua yg join walaupun ada 9 orang je join.Aku sedar,aku tak femes.So syukur la ade gak orang join.hehe..Maybe sebab hadiah ciput kot..hehe..Ni baru test..InsyaAllah lepas ni hadiah lebih gempak.

PERHATIAN KEPADA PEMENANG !!

Kepada Pemenang, Sila Check Shoutbox masing-masing.Aku ada bagi hint.Sila mesej aku di Facebook aku dan nyatakan bahawa anda pemenang.Untuk pemenang topup, sila sertakan no HP anda untuk aku topupkan.Ni facebook aku - Farhan Al-Jitrawi . Kalau belum add, sila add dan inform aku bahwa korang adalah pemenang.Takut aku tak approve plak nanti.

*Hadiah Akan Diberi Selepas 27 Hb Julai ni.Sebab aku tengah exam :D

Di sini, aku sertakan jawapan kepada teka-teki yg aku bagi dalam contest kelmarin :


1) Ikan apa berbadan dua ?

Jawapan : Ikan masin atau ikan kering kerana ianya dibelah dua dan dijemur di bawah matahari.

2) Ikan apa berbadan empat ?

Jawapan : Ikan masin/kering di depan cermin.Hahahaha.. :D

3) Perkataan 'KATAK' diterbalikkan akan jadi 'KATAK' jugak.Tapi kalau KOPIditerbalikkan ??

Jawapan : Tumpah

4) Ada apa di antara 'langit dan bumi' ??

Jawapan : huruf 'dan'

5) Dimanakah gurun  yg mempunyai tanaman yang subur ??

Jawapan : Gurun , Kedah Darul Aman.

6) "Rumah di bawah,tiang di atas" <--- Apakah ini ??

Jawapan : Kubur

7) Pembuatnya tak nak guna, pembelinya tak dapat gunanya, pengunanya pulak tak nampak ia.Apakah ia ??

Jawapan : Keranda

8) Seorang PM di sebuah negara, hanya kelihatan di waktu petang dan malam je, tidak di waktu pagi.Kenapa jadi macam tu ??

Jawapan : Sebab dia PM.Kalau dia AM, baru la ada di waktu pagi :D

9) Ada seekor singa yg amat garang sekali di sebuah zoo.Ada seorang ayah dan anak di depan kandang singa neh.Si ayah cuba mengacah singa tu.Singa tu mengaum dengan begitu garang .Tapi bila si anak mengacah singa tu pula, singa tu kelihatan amat jinak.. Kenapa singa tu jadi macam tu ???

Jawapan : Sebab singa tu 'garang sekali' saja.So bila anak dia acah plak, singa tu dah tak jadi garang. :D

10) (Soalan paling susah :D ) Ada seorang makmum ni, dia masuk dalam satu jemaah yg sedang solat.Setelah dia habis solat, didapati dia telah duduk tahiyyat (awal dan akhir) sebanyak 4 kali.Bagaimanakah keadaan ini terjadi ??

Jawapan : Makmum tu masbuk, dia masuk ketika jemaah sedang duduk tahiyyat awal Solat Maghrib.So, rakaat tu tidak dikira untuknya kerana dia tidak sempat rukuk bersama imam.Tapi dia dah duduk tahiyyat awal bersama jemaah.Kemudian dia duduk tahiyyat akhir pula.Setelah jemaah dah memberi salam, dia perlu bangun dan menyempurnakan 2 rakaat lagi dimana dalam 2 rakaat tu ada tahiyyat awal dan akhir.So, jumlah tahiyyat kesemuanya adalah 4.

Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D

Wednesday, May 25, 2011

TintaPenaku.com Masuk 1tube.my ????!!

Assalamualaikum wbt..





Hip hip hoorey ! Hip hip hoorey ! Pang !!! Adeh sape lak tampo aku nieh ?? Ala..orang nak happy sket pun tak leh.kecoh r lu der..hehe.. alhamdulillah,setelah 4 bulan aktif dan berhempas pulas dalam dunia blogging,akhirnya follower aku mencecah jugak 1k !!! .. Terima kasih kepada semua sekali yg menyokong perjuangan blog aku nih..Dan satu lagi,aku best sgt2,semalam aku buka shoutmix,pastu ade krew 1tube.my datang,jalan2.Aku pun macam konpius la kan,pehal lak bro ni datang.

So aku pun terjah la 1tube.my tu walaupun pada awalnya aku mmg malas buka sbb blogger2 dan vlogger otai je ramai dalam tu.Tapi disebabkan curiosity memenuhi segenap ruang otak aku,so aku terjah jugak.Dah bukak tu,aku tengok cam tak de pape pun.Hahaha.. kejam gilos ayat.

Tiba-tiba, jeng jeng jeng !! Aku terpandang satu video yg agak2 eye-catchy sikit nih,tak de la sampai tahap eye-sore,nape kat video tu cam ade lambang header blog aku ea ?? Sekali lagi curiosity memenuhi hypothelamus otak aku,medulla oblongata turut bergetar. * semua ni hanya untuk menimbulkan suspen je,diharap dapat buka tali pinggang keselamatan anda tu,tak de pape pun =.='' * 

Video tu bertajuk Santai: Bloglist Enchik Nine

Eh eh ! Macam pernah dengar je nama ni.Enchik Nine ni member aku dalam BCR.owh betul la hari tu aku ade join bloglist dia.Tapi tak sangka la plak dia buat review blog,dah tu,dalam video lak tu,selalunya orang buat dalam entry blog je kan.So aku mmg terkesima,terpegun,terpaku,dan segala macam ter lagi lah tatkala melihat video tu.Hehe..

Terbaik la bro !! Terharu aku .. yelah,sape la yg ada hati nak review blog picisan dan murahan macam blog aku ni.UV tak tara mana,follower pun ciput,admin tak nsem * ini ayat poyo,sila abaikan =='' * , so sape la nak review kan ? Tapi sebab dah aku join segmen bloglist dia hari tu,so dia buat la kan..

And semua komen-komen dia tentang blog aku,aku terima.Pujian pun aku terima,teguran pun aku terima.And kepada enchik nine,aku minta maaf sbb tak letak blog ko dalam bloglist.Aku tak baca sgt syarat-syarat hari tue.Sori sangat2.Tak pe,aku dah letakkan.

So kepada pembaca,cakap banyak pun tak guna kan,korang usya la sendiri video nih >> Cekidaut !!



So sekali lagi aku ucapkan thanks berjuta-juta lemon kepada Enchik Nine sebab sudi review blog aku.Pasnie sape-sape nak review lagi,dipersilakan.Kalau nak review blog aku kat Alexa pun lagi bagus :D har har har,eh ni gelak macam Hamzah Ian,ah,abaikan.Hehe..

Sekian sahaja,May peace be upon You !! :D

p/s - ok aku agak poyo.. aku tau sape2 pun leh upload video kat 1tube.my tu,tapi aku terharu sbb org review blog aku.FYI,blog aku belum pernah direview. Sadis kan pengakuan ini ?? sob ! sob ! sob ! :'(