Saturday, July 23, 2011

Keputusan Pemenang Contest Teka - Teki Tinta Penaku !!

Assalamualaikum wbt..



Ya,, tepat pukul 10:00 pm tadi (GMT 8+) , maka telah tamatlah Contest Teka-Teki anjuran blog aku iaitu Tinta Penaku.Aku saje la buat contest ni.Aku tengah mood exam.So, malas nak udpate entry.So aku buat la contest ni.

Maka, dengan ini, diumumkan pemenangnya adalah seperti berikut :

Tempat Pertama (Topup Rm10) - Wan Norfazilah

Tempat Kedua (Topup Rm5) - Pejuang Cinta

Tempat Ketiga (Review Blog) - Eza Elhanis

*Pemenang dikira dari penyertaan terawal dan jawapan betul dan tepat paling banyak .

Tahniah diucapkan kepada yang menang dan thanks kepada semua yg join walaupun ada 9 orang je join.Aku sedar,aku tak femes.So syukur la ade gak orang join.hehe..Maybe sebab hadiah ciput kot..hehe..Ni baru test..InsyaAllah lepas ni hadiah lebih gempak.

PERHATIAN KEPADA PEMENANG !!

Kepada Pemenang, Sila Check Shoutbox masing-masing.Aku ada bagi hint.Sila mesej aku di Facebook aku dan nyatakan bahawa anda pemenang.Untuk pemenang topup, sila sertakan no HP anda untuk aku topupkan.Ni facebook aku - Farhan Al-Jitrawi . Kalau belum add, sila add dan inform aku bahwa korang adalah pemenang.Takut aku tak approve plak nanti.

*Hadiah Akan Diberi Selepas 27 Hb Julai ni.Sebab aku tengah exam :D

Di sini, aku sertakan jawapan kepada teka-teki yg aku bagi dalam contest kelmarin :


1) Ikan apa berbadan dua ?

Jawapan : Ikan masin atau ikan kering kerana ianya dibelah dua dan dijemur di bawah matahari.

2) Ikan apa berbadan empat ?

Jawapan : Ikan masin/kering di depan cermin.Hahahaha.. :D

3) Perkataan 'KATAK' diterbalikkan akan jadi 'KATAK' jugak.Tapi kalau KOPIditerbalikkan ??

Jawapan : Tumpah

4) Ada apa di antara 'langit dan bumi' ??

Jawapan : huruf 'dan'

5) Dimanakah gurun  yg mempunyai tanaman yang subur ??

Jawapan : Gurun , Kedah Darul Aman.

6) "Rumah di bawah,tiang di atas" <--- Apakah ini ??

Jawapan : Kubur

7) Pembuatnya tak nak guna, pembelinya tak dapat gunanya, pengunanya pulak tak nampak ia.Apakah ia ??

Jawapan : Keranda

8) Seorang PM di sebuah negara, hanya kelihatan di waktu petang dan malam je, tidak di waktu pagi.Kenapa jadi macam tu ??

Jawapan : Sebab dia PM.Kalau dia AM, baru la ada di waktu pagi :D

9) Ada seekor singa yg amat garang sekali di sebuah zoo.Ada seorang ayah dan anak di depan kandang singa neh.Si ayah cuba mengacah singa tu.Singa tu mengaum dengan begitu garang .Tapi bila si anak mengacah singa tu pula, singa tu kelihatan amat jinak.. Kenapa singa tu jadi macam tu ???

Jawapan : Sebab singa tu 'garang sekali' saja.So bila anak dia acah plak, singa tu dah tak jadi garang. :D

10) (Soalan paling susah :D ) Ada seorang makmum ni, dia masuk dalam satu jemaah yg sedang solat.Setelah dia habis solat, didapati dia telah duduk tahiyyat (awal dan akhir) sebanyak 4 kali.Bagaimanakah keadaan ini terjadi ??

Jawapan : Makmum tu masbuk, dia masuk ketika jemaah sedang duduk tahiyyat awal Solat Maghrib.So, rakaat tu tidak dikira untuknya kerana dia tidak sempat rukuk bersama imam.Tapi dia dah duduk tahiyyat awal bersama jemaah.Kemudian dia duduk tahiyyat akhir pula.Setelah jemaah dah memberi salam, dia perlu bangun dan menyempurnakan 2 rakaat lagi dimana dalam 2 rakaat tu ada tahiyyat awal dan akhir.So, jumlah tahiyyat kesemuanya adalah 4.

Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D