Wednesday, August 8, 2012

Salahsilah Keturunan Handphone Aku Volume II

Assalamualaikum wbt.. 

(psst..ni handset zaman bila ni =='')


Mungkin sesiapa yg mengenali aku dah tawu sikap aku yang suka tukar handphone ni kan ?? Yup, mmg sejak dari sekolah menengah lagi aku macam ni.Time sekolah dulu aku tukar handphone 100% purely sebab nafsu teknologi semata-mata.Nak rasa handphone ni , nak rasa handphone tu.Time tu pulak handphone murah-murah lagi.

Tapi, sejak mengenali Android OS, tabiat menukar handphone aku mengalami sdikit perubahan.Aku tak tukar handphone 100% sebab nafsu, tapi sebab aku berminat nak kaji spesifikasi dan performance phone tersebut.Dulu time guna Nokia, mana ada minat langsung pasal tu.Tapi sejak kenal Android OS di mana user ada pilihan untuk menukar ROM , dengan cara Root, unlock bootloader, sekaligus memberi nafas baru kepada handphone masing-masing, maka aku semakin berminat mengkaji semua ini.

Kehidupan sebagai Androidian aku bermula selepas aku menjual handphone Symbian terakhir aku iaitu Nokia N97 Mini dan menukarkannya dengan Sony Ericsson Xperia X8.Pergh, awal-awal guna X8 tu, teruja nak pengsan aku.Yela, dulu boleh dengar je org sebut Android itu lah, Android ini lah, ape ke Gingerbread, ape ke Honeycomb lah, tah mende pun aku tak faham.Sekarang boleh rasa sendiri semua tu.haha.. noob lagi.Biasa lah kan..

3 hari 3 malam aku tak tido, mengkaji segala bagai istilah dalam android ni.Kebanyakkan org tawu beli je handphone Android, bila ditanya kenapa, jawabnya sebab ikut trend.Tapi aku nak tawu, kenapa Android ni dikatakan lain dari OS yg lain.Ianya kerana Android OS adalah OS yang terletak dalam golongan open-source OS.Bermaksud, segala coding-coding, source file, application, yang digunakan oleh syarikat pengeluar handphone tersebut seperti Sony Ericsson(kini dikenali dgn SONY sahaja), Samsung, Motorola, HTC, dalam pembuatan handphone diorang, akan dikongsi dengan masyarakat umum.Tidak seperti Nokia yg gemar menggunakan OS Symbian yg bersifat private, Android OS memberi 100% priviledge kepada penggunanya.

Setelah 3-4 hari mengkaji, maka aku biasakan diri dengan istilah rooting, flashing, unlock bootloader, custom ROM, stock ROM, clockworkmod recovery, firmware, backup and restore, Dalvik cache, partition, dan sebagainya.Maka, macam biasa la, lepas dah habis kaji, mula la bosan.Xperia X8 pulak tergolong dalam family Xperia 2010, so still baru, dan spec dia pun tak berapa canggih sangat.

Maka, didorong oleh sifat ingin tahu mengenai Android OS, aku nekad menjual Xperia X8 yg berumur seminggu itu dan membeli Xperia Neo.Wah, ni handphone Android OS yg agak canggih pertama aku.So, macam biasa, aku eksperimen Xperia Neo tu semahu-mahunya.Secara tidak langsung ilmu aku mengenai Android OS bertambah.Aku mula mengenali beberapa member Android OS di laman FB seperti Putera Adieka, Symbian Santibanez, Ariff Nadzir, Edi Pudi, dan ramai lagi..Ariff Nadzir tu junior kat SMKAK dulu, awalnya tak sedar, bila dah sedar , baru tergagap nak panggil aku Abang.hahaha..

So aku teruskan usaha menambahkan ilmu android.So nak diringkas cerita, inilah salahsilah aku yg seterusnya, mengikut turutan masa.Jangan terkejut sudah , salahsilah ini baru berumur 2 tahun, X8 aku beli time 2011, time duduk asasi UIA dulu.

Xperia X8
Tarikh bertahan : Seminggu
Harga Beli : rm450
Harga Jual : rm400
Nota : Handphone Android pertama.Menjadi batu loncatan bagi aku memasuki dunia Android OS.walaupun sekejap je, tapi dia banyak berjasa.haha.


Xperia Neo
Tarikh bertahan :2 Bulan (kot?)
Harga Beli : Rm700
Harga Jual : Rm650
Nota : Ni la kot antara hp Android aku yg agak bertahan sikit.Ni pulak bnyk membantu aku memahami spec Android high-end.Jual kepada sorang bro yang baru nak belajar pakai hp mahal.kikikiki..


 Xperia Arc
Tarikh bertahan :2 bulan(kot jugak)
Harga Beli : rm850
Harga Jual : rm750
Nota : Ni antara hp android yg paling aku sayang.bentuk lawa gila.Skrin pun besar.Aku banyak eksperimen Xperia Arc ni sebab dev-dev dia ramai, so banyak custom rom yg dihasilkan.Jual kat member sebab nak bayar yuran UIA sem 1 degree :'(


Xperia Mini
Tarikh bertahan : Seminggu
Harga Beli : rm380
Harga Jual : rm350
Nota : Ni aku beli hasil baki duit yg ada lepas bayar yuran UIA =='' , guna bagi cukup syarat ada hp ja, jual kat Kimi dah dia nak sangat.haha..


Xperia Play
Tarikh bertahan : 4 hari
Harga Beli : rm650
Harga Jual : rm600
Nota : Saja beli konon nak jadi gamers la kejap.Puas upgrade dan  tweak system sana sini, terjual jugak akhirnya..


Nokia N8
Tarikh bertahan : 23 jam
Harga Beli : rm550
Harga Jual : rm600
Nota : Tersesat dari mana pulak Nokia ni.Saja la, dah hampir 2 tahun tak guna Nokia, saja try sat, kot-kot la Symbian dah maju, tapi kecewa.OS still suck gila.Konon nak tiru Android, last2 jadi huduh piang.Jual lepas upgrade dari Symbian Anna ke Symbian Belle


Xperia Arc
Tarikh bertahan : 2 bulan
Harga Beli : rm780
Harga Jual : rm750
Nota : aik ? tadi bukan ada xperia arc dah ka? hehe.. rindu la kat Xperia Arc balik..beli la sat.tahan lama jugak macam ARc yg dlu, pastu jual kat member sebab nak jadi gamers sat.


PSP Go
Tarikh bertahan : 2 hari
Harga Beli : rm550
Harga Jual : rm550
Nota : Jadi la gamers kejap.asalnya member2 tak bagi beli , katanya tak sedap main.Aku kan degil, haha..aku beli jugak.sah2 tak best.tengok la kedudukan joystick dia dgn button lain.absurd gila.last sekali jual jugak lepas dah belajar pasal PSP System sikit2.





PSP 3006
Tarikh bertahan : 2 minggu 
Harga Beli : rm550
Harga Jual : rm560
Nota : Time ni dah advanced sikit pasal PSP.dah boleh flash custom firmware, mod bagi boleh main game gameboy dan nintendo, dah siap pasang casing cantik-cantik.Last2 jual kat sorang pakcik yg nak beli bagi hadiah kat anak dia.ayah mithali :D


iPhone 3GS 32GB
Tarikh bertahan : seminggu 
Harga Beli : rm780
Harga Jual : - (swap)
Nota : Saja nak belajar iOS pulak.Dah pandai jailbreak, unlock SIM dan segalanya yg basic pasal iOS, swap dgn sorang bro kat bawah ni 


Asus Transformer TF101
Tarikh bertahan : seminggu lebih 
Harga Beli : -(swap dgn iphone kat atas tu)
Harga Jual : rm1040
Nota : Pergh..aku bagi iphone, dia bagi natang ni kat aku.dia terdesak gila nak pakai hp, so dia bagi je la kat aku.aku puas main ngan natang ni, siap tayang2 lagi kat member2..haha.. sempat bawak balik kedah tunjuk kat family jap awal Ramadhan hari tu.pastu jual kat sorang senior UIA.


Samsung Galaxy SII i9100G
Tarikh bertahan : seminggu 
Harga Beli : rm1050
Harga Jual : rm1050
Nota : Pergh.. aku still terbau-bau Galaxy SII ni.baru jual tak sampai seminggu lepas.Tpi dah puas upgrade sana sini, lagipun Galaxy SII G ni tak banyak custom rom macam yg non-G nye version, so agak bosan.Tapi spec mmg superb muperb la !!


Sony Xperia S 32GB
Tarikh bertahan : 3 hari dan masih berada dalam genggaman 
Harga Beli : rm1200
Harga Jual : lom jual la ==''
Nota : Setelah puas bermimpi-mimpi Xperia S ni, last-last dapat gak kat aku sebiji.best la jugak guna natang ni, tapi custom ROM sikit sangat.Maybe dev dia tak banyak lagi kot.yang best tu camera 12Mp bhai.. amik lubang hidung pun nampak habis khazabah rizab negara,,haha.. ni pun duk rasa nak tukaq lagi..aiyoyo..



So sekian lah salahsilah handphone aku yg latest, actually salahsilah ni ada gap beberapa biji handphone jgaklah daripada salahsilah dalam entry yg dulu kat sini , tp abaikanlah..aku pun tak ingat dah.kuang kuang kuang..haha..So cepat-cepat la korang doa supaya jaga sikit nafsu teknologi ni.Tapi best boleh test spec-spec hp ni, sbb cita-cita aku dan degree yg aku tengah ambil ni pun selari.Mana la tau, dengan izinNya, aku boleh jadi dev smartphone suatu hari nanti..Amin2 kan lah ye :D

 Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D

1 comments:

Post a Comment

Komen yang best akan dihantar ke Akhbar Harakah! hahahahha !