Wednesday, August 8, 2012

Popeye, Total Recall dannnnnnn.. Sehelai Kertas Putih !!!

Assalamualaikum wbt.. 

Yeah... setelah sekian lama terperuk dalam bilik sambil asyik mengadap muka dua eko kucing ni sampai naik muak, sifat kemanusiaan aku pun kian hilang, akhirnya hari ini tiba jua di mana aku telah melepaskan segala kebosanan aku bersama dua orang member, iaitu Hafiy dan Iqbal.Yela, minggu depan semua bizi nak final exam dah kan, ada yg balik kampung awal lagi, sbb exam awal.Untung la..so kitorang mengambil masa yg masih ada utk mengeratkan silaturrahim yg sedia terbina.Cewah ayat.. kelas gitu :D

Pukul 6.20 petang, aku and Hafiy dah ready memecut (aku je pecut, dia ni tido je kat belakang =='' ) GT128 selaju-lajunya menuju ke Wangsa Walk, tempat aku selalu lepak sejak masuk UIA Gombak ni.Kami dah plan dengan Iqbal nak berbuka puasa di Restoran Popeye, alah lebih kurang McD dengan KFC la.Hari tu aku ngan Hafiy pernah berbuka sekali dah kat sini, boleh tahan la makanan dia.Aku n Hafiy datang dgn moto, kesian Iqbal, sbb takde member nak teman, dia terpaksa naik LRT sorang gi sana.Tu pun aku hantar ke busstop.OK la tu kan :D

Setelah puas mengorder, kami pun merepek la sementara tunggu berbuka.Time tu dah ramai dalam Popeye tu, nasib baik sampai awal,kalau tak jadi macam diorang la, berbaris sampai ke luar.

Hafiy(kiri) dan Iqbal(tak kan belakang pulak kan =='')

Ni Iqbal nye order.Ape la order burger je sebijik..teruk kene berleter dgn aku n Hafiy..hehe

Ni Hafiy nye lak.. Ayam dia lagi ok dari KFC or McD

Ni aku nye.Biasa la, nafsu makan besar :D

Habis berbuka, kitorang g tunaikan kewajipan solat Maghrib.Hafiy lambat sikit sbb g tandas , so aku and Iqbal yg dah siap awal gi naik atas beli tiket cinema dulu.

Awww yeahhh !! Actually aku nak ajak dorang tgok Batman, tapi diorang malas.Katanya bosan.Maybe la kot.so kitorang sepakat nak tengok Total Recall.Aku tengok trailer dia pun ok what :D

So layan la plak cinema.Ini fakta ya, lelaki ni suka lepak ngan member laki.Lebih happening okeh :D Boleh tahan gak citer tu, bercorakkan sains fiksyen , graphic terbaik.Terfikir-fikir, bila la org Melayu mampu buat CGI sehebat ni.2020 kah ? 2040 kah ? atau maybe sampai bila-bila pun tak dapat buat =='' selagi duduk di takuk lama macam sekarang,.Asyik-asyik hantu..kejap hantu, kejap bohsia, kejap gangster..Naik muak aku.serius..muakkkk. !!

So lepas habis layan movie, ready la nak balik, pergi la kat parking moto aku.TIBA-TIBA !!! , kelihatan something bergerak-gerak ditiup angin dalam raga moto aku.Apabila diteliti, mendidih lah darah muda aku apabila menerima sepucuk surat cinta tahap gaban dari polis yang tetiber mencari makan di tempat yg tak pernah ada polis datang ronda-ronda.Kat luar memang nampak gelak-gelak ngan member, diorang pun gelak-gelak je, tak tahu dalam hati ni rasa cam nak cari balik je polis tu.

Serius aku tak nampak sebarang papan tanda dilarang parking kat kawasan tu.And selama aku lepak kat Wangsa Walk ni, setiap kali datang tempat aku parking tu sentiasa penuh dengan moto.So aku sebagai orang luar, ikut je la.Jenuh nak gi buat kajian lapangan pulak, check sini boleh parking tak, sana boleh parking tak.Dah tu, malam-malam pulak yg dia rajin nak datang ronda-ronda.Menurut Hafiy yg keje kat Wangsa Walk ni, memang jarang sangat polis datang ronda check parking kawasan tu.Tapi kalau ya pun situ dilarang parking, di mana signboardnya ???

Aiseh..melepas pulak la duit aku lepas ni.Dah la banyak benda dah bermain di fikiran ni.Bad luck pulak macam ni...Sabo je la.lepas hantar Iqbal ke stesen LRT, aku n Hafiy memecut pulang.Sepanjang perjalanan tu, aku diam je.Dalam hati ni serius mendidih tahap volcano dah.Kalau nak saman, bagi semua moto situ kena sekali.Ni moto aku je yg kena, padahal penuh je motor parking sebaris dengan aku.Damn it !!

Sampai je bilik, rehat jap, solat isyak n buat tarawikh 8 sorang-sorang, pastu gi mandi.Ni baru boleh update.Dah reda sikit marah ==''

Awww yeah !! Surat cinta dari Sarjan Misai.. ==''

p/s - psstt.. saman parking ni bape die punye pengeras daaaa ??


 Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D