Sunday, July 24, 2011

Ucap InsyaAllah Sekadar Melepaskan Diri ??

Assalamualaikum wbt.. 



Korang pernah dengar tak dialog di bawah atau pernah tak korang sendiri menyebut seperti di bawah ni ??

Ali    : eh Ahmad, malam ni ada ceramah agama..Jom pergi nak tak ? Aku dengar Ustaz jemputan tu best.

Ahmad : Rasanya tak boleh kot..malam ni aku ada kelas (saje bagi alasan tak nak pergi).

Ali   : Kelas ko pukul 8-10 kan.. Ceramah tu kul 10 la..sempat je kalau nak pergi..jom eh..

Ahmad  : Erm,,yelah..insyaAllah (nak lepaskan diri).

Hakikatnya, selalu sangat orang guna InsyaAllah ni sebagai ayat melepaskan diri untuk sesuatu yg memang dia tak nak pun.Contoh macam dialog kat atas ni la.Si Ahmad tu mmg tak nak pergi pun ceramah tu.Tapi kalau dia sebut 'tak nak' pada Ali tu, nampak macam tak patut sangat kan.So dia pun sebut je la InsyaAllah sebagai jalan nak lepaskan diri.Malam tu sure dia tak pergi punyer.Dia sebut macam tu supaya Ali tak desak-desak dia dah untuk pergi.

Inilah perangai masyarakat kita zaman sekarang.Kalimah Insya'Allah tu bermaksud "jika diizinkan Allah".So jangan la guna sewenang-wenangnya semata-mata nak lepaskan diri.Bila sebut Insya'Allah tu, seharusnya perlu ada dalam diri tu satu keazaman untuk melaksanakan perkara itu, cuma dia bimbang sekiranya ada aral melintang atau ada hal yg tak dapat dielakkan , yang menyebabkan dia tak dapat melakukan perkara itu, sebab itu dia menyebut InsyaAllah, bermaksud jika Allah mengizinkan ,Dalam keadaan ini, penggunaan Insya'Allah tu adalah tepat.

Kalau si Ahmad menyebut insyaAllah di mana bermaksud jika Allah izinkan, malam tu plak, dia memang free, tak de ape aktiviti untuk dibuat.Tapi dia tak pergi ceramah tu dengan si Ali.So apa hukumnya di sini ?? Bagi aku, dia dah macam mungkir janji.Sebab bila dia sebut insyaAllah tu, bermaksud, dia AKAN pergi ceramah tu, KECUALI ada hal lain yg tak dapat dielakkan.Tapi dia tak de hal ape-ape malam tu, tetapi dia tidak pergi ceramah tu.SO dia mungkir janji.

So, lepas ni, harap korang dan aku sendiri, lebih berhati-hati dalam mengucapkan kalimah InsyaAllah tu.Jangan anggap bila sebut insyaAllah tu, korang tak buat pun tak pe.TIDAK !! InsyaAllah tak sama dengan janji Melayu.Janji Melayu ni, selalu mungkir.Jangan samakan kalimah InsyaAllah ni setaraf dengan janji Melayu.Bila sebut insya'Allah , perlu ada keazaman untuk melakukan jugak perkara tu (jika perkara tu baik la).

Aku tegur ni kepada aku sendiri dan orang lain jugak.Aku sedar perkara ni time aku tulis status di Facebook menyatakan aku dah cash out Says.my aku.So ramai la kawan-kawan yg berjenaka menyuruh aku belanja diorang makan, so aku tau dah yg mmg aku tak kan belanja diorang makan, sebab satu, duit tu sket je, sebab dua, susah nak jumpa.Tapi aku sebut insyaAllah, dengan niat dalam hati just nak lepaskan diri.Lepas tu barulah aku sedar kesalahan aku tu.Terus aku buat entry ni.Alhamdulillah, Syukur kepada Allah SWT yg dah gerakkan hati aku untuk menegur orang lain jugak berkenaan hal ini.

p/s- satu lagi, kalau kita tulis kalimah Allah tu dalam apa jua sebutan, insyaAllah ke, Allahuakbar ke, apa salahnya kita tulis dengan huruf A besar.Nama Sultan dan lain-lain nama penting, boleh plak kita muliakan dengan menulis dengan huruf besar, so apa salahnya kita muliakan juga nama Raja Segala Raja ni.Kan ?? Peace no war :D

Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D