Saturday, July 23, 2011

Trick Blogger Minta Simpati : " Aku Nak Stop Blogging "

Assalamualaikum wbt..



Dewasa ini, jumlah blogger di Malaysia semakin bertambah dengan gandaan yg amat memberangsangkan.Tidak kira lah apa genre blog sekalipun, aku yakin dan pasti semua pemiliknya mahu blog mereka dikenali ramai.Walaupun mereka menggunakan ayat seperti "luahan hati sendiri" ke, "ini blog peribadi" ke, "saya cuma nak sampaikan pandangan saya" ke, jauh di sudut hati masing-masing, semua inginkan blog mereka dikenali.

Haha... ingat senang ke nak femes ?? Nak jadi macam TheOtherKhairul , Cik Epal, Fatin Liyana, Red Mummy, BeautifulNara , dan lain-lain tu, ingat senang ke ?? Korang ingat, hari ni buat blog , esok dah bleh femes ? Lain la kalau yg jenis tayang gambar yg kononnya 'cute' atau 'babyface' kat blog tu, maybe la diorang tu bleh jadi femes dgn cepat.Atau korang manipulate blogger lain dgn buat benda-benda yg bleh up trafik blog korang macam buat segmen ke, contest ke, giveaway ke, maybe jugak korang bleh femes dgn cepat.Pendek kata, kalau korang nak jadi femes hanya dengan meluahkan pendapat peribadi kat blog, atau hanya dengan kuasa "penulisan" semata-mata, susah jugak nak jadi femes.Mengambil masa.Aku berblog sejak 2006, sampai sekarang, masih di tahap picisan dan newbie..

Biarlah apa pun cara yg korang guna untuk up blog atau nak bagi orang kenal blog korang, asalkan ianya melalui jalan yg disenangi dan menunjukkan korang ada 'fighting spirit'.Biar wujud persaingan yg sihat untuk mempromosikan blog masing-masing.Cara yg macam ni, aku sokong dan aku tak de masalah langsung untuk sokong diorang.Nak buat giveaway ke, contest ke, biarlah.Asalkan kena dgn gayanya.Aku pun baru je nak berjinak-jinak dengan contest.Haha.. nak join, sila ke sini ->  http://www.tintapenaku.com/2011/07/contest-teka-teki-jawab-dan-menang.html

TETAPI !!  Aku merayu, please..please..please..Jangan la guna cara yg mana, bagi aku, amat 'murahan' untuk menarik perhatian orang ramai, atau lebih tepat lagi , minta simpati orang ramai untuk memberi perhatian kepada blog korang.Contoh yg paling aku selalu jumpa dan menyampah, membuat entry atau status FB atau apa - apa saja media untuk hebahan, menyatakan korang nak stop berblogging la, kecewa dgn dunia blog lah, tak de semangat nak berblogging dah la, dan lain-lain ayat yg sewaktu dengannya.

Tolonglah..ayat ni dan kaedah ni terlalu murahan.Untuk dapatkan publisiti murahan.Dengan harapan , bila orang nampak atau dapat tahu yg korang ni nak tutup blog ke, nak stop blog ke, akan timbul rasa kesian dalam hati diorang, and diorang akan berkunjung ke blog korang untuk mengetahui apa sebab korang nak stop lah, tak kurang yg nak kipas korang la, nak pujuk memujuk, atau kononnya caring la, nak bagi semangat balik lah, ape lah.Please..aku menyampah dengan taktik ni.

Time nak stop tu, penuh kat wall FB dia dengan status sedih la, kecewa la, dah macam tak nak hidup dah pun ader... Bila ada orang yg datang bertanya atau tunjuk simpati, dalam hati tu, berbunga bagai nak rak.Suke sebab ada orang take care..Please la.. Korang percaya ke dengan taktik ni ?? Jika jawapannya adalah YA, maka sila gelakkan diri sendiri.Dah banyak kali aku jumpa blogger guna taktik ni.Lepas 2-3 hari, paling lama pun 2-3 minggu, dah bosan, dia on la blog balik.Hampeh kan orang yg macam ni ??

Korang pun blogger kan, korang tahu kan passion atau kepuasan dalam berblogging ni kan ?? So korang percaya ke mudah-mudah je orang nak stop berblogging ?? Paling busuk pun dia stop update entry je, tapi stil lepak-lepak kat group blogger, stil duk promote iklan kat blog.. Agak mustahil la dia nak stop terus dari dunia blogging.KECUALI dia betul-betul ada masalah peribadi atau masalah lain yg betul-betul serius, di mana menghalang dia dari terus berblogging.Kalau betul ada kes yg macam ni, maka ianya terkeluar dari skop entry aku hari ni.Kes macam ni dimaafkan la.Bukan salah dia.

So, lastly, aku nak nasihatkan kepada korang dan jugak aku sendiri, nak blogging tu, guna la cara yg menunjukkan kita ni professional.Promosi blog, upgrade blog, up trafik blog, kumpul reader, guna la JALAN YANG BERMARUAH.Ini baru dinamakan Blogger Sejati.Setakat nak tarik simpati dan publisiti murahan tu, tak kan ke mana la blog korang tu.Masih di takuk lama.

Hanya sekadar nasihat dan teguran dari seorang blogger yg langsung tak terkenal.Ikhlas terbit dari hati yg inginkan dunia persaingan blogger yg sihat.Peace no war :D Sekian Assalamualaikum..