Saturday, February 4, 2012

Jahat Itu Bukan Takdir, Ianya Pilihan , Stop Blaming GOD !!

Assalamualaikum wbt..



Alhamdulillah sebab aku masih diberikan kudrat untuk update entry blog aku walaupun masih keletihan dek minggu orientasi kat UIAM ni kan.Wah..blogger la katakan.Kalau malas update, tu bukan blogger la namanya.Baru tadi habis menyaksikan Malam Kebudayaan dari warga IIUM sempena menerima kitorang sebagai warga IIUM yg baru.Memang terbaik lah.

OK cukup setakat tu.Kali ni aku nak cakap sikit berkenaan manusia yg suka menyalahkan Tuhan.Pergh... ini memang ego tahap tinggi sangat dah ni.Kalau setakat buat salah tapi tuduh orang lain tu okeh la lagi, tapi ini menuduh Tuhan yg salah.Na'uzubillah..

Perkara ni selalu terjadi bila orang yg nakal (aku tak nak guna istilah jahat) ditegur, berkenaan tingkahlaku atau maybe ade ape-ape kesalahan yang dia buat.Kerana terlalu ego, tak nak mengaku kesalahan diri, maka segala dosa yg dilakukan dipindahkan kepada Tuhan.Ish..ish.. Nak tahu camne dia buat ?? Tengok dialog di bawah :

"Alah..nak buat camne..bukan aku minta dilahirkan jahat macam ni..semua ni dah takdir"

See ?? Mudahnye dia salahkan Tuhan plak sebab dia jadi jahat.Sedangkan Allah SWT dah berfirman dalam surah Ar-Ra'd ayat 11 yg bermaksud :

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka

Ha..baca tu.Asyik nak salahkan Tuhan ke.Kite buat salah, kite jadik jahat, tetiber salahkan Tuhan plak.Sedangkan kite tak usaha langsung nak jadi baik.Allah SWT tak akan ubah nasib kite kalau bukan kita dahulu yg berusaha mengubah nasib kita sendiri.

So kawan-kawan, lepas ni tak payah la nak salahkan Tuhan lagi ye ? Usaha untuk ubah diri korang tu dulu, and InsyaAllah, Allah SWT akan ubah hati dan sikap korang menjadi lebih baik.Kena percaya pada kuasaNya..

Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D