Saturday, February 11, 2012

Agak Kecewa dgn IIUM... Jom Kongsi !!

Assalamualaikum wbt.. 



Dah hampir 2 minggu aku kat IIUM Gombak ni.And dah macam-macam pengalaman yg aku alami di sini.Antara yang biasa-biasa tu termasuklah kene balik bilik tengah-tengah malam at 2.00 a.m or kadang-kadang tu 3.00 a.m.Sebab aku ni jenis suke bersukan malam-malam.Ade je sukan yg aku main malam-malam such as pingpong and badminton.Kene beranikan diri la even mahallah(kampus) aku tu betul-betul je sebelah hutan.Even tingkap bilik aku pun menghadap ke hutan.Bukak tingkap je, hehe.. seram dow.. nak try ? Meh la duk bilik aku.

And antara masalah yg amat mengecewakan aku adalah dari segi kelemahan pengurusan IIUM ni terhadap pendaftaran subjek student.Bayangkanlah, kitorang ade ramai, diorang offer IIUM ni kepada ramai, tapi tempat duduk adalah amat terhad bagi setiap subjek.Nak cakap IIUM ni takde duit nak hire ramai lecturer cam tak logik la plak kan ?? Tapi itulah realiti.Kitorang ni dah macam pengemis subjek je.Terpaksa ngadap laptop untuk tunggu kalau2 ada section yg kosong untuk kitorang register subjek.

Dah la study plan kitorang cam ape lagi.16.5 jam setiap minggu bagi budak Engineering.Aku tau korang pun lebih kurang tu je kan kat U lain, tapi nak dapatkan 16.5 tu punye la susah.Section sana closed, sini closed.Habis tak kan aku nak duk luar kelas plak kan ?? Aigo.. bila gi kat office nak minta diorang expandkan kelas tu, officer dalam tu selamber je cakap, "alah korang ni baru 1st Year, amik short sem je lah" ..pfftt. selamber badak je ko cakap camtu, gaji ko tak turun sikit pun, tapi kitorang ni yang merana.Dah tu bila gi kat bilik lecturer nak buat rayuan supaya diorang expandkan kelas, sume pakat tak nak, expecially yg foreigner nye lecturer.

Bayangkanlah, lecturer melayu lain ade yg sampai 65 student dalam kelas die, tapi yg sorang lecturer Calulus ni, baru 16 je student, dia dah cakap section die dah penuh and dah closed.Tau tak ape dia cakap bila aku minta dia expandkan kelas die ? "I know my section is the best.But it already full and closed" . See ?? Siap berlagak lagi.Geram tol aku.Sampaikan ade bro dari SRC (Student Representative Council) gi jumpe die untuk benarkan aku masuk pun, dia still keras kepala.Padahal aku still underload, aku baru leh register 9.5 hours je time tu, sedangkan minimum adalah 12 hours.Dia suruh aku ambil je subjek lain.Serius aku rase nak smackdown je.Akhirnya sampai sekarang aku tak dapat register Calculus which is among the subject yg paling penting.

Pastu baru tadi aku dengar dari kawan aku, study plan untuk budak Engineering dah diubah, subjek Bahasa Melayu for Engineering yg kitorang dah daftar dulu, dah ditukar kepada Bahasa Melayu Kerjaya , which means kitorang kene drop subjek lame and register subjek baru.What ??? Memang mendidih darah aku dengar.Nak dapat register yg lame pun susah, ni kene tukar subjek baru plak.Pastu kene make sure tak clashed jadual dgn subjek lain yg dah register.Arghhhhhhhhhh!! Badan aku dah jadi kaler hijau dah, tapi aku cepat2 tenangkan diri, takut identiti aku sebagai Hulk terbongkar.

Tu pasal subject registration, ni pasal suasana kat sini plak.Aku actually dah dengar dari dulu that budak2 IIUM ni takde la baik mana pun.Tapi aku tak sangka la seteruk ni.Bayangkanlah, student U yg mempunyai title "Islamic" boleh makan berdua-duaan lain jantina, share air segelas, share straw, main cuit-cuit manja.Grrrr..rasa cam nak humban je dua2 ekor beruk tu kat riverside IIUM .Bodoh seyh..Tak kan dah besar panjang pun nak kene ajar ikhtilat lagi.

Yang paling kelakar tau tak ape ? Time minggu Taaruf, ade sesi pengenalan committe taaruf.Pastu assistant Program Manager tu pun bangunlah kenalkan diri die, name Sister ape tah.Pastu dia ada nasihatkan supaya kitorang jaga ikhtilat semasa program taaruf tu.Aku dengan Ustaz (kawan aku kat CFS dulu) nak tergelak dengar.Dia cakap macam tu, sedangkan barisan committe kat belakang tu sume duk campur-campur laki and gurl.Aku tau la diorang nak mudahkan komunikasi ke ape ke alasan diorang tu, tapi tak de satu pun alasan yang membenarkan diorang duduk campur-campur laki and gurl macam tu.Apa salahnya buat divider antara committe lelaki and perempuan.Tak kan tu pun nak kene ajar, pastu selamber je bagi nasihat suruh kitorang jaga ikhtilat la ape la, kelakar doe.

Apapun tak semua part kat IIUM ni tak ok.Senior dalam bilik aku contohnya, yg aku citer dalam entry yg lepas, dia bagi selamber je buku-buku lame die kat aku.So save la duit aku beserta voucher buku 1Malaysia yg pakcik sedara aku Najib tu bagi.hehe.Bleh buat simpan beli barang PC time PC Fair nanti.hihihihi..

SO itu la serba sedikit suasana yg aku terpaksa hadapi di IIUM ni.Aku tak de niat nak aibkan mana-mana pihak.Cuma aku nak luahkan rasa tidak puas hati aku ni.IIUM perlu tingkat efficiency dalam management diorang.Malu la, standard international, tapi tak leh provide kemudahan kepada pelajar.Sistem komputer dicipta untuk memudahkan pelajar, tapi dari apa yg aku nampak, lebih kepada menyusahkan pelajar.Ini luahan hati aku.Aku tak nak hipokrit.Apa yang orang lain rasa, tu hal masing-masing.

p/s - pssstt..aku dah dapat matric card aku..cekidaut. !!!

Yep..aku tau yg sebelah kiri tu kelakar...yg kanan tu matric card time foundation.Actually aku sengaja jegilkan mata tu sebab sebelum ni kalau amik gambar je, mata aku sure sepet sebelah, tak tau kenape,so aku pun half-consciously jegilkan mate time kakak tu snap.Tak sangka plak jadi obvious macam ni.Ok cukup-cukup la tu gelakkan aku.. ==''

 Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D

13 comments:

aizat nasri said...

Stylo!!!

Ana Shuwaa said...

haha,, nasib kita sama je paan oii.. dr hari rabu smpai ari jumaat still kena turun naik department jumpa dean semata2 nk add sub sebab my contact hour still underload lagi. n then dalam pukul 6.15 kelmarin pom sy still beratur utk jumpa dean. bayangkanlah , hampir 2 jam beratur baru dpt jumpa ngan dean kot ! giler ah ~
Seriously , suka sistem kat CFS lagi dr Gombak yang mcm apa ntah .. pfftttttttt ~

zinnirah said...

TERBAIK~!

PutraRocker said...

standet la gua dulu pon mcm tu jugak bero wakakakakaakaka

Unknown said...

normalla tu.. ni tanye kitorang senior2 ni.. dulu skrang same je.. awal sem mmg bnci giler ah.. benda leh je setel awal, tp dorang kdg2 tak peduli sgt pon.. dapat yg baik, rase suke, dapat yg suke wat peel, jd wonderwoman... at least korang leh bwk co-course masuk s.sem kan? budak laws.. ungs ngn bm ngn tilawah je... lagi susah.. tu lom kire repeat lagi, underload lagi.. clash lagi... tp still suke blajo kat sini.. that's the price dat u need to pay la kan.. btw gudluck.. blajo rajin2...

Farhan AJ said...

aizat - yeah...

ana shuwaa - haha..tu la pasal..nasibbbb..untunglah leh jumpa dean..saya jumpa din ja :D

zinnirah - thanks :D

putra rocker - tahniah sbb boleh tahan dgn sistem uia..hihihihi

rieyah - owh.. kak pun dulu camtu ek ?? aigo..sampai bila la UIA nak tingkatkan efficiency pentadbiran diorang...

Dzu Aamal said...

Aaaaa penat doh gelak tengok mata terjegil macam nak makan orang yang snap tuh :mati
Memang kat mana-mana u pun sistem masih tak efficient. Sobss sobss. Usim pun apetah lagi. Ni kan masuk sem 2 apa jadi tah. -.-

Farhan AJ said...

CL - USIM pun camtu ek..hehe.sabo je la

faaizz d. zul said...

assalamualaikum.

bersabor je la... regis course pny system ni mmg dari dulu lagi dah student mtk utk dikaji semula. tapi takda apa pon respon... sampai satu tahap tu, kita pasrah berdoa jelah supaya Allah permudah add drop.
ada je terjumpa senior yg terpaksa eksten dsbabkan sistem ni. bukan sebab repeat... sadis.

apepon, selamat berjaya.

Jokeonsalo said...

Assalamualaikum, empunya Blogger.
Jokeonsalo dengan sukacitanya menjemput kamu untuk menyertai "Kempen anti Valentine's Day" bersama jokeojeonsalo.blogspot.com.

Diharap agar kamu berkesudian untuk menyertai kempen ini. Berminat?

Mari lihat cara-cara untuk menyertai kempen di http://jokeojeonsalo.blogspot.com/2012/02/kempen-anti-valentines-day.html.

amirah anis said...

best luck bro...ktorang yg dah bape kali add drop ni pun sama je... itulah IIUM Gombak..my advice, next sem try add subj yg paling kritikal (yg susah nak dpt tu)as paling first subj..then adjust dgn subj lain..kalau kena amik tilawah ke bm ke, add yg tu dulu...

Chempaka said...

juadi apa yg baik nye iium nih? buruk belaka je sume doe..!

KUKUMALU said...

Teruk jugak sistem tempat ko belajar. Tempat aku ok jer. Semua dah tersusun.

Satu kelas Calculus 16 orang jer? Gila ahh.

Kelas Calculus aku dulu dah cecah 70 orang. steady jer.

Post a Comment

Komen yang best akan dihantar ke Akhbar Harakah! hahahahha !