Friday, February 17, 2012

Orang Dah Bagi Keje Tu, Buat La Elok-Elok, Tak Payah Nak Kerek Sangat La..

Assalamualaikum wbt.. 



Yup, I know I'm a bit late in updating my entry.Cewah , pehal speaking lak aku malam ni kan ? Tengah jiwa kacaukah ? Atau mungkin, medulla oblongata tertukar kabel ? Apapun , abaikan soal itu.Ada perkara yang lebih mustahak harus kita bincangkan malam ni.Perkara antara hidup dan mati !!

Pernah tak korang gi ke mana-mana pejabat , alah, atas urusan-urusan macam-macam la, nak bukak akaun SSPN ke, nak beli PIN untuk UPU ke, nak tanye pasal PTPTN ke, atau kalau nak yang lebih khusus, kat UIA ni, nak tukar subjek ke, nak daftar subjek yg tak sempat daftar ke, dan lain-lain yang memaksa korang berurusan di pejabat ??

Kalau korang pernah, ok, soalan kedua, adakah pekerja di kaunter tempat korang gi mengadu nasib tu melayan korang dengan baik ?? Kalau ya, sila tekan close sekarang, sebab entry kali ni adalah berkisar mengenai pekerja pejabat yang tidak melayan pelanggan dengan baik dan beradab.Ya..hahaha.. malam ni meh kita paku diorang rapat-rapat !!

Ya, sungguh meng-annoying-kan kan ??

Kita ni dah la penat, ke hulu ke hilir, nak setelkan masalah masing-masing, sampai peluh badan tu tak dihiraukan dah, tapi bila sampai ke pejabat je, nak minta tlg pekerja di situ, alangkah sedihnya bila dilayan seperti peminta sedekah !!!!

Ini yg aku terima bila aku nak tanya pasal masalah subjek Calculus aku yg tak dapat register 

Aku : Kak , saya ni tak boleh register subjek Calculus.. (stop jap, nak tengok reaksi dia)..

Kak Opis : Ha .. (dengan nada sombong + nada minta penampar)

Aku : Saya dah gi jumpe lecturer section 7 ni nak minta masuk group dia, tapi dia tak bagi masuk..

Kak Opis : Ha .. (sama seperti di atas)

Aku : Jadi , saya nak kene buat apa ye sekarang ni ??

Kak Opis : Dah lecturer tak bagi, nak buat ape lagi, amik short sem je la..

Aku : .....(dalam hati rasa nak bagi penampar je bila dengar nada dia cakap tu)..

Dialog di atas ni sumpah, aku tak edit langsung, memang sebijik-bijik aku copy dari perbualan hari tue.Cakap macam diorang plak yg tension ada masalah negara, sedangkan diorang sedap je duk dalam office, siap ada aircond lagi.Kitorang ni, ke hulu ke hilir, kejap gi pejabat sana, kejap gi pejabat sini, semata-mata nak make sure pembelajaran kitorang berjalan lancar.Cakap dah la cam tu, nak senyum tu apatah lagi , sampai kiamat la tak senyum jawabnye..

Bukan satu dua department pekerja office macam tu, boleh dikatakan semua department, budak-budak office diorang perangai macam tu.Hatta kakak kat kaunter Bank Muamalat dalam kampus ni pun perangai macam tu jugak.Harap makeup je tebal.

Aku rasa nak sepak-sepak je diorang tu.Serius, tak de masa aku nak cakap lembut-lembut bila aku teringat  camne diorang layan kitorang hari tue.Seolah-olah cam diorang tu bos, kitorang ni hamba abdi.Padahal korang keje office tu ntah kelulusan pun takat mana je.Tak payah la nak kerek sangat.Ha, kan dah kuar kasar-kasar tu.

Aku ni dah tak larat nak jaga ego aku dah time berurusan dgn diorang, ikutkan hati, nak je aku pun tinggikan suara depan diorang, bagi sama level sket suara tu.Bila kita cakap slow-slow dgn diorang, nada pun disusun bagi bunyi sopan, diorang plak naik kepala.Korang ingat aku datang minta sedekah ke ???!!!

Dah la, citer banyak-banyak, darah aku plak yg mendidih.Okeh, guwa chow dulu.Nanti update lain, korang baca tau..

Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D