Thursday, January 12, 2012

Selalu Tukar Bf/Gf ? TAHNIAH !! Anda MURAH !!


Assalamualaikum wbt.. 



Sori sebab dah lama tak update blog yg bersawang ni, actually 3-4 hari lepas aku dah update dah, entry pasal citer Korea, tapi maybe CEO Google ni jenis tak minat Korea, so entry aku tu somehow boleh hilang..hehe

So, kali ni aku nak cakap pasal trend couple masa kini, yang pada perkiraaan aku, AMAT pelik, iaitu trend kerap bertukar pasangan.Cuba korang try soal siasat mak bapak korang, tanye camne diorang boleh kenal sebelum kahwin dulu, and korek-korek la sikit rahsia cinta diorang.hehe..

Aku berani jamin, tak akan ada atau sukar untuk korang dapat jawapan yg macam ni :

"Sebenarnya mak tak nak ayah kamu tu.dia tu bf mak yg ke berapa ek..hurm.. yg ke 20 kot.."

atau yg macam ni 

"Dulu ayah dah pernah bercinta dah, ade la dalam 4-5 kali, asyik clash je,  pastu baru la jumpa mak kamu.."

Cuba try test tengok, ade tak jawapan yg macam tu mak bapak korang akan bagi ? Aku rasa tak akan ada.Serius.

Tapi zaman sekarang ni pelik kan, tukar bf/gf ni macam tukar baju je.Kejap bf lain, kejap gf lain.Tak percaya ?? Cuba buat survey ke atas 20 kawan korang.Make sure sumer tu yg dah kapel la, kang korang gi survey 20 org sume budak-budak surau plak, tak pepasal je kene khutbah Jumaat.Hasilnya ?? Konfirm majoriti yg sedang kapel tu, ntah la pasangan yg ke berapa dah tu.Asyik clash je.Betul tak ?

Entah kenapa, manusia zaman sekarang dah semakin jahil pasal percintaan.Bila ditanya pasangan yg kapel , oh konon ini cinta sejati diorang la, janji sehidup semati la.Padahal dengan bf yg lama dulu tu pun janji sehidup semati jugak.Tapi sampai sekarang dua-dua hidup je.

Tak percaya lagi ?? Try gi usha-usha kat News Feed kat Facebook korang.Hari ni korang baca ada status 

"Hurm..sedihnya..dia tinggalkan aku macam tu je, padahal aku syg giler kat dia" ,

Tapi bila keesokannya, korang terbaca status kat wall org yang sama, dah jadi macam ni , 

"Happy sangat.. dah dapat bf baru..yg ni lagi caring dari yg dulu, dah la nsem..bla..bla."

See ?? Betapa mudahnya diorang ubah bf/gf diorang, sepantas sehari dua je.Padahal KALAU benarlah itu cinta sejati kita, kalau berpisah ni, cukup memeritkan.Makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah, sumer sebab terpaksa berpisah dengan insan tersayang.

Tapi semua tu sudah tak berlaku zaman sekarang ni.Menukar bf/gf dah jadi semudah menukar baju.Ada yang lagi ganas, pagi bf lain, petang tu dah ada bf lain.Wah... dah jadi cam sesi persekolahan plak kan ?? hehe..

Orang-orang yang macam ni, bagi aku, jenis MURAHAN , tak de maruah dah pun.Yela, senang-senang je berikan hati@cinta korang tu kat ramai orang, kejap orang tu, kejap orang ni.Hari ni bagi laki tu pegang tangan korang, esok laki lain pulak pegang.Tak ubah cam pelacur je.Seriously aku cakap, MURAH.

Kalau korang ada kawan yang macam tu, yang jenis tukar bf/gf macam tukar baju tu, cakap kat dia, Farhan AJ label dia sebagai MURAHAN , tak kiralah laki atau perempuan, sama je bagi aku.

Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D