Sunday, December 4, 2011

Musibah Lagi !! Allah SWT Ni Tak Sayang Aku Ke ??

Assalamualaikum wbt.. 

Gambar Hiasan Sahaja (kaki sape tah encik Google ni bagi kat aku)

Hari ni banyak sungguh perkara malang yg berlaku dalam hidup aku..

Ni sedutan dari status FB aku tadi..malas nak taip balik..hehe..


Basuh Akuarium :

Dah siap basuh,nak angkat akuarium , akuarium plak terjatuh, kaki berdarah..akuarium pecah..nak gi beli akuarium..hujan plak..terpaksa la redah hujan. sampai sana dah beli..kena ikat kat moto lak...time balik tu.. tengok2 ikan arowana dah xde dalam baldi bersama ikan lain..sah2 dia lompat n terjatuh dalam mangkuk tandas..hilang rm45 aku..

Baiki Paip Singki :

Dah siap molek pasang sambungan paip baru.. dah gam sume.. baru perasan paip tu x cukup panjang nak disambungkan dgn paip sebelah sana..redah hujan lagi gi kedai beli penyambung paip..


Korang pun mesti pernah punye alami hari yg teruk macam ni kan ? So ape yang korang buat ?

i) "Hai malangnya nasib aku..orang lain pun banyak dosa gak..knape aku je yg asyik malang ? Tuhan tak sayang aku ke ? Keji sgt ke aku ni ?"

ii) "Buat tu tak kena, buat ini tak kena..Aku ada buat salah ke kat sesiapa sampai jadi macam ni ?"

iii) "Banyak sungguh dugaan aku hari ni ye..Terima kasih ya Allah kerana menyedarkan hamba-Mu yg sering alpa ini.Aku tahu bahawa Engkau ingin kifarah dosa-dosaku yg terdahulu..Aku redha"

So mana satu korang buat bila alami hari yg teruk/malang macam aku ni ? Jangan jawab kat sini atau kat ruangan komen, jawab je dalam hati.Korang lebih mengenali diri korang sendiri.

Ingat, bila jadi apa-apa yg buruk, sentiasalah bersangka baik dengan Allah SWT.Allah SWT datangkan semua tu mungkin kerana pelbagai sebab , sama ada nak menguji keimanan kita, nak menyedarkan diri kita yg maybe dah hanyut, atau nak kifarah dosa-dosa kita yg terdahulu.

Lepas jadi semua tu, aku tersentak.Baru aku sedar aku semakin lama dah semakin alpa.Solat pun dah semakin ke akhir waktu.Subuh pun kadang-kadang burn macam tu je.Qada je tiap-tiap hari.Al-Quran pun dah jarang-jarang baca sekarang ni.So aku tetapkan dalam hati aku, Allah SWT datangkan semua ni nak menyedarkan diri aku kembali.Alhamdulillah..

Cuba bayangkan, kalau Allah SWT tak kifarah(hapus) dosa kita di dunia ni, boleh survive ke kita kat akhirat sana dgn 'bekalan' dosa yg banyak ni ?? Ha..fikir balik slow-slow.Nak hapus dosa pun kena la ada bayarannya..Alah, setakat kaki luka sikit tu apalah sgt jika dibandingkan dgn azab di akhirat kelak.

So, lepas ni ingat-ingat la sikit ye.Musibah dan malapetaka yg datang, SENTIASA ada hikmah di sebaliknya.Allah SWT kan Maha Penyayang, Dia tak akan sengaja susahkan hambaNya tanpa sebab.Malah, Dia ingin menolong kita agar selamat dari azab akhirat.

Refresh balik iman, top-up taqwa, backup sabar, install balik jati diri mukmin dan muslim dalam diri kita tu.Semoga sentiasa diberkati olehNya.Amin..

Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D