Wednesday, November 30, 2011

[TROLL] Hantar Ke Sekolah Sebelum Jadi Artis/Pelakon !!

Assalamualaikum wbt..

Aku rasa golongan artis/pelakon perlu sangat-sangat dihantar ke sekolah, belajar asas agama ape semua sampai habis dulu, barulah dibenarkan jadi artis atau pelakon.Sebab apa ? Sebab zaman sekarang ni ramai je yg berhenti sekerat, tak pergi sekolah, tup-tup jadi artis.Tambahan plak zaman sekarang ni banyak je batu loncatan untuk jadi artis..Buat video youtube , nyanyi cam orang tak makan 10 hari, mulut tak bukak pun, tetiber bleh jadi artis dah..

Bila asas agama atau ilmu lain tak cukup, jadi la macam diorang kat bawah ni -




Siapa lagi, mesti la artis pujaan korang tu..si Aaron Aziz dgn Maya Karin..meh aku bagi sikit sedutan dari berita tersebut.

Namun kerana tanggungjawab pada kerja, semua perasaan segan dan gementar dibuang jauh-jauh demi menghidupkan watak diberikan (watak aksi ranjang)

Tengok ? Korang setuju tak aku kata diorang ni amat-amat perlukan asas agama yg cukup ?

Diorang cakap seolah-olah director bodoh diorang tu boleh bagi syafaat kat padang mahsyar nanti.Apa director cakap, ikut je macam lembu dicucuk hidung.Sikit pun tak bantah.Semua sebab apa ? Sebab duit.

Mesti ada yg akan cakap, alah biarkan je la, diorang cari rezeki.Rezeki wak lu kalau dah buat aksi di ranjang tu.Biarpun tak betul-betul, tapi ianya boleh membawa kepada perkara yg lebih negatif.JANGAN menidakkan kenyataan itu !!

Kesian la kepada artis/pelakong yg berTUHANkan director diorang ni.Cukup-cukup kesian.Rukun Islam, Rukun Iman, semua ditolak ke tepi, Rukun Director jugak yg dipegang.

p/s - Lepas ni aku JAMIN, lebih ramai artis/ pelakon akan disuruh buat benda yg serupa oleh golongan director bodoh tu.Entah-entah lepas ni buat betul-betul plak..Ala..biarkan je la..Diorang kan cari rezeki..hahahahahaha

Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D