Monday, December 5, 2011

Bila Teringat Kat Teman Sebilik, Ni La Jadinya :D

Assalamualaikum wbt.. 

Tengah-tengah malam macam ni, tak tahu nak buat ape.Nak sembang dengan arowana, dia dah lompat masuk lobang tandas *sila baca entry sebelum ni* , nak tengok movie, semua movie dalam HD ni aku dah khatam, cuma tak baca doa khatam je lagi, nak makan, memang kenyang giler dah, nak tido, malam masih muda, hehe..so aku pun saje la godek-godek *bahasa kampung aku* gambar-gambar aku dengan roommate time kat Pusat Asasi UIAM Petaling Jaya selama setahun setengah.Rindu seyh kat diorang.

Now aku nak hilangkan rindu aku kat diorang dengan memperkenalkan pada korang satu per satu .Wakaka..kepada korang kalau korang baca entry ni, aku minta maaf ye.Hahahaha..

1.Khairuddin@Ustaz (Terengganu)


Pergh..ni la kawan baik@motivator aku.Nama pun ustaz kan.Hehe.. first day masuk sini pun kitorang dah cop dia dgn nama ustaz.Mana tak nye, ke sana sini pakai lebai@ketayap.Memang alim.Aku cukup1000x respek kat Ustaz ni.Soal amal ibadat cukup-cukup dia jaga.And sebab tu la aku tak kunci jam aku setiap malam, sebab aku tau dah esok ada org akan kejut Subuh.hehe..sungguh tak bertanggungjawab.

Ustaz ni yg aku best kawan ngan dia, tak macam kawan-kawan alim yang lain yg aku pernah kenal.Even dia alim, tak bermakna dia tu macam stereotaip je, nak melawak susah, pendek kata asyik meratid je.Seriously ustaz ni kelakar, and selalu diperkenakan oleh aku.Best giler sakat Ustaz.Nanti dia senyum je.Ustaz ni jugak teman setia aku time nak layan movie.Haha.. bukak je movie, kang datang la dia, dgn bawak kerusi, duk sebelah aku.hahaha..

2.Zamir@Prof (Perlis then Pindah ke Subang Jaya)


Entah knape, kitorang semua setuju muka kawan aku ni cam ala-ala professor sket.So sebagaimana ustaz, first day lagi dia dah dapat gelaran Prof.Dia ni budak nasyid, main alat.Wakil UIA gak la kalau diorang nak gi mane-mane pertandingan.Prof ni kiranya macam Timbalan kepada Ustaz la.Hehe.. kalau usaha Ustaz nak kejut aku Subuh tak berjaya, maka dihantarnya pula si Prof ni.So terpaksa la jugak aku bangun.Sebab diorang cukup persistent.Sampai 15 minit jgak la dia tak henti-henti cubit bahu aku kejut Subuh..hehe..memang terbaik.

Prof ni dulu duk Perlis, tapi time sem 2 kot kalau tak silap, dia n family datang pindah ke Subang Jaya..So tiap-tiap hujung minggu, hilang la.Melepas rindu di rumah.Untungla kan rumah dekat..hehe..

3.Ramzi@Ram (Sarawak)


Ha..Ram ni geek and nerd tech sama macam aku.Cuma dia lebih minat ke arah handphone yg hebat-hebat je.Aku lak minat PC n Handphone.Datang dari Sarawak meyh...Minat main bolasepak and futsal.Satu yg aku kagum dgn Ram ni sebab dia cukup rajin gi Talaqqi kat Masjid UIA sana nuh.Susah nak nampak dia tinggal kelas talaqqi tu.Even time team Malaysia lawan dgn geng-geng dari EPL sana pun, dia tetap pergi majlis Talaqqi tu dulu, dah habis baru dia join kitorang.Memang terbaik lah..

4.Amir Firdaus@Amir (KL)


Hehe.. sorry a lot to Amir, aku carik gambar ko di serata ceruk HD aku, yg ni je aku jumpa.So sorry la ye.Tak bermakna ko tak penting.Cuma maybe ko tawadduk sket kan.Susah aku nak snap pic ko.hehehe..Amir ni datang dari KL, which means dekat je dgn U kitorang.So kebanyakkan perkakas bilik kitorang, dia la yg bawak.Nasib baik la ada dia kan.

Amir ni YDP Persatuan Pelajar Islam Selangor cawangan PJ.FUhh..orang besar tu bhai..Amir ni dulu time awal, tak kena angin sket dgn aku.Hehe..pendek kata macam kembar la.Perangai sebijik.Ada apa-apa sket,masing-masing tak nak kalah.Tapi tu dulu.Sekarang ni kitorang rapat meyh. :D

5.Hafiy (Kelantan)


Hehe.. Hafiy ni ibarat adik bongsu kitorang la.Dia yg paling muda.Bulan 11 baru bufday die,hahaha.. Hafiy ni berpewatakan macam kanak-kanak, which membuatkan kitorang semua asyik ketawa je dgn lawak die.Tuan punya laptop paling canggih dalam bilik kitorang, Hafiy ni seorang Gamer yg tegar.Wakaka..sebut je game ape pun kat dia, semua dia layan.Kira macam Master jugak la .. Yang buat bising selalu pun dia jugak la.hehe..Tapi bila dia tak de, hujung-hujung minggu balik umah makcik dia, sunyi la plak.hehe..Kalau ada nak  movie ape-ape, mmg kitorang order kat die la,sbb umah makcik dia guna Unifi..wakaka..ambil kesempatan..

6.Hafizuddin@Apeez (KL)


Macam Korea beb..hehe.. Apeez ni pun macam hafiy gak, gamers tegar.Yang selalu tido lewat tiap-tiap malam selain aku dgn Hafiy, dia la.Hehe..kadang2 main game, kadang2 layan citer Korea, Anime dll.Apeez jugak adalah mangsa setiap kali aku nak gi kiosk malam-malam.Hehe.. selalu ajak dia.Sporting meyh.

Yang paling aku tak boleh lupa time kitorang sambut bufday dia hari tu beberapa hari sebelum habis final exam.Habis makan bedak si Apeez ni.Xperia Arc kepunyaan Ramzie pun jadik mangsa bedak kitorang.haha.. aku nak upload video tu,tp takut diorang marah lak..hehe

7.Ahmad Asyraf@Amad(Selangor)


Hehe.. Ahmad ni orang baru dalam koloni(macam semut la plak) kitorang ni.Dia minta nak masuk bilik kitorang untuk Sem 3 baru-baru ni.Time dia baru masuk dulu, aku tak sembang pun dgn dia.Aku jenis orang lain kena mula cakap dulu, baru aku cakap.hehe..Tapi bila dah kenal , siap jadik bestfriend lagi.Macam-macam masalah jugak la aku kongsi dia dengan dia, sama macam Ustaz.Dia cool beb, serius aku cakap.

Ahmad ni orang paling banyak jawatan dalam bilik kitorang.YDP PEERS, lebih kurang macam PRS kat sekolah dulu la.Pastu persatuan yg Amir jadi YDP tu pun dia join.Banyak terlibat dalam program di UIA sama ada dalam atau luar kampus.Pendek kata setiap hujung minggu, dia akan hilang.TAPI, yg aku kagum giler tu, result exam dia lebih gempak dari kitorang yg tak buat ape-ape ni.Dean List tu bhai..Camne dia study, aku pun tak tawu..hehe

Even Amad ni busy, aku still carik satu hari, culik dia gi tengok citer Captain America kat Mid hari tue.haha..Amad ni seorang sahabat yang boleh dipercayai, bukan setakat suka dengar prob aku, malah boleh memberikan pendapat dan pertolongan.Pendek kata, priceless friend la.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

So, itu lah serba sedikit yg aku boleh kongsikan dengan korang.Mana boleh kongsi semua.Ada beberapa kenangan yg aku rasa, biar kitorang je yang tawu.Tapi apepun, aku bahagia sgt kat UIA thanks to them.Memang setiap orang ada pro/kontra, dan pro/kontra itulah yang menyatukan kitorang.Saling memahami dan membantu.Aku hope sangat10000x dapat jadik roomate diorang gak kat UIA Gombak nanti..Amin..

p/s - To sume roommate aku tu.Miss korang sgt2..tq for being my friend :D

Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D