Wednesday, November 23, 2011

Kematian di Final Bolasepak Sukan SEA ke-26.Berbaloikah ???

Assalamualaikum wbt.. 

Baca petikan berita di bawah :


JAKARTA, KOMPAS.com — Dua orang dipastikan meninggal dunia saat desak-desakan suporter di Stadion Gelora Bung Karno, Jakarta, Senin (21/11/2011) malam. Kedua korban berkelamin laki-laki telah dibawa ke Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo.

Salah satu korban bernama Reno Alvino (21), warga Cililitan, Jakarta Timur. Reno Alvino adalahadditional player band DOT yang dibentuk dua bersaudara Ezza Yayang dan Adam Yayang. Di band tersebut, Reno biasa bermain sebagai drummer. Sementara satu korban lainnya belum diketahui identitasnya. Keduanya meninggal saat terjadi kericuhan di sektor 7 sekitar pukul 19.00.

“Kita datang rombongan. Semua pegang tiket. Yang enggak punya maksa masuk jadi dorong-dorongan, jatuh, misah. Dan dengar-dengar, saya cari enggak ada. Tahu-tahu ada dua korban pas desak-desakan. Saya cek ternyata Reno. Dia udah enggak ada,” kata saudara sepupu Reno, Helmi (25), kepada Kompas.com.

Inilah yg dikatakan, "Menang Sorak Kampung Tergadai" , sudahla pasukan negara mereka kalah, ditambah lagi dengan kematian 2 orang rakyat Indonesia, cukup untuk membuatkan hari Isnin tempoh hari sebagai Hari Hitam buat negara Indonesia.

Butiran mengenai berita ni korang boleh baca di akhbar-akhbar tempatan seperti The Star.

Yang aku nak highlightkan dalam entry ni adalah, berbaloikah terlalu fanatik sehingga melibatkan nyawa manusia ? Lebih-lebih lagi insan yang tak bersalah ?

Dah la masuk stadium secara haram, tiket dah habis, dibakarnya kaunter tiket tu, dah masuk stadium plak, sampai jadi sesak dan berhimpit-himpit, akhirnya ada yg mati dipijak.

Polis Indon ada sampai 5000 orang, tapi tak bertindak langsung even apabila melihat berlaku kesesakan.Dah  jadi macam ni (kematian) , baru la sibuk nak bertindak.Akibat dari kecuaian pihak urusetia tuan rumah dan pihak polis yg lembab, mayat si mati hanya dapat diserahkan kepada ambulan 2 jam setelah berlaku rusuhan  tu. 

Semoga peristiwa ni menjadi pengajaran buat rakyat Indonesia yang fanatik tak bertempat ni supaya lebih bijak mengawal emosi dan jangan bertindak membabi buta.Negara lain pun kena amik iktibar jugak.Kat negara kita pun ada penyokong yg fanatik tak bertempat, bakar kerusi la, ape la.Ni menunjukkan ketidakmatangan kita sebagai penyokong, juga kebodohan kita.

Biarpun digelar ibu segala emas, tapi pingat tu tak bernilai langsung jika dibandingkan dengan nyawa insan tak bersalah ini.

Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D