Monday, November 14, 2011

Teknologi Untuk Menambahkan Dosa Melalui Mengumpat ??

Assalamualaikum wbt.. 



Haha.. kelakar lak aku baca title entry aku kali ni.Yang nak terasa, sila terasa, yang tak terasa pun, sila terasa supaya di masa hadapan, korang pun tak termasuk dalam group yg patut terasa ni.

Mengumpat, mengikut pemahaman aku, adalah perihal perbuatan menyebut atau mempersoal atau menceritakan hal orang lain (sama ada baik atau buruk) tanpa pengetahuan orang tersebut.Senang cakap, mengumpat ni macam cakap belakang la.Kalau cakap depan, takut kene belasah lak kan, so nak selamat, cakap belakang je la.

And sekali lagi, fokus entry aku kali ni tertumpu kepada kaum wanita.Haha..kesian kaum wanita kan.Asyik kene troll je dgn entry aku.Aku bukan memusuhi kaum wanita, jangan salah anggap, nak buat camne, sume sikap yg aku suka bincangkan di blog aku, kebetulan *kebetulan la sgt kan* merujuk kepada wanita.hehe..

Zaman dulu, diorang main umpat di sebelah rumah ja, kuar jap nak jemur baju, nampak jiran sebelah pun ade, ape lagi, mengumpat la habis jiran yg lain.Semua benda dia nak ceritakan, dari hal laki bini gaduh sampai la ke bab lupa nak tukar air akuarium (sori, sekarang ni aku kemaruk bela ikan, so contoh pun dah jadi pasal ikan.hehe).Pendek kata dari A-Z la diorang umpat.

Kendatipun, aktiviti tersebut tak hilang ditelan zaman, tak macam permainan tradisional yang hilang ditelan zaman digantikan dengan alat permainan video dan sebagainya.Budaya ni masih mekar harum dalam diri kita khususnya orang Melayu.Sekarang ni jarang bleh jumpa jiran kat luar rumah, sume sibuk kan, kerja.Tapi minat yg mendalam mendorong diorang ni tetap mencari medium lain untuk mengumpat.

Ya, melalui blog.Amboi panjang sungguh pendahuluan aku kan.Sampai  4 perenggan.Haha..biasa la, lama tak update blog,

Sekarang ni kita tengok, ramai blogger, asyik citer pasal orang lain je.Tak puas hati dgn si poah tu, citer dalam blog.Tak puas ati dgn si minah tu, update dalam blog.Pastu datang la kengkawan lain turut serta dalam aktivitu mengumpat tu.Lagi senang kan, tak letih pun, tak payah kuar suara pun, taip je, lagi senang.Siap bleh guna emotikon lagi.hehe.

Maka jangan ingat blogging ni selamanya boleh membawa kepada kebaikan.Ada jugak golongan yg memburukkan nama blogger ni dengan buat aktiviti terkutuk macam ni.

Tapi ingat, mengumpat ni hanya berfungsi sekiranya orang yg diumpatkan tu tak tau pasal hal ni.Contohnya kes ada anak gadis kita yg mengaku tak de dara dulu, ramai yg marah blogger sebab citer pasal dia kat blog, kononnya kami ni sebarkan aib.

Sebar aib ?? Haha.. aib tu maksudnya hal yg memalukan seseorang yg dia sendiri tak mahu orang lain tahu.Tapi dalam hal tu, apa yg jadi ? Dia sendiri kan yg heboh ? SO ianya tak menjadi aib dah.Dia sendiri yg     dengan rela hati mendedahkanya.So tak dikira sebagai mendedahkan aib, menurut apa yg aku belajar dalam subjek Basic Themes of Al-Quran la.

Tapi rasanya dia dah baik kot sekarang, so kita tutup je kes tu.Berbalik kepada soal mengumpat tadi, aku harap sapa yg terasa tu, berhentilah ye.Tukarkan dosa kering anda tu kepada pahala free dengan mengubah genre entry korang dari umpatan kepada perkara yg lebih bermanfaat.

Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D