Assalamualaikum wbt..
Hari ni aku ada berita gembira buat pengguna Samsung Galaxy Tab 8.9 Inches , di mana aku akan ajar melalui tutorial ni bagaimana untuk korang root balik Samsung Galaxy Tab korang tu.Aku tak akan beritahu apa itu root sebab ni bukan entry pengenalan kepada root.Sape yang belum kenal apa itu 'root' , sila ke sini.
Jom Mula !
Keperluan :
1) Galaxy Tab yang beroperasi di bawah Firmware 2.3.3 Gingerbread.
2) Korang kena install software Odin kat PC korang.Download di sini.
3) Samsung USB Driver.Tapi rasanya korang dah pasang kan Samsung Kies tu.Nak download ? Kat sini :
4) Fail sokongan (PENTING!!).Download di sini.
Arahan :
1) Download Odin dan install dalam PC korang.
2) Download file ke (4) tadi dan ekstrak file itu di Desktop.
3) Pastikan korang belum connected lagi Galaxy Tab tu dengan PC, kemudian bukan software Odin.
Ni la tetingkap software Odin
4) Pada windows Odin tersebut, klik PDA dan select file ke (4) yang korang dah ekstrak ke Desktop korang tadi, file tersebut bernama CF-Root-TAB7_XX_OXA_JQ1-v3.3-CWM3RFS.tar
5) Set Galaxy Tab korang dalam mode Download,
(shutdown Galaxy Tab tu, kemudian tekan butang Power dan Volume Down serentak, tunggu dalam 4-5 saat, akan keluar gambar Android sedang bekerja dan tertera perkataan "Downloading").
6) Pastikan korang TIDAK tick pada "Repartition".
7) Klik "Start".
8) Jika proses tersebut berjaya, Galaxy Tab korang akan reboot dengan sendirinya.
Selamat mencuba !!
Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D