Wednesday, November 16, 2011

Sebab Apa Orang Melayu Dipandang Rendah ?? Lu Pikir La Sendirii...

Assalamualaikum wbt..



Bila sebut nama Melayu je, ramai yg dah boleh gambarkan.Dengan sikap negatif yg semakin menular, kes demi kes yg dilaporkan semuanya dilakukan oleh orang Melayu, bangsa kita semakin lama semakin dipandang HINA oleh kaum dan masyarakat seantero dunia.

Aku bukan nak jadi seorang yg pesimis.Tapi kalau sentiasa optimis pun bahaya jugak.Kita akan hanyut leka dalam zone selesa atau lebih dikenali sebagai zon "syok sendiri" . Kita je yg anggap bangsa Melayu ni dipandang mulia, sedangkan keadaan yg sebenar adalah sebaliknya.

Kenapa bangsa Melayu jadi sebegini.Meh kita kaji sikit apa yg menyebabkan bangsa Melayu semakin lama semakin tenggelam dalam kemunduran.

1) MEMILIH KERJA

Fuh..yg ni memang jelas nyata.Seolah-olah sikap ni dah sinonim dengan orang Melayu..Cukup memilih kerja.Nak yg good good je.Kerja susah sket tak nak.Bila mamat-mamat Bangla and Indon dah kebas sume keje tu ,mula la heboh.Konon negara kita ni tak pentingkan orang melayu la..ape la.. Bila nak kasi kerja, tak nak.Diorang tu kasik je kerja apa pun, semua diorang kebas.Matawang kita tinggi.Hatta jadi jaga toilet pun diorang sanggup.Cuba suruh org meLAYU jaga toilet, mati hidup semula pun konfem tak nak.GF tau malu la kononnya.

2) SOMBONG

Ni pun satu.Contoh yg paling , atlet negara , khusus orang Melayu.Baru menang 1-2 kejohanan , dah belagak cam haram.Rambut habis diorang dye.Tak caye tengok la Amirul Hadi pemain Malaysia tu.Main tak la hebat mana pun, eksyen je lebih.Rambut dah kaler kuning.Kalau bukan dye, ape lagi ? Tak kan penyakit kot.hehe

Diorang berlagak tu, seolah-olah diorang tu dah jaguh dunia.Dalam akhbar sebut punya la belagak.Amaran buat pasukan sana la, amaran buat pasukan sini la.Yakin boleh menang la.Bila kalah, ada je alasan.Nama pun melayu.

3) DENGKI

Hah,. yg ni pun sama.Cukup sinonim.Pantang nampak ada kawan berjaya sket, mula la datang setan hasut.Suruh jatuhkan dia.Dalam organisasi syarikat ke, kat mane-mane ke, ada je niat jahat tu.Yang dia tu usaha tak nak kuat, asyik nak naik pangkat je.

Cuba tengok kaum Cina.Fuh, diorang cukup jaga bangsa diorang.Maybe diorang agak perkauman, tapi ada positifnya jugak.At least diorang tak jatuhkan antara satu sama lain.Kalau berjaya, semua berjaya.Kalau jatuh, akan ada yg datang tolong.

4) MALAS BERUSAHA

Ni.. Ni.. cukup-cukup jelas.Kerja nak mudah je, hasil nak cepat.Tak caya ? Try la gi usha-usha pekerja Melayu tu.Time keje, tido je kejenye.Tak pun duk belek handset je.Mesej ngan cewek cowok sume.Khidmat pelanggan FAILED.Bila pelanggan tanya apa-apa, diorang jawab cam tak cukup makan je.Siap ada yang tengking-tengking.Kalau tak nak keje, tak payah keje.Tapi bila hujung bulan, laju je datang minta gaji.


Actually banyak lagi sikap bangsa Melayu yg menyebabkan kita dipandang rendah oleh bangsa lain.Jangan salahkan orang lain, salahkan diri sendiri.Kita sendiri yg menyebabkan taraf melayu cukup rendah di mata Dunia sekarang.Pengurusan negara pun sama, cukup lemah.Hutang negara sampai berbillion-billion.Ni la jadinya kalau bagi negara kat tangan orang yg jahil.

Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D