Wednesday, November 2, 2011

Korang Punye Body, 'Dia' Yang Dapat Untung ! Kah Kah kah !

Assalamualaikum wbt.. 

Gambar Hiasan


Anda seorang wanita ? Anda gemar upload gambar di Facebook ? Maka sertailah diorang-diorang yang lain dalam mempromosikan diri anda dan body anda dengan jayanya agar orang lain pun boleh jamu mata.

Ya, TAHNIAH diucapkan kepada adik-adik kakak-kakak , yang mana telah menjadi artis atau model sambilan dengan jayanya, tanpa perlu mengeluarkan setitik peluh pun.Aku sendiri pun susah nak dikenali, sampai sekarang pun masih tak terkenal.Tapi korang ? Korang tak buat apa-apa pun, tetiber je dah jadi femes.Ish.ish ish..Kagum aku.

Ya, seperti mana status Facebook aku petang tadi, kepada semua perempuan-perempuan girl sekalian, ada antara korang yang dah jadi mangsa gangguan seksual siber TANPA KORANG SEDARI !!

Ada satu blog yang dijumpai oleh aku secara tak sengaja ketika berkunjung di sebuah blog sahabat ni, yang mengumpulkan gambar-gambar KORANG yang KORANG SENDIRI UPLOAD di Facebook.Penuh la dalam blog tu koleksi gambar-gambar dengan pelbagai aksi, ada juga yg sopan ,memakai tudung, tapi gambar kat bawah tu tak pakai tudung.Kira bertudung untuk fesyen je la.

Penuh jugak la tag dan keyword seperti 'awek cun' , 'awek seksi' , 'awek gebu' , dan lain-lain.Keyword yg agak 'panas' pun berlambak.Semuanya digunakan oleh si pemilik blog untuk menaikkan prestasi blog beliau.Untunglah dia kan, tak payah buat apa pun, cuma tunggu korang upload gambar-gambar korang dengan pelbagai aksi tu, copy , dan upload semua di blog diorang.

Korang jangan ingat dengan menjadikan album gambar korang di Facebook tu sebagai PRIVATE, maka orang lain tak boleh tengok.Hehe.. dunia tidak semudah itu.Ada plug-in dan pelbagai cara lain untuk bypass halangan Facebook tu beb.So, silalah berbangga dengan diri anda, kerana anda sekarang seorang selebriti !! yeaaaaaaaaaaaaaaaa ! :D

Aku memang nak troll korang habis-habisan.Sebab aku yakin, ramai yg tegur korang berkenaan upload gambar kat Facebook.Tapi korang degil dan keras kepala kan ? Korang NAK jugak tayang semua gambar cute-cute korang tu kat orang lain, malah gambar yg tidak tutup aurat pun korang upload jugak.Nak femes punya pasal la kan.Ha, sekarang korang punya pasal la tanggung sendiri.

Aku troll korang habis-habisan pun, aku still nak tolong korang.Korang gi la check kat blog tu, maybe ada gambar korang.Kalau nak report polis, dipersilakan atau kalau tak nak, malah korang sendiri nak hantar gambar korang kat di pemilik blog tu ke, maka silakanlah dan tunggulah azab di akhirat.

Untuk perempuan sahaja, kalau ada lelaki yg bukak jugak, korang tanggung dosa sendiri.BUka Google Search, taip keyword 'awek impian' , dan klik pilihan yang pertama, atas sekali.Dan kemudian cari la gambar korang.Semua gambar tu, si mamat berhati syaitan tu ambil dari Facebook.

p/s - Lepas ni masing-masing boleh buat Page FB Untuk peminat.Muahahaha..

Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D

5 comments:

PeJuAnG CinTa said...

paan, aq cri pic aq xd p0n. Hahahaha :lari

~zatie razak~ said...

pic i xde ponn..tp pic kwn ader... =="

Solihin Zubir said...

alaaaa... i pun nk feymes jugak mcm diorg.. LOL!

InViSiBle IzZy said...

Astagfirullahallazim..terima kasih sebab share..

Nwidad.Ahassan said...

Thanks bgtau

Post a Comment

Komen yang best akan dihantar ke Akhbar Harakah! hahahahha !