Monday, October 31, 2011

Kenapa Diriku Berubah ??

Ini hanyalah cetusan secara tiba-tiba dalam hati aku.Langsung tidak diedit dan ditaip secara berterusan.Anda tidak dipaksa membacanya.



Assalamualaikum wbt..

Selesai menonton buat kali kedua siri cerita jepun bertajuk Edison no Haha.Unlike the others, aku tak berapa layan sangat cerita cintan cintan ni.Aku lebih sukakan cerita berbentuk sains fiksyen dan berkait dengan fakta, lebih-lebih lagi berkaitan metafizik.

Siri ni mengingatkan aku kepada diri aku semasa kecil.Sentiasa tertanya-tanya kenapa itu dan ini berlaku, kenapa langit berwarna biru dan di mana penghujung pelangi, dan beribu-ribu lagi soalan bermain di minda aku ketika kecil.

Bagi menenangkan hati yg penuh tanda tanya, aku habiskan kesemua siri ensiklopedia sains milik ayah aku even aku belum masuk tadika lagi.Biasa la, budak-budak kecik, penuh tanda tanya.Ketika melihat gambar Leonardo da Vinci, saintis yang mereka helikopter, sangka aku, itu gambaran Tuhan.So silly kan ? Tapi nasib baik aku tanya ayah aku siapa dia orang tua tu, hehe.

Yup, kehidupan masa kecil aku hanya di rumah.Aku jarang keluar bermain bersama kawan, aku suka bersendiri bersama komponen elektronik yang aku kumpul dari alat mainan aku.Syarat sesuatu untuk menjadi barang mainan aku adalah, ianya mesti dan WAJIB memiliki komponen elektrik atau elektronik.Baru 2-3 kali main, aku akan buka kesemua skru dan kaji bagaimana ia berfungsi.

Melangkah ke dunia sekolah rendah, aku lebih bersemangat dalam bidang sains.Antara matapelajaran kegemaran aku tentulah Kemahiran Hidup.Yang kelakarnya, aku baru lengkapkan satu litar elektrik menggunakan mentol dan batteri bersama enjin motor mainan, kawan-kawan aku dah bersorak gembira.Agak pelik, sebab itulah mainan aku saban hari.

Tapi, sejak melangkah ke sekolah menengah, minat itu semakin lama semakin pudar , even aku masih score subjek KH, tapi passion aku terhadap semua itu semakin pudar.Maybe kerana akal semakin mengalami kematangan.Plus, aku dah semakin jauh dari semua komponen elektrik aku.Dan akhirnya, semua tu hilang terus.

Aku tak putus asa, aku still luaskan minat aku sehingga ke bidang astronomi , geologi ,komputer dan fizik.Yup, aku tak score sangat subjek Fizik dan Kimia, kerana aku mengalami perubahan sikap dan disiplin yg drastik ketika di Tingkatan 4 dan 5.

Masuk U, aku kembali meminati subjek Fizik dan Mathematics.Tapi, aku selalu tersesat ketika mana mencari arah tuju hidup.Aku ambil course Engineering, tapi  rasanya bidang yang aku pilih untuk Majoring tempoh hari tidak sehaluan dengan minat aku.Tapi insyaAllah aku akan carry on sedaya mampu.

Menonton filem-filem seperti 3 Idiots, Edison no Haha, dan Galilo Jepun, aku terkenang zaman muda aku, I means, zaman kanak-kanak.Zaman segalanya tidak perlu difikir lagi.Zaman tertanya-tanya tentang pelbagai fenomena yang berlaku di sekeliling kita.

Edison dalam siri drama jepun yang aku tonton tu, akhirnya menjadi seorang saintis berjaya dan menerima anugerah Nobel.Aku sedar aku bukanlah genius seperti beliau.Tapi aku punya minat dan sikap seperti beliau.Tidak mustahil aku mampu mencapai seperti mana yang dia capai.

Rancangan kegemaran aku adalah dari saluran 550 sehinggalah 555, merangkumi Nat Geo Wild, Discovery Science, Discovery Channel, History, dan sebagainya.Cukup-cukup menyeronokkan melihat fakta-fakta yang dirungkai satu persatu.

Semoga aku dapat jalani hidup ini seiring dengan minat dan cita-cita aku.Amin.Sekian..

Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D