Saturday, October 15, 2011

Nak Tingkatkan Trafik BLOG ?? Ini Dia Cara Yang Berkesan !!!

Assalamualaikum wbt.. 


Jika anda adalah blogger yg mempunyai trafik UV harian lebih dari 1000 , sila abaikan entry aku.Sebab nanti mesti korang perli-perli je.Entry ni untuk mereka yg mempunyai UV rendah macam aku dan ingin meningkatkan trafik blog.

Hari ni ringkas je entry.Aku cuma nak promosikan satu kaedah yg aku tau dah ramai yg guna, cuma aku nak promosikan kepada yg masih belum tau lagi je.

Selain ping entry di group-group blogger kat facebook, korang juga boleh join website-website yg mempromosikan entry anda.Kaedah ni terbukti lebih berjaya.

Dulu aku ada guna jugak cara ni melalui website Apesal.com , tapi selepas aku tukar domain blog aku ni kepada .com , website tu dah tak bleh read feed blog aku dah.SO dah tak boleh send entry.

Tapi, baru-baru ni, aku ada terbaca satu entry yg memberi senarai website-website yg blogger boleh join untuk promote entry.Antaranya ialah yg aku join iaitu www.guablog.com dan www.gengcyber.com.

Kedua-dua website ni amatlah memberi keuntungan trafik kepada korang semua.Tak rugi korang cuba, untuk promosikan blog korang. 

Tak percaya ? Jom tengok contoh di bawah.Aku dah lama tak update dan aktif dalam berblogging, so UV harian aku dah turun kepada purata 100++ UV sehari.Kalau time aku aktif dulu, purata UV harian blog aku mencecah 250++.

Tapi, setelah menggunakan website yg aku sebut di atas tadi, trafik UV aku naik mendadak.Seperti yg korang dapat lihat di graf dan jadual Nuffnang Analytic di bawah ni, yang bertanda dengan box kaler merah tu.

Tengok , dari 100++ , UV aku meningkat kepada 300++, kemudian 600++ , dan semalam, 800++

Ini jadual untuk graf di atas

Tengok la berapa referral yg aku dapat dari guablog.com tu.

www.gengcyber.com stil tak dapat lagi kesannya , sebab aku baru join semalam je.Tapi insyaAllah hasilnya akan serupa dengan www.guablog.com jugak.

Bagaimana ia berfungsi ?

Selepas korang hantar entry korang di sana, entry korang tu akan dipromosikan secara random bersama entry blogger lain di widget yg wajib dipasang oleh semua ahli di blog masing-masing.


Korang boleh nampak widget tu di bahagian atas sebelah kanan blog aku.So, website tu akan membantu korang mempromosikan entry korang.Satu petua untuk korang, sila gunakan tajuk entry yg menarik minat.Ini amat membantu.So , selamat berjaya !!

Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D