Sunday, October 16, 2011

Manusia Dah Tak Pandai Membenci ???

Assalamualaikum wbt.. 



Apa khabar semua ? Sihat kan ? Alhamdulillah.Kali ni kita akan bincang tentang sikap manusia yang semakin lama semakin pelik.Aku tau manusia ni makhluk Allah SWT yg unik, amat-amat unik.Seperti mana yg kita sedia maklum, 'benci' merupakan satu daripada sikap fitrah dalam diri manusia.

Tapi, 'benci' yg sepatutnya dalam Islam, adalah membenci perkara yg bertentangan dengan agama dan syariat Islam.Contohnya, kita melihat ada orang membuang sampah di merata-rata.So kita bencikan PERBUATAN membuang sampah di merata-rata tempat tu sebab ianya akan menjadikan alam sekitar ni kotor.Dan Islam tidak sukakan kekotoran.Kebersihan sebahagian dari Iman.Ingat tu.So , kita hanya dibenarkan membenci kepada perkara yg sepatutnya sahaja.

Tetapi, manusia ni memang pelik, tambahan lagi manusia akhir zaman.Mereka sudah tidak pandai membenci.Erk ? Adakah ianya bermaksud manusia sekarang sudah saling menyayangi ? Tidak jugak.Maksud aku, diorang dah tak pandai membenci dalam keadaan yg sepatutnya.

Contoh yg paling senang, di jalanraya.Kalau kita nampak ada penunggang motosikal  yg menyelit-nyelit di celah-celah kereta, kita akan marah, sebab ia boleh membahayakan semua org, termasuk diri kita.Tapi kalau kita tengah tergesa-gesa, nak cepat, tetibe kereta di depan kita tu slow, maksud slow di sini adalah slow yg biasa la, bukan slow macam kura-kura tu.So kita akan marah jugak, dan benci dgn diorang sbb kita sedang tergesa-gesa.

Nampak tak maksud aku dalam situasi di atas ? Manusia sekarang hanya membenci perkara yg menyusahkan diri mereka saja.Mereka sudah tidak kisah perkara tu baik atau buruk.Asal sahaja menyusahkan mereka, maka mereka akan membenci perbuatan tersebut.Sedang seronok kita menonton televisyen, ayah kita panggil untuk solat jemaah.Kita akan rasa ada sedikit geram kan dalam hati ? Sebab tengah seronok menonton televisyen tu.Padahal solat jemaah tu perkara baik.

So, betul tak kalau aku cakap, manusia sekarang memang sudah tidak pandai membenci ? Sila beri komen korang.

Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D