Thursday, October 13, 2011

Klip 3GP - Bukti Melayu Ni Gila Seks !!

Assalamualaikum wbt.. 



Kesabaran aku dah sampai ke tahap kemuncak terhadap pengarah filem Melayu nih.Ape ke bengapnya diorang buat filem pasal aksi seks.Korang disarankan tak payah pi tengok cerita aksi syaitan ni.Tak layak cakap bahasa lembut-lembut dengan diorang ni.Yes, macam Namawee hampeh tu cakap, lu kena tengok filem tu dulu, baru lu boleh komen.Tapi aku tak payah tengok filem tu pun aku dah tau apa jalan cerita dia.Trailernya pun dah jelas menunjukkan kejijikan filem tersebut.

Apa yg si pengarah tu nak tonjolkan dalam filem seks porno tu ? Ha ? Jangan kata nak menginsafkan orang melayu ke, nak menyedarkan orang Melayu tentang bahaya seks ke, aku tempeleng kang.Pergi jalan la dengan insaf ko tu !

Aku rasa diorang semua tu ketagih seks la.Yes aku tau bak kata pelakon yg merupakan salah seorang ahli One Nation Emcee tu bahawa mereka menggunakan pelakon pendua dan suntingan, tapi tak kan la diorang guna patung plak kan ? Even kalau guna patung pun, patut ke diorang buat filem yg ada aksi seks ? C'mon la pengarah MELAYU !! Kita ni orang MELAYU ! Agama ISLAM !! Jangan nak bagi orang luar salah anggap dengan masyarakat di negara kita ni.

Sedarlah , budaya Barat tak sesuai dengan sifat keTimuran kita.Masyarakat Timur dikenali dengan sifat lemah lembut dan sopan santun.Aksi seks bukan budaya kita.

Tak de pun yg positif tentang filem ni.Yang negatif berlambak.Kepada sesiapa yg stil menyokong filem ni, kongsi la dosa tu dengan si pengarah.Aku mengutuk sekeras-kerasnya filem ni.

Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D