Friday, October 28, 2011

'Helmet Moto' Mengajar Kita Tentang Islam

Pesanan Penulis : Nak baca, sila baca sampai habis.Kalau tak mampu baca sampai habis, jangan baca langsung.Nak mengelakkan salah faham akibat tidak baca sampai habis.

Assalamualaikum wbt.. 



Helmet dan Islam.Yup, aku dah jelaskan hal ni dalam status kat facebook aku petang tadi.Yang sempat baca, tentu sudah faham.Tapi aku still tak puas hati.Aku nak ketengahkan jugak ketidakpuasanhati ni.Aku nak semua orang terbuka minda dan mata tentang hal yang ramai orang MELAYU ISLAM anggap sebagai remeh ni.Aku dah pernah membebel pasal ni DI SINI dulu, kali ni aku bebel lagi.

Helmet motor, satu objek dan jugak sejenis pakaian.Sepertimana penunggang moto yg lain, aku juga malas nak pakai helmet bila kuar naik moto.Sebab yang pertama, merosakkan rambut yg aku dah adjust hampir 10 minit setiap kali sebelum keluar rumah.Second, nampak tak cool pakai helmet.TETAPI, bila difikirkan balik kepentingannya, tidak dapat tidak aku terpaksa buat bodo terhadap jeritan rambut aku dan menyarungkan jugak helmet setiap kali keluar rumah.

Ramai manusia khususnya MELAYU ISLAM, dah semakin lupa asal usul tujuan penciptaan helmet.Helmet ni dicipta bukan untuk menambahkan duit si pihak polis bila diorang dapat tangkap penunggang yg tak pakai helmet, tetapi untuk tujuan keselamatan kepala si penunggang ketika menunggang.

So, kalau kita bercakap soal keselamatan, bermakna kena sentiasa pakai la kan setiap kali keluar rumah.Malang tidak berbau.Kalau berbau senang, setiap kali keluar boleh pakai fragrance.hehe..

Masalahnya, kerajaan yg bagi keizinan untuk tidak memakai helmet pada hari jumaat, telah menyebabkan mentaliti orang MELAYU ISLAM ni semakin parah.Langsung tidak difikirkan keselamatan, apa yg difikirkan hanya kesenangan dan kemudahan.

Untuk mencapai sesuatu, Islam dah ajar perlu ada beberapa elemen, antaranya yg penting adalah DOA, USAHA dan TAWAKKAL.Doa perlu dilakukan sebelum, semasa, dan selepas sesuatu perkara yg kita kehendaki.Usaha pula perlu dilakukan dgn gigih dan yakin pada kuasa Allah SWT.Tawakkal pula adalah iniasatif terakhir untuk mencapai sesuatu yg diingini.

SO, bila menunggang moto, manusia yg ada otak dan akal, akan menginginkan KESELAMATAN.So , seperti yg kita belajar tadi, untuk SELAMAT, perlu ada 3 elemen yg tadi.Doa ketika menaiki motorsikal tersebut, menunggang dengan cermat, memakai helmet, pelindung siku dan sebagainya adalah termasuk dalam USAHA, dan yang terakhir adalah tawakkal, iaitu berserah kepada Allah SWT untuk berikan keselamatan tu kepada kita.

Fahaman JABALIAH mengatakan manusia ni tersangat lemah sehinggakan tiada daya untuk buat apapun.Fahaman Qadariah pula mengatakan manusia ni mampu buat apa pun termasuk menentukan kejayaan dan nasib mereka sendiri.Namun, kita sebagai pengikut Ahli Sunnah wal Jamaah, percaya bahawa manusia perlu berusaha untuk mencapai apa yg diingini, dan hasilnya terserah kepada Allah SWT.

So , jelas, mereka yg menunggang tanpa memakai helmet ni, kekurangan satu elemen iaitu USAHA.Dalam soal keselamatan, helmet lebih selamat berbanding serban atau kopiah.Di sini tidak timbul soal menghina pakaian sunnah atau apa-apa, ianya berkaitan fakta dan kemampuan berfikir kita sendiri.

Ni status FB aku tadi ,

"Aku yg EGO ni pun, lebih rela diketawakan kerana pakai helmet pi solat jumaat , berbanding pecah kepala jika berlaku eksiden..

Islam dah ajaq, nak capai sesuatu, kena ada DOA, USAHA, dan TAWAKKAL.So untuk menjamin keselamatan, kita kena buat 3 benda tu.Pasal DOA, tu korang punye pasal lah, baca ke x.

Tapi kalau korang pi solat jumaat dgn x pakai helmet, maka korang kekurangan satu elemen, iaitu USAHA.cuma dengan tawakkal, xleh jamin.

helmet bukan pasal polis akan tangkap ke x, tapi pasal korang (usaha) selamat atau tak..

Bertindak guna agama, bukan guna akal."

Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D

3 comments:

aliza said...

Akak suka entri adik ni..penuh dengan telafan dan nasihat serta mesej..smoga mesej sampai pd yg berkenaan kan dik..kita hanya usaha jer

karmilaillang said...

mantp entry....

Aqmil Lambung said...

pedulikan kata orang...


Blog Bukan Sekadar Tulisan | by Aqmil Lambung

Post a Comment

Komen yang best akan dihantar ke Akhbar Harakah! hahahahha !