Wednesday, October 26, 2011

Himpunan Sejuta Umat.Berkesan Ke ??

Assalamualaikum wbt.. 



Sebelum tu, biar aku jelaskan dulu.Aku bukan tulis entry ni sebab nak keluarkan hukum ke, nak berpolitik ke, tidak.Ini HANYA PENDAPAT aku yang tidak tinggi mana pun ilmu agama ni berkenaan program Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang diadakan baru-baru ni di Stadium Shah Alam.Yes, pendapat aku memanglah tidak patut diberi perhatian pun, siapalah aku kan, tapi aku nak beri jugak pendapat.hehehe..

Yes, memang matlamatnya bagus, siap ada beberapa tuntutan lagi.TETAPI, aku ada jugak berfikir.Adakah dengan mengadakan himpunan ramai-ramai macam ni, mereka yg bukan agama akan lebih menghormati Islam ?? Adakah dengan mengadakan himpunan ramai-ramai macam ni, mereka akan menghentikan usaha mereka mencucuk jarum kristianisasi terhadap umat Islam ?

Jawapannya maybe ya dan maybe jugak tidak.Musuh-musuh Islam ni tak akan berganjak walau sedikit pun dari terus menyesatkan umat Islam agar mengikut mereka.Apatah lagi, semasa himpunan tu, hanya orang Islam je yg ada.Takde pun wakil dari orang bukan Islam dalam program tu.Diorang tengah rileks je tido time umat Islam duk berhimpun ramai-ramai tu.

Dalam kita terpekik sana sini semasa majlis tu,melaungkan azam kononnya nak pertahankan Islam, (tapi lepas habis majlis, semua kembali kepada perangai yang biasa) , orang Kristian dan agama lain giat menyusun strategi bagaimana ingin terus menerus menarik umat Islam agar murtad.

Aku tak kata usaha tu sia-sia, yes, alhamdulillah kalau ada yang sedar dalam majlis tu dan berubah, tapi pendapat aku ni dalam skop yang besar.Apa yg kita perlu sekarang adalah KESATUAN dalam menggerakkan usaha dakwah,bukannya berkumpul sekali seumur hidup dan terpekik sana sini berazam nak pertahankan Islam kononnya, tapi dah habis majlis, ape pun tak berubah.Masih melewatkan solat, masih tinggal solat Subuh, masih kuat berfoya-foya.Apa guna kan ?

Kita perlu menyaingi usaha orang bukan Islam dalam menarik masyarakat agar memeluk agama Islam.Tapi, umat Islam sendiri yang seolah-olah tak nak orang lain masuk Islam.Ye ke ? Ye, banyak dah kes yg melibatkan orang bukan Islam masuk Islam, then keluar balik kembali ke agama asal.Sebab apa ? Sebab umat Islam tu sendiri.

Kita amik contoh zakat sudah la.Bila orang bukan Islam masuk Islam, sure family diorang marah, and halau dari rumah la, putus hubungan kekeluargaan la, dan lain-lain.Tapi bila diorang ke pejabat zakat nak meminta bantuan (muallaf) untuk mulakan hidup baru, orang Islam sendiri yang mengeluarkan kata-kata yg kurang enak.Kononnya diorang ni masuk Islam sebab nak duit la, ape la, tak ikhlas la.Serius kes macam ni berlaku.So, kita masih nak tuduh agama lain je yg bertanggungjawab terhadap masalah murtad ni ??

Sekali lagi aku tegaskan , aku di sini bukan nak judge, bukan nak salahkah sesiapa, just beri pendapat dan ajak korang semua berfikir.Dalam akidah ni tak de tolak ansur.Kita sendiri kena perjuangkan agama kita, bukan harap orang lain buat untuk kita.Orang bukan Islam siap ada plan beratus-ratus tahun untuk jatuhkan Islam.Kita ni, bukan je setakat takde plan, malah membantu lagi diorang menjatuhkan agama sendiri.

Muhasabah diri kita balik, kembali kepada fitrah.So, bagi aku, tak perlu mengadakan himpunan sebegitu.Cukup hanya dengan menumpukan usaha yang BERKESAN dalam menyatukan umat Islam di negara kita khususnya, barulah boleh melakukan kerja dakwah dengan berkesan.

Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D