Monday, September 19, 2011

"Imam Muda" Pandai Cakap Pasal CINTA Je Ke ??

Assalamualaikum wbt.. 



Yo sisters and brothers, what's up ? kaifahaluka ? Khair au lak ? 

Aku tau maybe ada org yg akan marah dengan entry kali ni , tapi aku stil nak suarakan pendapat dan ketidakpuasan hati aku di sini, di blog hakmilik AKU ni.

Kalau sebut Imam Muda, semua orang tau kan ? Mesti semua dah terbayangkan wajah-wajah imam-imam muda yg penuh nur dan suci itu kan ? Mesti ada yg dah berangan nak buat suami.Bagus , bagus , at least ada niat untuk kebaikan, alhamdulillah.

Dan sejak rancangan bermanfaat ni mula diadakan, maka banyak la pihak yg mengundang mereka untuk memberikan ceramah atau "talk" di premis masing-masing, di masjid, di surau, dan tak ketinggalan juga di kampus-kampus U.Bagus, alhamdulillah, at least diorang tak jemput artis-artis yg rosak untuk merosakkan lagi remaja-remaja di kampus.

Maka kampus aku pun tak ketinggalan la jugak untuk menjemput mereka-mereka ini untuk menyampaikan talk.Tambahan plak kampus aku ni pada titlenya ada 'Islam' , so for sure la kena panggil yg islamik kan, baru kena gaya.

TETAPI, satu perkara yg aku perasan bila diorang jemput Imam-Imam Muda ni memberi talk, semuanya tajuk berkisar CINTA je.Adeh, tambahan pulak kalau coordinator program yg handle tu adalah sisters, mmg for sure la tajuknya berkisar cinta.Macam-macam tajuk la ade, 'cinta jilbab dan serban' la, 'cinta remaja' la , dan lain-lain.

Aku di sini bukan nak protes, seriously tak.Cuma, kalau boleh, bagi la tajuk lain plak untuk Imam-Imam Muda ni handle, asyik tajuk CINTA je, bosan la.Jangan la beri tajuk yg korang je rasa best, bagi la tajuk yg lebih umum dan tidak berat sebelah.Korang ingat semua mahasiswa suka ke tajuk cinta-cinta ni ? Seriously aku tak suka langsung.And majoriti kawan-kawan aku tak join pun talk tu sebab tajuknya adalah berkisar dengan cinta.

Ye,aku tau, tajuk tu penting kerana remaja sekarang ni banyak hanyut dalam cinta.Tapi c'mon la, jangan la kerek sgt.Aku kadang-kadang dengar gak ape yg bebudak girl ni sembang kalau bercakap pasal Imam-Imam Muda ni.Handsome la, kacak la, beriman la, dah jatuh cinta la.Tengok, adakah ini suatu yg positif ??

Dari satu sudut, positif la jugak sbb diorang minat pada lelaki yg baik.Tapi dari sudut keberhasilan program tu, bagaimana ? Ada kesan ke tak ? Adakah ini yang difokuskan oleh program tu ? Melahirkan remaja yg angau dengan tetamu jemputan ? Atau diorang panggil hanya sekadar nak usha Imam-Imam Muda tu bagi talk je ?

Imam-Imam Muda tu berpengalaman dalam pelbagai bidang dalam Islam.Tengok lah bagaimana diorang diuji.Adakah sepanjang program tu berlangsung, mereka hanya diuji berkaitan cinta remaja saja ? Tak kan ? Semua aspek dititikberatkan termasuk feqah,tajwid,qiraat, sirah, dan lain-lain.So kenapa korang hanya fokus kepada CINTA je ??

So hope lepas ni sesape yg jadi coordinator program tu, rancanglah dengan bijak.Bagi la tajuk tentang Kiamat ke, Sirah Nabi SAW yg kurang diceritakan ke, Yakjud Makjuj ke, dan sebagainya.Matlamat program adalah untuk kebaikan ramai, bukan untuk individu.Fiqh wal Alawiyat pun menitikberatkan kebaikan yg dapat dirasai oleh ramai orang.Aku bukan menentang, cuma mencadang.

Segala salah silap dan kemungkinan terdapat bahasa yg maybe mengguris hati dan perasaan sesiapa, harap diampuni.Kita sesama Muslim kena saling menegur, baru mujtama' Muslim tu dapat dicapai. :D



" Kalau panggil ustaz-ustaz yg dah berusia, 
konpom semua tidoq.Ye tak ?? "





Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D