Monday, September 19, 2011

Budak Baik vs Budak Nakal

Assalamualaikum wbt.. 



Pergh..tajuk..kontroversi giler..kan kan kan ?? 

Ok, firstly, sebelum ada sesaper yg saja buang masa aku nak protes macam-macam, biar aku jelaskan dahulu, tujuan entry ni tak de langsung kaitan nak burukkan memana individu, ia hanya berdasarkan pemerhatian dan pengalaman aku.So ianya tak bermakna entry ini suatu fakta.Bergantung kepada tahap pemikiran dan kemampuan analisis si pembaca itu sendiri.

Aku pernah jadi budak baik, dan juga pernah dan sedang jadi budak nakal.Believe me when I say this, "both of them got their own pros and cons".Dan apa jua yg akan aku kupas sebentar lagi, tak merujuk kepada keseluruhan spesis tersebut.Maksudnya, kalau aku cakap kononya budak nakal ni sekian sekian, tak bermakna semua budak nakal macam tu.Ini bertujuan mengelak ada individu yg nak melenting tak tentu pasal sejurus selepas membaca entry aku ni.

Ok, kita mulakan dengan budak baik.Bila sebut budak baik ni, of course lah mereka yg sentiasa buat baik kan ? Haha.. yg pergi solat awal, yang cakap tak mencarut, pakai pakaian sopan, wajah berseri-seri, rajin study, aktif persatuan, dan macam-macam lagi lah.

Budak baik di sini, aku kelaskan kepada 2 bahagian iaitu :

i) Budak Baik BAIK

Budak baik jenis ni, mmg baik yg termantob lah, baik dari segi akhlak dan keperibadian individu, mahupun hubungan mereka dengan manusia lain dan juga alam sekitar, dan sudah semestinya, hubungan dengan Allah SWT.Manusia jenis ni mudah didekati, senang bergaul, sentiasa berusaha memelihara hubungan persahabatan, bijak melayan dan mendekati rakan-rakan mereka.Amal ibadat, tak payah cakap lah, mmg sentiasa Siqah la kiranya.Mereka ni boleh dan amat molek untuk dijadikan sahabat dan rakan karib.

ii)Budak Baik yang Kurang BAIK

Budak baik jenis ni pulak, baik jugak.Amalan dan ibadat stil mantob.Zikir tak pernah tinggal.Aktif persatuan, ke sana sini bekerja untuk agama.TETAPI, ada satu yg maybe diorang terlepas pandang : Hubungan Dengan Manusia Lain.

Point ni adalah core kepada keseluruhan entry aku ni.Inilah yg aku nak highlightkan.Ramai budak baik , yg kadangkala termasuk dalam kategori ni.Disebabkan mereka tu baik, selalu beramal ibadat, siqah dan segalanya, maka sedikit demi sedikit unsur riya' wujud dalam hati mereka.Maka hasilnya, adalah budak baik yg berlagak.Ha, tu ayat kasar.

Mereka ni, hanya mengiktirat manusia yg 'sama standard' dengan mereka saja.Ke sana ke sini hanya dengan golongan budak baik saja.Kalau ada budak yg maybe agak nakal, let say, aku, yg tegur mereka, dibuat dek je.Ye la, tak sama standard beb, mana bleh layan.Kang orang cakap berkawan dengan orang jahat lak kan.Hilang siqah , tak pasal-pasal je kan.

Jangan terkejut, jangan melenting, manusia jenis ni, WUJUD.

Ok, so meh kita bergerak ke kategori budak nakal plak.Macam budak baik, budak nakal pun ada dua kategori :

i)Budak Nakal yang Kurang NAKAL

Huish, apekebende aku merepek ni kan.Dah kata nakal, tapi baik plak.Macam mana tu ?

Ha..golongan ni maybe ratio yg paling rendah dalam semua kategori.Budak jenis ni, maybe nakal , malas study, solat kadang-kadang tu lambat, kadang terlepas solat.Tak sengaja la.Cakap kasar, tapi tak mencarut.Just macam joking je la.And pemakaian pun, ala-ala rockers je.

TETAPI, dari segi hubungan dengan kawan-kawan, mereka TOP.Mereka ni cukup-cukup menjaga kawan mereka.Yup, selalunya manusia jenis ni yg kurang perhatian sejak kecil, menyebabkan mereka jadi nakal untuk tarik perhatian kawan-kawan.Dan apabila mereka mempunyai kawan, mereka menjaga mereka dengan baik.

ii)Budak Nakal NAKAL

Ok, yang ni masing-masing faham la ye.Memang semua aspek la dia samseng.Jenis ni menyakitkan hati je.Ke mana pergi, ada je musibah yg dia nak buat kat manusia lain.Manusia jenis ni pun kadangkala disebabkan perhatian yg kurang sejak kecil.So dia jadi nakal yg amat nakal untuk membuktikan kewujudan dirinya.

Budak jenis ni selalunya perasan otai.Dalam kelas tu, kononnya dia la yg femes.Apa saja dia buat, semua mesti sokong.Dan selalunya menindas mereka yg pendiam atau kurang femes dalam kelas.Biasa lah, gua abang kawasan, lu apa bising2.Haha..

So itu saja yg aku nak cakap dalam entry kali ni.Aku nak highlightkan budak baik yg kuran baik tu.Sebab aku amat-amat kecewa dengan diorang.Hanya kerana diorang tu baik, alim, budak masjid, terus nak perkecilkan budak nakal macam aku ni.Selisih kat jalan je, buat tak endah je.Padahal dulu (time aku budak baik la) kawan selamber je.

Macam yg aku cakap, aku pernah jadi budak baik, atau selalunya org bagi title 'budak masjid' atau 'mamat surau' , dan aku juga pernah dan sedang jadi budak yg agak nakal.SO aku pernah rasainya.Aku pernah jadi baik, and ada jugak masa yg aku anggap budak nakal ni macam sampah.Dan aku juga pernah jadi budak nakal, di mana aku pandang tinggi budak baik, cuma aku cukup benci budak baik yg perasan malaikat.Tu je bahasa kasarnya..



"Err,agak-agak aku kategori mana ek ?? Hihihi.. :D"






Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D