Saturday, September 17, 2011

Pengarah Filem Melayu Ni Kerjanya MENIRU Je !!

Assalamualaikum wbt.. 

Sebelum-sebelum ni pun aku dah banyak komen pasal pengarah filem Melayu sekarang ni, semakin lama semakin takde idea bernas dah nak buat filem..balik-balik samseng,bohsia, gangster, hantu.. Tak de genre lain dah diorang mampu buat..Aku sebagai orang Melayu , naik malu.. Bangsa lain tengok akhlak kita melalui filem la.. 

Tadi lepas aku main badminton, aku g la kiosk jap nak beli air, ternampak la ada rancangan The making of kat tv.Berkenaan satu filem baru iaitu Bini-Biniku Gangster.. Sekali pandang je aku dah terbahak-bahak gelak.Kenape aku gelak ??

tiru citer ni beb >>> 

Aku rasa director filem melayu ni anggap orang melayu ni asyik ngadap filem melayu je kot, tak tengok filem lain dah.Sebab tu diorang tak malu buat filem yg ditiru dari filem negara lain..Bukan sekali ni je, dah banyak dah yg ditiru..Diorang ingat kita-kita ni tak tahu ke filem dan rancangan tu ada kat negara lain dah ??

Rancangan So You Think You Can Dance dan Malaysian Idol, sah-sah ditiru dari negara lain.Filem I Know What You Did Last Raya, ditiru dari filem I Know What You Did Last Summer .Filem KL Drift ditiru dari filem Fast2Furious..dan banyak lagi la yg sah-sah ditiru dari negara lain.

tiru citer ni beb >>>

And yg terbaru , inilah, Bini-Biniku Gangster.. Aduhai la pengarah filem MELAYU sekalian !! Tunjuk la sket kemampuan korang jadi director , jangan la kantoi sangat tiru rancangan orang lain.Filem ni ditiru dari filem Cina bertajuk My Wife is A Ganster.. korang tengok la, tajuk pun sebijik.Tak kan setakat ni je kemampuan MELAYU ?? Ha ?

Hanya pandai meniru..Tak de iniasatif nak buat filem sendiri ke ?? Kalau buat sendiri asyik main dgn gangster bohsia hantu sume tu je, kalau nak buat yg lain, tiru dari negara lain plak dah..Sebab ni la ramai malas layan filem Melayu tau tak ?? Jujur aku cakap, aku cukup tak minat filem MELAYU.Masih di takuk lama.

Aku bukan nak hina, but that's the truth.. Yela, mesti ada org cakap, kita kena la support diorang.Aku tak nak support orang yg hanya mampu meniru hasil kerja orang lain je.Aku nak support manusia yg boleh cipta idea sendiri, dan filem tu mestilah ada kelas tersendiri.

Pastu mesti ada lak orang cakap, "ko nak hebat sgt, ko buat la filem sendiri.."...hehe..kan kan ?? Ni ceq meh nak habaq mai, diorang tu pengarah filem, so kerja diorang adalah buat filem, kena la buat filem yg memuaskan, sebab tu kerja diorang.Aku sebagai penonton , kerja aku adalah menyuarakan apa pendapat dan ketidakpuasan hati aku terhadap filem yg dibuat oleh pengarah filem.

Macam korang g makan kat KFC la, diorang sediakan borang feedback untuk mengetahui apa pendapat pelanggan yg dtg makan kat situ.Habis kalau kita tak puas hati dgn KFC tu, adakah kita perlu gi masak sendiri ayam KFC tu ? Tak kan ? Sebab kerja kita adalah makan, dan kerja diorang adalah masak dan berikan layanan yg terbaik.Kalau korang stil tak faham lagi, xpelah, kesian la plak..hahaha..

Updated :


ada sorang tu komen kata ni parody je.. so melayu hanya pandai buat filem parody je ?? apa org lain buat, kita amik modify sikit, pastu publish.. kalau aku la, malu giler2 aku nak buat macam tu..hehe..baik guna idea sendiri beb.. xde kelas la buat parody2 camneh..

Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D