Friday, September 30, 2011

[MESTI BACA!!!] KO NAK FOLLOWER ATAU READERS ????!!!

Assalamualaikum wbt.. 



Entry kali ni pendek je..insyaAllah..aku tak janji lagi..hehe.. Okeh.. aku nak tanya korang.Secara jujur lah kan, yg mana korang lebih harap daripada blog korang ? Follower ? Atau Reader ? Sebab kebanyakkan blogger, aku rasa dan percaya, lebih mementingkan atau lebih memandang kepada follower.Memanglah bila kita masuk sesatu blog tu, kita usha dia nye follower dulu.Kalau sikit, kita akan anggap dia tak femes.Kalau beriban-riban, wah , ni blogger artis ni.Betul tak ?

Actually, kegunaan follower yg disediakan oleh Google Friend Connect tu dah banyak disalahgunakan oleh blogger mahupun follower tu sendiri.Aplikasi follower ni sebenarnya disediakan untuk sesiapa yg berminat dengan blog tersebut dan ingin follow perkembangan blog tu.Maka apabila dia klik butang follow tu, segala update dari blog tersebut akan kelihatan di dashboard Google si pengfollow tersebut, maka boleh la dia baca setiap entry latest blogger berkenaan.

Tepuk dada, tanya diri dengan jujur, adakah itu yg kita buat setiap kali follow blog orang lain ? Aku yakin, jawapannya (kalau semua jujur la) , maybe dalam 10% je, maybe lebih sikit, yg akan jawab ya.Sebab apa ? Sebab ramai blogger sekarang menganggap follower tu hanya kayu ukur tahap kefemesan sesebuah blog.Kalau follower banyak, femes, kalau sikit, newbie.

Oleh kerana ramai beranggapan sedemikian rupa, maka wujudlah kempen " I Follow You, You Follow Me ".Dan sebab tu la banyak ruang komen di group-group blogger dicemari oleh link-link dari blogger yg kegersangan follower.Semua nak jadi femes dengan cara cepat.Buat apa ramai follower kalau yg baca blog tu cuma 2-3 orang je ? Ramai yg datang, follow, then blah.Some even tak baca langsung pun apa tajuk blog korang tu.Ini ke yg korang nak ?? Diorang datang follow pun sebab korang dah janji nak follow diorang balik.Kalau tak, sampai mati pun dia tak akan datang follow lah.

So, dah tahu apa yang lebih penting dari follower ? Yes, exactly !!

Reader !!!!!!!!!

Yes my friend.Readers tu penting 40x ganda dari follower.Buat apa korang ada beriban-riban follower kalau setiap kali korang update , yg datang baca tu cuma 4-5 kerat je ? Kan ? Are you agree with me ?

Yes, aku mengaku, awal-awal dulu aku pun gila dengan follower jugak.Kemaruk nak kejar kawan-kawan blogger yg lain.Update entry-entry kontroversi sebab nak ramai masuk follow.Tapi aku bukan jenis kaki SPAM link kat group blogger.Yang tu memang pantang tok nenek aku la.Nenek aku pun tak pernah buat macam tu.hehe.

Tapi lepas beberapa ketika, aku mula sedar.Sampai bila aku nak kejar follower ? Rasa puas tu tak penah hilang.Dulu ada 60, nak 100, dah dapat 100, nak 200, lepas 200, nak banyak lagi.. Dah sampai 1000, nak lebih lagi..Sampai la yg ke 1500++, aku dah tak amik kesah dengan bilangan follower.Dulu follower aku sama dengan kawan aku yg sorang ni , nama blog dia Belog Cik Ladies.Kami bersaing giler-giler nak atasi satu sama lain.Sekarang korang tengok berapa beza dah follower aku dan dia ? Dekat separuh ribu jugak la.

So, ingat, readers tu lebih penting.Orang yang senantiasa ternanti-nanti update entry dari korang.Korang update je, dah nampak nama dia kat ruang komen.Orang yg macam ni yg kita mahu !! Bukannya orang yg datang tekan butang follow, pastu blah dan tak amik tahu dah apa yg jadi dengan blog kita tu.

So , tu jela ape aku nak cakap.Sebab tu aku cakap aku tak janji awal-awal tadi.Aku dah tahu dah, bila jari aku mula menaip je, idea mencurah-curah datang.So , non-stop la jawabnya aku menaip.haha..Ni nak stop dah ni..Eh, tak bleh..Asyik nak taip je..Dahhhhhhh..Sttttoooopppppp !! Arghh.. tak bleh jugak stoppppp..

Ok, sudah-sudah la buat bodoh tu.Pen off ! :D Kalau rasa rajin tu, klik la butang LIKE kat bawah, tak susah pun, and 100000% FREE !!

Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D