Wednesday, September 28, 2011

Follower Ramai, Tapi Maruah Senipis Kulit Bawang !!

Assalamualaikum wbt.. 



Bilangan blogger semakin hari semakin mencanak naik, keperluan untuk menarik pengunjung ke blog kita pun semakin meningkat, so hanya blogger yg pandai mencari bahan dan pandai mengolah entry yg menarik je yg mungkin dapat survive dalam dunia blogger sekarang ni, tak termasuk blogger yg menjaja bahan porno sebagai modal tarikan pengunjung.

So dalam aku memerhati gelagat blogger-blogger yg semakin meningkat saban hari, ada blogger yang nampaknya kehabisan modal untuk mengupdate entry sehingga terpaksa mendedahkan isu-isu atau perkara yg tak sepatutnya.Sebagai contoh : aib sendiri

Ini bukan satu diskriminasi kaum, tapi rasanya ramai yg setuju dengan aku.Blogger yg gemar menceritakan hal peribadi di blog adalah blogger wanita.No offence ladies, but this is the truth.Aku tak cakap semua blogger lelaki tu mulia ke, kasyaf ke, jauh sekali.Blogger lelaki pun kadangkala ada jugak yg berperangai sebegini, yg jenis lembut lembai neh."Hari ni ai beli losyen, kulit ai dah menggelupas la you olz..you olz ada cadangan tak , produk apa ai nak pakai nak jaga kulit ai ni"...uweekkk..muntah purple aku dibuatnya..

Apa itu hal peribadi ??

Huh..zaman sekarang ni ek, benda yg remeh pun nak kena terangkan secara detail kan ? Sebab bila otak makin berkembang, pemikiran jadi semakin sempit.Ini realiti.Tabiat suka memesongkan fakta ni cukup menjadi-jadi.So, biar aku detailkan apa yg aku maksudkan dengan hal peribadi , supaya takdak sapa nak pertikai.

Antara perkara yg menurut aku, termasuk dalam kategori peribadi adalah seperti, hal-hal percintaan, hal-hal sulit , rahsia peribadi, dan lain-lain.Ya, benar, perkara ini wujud.

Ada blogger yg cukup gemar menulis pasal isu percintaan dia kat blog.Hari ni dapat balak baru, esok clash, lusa dapat balak lain, balak dia tu kaki merokok, tulat plak, balak dia kena tangkap jual dadah la, ape la.Semua perkara dari A-Z tentang balak dan hal percintaan dia, dia nak kongsi di blog.Macam la dia tu diva ke, artis ke, semua benda tentang dia orang nak tahu.Tulis panjang-panjang, yg komen tu adalah 2-3 orang, tu pun ntah la sebab kesian kat die kot,takde sape nak komen.

C'mon la guys, benda macam ni pun korang nak cerita ke kat blog ? Habis public kehidupan korang, semua orang tau.Korang tak rasa macam maruah korang tu hari demi hari semakin rendah ke ? Kanan kiri orang duk mengumpat kita tau.

Mungkin ada yg menganggap perbuatan menceritakan hal-hal macam ni kat blog adalah open minded.Please lah.. aku rasa korang cari makna open minded tu dalam kamus bahasa Africa kot.Open minded apanya kalau dah habis semua aktiviti harian korang nak didedahkan ? Sampai ada yg cerita pasal datang bulan kat blog.Ape kejadahnya.

So aku minta sangat, kepada sesiapa yg terlalu open dalam menceritakan hal peribadi kat blog tu, ubahlah sikap anda.Sebab perkara yg anda dedahkan kat internet ni, tak menjamin keselamatannya.Orang lain boleh amik copy.Kalau copy tu takpe lagi, kalau dia tokok tambah, pastu dia publish balik, punah kehidupan korang.Orang bukan nak kesah cerita tu betul atau tak, the point is benda tu dah public.Time tu  tak guna korang menyesal pun.

Aku tegur ni, sebab aku tak nak korang menyesal di kemudian hari.Kalau ada entry yang korang rasa termasuk dalam kategori peribadi tu, delete je la.Apa guna ramai readers dengan ramai follower, kalau maruah kita dah jadi senipis kulit bawang kan ? Tak berbaloi beb..

Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D