Sunday, October 2, 2011

[Edisi Movie] Review Filem 'LIBAS'

Assalamualaikum wbt.. 






Wah..alhamdulillah..akhirnya dapat gak aku tengok filem LIBAS ni semalam, hasil kerjasama kawan aku, Khairuddin.Memang terbaik la filem tu.Aku puas hati dengan pelaksanaan filem tu.So meh aku nak review and nak bagi komen sket.

Sebelum tu, baik korang baca dulu sinopsis filem ni kat sini > Sinopsis Libas

Firstly, aku tau ramai orang Melayu pertikaikan cerita tu.Kononnya tiru Shaolin Soccer hasil karya Stephen Chow.Meh aku nak tanya, "so kalau dah ada sorang buat cerita berkenaan sukan, orang lain tak boleh la?" Kalau buat je, terus kena cop meniru.Yang aku bising-bising sebelum ni sebab filem Melayu ni, tiru sebijik-sebijik cerita lain, sampai tajuk pun tiru, cuma ubah bahasa je, macam Bini-Biniku Gangster tu.Parody la sangat.And kalau dah tak pandai beza antara sukan sepak takraw dengan bola sepak, so duduk diam sudah la, daripada membazir masa buat dosa ja.

Diorang kata filem ni tak berkualiti sebab guna CGI (Computer Generated Imagery).So what ? Filem-filem yg korang tengok sebelum-sebelum ni dari Barat sana tu, tak guna CGI ke ? Ha ?? Yang kene tembak la, kena pancung kepala la, buat kuasa sampai kuar api-api sume tu, bukan CGI ke ? Korang ingat semua tu memang betul-betul terjadi ke ? SO tahniah, sbb korang memang lurus bendul.

Dari sudut jalan cerita pun, memang memuaskan.Man@Raja Libas sedang mencari pengganti bagi mengisi kekosongan skuad sepak takraw Malaysia untuk mengalahkan Thailand yg sudah 2 tahun berturut-turut memenangi pertandingan LIBAS tersebut.Kalau sekali lagi Thailand menang, maka mereka akan merampas sejarah Melayu dengan mengatakan bahawa sukan ini berasal dari Thailand atau Siam.Mereka juga akan merampas 'Bola Pusaka' yang turun temurun disimpan oleh orang Melayu sejak zaman Melaka.Maka setelah dia menjumpai pengganti tersebut, mereka dilatih agar bersedia menghadapi ancaman dari skuad Thailand.

Babak cintan-cintan yg amat aku benci tu pun tak de la banyak sgt.And the most important thing, tak de babak dalam Disko,tak de babak mat rempit bodoh-bodoh sume tu,tak de babak bohsia GRO semua tu, tak de babak tahyul, tak de babak pakai bomoh, dan lain-lain yg boleh membawa imej buruk terhadap orang Melayu apabila ditonton oleh bangsa lain.Yang ni memang aku betul-betul puas hati.

Ade jugak yg pertikaikan soal Hero dalam cerita ni.Diorang kate dah bosan asyik Rosyam Nor je jadi Hero, bagi la orang lain pulak.Sebelum tu, let me tell you something.Skrip filem ni siap tahun 2002.Penggambaran bermula 2009.Time 2009 tu , hero-hero muda yg korang agung-agungkan tu mana naik nama lagi bhai.Shaheizy Sam and yg lain-lain tu belum ada org kenal pun.Time tu kan still zaman kegemilangan Rosyam Nor.Diorang kene ikut giliran la untuk tayangkan filem tu.Lagipun syarikat perfileman yg buat cerita ni, MDAG Filem, stil syarikat baharu.SO mesti la semuanya mentah-mentah lagi.

Berkenaan teknik CGI yang digunakan, okey la kan, dah kata pun filem komikal, mesti la ade benda yg tak masuk di akal sikit kan ? Bola keluar api n lain-lain tu, elemen komikal la tu.Cuma kalau boleh, diorang patut bagi nampak real la sikit pergerakan pelakon tu time main takraw.Nampak sangat guna prop.Kepada penonton yg kritik filem ni, korang tak pernah baca ke komik LIBAS tu dulu ? Kalau tak pernah, so stop judging this film.Aku pernah baca komik tu time Form 4 dulu.

So, overall, aku bagi rating filem ni 4.5/5.0 la.Kurang sebab tak real sangat pergerakan time main takraw tu je.Yang lain, kira not bad la untuk syarikat perfileman yg baru ni.Markah tinggi sebab tak de elemen bodoh-bodoh yang mengarut macam filem melayu yg lain tu, sikit-sikit bohsia, sikit-sikit scene dalam Disko.Sebab tu la Melayu ni semakin berani buat semua benda tu.

p/s : Aku nak kempen supaya korang jangan tengok movie yg akan keluar tak lama lagi, Klip 3GP. Sumpah filem tu memang bodoh.Aksi seks semua ada.Nama ja melayu islam, tapi perangai macam kafir.

Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D