Thursday, September 22, 2011

Hapuskanlah Hasad Dengki Kalau Korang Nak Berjaya Dalam Blogging

Assalamualaikum wbt.. 



Berblogging ni amat best sekiranya semua blogger saling menghormati antara satu sama lain.Blogger yg berpengalaman membantu blogger beginner.Blogger yg beginner jangan malu-malu nak minta bantuan blogger yg dah lama.

Kita kembali kepada matlamat asal kita berblogging.Untuk bertukar-tukar pendapat, untuk berkongsi pengalaman, ilmu, perasaan, dan lain-lain.

So , mengapa perlu hasad dengki ?

Tengok blog org lain berjaya sket, nak dengki, tgok dia ramai follower, nak dengki, tengok entry dia ramai org komen, nak dengki, tengok blog dia cantik, nak dengki, tengok ramai blog otai kenal dia, nak dengki, dan macam-macam lagi la yg bleh menyebabkan orang dengki nih.

Yang nak dengki sangat tu apesal ?? Dia jadi macam tu atas usaha keras dia . Dah tu rezeki dia, biarkan je la.Tak payah la nak dengki sampai nak jatuhkan dia.

Dengki dalam Islam dibenarkan sekiranya kita dengki tapi tak berniat nak pisahkan kesenangan tu dari dia.Maksudnya, contoh kalau kita dengki blog dia ramai follower, kita tak payah la nak hasut orang lain supaya jangan follow dia.Cukup setakat kita iri hati sahaja.

Dan dengki juga dibenarkan jika kita iri hati dan kita nak jadi seperti dia atau lebih dari dia, maksudnya dalam perkara yg baik la.Contoh dia bagi derma, kita iri hati dan kita juga ingin menderma seperti dia jugak, maka itu dibenarkan.

So dalam berblogging ni, hasad dengki yg negatif ni tak diperlukan.Buang la jauh-jauh sifat tu kalau ada dalam hati kita.Ingat, kita dengki seseorang tu, kita benci dia, maka akan ada 10 orang lain yg benci diri kita pulak.

Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D