Wednesday, August 10, 2011

Petua Menghafal Al-Quran

Assalamualaikum wbt..



Apa khabar sume ? insyaAllah sihat.hehe..lame sudah jari jemari ni tak menari ballet di atas keyboard yang serba empuk dilengkapi sticker keyboard tulisan jawi neh. *ape bende aku merepek ni* .Actually aku agak sibuk dengan study dan juga sibuk menguruskan laman sesawang khas buat blogger-blogger UIAM.Ape ? Nak tengok ? Dipersilakan ke sini > Kami Blogger UIAM .And kalau korang tu rasa diri tu student UIAM, tak kira lah undergraduate ke, postgraduate ke,ex ke, pensyarah ke, cleaner ke,tukang baiki atap ke, asalkan ada kaitan dengan UIAM , sila la register kat sana ye.

Ok, lupakan hal tadi.Berbalik kepada tajuk entry di atas tu , kali ni aku nak beri beberapa petua yg aku amalkan sejak Form 1 untuk kuatkan ingatan , bukanlah bermaksud nak kata aku ni kuat ingatan , *kadang-kadang tu nama sendiri pun lupa* , cuma ingin berkongsi.Lagipun, benda berfaedah,apa salahnya berkongsi kan ? 

Ada beberapa kategori untuk kuatkan ingatan ni.Aku spesifikkan la supaya senang korang nak rujuk eh.

PETUA MENGHAFAL AL-QURAN

Ok..aku sendiri pun tak habis pun hafal Al-Quran dulu time kat DQ.Tapi ni adalah cara yg aku guna dan alhamdulillah, berkesan dan aku amalkan sampai sekarang.Ramai kawan-kawan aku guna cara-cara ini jugak.

1) Hafal Berdasarkan Makna

Tips ni adalah kelebihan kepada sesiapa yg ada basic Bahasa Arab.Sebab bila nak hafal sesuatu ayat tu, aku akan baca makna ayat tu terlebih dahulu.Dan cuba translate satu demi satu kalimah tu.Cuba kaitkan kalimah demi kalimah dan ulang beberapa kali.Kemudian barulah aku mula menghafal ayat tersebut.Hasilnya adalah , bila kita cuba nak ingat kembali ayat tersebut,pada masa yg sama otak kita akan ingat kembali translation ayat tu, so menjadi lebih mudah kerana mulut membaca ayat and at the same time, otak membaca makna ayat.Korang cuba la , insyaAllah menjadi dan berkesan.

2) Hafal Satu Demi Satu Ayat

Actually, ada beberapa senior kat DQ dulu yg aku tengok mampu menghafal beberapa ayat  sekaligus.Alhamdulillah.Daya ingatan beliau mmg kuat.Aku hanya mampu hafal satu persatu ayat je.Tapi cara inilah yg paling berkesan.Pastikan ayat yg kita sedang hafal tu lancar terlebih dahulu , baru pindah ke ayat seterusnya.Kemudian, bila dah dapat dalam 2-3 ayat, try ulang kembali kesemua ayat tu.Selang selikan dengan menambah beberapa ayat baru dan ulang kembali.InsyaAllah berjaya.

3) Kaji "Waktu Puncak" Anda

Bukan trafik jalanraya je ada waktu puncak, nak hafal Al-Quran pun kena ada waktu puncak jugak.Setiap manusia mempunyai waktu puncak yang berbeza.Waktu puncak ini bermaksud waktu ketika otak kita berada dalam keadaan yang paling fresh dan sesuai untuk aktiviti hafazan ni.Jangan ingat semua orang hanya fresh pada waktu pagi, walaupun itu adalah waktu puncak bagi majoriti manusia.Sebab waktu puncak aku adalah ketika ruang antara Maghrib dan Isyak.Pada waktu pagi, otak aku agak blur dan slow sikit.So taktiknya adalah , korang kena kaji sendiri bilakah waktu puncak korang , dan cuba buat jadual harian supaya aktiviti hafazan anda adalah di waktu puncak.

So aku hope korang bleh aplikasikan semua petua ni.Terpulanglah korang nak guna ke tak , aku just kongsi ilmu je.And aku harap lepas ni ramai yg mudah nak hafal kalam Allah SWT ni.InsyaAllah lepas ni aku post pasal tips kuatkan ingatan untuk akademik plak.

Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D