Sunday, August 7, 2011

[MESTI BACA!!] Petua Hilangkan Nervous Bila Bercakap/Berucap Di Depan Khalayak Ramai

Assalamualaikum wbt..


Apa khabar kkkkkooorang sumer ?? *sori tekak sakit* Hope sihat.Okeh aku nak tanye, sape kat sini pernah bercakap/berucap di depan khalayak ramai ? Kalau setakat cakap depan 2-3 orang tu, tak payah la angkat tangan.Maksud aku, di hadapan penonton atau pendengar yg amat ramai, let say, 100 orang ke atas ?? 

Ngeee.. sure nervous kan ? Korang jangan ingat bila semakin besar, akan hilang nervous tu.Tak, salah tu.Benda macam ni perlukan latihan dan daya tumpuan minda yg cukup telus.Aku pernah tengok sorang cikgu tu, berucap di perhimpunan pagi tu , kesian sangat-sangat, nervous giler-giler.

Nak tau tanda-tanda seseorang tu nervous bila bercakap di depan khalayak ramai ? Ini dia..

1) Tangan menggeletar.
2) Mikrofon tu mengeluarkan bunyi seperti berdetar (sebab faktor yg 1 tadi).
3) Pengucap tu hanya melihat atas atau bawah, tidak pada penonton.
4) Ucapan dia gagap.
5) Mata merah , telinga merah, pipi merah.
6) Kaki menggeletar, bukan nak buang air ye.
7) Sebutan dia tak jelas ketika memberi ucapan, hanya kedengaran seperti desiran angin je *ini hyperbola*

SO, apa perlu korang buat supaya nak hilangkan nervous tersebut ??? Supaya pendengar dapat menangkap maksud ucapan korang , seterusnya tidak membuatkan korang kelihatan seperti badut yg sedang membuat jenaka di atas pentas ? InsyaAllah aku beri sedikit tips.

1. Baca dan Amalkan DOA Ini :

"Ya Allah..lapangkanlah dadaku, mudahkanlah sgala urusanku, lepaskanlah simpul pengikat lisanku,agar mereka memahami perkataanku"

2. Beranikan Diri Tenung Mata Pendengar

Ketika memberi ucapan , beranikan diri korang untuk menenung mata setiap pendengar korang.Ketika mata bertemu mata, akan wujud satu connection untuk meyakinkan pendengar tentang apa yg korang katakan.Dan insyaAllah, korang akan menjadi lebih yakin dan tenang untuk meneruskan ucapan.Jangan tenung mata pendengar yg berlainan jantina lama-lama sudah, nanti daripada majlis ucapan, bertukar jadi kenduri arwah pulak.

3. Jangan Biarkan Tangan Kosong

Jika korang memberi ucapan berbentuk tazkirah atau sebagainya , yg membuatkan korang duduk di meja, maka pastikan tangan korang ada memegang sesuatu.Tidak kira la apa pun, pen ke, telefon bimbit ke, tak pun korang pegang je meja tu kuat-kuat, supaya gementar korang tu dapat disembunyikan dan lama-kelamaan akan hilang.Jika korang memberi ucapan menggunakan restrum (selalunya ada di majlis ucapan besar-besaran) , maka pegang restrum tu kuat-kuat.Jangan sampai jatuh sudah la.Korang boleh cuba cari video pemimpin-pemimpin ketika memberikan ucapan, kebanyakkan mereka memegang restrum itu dengan kuat.

4. Pelbagaikan Nada Mengikut Isi Ucapan

Korang perlu memberi 'nafas' kepada ucapan korang. Jangan bila ucapan tu berkaitan perkara sedih, korang still cool kononnya, dan ketika ucapan tu bernada semangat, korang slowkan suara pulak. Kena pandai manipulate nada.Bila korang bermain dengan nada ni, sedikit demi sedikit nervous tu akan hilang malah keyakinan akan semakin meninggi.InsyaAllah.

5. Sediakan Air Segelas

Bukan nak kenyangkan perut korang ketika memberi ucapan.Air tu just untuk hilangkan nervous je.So sebab tu aku cakap segelas je.Jangan la gatal letak sampai dua jag.Satu jag air kelapa satu lagi air tebu.Tau la skunk ni bulan puasa.Jangan over.

Banyak lagi tips sebenarnya untuk hilangkan nervous ketika berucap ni.Korang kena pandai manipulate segalanya.Bertindak seiring dengan persekitaran.Jadi 'SATU' dengan persekitaran korang.Anggap seperti korang berada di tempat korang yang korang familiar dan tidak asing.Only then korang akan lancar memberi ucapan.InsyaAllah.

Hope tips yg aku bagi ni berkesan.Kesian gak tengok kawan-kawan yang nervous bila beri ucapan kat depan orang ramai.Terketar-ketar.Aku pernah jadi macam tu jugak dulu.Alhamdulillah sekarang dah ok.Cuma aku dah lama tak berucap di depan khalayak ramai, so rasanya nak kena berlatih sekali lagi.hihi..

Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D