Sunday, August 14, 2011

[EDISI PANAS!!] Tayang Gambar Bf/Gf Di Blog - Apekah ????

Assalamualaikum wbt.. 



Entry kali ni terhasil sebagai natijah lawatan aku ke beberapa blog yang tetiber je aku rasa cam nak terjah.Banyak la jugak blog yg jadi mangsa terjahan aku.Tapi aku tak tinggal jejak.Just jadi silent stalker je.Dan isu ni pun bukanlah isu baru, malah mungkin dah wujud sejak zaman Hang Tuah masih baby lagi kot. *hyperbola giler*

Apakah isu tersebut ?

Ya, betul.Trend meletak gambar pakwe/makwe kat blog@fb.Dan disertakan dengan ayat geli-geli yg mampu merangsang tekak pembaca blog@fb dia tu untuk memenuhkan 2 baldi dengan muntah hijau akibat kegelian tahap 70 kuasa Super Saiya.

Trend yg dah lapuk dah membimbangkan ini lantas memaksa sel-sel neuron dalam otak aku ni bekerjasama bak pasukan Wonderpet bagi merungkai persoalan iaitu, atas modus operandi apekah yg menyebabkan mereka ini gemar sangat menayang gambar pakwe/makwe diorang di dada-dada blog@fb ?

Maka setelah semua sel-sel neuron aku keletihan ibarat orang berpuasa untuk merungkai misteri tersebut , maka aku tampil dengan satu konklusi yang utuh - Diorang tak sayang pun pakwe/makwe diorang tu.Korang setuju tak ?

Yelah , cube korang pulak paksa sel neuron otak korang berfikir , kalau dah berkapel tu , mesti la kononnya sayang sangat kat pasangan tu kan ? Tapi cuba fikir kembali , kalau benda tu sangat berharga dan kita sayang , apa kita buat dengan benda tu ? Ya !! Tepat sekali !! Kita akan menyimpan dan menyembunyikannya dengan baik dan dikawal dengan ketat.Kan ? 

Tapi , makhluk bernama manusia ni pelik.Selalu buat benda yg bertentangan dengan sikap semulajadi manusia.Diorang suka tayang gambar pakwe makwe diorang tu kat blog@fb.Sebenarnya atas tujuan apa ? Nak tunjuk yg korang tu stock hot ? Sebab ada pakwe makwe ? Nak warning bahawa ni pakwe makwe korang , jangan sesekali kacau ? Nak tunjuk yg korang tu tak jaga maruah sebab bleh amik gambar duk berpeluk dgn diorang ? Macam tu ?

Bagi aku , sebenarnya korang hipokrit je.Korang tak sayang pun sebenarnya pakwe makwe korang tu.Yelah, kalau dah korang tayang , nanti takut-takut ada pembaca blog korang yg berminat plak kat pasangan korang tu, tak ke nanti dia cuba rampas ? Perlu sangat ke tayang gambar insan yg masih belum sah menjadi pasangan korang secara syarak ? Kalau tak perlu, BUANG JE LAH !!

Berbulu mata aku nak masuk blog yg ada tayang gambar pakwe makwe macam tu.Niat asal nak follow terbantut.Terus aku klik close sebab menyampah.Sorry la kepada pemilik blog yg dimaksudkan tu.Kalau terasa , baguslah.Maksudnya korang stil ada Iman sebab terasa.Segeralah buang je gambar tu.Tak de sape nak jeles eh.Semua orang ada pasangan masing-masing.Dah ditetapkan dah pun.Tak payah nak tayang sangat.

Tapi ada yg bagus , letak gambar mak and ayah.Alhamdulillah.Tu tanda diorang sentiasa ingat mak dan ayah diorang.Setiap kali bukak blog je, nampak wajah-wajah yg mengharapkan kejayaan diorang dunia dan akhirat.

Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D