Thursday, August 18, 2011

Nak Jadi Blogger , Jadilah Blogger ,Jangan Jadi Spammer !!

Assalamualaikum wbt.. 



Hehe.. ekcelli aku tak update entry aku 2-3 hari ni sebab aku nak tengok lebih banyak lagi respon terhadap entry aku yg sebelum ni mengenai blogger tayang gambar boyafren/gelifren kat dada-dada blog diorang.Ader gak aku dapat satu feedback dari seorang anonymous kat shoutmix berbunyi macam ni , 

 blog niyh mang hanya wat entry2 yg myakitkan aty jew ea..dtg siniyh hanya m'buat dosa sahja..owner kpd blog niyh ta lyh menjadi BLOGGER

Hehe..lawak kan ? Try korang fikir tengok , manusia jenis apekah yg akan sakit haty baca entry aku yg lepas ? Ya !! Tepat sekali !! Sejuk hati aku ada reader yg pandai-pandai macam ni.Jawapannya tentulah mereka yg terasa dengan entry tu dan terkena atas batang hidung sendiri.Kalau tak , kenapa lak susah-susah je diorang nak sakit hati kan ? hehehe..Baguslah..at least entry aku tu sampai ke golongan sasaran aku.

OK abaikan hal yang dah lepas.Kita masuk hal yg baru pulak.Aku tau korang semua ni hebat-hebat, sure banyak join group blogger, chatroom , forum mahupun contest-contest kan ? Aku sebagai blogger newbie ni hanya join almost 40 group blogger je.And setiap kali aku update entry baru , aku akan share entry tu kat semua wall group tu.

Tapi yang menyakitkan hati , maybe bagi aku sorang je la, bila naik notification tentang post aku tu, aku ingatkan ada orang komen la kat post aku tu, baguslah kan, ada jugak feedback, tapi yg menyedihkan, ianya bukanlah komen seperti yg diharapkan.Ianya adalah link blog dan si pemiliknya meminta aku follow blog diorang.Adeh..adik-adik kakak-kakak yg aku sayangi sekalian , bukanlah niat di hati ni tak nak follow, cuma aku tak best la cara korang ni.

Bila aku tengok post-post lain kat group tu, penuh dengan spam link blogger yg promote blog diorang.Kesian kan kat semua yg post entry diorang tu ? Harapkan komen , benda lain plak yg dapat.Bukan aku bermaksud nak mengecam perbuatan tu , cuma aku nak korang fikir la sikit kan, banyak lagi cara untuk korang upkan follower korang, salah satunya adalah dengan menaikkan kualiti entry dan giat membuat penambahbaikan pada blog korang.Kalau korang teruskan cara korang tu , follower yg datang adalah yg kebanyakkannya yg separuh hati atau langsung tak ikhlas untuk follow.Baik tak payah kan ?

Tapi time aku tegur tu, nampaknya admin group tu tak suka dengan post aku menegur perbuatan ahli-ahlinya tu.Katanya , ini group blogger kepunyaan ahli, Ini Tempat K.I.T.A Semua Yang Punya . So menurut admin tersebut, apa yg ahli-ahli group ni nak buat , tu semua hak diorang.Terkejut gak aku dengan pendirian admin tersebut.Maka aku pun segera mem'blah'kan diri dari group yg mana aku diadd sendiri oleh admin tersebut.Aku cuma berminat dengan group BLOGGER sahaja , group SPAMMER, aku tak minat.Sori la ye.

So aku harap gejala ni dapat dikurangkan.Rata-rata blogger yg aku tanya , semua tak suka dengan cara blogger tu naikkan follower diorang.Kalau blogwalking tu aku stil bleh terima, at least dia ada effort gak kan.Melawat blog kita , komen sikit-sikit, kira berbaloi la jugak untuk aku follow balik blog dia.Tapi ni yg datang serah URL blog je semata-mata , nak suruh aku follow.Sori sangat-sangat la ye cik kak n cik abang.I tak berminat.

Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D