Saturday, August 20, 2011

[EDISI PANAS DAN SESAT] - Bulan keliling Kaabah? Pulak dah!

Assalamualaikum wbt.. 


Nampaknya umat Melayu Islam zaman sekarang ni tak habis-habis taksub dengan benda sesat lagi meragukan ni.Ingatkan dah sedar yg ramai semakin alpa dan mula mengatur diri mendekatkan Ilahi sementara berada dalam bulan yg mulia Ramadhan ni, rupanya tidak, ketaksuban dan kelemahan iman nampaknya semakin ketara dan ketara.

Baru-baru ni kecoh pulak dengan isu bulan mengelilingi Kaabah ! Aku rasa orang yg mula-mula sebarkan benda sesar ni tak belajar astronomi kot.Tetiba ja buat kenyataan sesat..Kata beliau , time ni doa makbul la..Langit jadi kaler biru la..Ape la... Dah tu, katanya , peristiwa ni hanya terjadi setiap 10 juta tahun.Hahahahahahahah..erk.. kurang pahala posa aku gelak banyak-banyak ni.. Maksudnya , umur si hamba Allah yg memulakan isu ni maybe around 10,000,010 la kot.. Dia sempat rasai peristiwa ni time kejadian yg lepas.Hahahaha..ops..gelak lagi..Rasanya time tu dia doa supaya umur dia kekal abadi..Sebab tu leh hidup sampai sekarang kan ? Hahahhaa.. ops gelak lagi..hehe..

Cuba korang hayati keterangan insan yg tak mengaji astronomi neh :

Daripada Dato Mazlan astrology.. Malam ni di Mekkah jam 3.25 a.m (pagi) , bulan akan mengelilingi Kaabah .. dan langit akan bertukar menjadi biru cair (terang jadinya) . Dan masa inilah saat saatnya doa kita dimakbulkan .. Benda ini terjadi selepas 10 juta tahun .. Sila sebarkan perkara ini kepada kawan kawan .. Mekkah 3.25 pagi , Singapore , Malaysia 8.25 pagi (Sabtu Pagi)...

Hahahha..ops.. Korang cuba komen tengok , masuk akal tak ???? Kalau korang kata masuk akal , rasanya umur korang pun around 10,000,010 jugak la kot..hihihihihi..

NI kenyataan dari Laman Web www.falak-online.net .. Dia pun tulis kenyataan ni dalam nada sinis.Cuma entry aku lebih sinis la.Sebab tak sangka ada orang yg bleh keluarkan kenyataan sebodoh itu.

NI pulak penjelasan dari Agensi Angkasa Negara(ANGKASA) sendiri mengenai khabar angin kelakar ni.Diorang yg mengaji tinggi-tinggi pun tak dapat merungkai macam mana ada khabar angin macam tu bleh timbul..

So kesimpulannya, sebelum korang nak percaya apa-apa khabar angin dulu, check THOROUGHLY tentang kesahihan maklumat tu.Nak nak lagi kalau perkara tu berkenaan agama dan akidah.Lagi la korang kena hati-hati.Zaman sekarang ni ramai yg nak sesatkan akidah sesama Islam.Orang kafir dah bleh duk rileks, sebab umat Islam sendiri saling menyesatkan.Na'uzubillahi min zalik..

p/s - Dulu kes penjaga kunci Kaabah la, sape sebar dapat rezeki, tak sebar dapat binasa..haha.. bodoh betul.. Satu lagi kes Dajjal di Rusia..hahaha..ni kes Bulan keliling Kaabah plak dah..adoi.. suruh dia tu gi belajar Sains Darjah 1 balik lah..huh

Sekian, May Peace be Upon You !! Assalamualaikum :D